You are on page 1of 30

BAB 2

Konsep Asas
Hubungan Etnik
Hasil Pembelajaran

• Menjelaskan pengertian konsep asas hubungan etnik


seperti etnik, etnisiti dan etnosentrisme
• Mentakrifkan ras, rasisme, prejudis, stereotaip,
diskriminasi dan segregasi
• Memperincikan konsep perpaduan seperti
akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi
• Menjelaskan pengertian perpaduan dan integrasi

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–3
Pendahuluan

• Tanpa pemahaman yang baik terhadap konsep masyarakat


dan budaya, hubungan etnik sebagai suatu bidang ilmu akan
menjadi kabur.
• Ras dan etnik sering dianggap perkara yang sama. Realitinya
terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
• Aspek lain seperti etnosentrisme, rasisme, prejudis, stereotaip
dan diskriminasi turut dibincangkan. Apabila wujud hubungan
antara etnik, terbentuklah integrasi dan perpaduan dalam
kalangan manusia.
• Ahli sains sosial melihat proses itu dari pelbagai dasar seperti
segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–4
Masyarakat

• Terdiri daripada sejumlah orang yang tinggal dalam wilayah


geografi yang spesifik, berinteraksi antara satu dengan yang
lain dan berkongsi budaya yang sama.
• Kumpulan manusia yang relatif dan kekal yang menetap di
sesuatu wilayah, berkongsi budaya dan kebanyakan
hubungannya adalah berkumpulan.
• Hubungan sesama manusia dalam masyarakat adalah
berstruktur, berulang-ulang dan kekal lama.
• Ahli-ahli dalam masyarakat juga terikat dalam ikatan politik
dan ekonomi yang sama.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–5
Etnik dan Etnisiti

• Istilah etnik dapat disusurgalurkan daripada perkataan


Greek, iaitu etnos. Etnos bermaksud bangsa.
• Etnos bukanlah merujuk sekumpulan manusia yang
mempunyai kesatuan politik tetapi kumpulan manusia
yang mempunyai asal usul yang sama atau yang
mempunyai pertalian darah.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–6
Etnik dan Etnisiti
(sambung...)
• Max Weber dalam bukunya Economy and Society awal abad
ke-20 telah menjelaskan konsep etnik. Inti sari daripada idea
Weber adalah seperti yang berikut:
(i) Kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama
(ii) Ahli-ahli kumpulan etnik mempunyai perkaitan darah
(iii) Ahli-ahli kumpulan etnik percaya mereka mempunyai asal
usul dan pertalian darah
(iv) Antara asas persamaan asal usul yang sama ialah
persamaan ciri-ciri fizikal tubuh, budaya dan
pengalaman sejarah yang sama
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–7
Faktor Peneguhan
Kumpulan Etnik

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–8
Etnosentrik

• Etnosentrik ialah suatu tindakan menilai budaya masyarakat


lain mengikut ukuran budaya sendiri.
• Dengan pemikiran yang sebegini, mereka akan menganggap
budaya sendiri sebagai unggul.
• Apabila berhadapan dengan bentuk-bentuk budaya asing yang
tidak difahami, terdapat kecenderungan untuk
menganggapnya sebagai “pelik” dan “tidak patut dilakukan”.
• Punca-punca Etnosentrik:
(i) Pengasingan masyarakat
(ii) Nasionalisme
(iii) Mitos dan legenda
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–9
Ras

• Pada dasarnya, ras ialah suatu konsep biologi.


• Terdapat kecenderungan para saintis sosial untuk
mentakrifkan ras sebagai sekumpulan manusia yang
dibezakan daripada kumpulan-kumpulan lain oleh kombinasi
sifat-sifat fizikal.
• Pentakrifan tersebut tidaklah saintifik dan tepat kerana
manusia boleh melakukan perkahwinan campur. Dalam
persejarahan manusia, perkahwinan campur berlaku dari
masa ke semasa serta berlaku dalam semua masyarakat.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–10
Ras (sambung...)

• Masyarakat Eropah mendapati penduduk Asia,


Amerika dan Eropah mempunyai raut wajah dan cara
bertindak yang begitu berbeza daripada mereka.
• Masyarakat Eropah akhirnya membuat rumusan
bahawa perbezaan luaran ini merupakan petanda
wujudnya perbezaan-perbezaan lain yang lebih
penting.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–11
Rasisme

• Terdapat tiga idea penting yang mendasari pemikiran rasisme, iaitu:


(i) Manusia secara fitrahnya terbahagi kepada sifat fizikal yang
berbeza-beza
(ii) Sifat-sifat fizikal manusia itu akan berkait dengan budaya,
personaliti dan pemikiran mereka
(iii) Melalui genetik yang diwarisi, terdapat kumpulan yang lebih
unggul daripada kumpulan manusia yang lain
• Idea penting rasisme ialah manusia terbahagi kepada kumpulan-
kumpulan yang secara semula jadi berbeza dari segi perlakuan
sosial dan kemampuan mental.
• Pemikiran beginilah yang menghalalkan sistem perhambaan di
Amerika Syarikat. Orang kulit hitam dianggap tidak akan dapat
mencapai tahap peradaban orang kulit putih.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–12
Prejudis

