You are on page 1of 12

Mobiliti sosial Dan

Pendidikan Di Malaysia
SEBELUM KEMERDEKAAN
• Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial
menegak adalah amat terhad.
• Ini kerana Dasar Pecah Perintah Inggeris telah
mengekalkan struktur masyarakat di mana anak-
anak meneruskan pekerjaan ibubapa mereka.
• Peruntukan Inggeris kepada Sekolah Melayu amat
kurang berbanding sekolah Inggers – menyebabkan
ramai anak Melayu tidak bersekolah.
• Pada tahun 1901 – hanya seramai 8000 orang daripada
40000 orang kanak-kanak lelaki melayu bersekolah
• Namun, pada tahun 1903- hanya seramai 2900
menamatkan sekolah mereka.
• Daripada jumlah itu, 24 orang mendapat pekerjaan
menjadi pembantu rumah atau pejabat, 10 orang menjadi
guru sekolah Melayu, 1 orang menjadi polis dan kerani.
• Selebihnya, mereka menjdi petani dan nelayan seperti
ibubapa mereka.
• Bagi Kaum India, anak- anak mereka yang menamatkan
persekolahan hanya berpeluang bekerja di buruh di
jabatan–jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya.
• Selebihnya meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka di
ladang – ladang.
• Begitu juga kaum Cina, bagi mereka yang bersekolah cina
mobiliti sosial terhad dalam Komuniti Cina sahaja kerana
tiada peluang untuk bekerja dalam Kerajaan British.
• Oleh itu, keseluruhannya mobiliti mendatar lebih banyak
berlaku.
SELEPAS KEMERDEKAAN
• Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang
pesat
• Banyak peluang pekerjaan disediakan
• Rakyat tempatan mengambil alih peranan– peranan yang
dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris
• Jawatan di Sektor Awam telah dipenuhi oleh rakyat
Malaysia sendiri
• Di Sektor swasta, memerlukan pekerja-pekerja
profesional, eksekutif, perkeranian, mahir & separuh mahir
• Sektor perladangan & perniagaan telah membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat samada menjadi
pemborong,peniaga dan sebagainya
• Kesimpulannya- pendidikan menjadi asas dalam
mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya
yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan
tinggi.
MOBILITI SOSIAL ERA BARU
• PERKEMBANGAN positif ekonomi Malaysia pada
tahun 1980-an dan 1990-an berjaya melahirkan
golongan kelas menengah dengan pekerjaan dan
kadar gaji yang setimpal dengan Dasar
Pembangunan Negara yang telah mengubah
struktur pekerjaan negara ke arah peningkatan
produktiviti.
• Walaupun ekonomi negara berkembang maju dua
dekad lalu, golongan muda berpendidikan tinggi
hari ini masih sukar mencapai status kehidupan
kelas menengah
• Hakikatnya, gaji permulaan graduan baharu bekerja
semakin menurun. Gaji permulaan graduan diploma
menurun kepada RM1,376 pada tahun 2018 berbanding
RM1,458 pada tahun 2010,
• Manakala gaji permulaan untuk pemegang ijazah sarjana
pula RM2,707 pada tahun 2018 berbanding RM2,923 pada
tahun 2010.
Sumber: Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.
• Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyangkal
dapatan ini dan menegaskan wujud peningkatan gaji
graduan dari tahun 2010 hingga 2018.
• Apapun, pelbagai kajian dan laporan yang menunjukkan
graduan dan pekerja muda berpendapatan kurang RM3,000
sebulan.
• Kajian pengesanan graduan 2016 - kadar gaji bulanan yang
diperoleh oleh graduan diploma sebanyak RM1,000 hingga
RM2,000 manakala graduan Ijazah Sarjana Muda mendapat
sekitar RM1,000 hingga RM2,500.
• Laporan Tahunan BNM 2015 - 54 peratus graduan
mendapat gaji kurang daripada RM2,000 dan kadar gaji
mereka secara umumnya tidak pernah berubah sejak 2007.
• Pekerja muda berkelulusan SPM ke bawah juga merasai
beban yang sama dalam usaha meningkatkan taraf hidup.
Meskipun gaji pokok bulanan minimum benar mereka
meningkat dari tahun 2010 hingga 2018, tetapi kadar gaji
mereka masih rendah di bawah RM2,000 sebulan.
• Hakikatnya, kelayakan pendidikan tinggi tidak lagi
menjadi satu-satunya indikator untuk memperbaiki
taraf hidup mereka.
• Kajian Khazanah Research Institut (KRI) pada tahun
2016 mendapati 62 peratus pekerja muda
mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi
berbanding ibu bapa mereka.
• Tetapi, hanya 37 peratus daripada mereka
mempunyai kemahiran yang melebihi ibu bapa
mereka.
• https://www.sinarharian.com.my/article/68956/KH
AS/Pendapat/Peluang-sama-rata-untuk-semua
• https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/mencipta-kelas-menengah-baharu-
206599
• 
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like