• Prejudis membawa maksud dahuluan, iaitu sesuatu keputusan diambil


berdasarkan keputusan dan pengalaman silam.
• Kini prejudis bermaksud tanggapan buruk terhadap orang lain tanpa
asas yang secukupnya.
• Prejudis ialah tanggapan awal terhadap sesuatu perkara yang akan
berterusan sekiranya tanggapan itu tetap tidak berubah walaupun
mendapat pendedahan tentang pengetahuan baharu.
• Prejudis juga boleh diertikan sebagai sikap yang negatif terhadap
kumpulan-kumpulan luar.
• Manusia tidak dilahirkan dengan sikap prejudis. Seseorang itu
mempelajari sikap prejudis sejak kecil menerusi proses sosialisasi.
• Prejudis merupakan sesuatu yang dipelajari oleh manusia apabila dia
berada dalam kalangan masyarakat.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–13
Prejudis (sambung...)

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–14
Stereotaip

• Stereotaip ialah suatu bentuk kepercayaan individu bahawa ahli-ahli


kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu.
• Sifat-sifat ini mungkin positif ataupun negatif.
• Jelasnya, individu itu telah mempunyai idea-idea tetap mengenai ahli-
ahli kumpulan lain.
• Pemikiran stereotaip dapat dikaitkan dengan kebiasaan untuk
melakukan proses pengkategorian apabila berhadapan dengan ahli
kumpulan.
• Manusia akan meramalkan cara ahli kumpulan lain bertingkah laku.
• Stereotaip berkait dengan pemikiran yang membesar-besarkan sesuatu
sifat ahli kumpulan lain.
• Kumpulan-kumpulan manusia sama ada kumpulan etnik, ras atau
nasionaliti dianggap mempunyai sifat-sifat tersendiri.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–15
Stereotaip (sambung...)

• Apabila sesuatu kumpulan itu dianggap berfikiran stereotaip, ahli-ahlinya


tidak dianggap sebagai individu, tetapi dianggap sebagai sebuah kumpulan.
• Pemikiran stereotaip akan mewujudkan perasaan “kita dan mereka”.
Dengan itu, wujudlah perbezaan kumpulan majoriti dan minoriti.
• Biasanya, kumpulan majoriti akan menggunakan pemikiran stereotaip
terhadap kumpulan lain untuk mengekalkan kuasa.
• Seseorang yang mempunyai pemikiran stereotaip akan terus berpegang
pada kepercayaannya serta tidak mempedulikan realiti.
• Pemikiran stereotaip akan mendorong seseorang itu bersikap prejudis jika
dia tidak mengubah pandangan terhadap kumpulan lain apabila wujud
bukti-bukti yang menolak pendiriannya itu.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–16
Diskriminasi

• Diskriminasi ialah perlakuan memberikan layanan yang tidak sama


kepada individu-individu kerana keahliannya kepada kumpulan-
kumpulan yang tertentu.
• Tujuan layanan yang tidak sama adalah untuk menghalang
kumpulan-kumpulan minoriti memiliki kuasa dan untuk menjadikan
mereka itu “berbeza” daripada kumpulan majoriti.
• Bentuk-bentuk diskriminasi:
(i) Diskriminasi personal
(ii) Diskriminasi perundangan
(iii) Diskriminasi institusi

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–17
Diskriminasi (sambung...)

• Terdapat beberapa penerangan mengenai punca diskriminasi. Ahli-ahli


psikologi sosial menyatakan bahawa kegagalan untuk memenuhi keinginan
akan menyumbang pada prejudis dan diskriminasi.
• Manusia mempunyai matlamat-matlamat yang perlu dipenuhi. Sekiranya
keinginan dihalang, mereka akan kecewa dan marah.
• Budaya dan cara hidup pihak lain dipandang rendah, manakala perasaan
kekitaan pula diperkukuh.
• Namun demikian, sifat prejudis akan terbentuk dan akhirnya membawa
kepada tindakan diskriminasi terhadap mereka yang tidak mengamalkan
bentuk-bentuk budaya yang sama.
• Dari perspektif konflik pula, diskriminasi merupakan suatu bentuk
pertentangan kumpulan-kumpulan ras dan etnik untuk memperoleh
sumber-sumber yang terbatas dalam masyarakat.
• Semakin hebat persaingan, semakin tinggi tahap diskriminasi.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–18
Segregasi

• Pada dasarnya segregasi membawa maksud pemisahan manusia dan


mengelakkan sebarang bentuk hubungan. Sistem segregasi boleh
dilaksanakan secara paksaan dan juga secara sukarela.
• Contoh terbaik sistem segregasi yang dijalankan secara paksaan adalah
seperti di Afrika Selatan dengan pelaksanaan dasar aparteid. Aparteid
yang bermaksud keterpisahan (apartness) merupakan dasar kerajaan-
kerajaan minoriti kulit putih Afrika Selatan sejak tahun 1948–1994.
• Terdapat juga pengasingan yang sengaja dilakukan (self seggregation) oleh
kumpulan etnik.
• Mereka memilih untuk menetap dan tinggal di kawasan tertentu kerana
terdapat ahli-ahli etnik yang sama.
• Di Amerika Syarikat, kumpulan etnik Amish dengan sengaja memisahkan
diri mereka daripada masyarakat luar demi mengekalkan keaslian cara
hidup mereka.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–19
Segregasi (sambung...)

• Salah satu usaha untuk mengatasi segregasi adalah dengan


menggalakkan interaksi antara mereka yang berlainan budaya
dan ras.
• Di Amerika Syarikat, amalan busing dilaksanakan untuk
menggalakkan interaksi antara pelajar kulit putih dengan
pelajar kulit hitam di sekolah-sekolah.
• Bas digunakan untuk membawa pelajar-pelajar dari kawasan-
kawasan berlainan agar sekolah menjadi tempat pertemuan
pelajar-pelajar yang berlainan ras.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–20
Akomodasi

• Akomodasi ialah proses individu atau kumpulan-kumpulan dalam


masyarakat berkonflik yang mengadakan penyelesaian bersifat
sementara.
• Akomodasi akan berlaku apabila pihak-pihak yang berkonflik merasakan
mereka perlu bekerjasama walaupun wujud perbezaan pendapat .
• Melalui akomodasi, pihak-pihak lain diizinkan untuk wujud tanpa
permusuhan secara terbuka .
• Akomodasi mungkin merupakan penyelesaian yang bersifat sementara
atau mungkin juga menjangkau beberapa abad. Penyelesaian yang
mutlak mungkin tidak dapat dicapai, setiap pihak akan terus
mempunyai matlamat dan pandangan yang berbeza.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–21
Akomodasi (sambung...)

• Akomodasi berperanan menggantikan konflik dalam masyarakat


tanpa menyelesaikan isu pertikaian yang asas.
• Dengan cara ini, punca-punca permusuhan dan perbezaan antara
pihak-pihak yang terlibat dapat dikurangkan.
• Sebaliknya, sikap yang lebih mesra dapat diwujudkan melalui
interaksi yang aman.
• Dengan mengiktiraf hak pihak lain untuk mempunyai pandangan
dan pendirian yang berbeza-beza, pihak-pihak yang berkonflik
mempunyai peluang untuk mengkaji semula isu perbalahan dan hal
ini biasanya akan merintis peluang untuk hubungan yang lebih baik.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–22
Akulturasi

• Semasa berlakunya hubungan antara budaya yang berbeza, akulturasi juga


akan berlaku, iaitu pemindahan dan peminjaman elemen-elemen budaya
daripada satu kebudayaan kepada kebudayaan yang lain.
• Masyarakat yang melakukan pemindahan budaya akan turut melakukan
penyesuaian dengan persekitaran mereka.
• Akulturasi akan mengakibatkan perubahan-perubahan struktur budaya
kepada budaya asal, budaya peminjam atau mungkin juga berlaku kepada
kedua-dua budaya.
• Di sekolah-sekolah, pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu,
manakala mereka masih mengekalkan bahasa ibunda dalam situasi tidak
formal.
• Akibat hubungan budaya, masyarakat Melayu juga mengambil beberapa
elemen budaya daripada masyarakat bukan Melayu seperti jenis makanan.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–23
Akulturasi (sambung...)

• Adakalanya proses akulturasi berlaku secara yang tidak


langsung. Apabila kuasa kolonial British menjajah benua
Amerika, mereka tidak memaksa penduduk peribumi
Amerika, iaitu orang-orang India untuk memeluk agama
Kristian.
• Namun dengan merampas tanah-tanah mereka, kuasa
kolonial itu telah menyebabkan penduduk peribumi tidak
dapat meneruskan kehidupan tradisi mereka.
• Tanpa banyak pilihan, penduduk peribumi terpaksa menerima
elemen-elemen budaya kolonial.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–24
Akulturasi (sambung...)

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–25
Asimilasi

• Asimilasi bermaksud meningkatnya kesamaan.


• J. Milton Yinger mentakrifkan asimilasi sebagai:
“...mengurangkan perbezaan yang mungkin berlaku apabila dua atau lebih
masyarakat atau kumpulan budaya yang lebih kecil bertemu.”
• Harold Abramson pula mendefinisikan proses ini sebagai:
“Proses yang membawa kepada peningkatan kesamaan dalam masyarakat.”
• Asimilasi juga dianggap sebagai satu proses kumpulan-kumpulan etnik mula
mengamalkan elemen-elemen budaya majoriti.
• Hal ini kerana, budaya majoriti menjadi pengaruh yang tidak dapat
dihindarkan oleh kumpulan etnik minoriti.
• Semasa proses asimilasi berlaku, kumpulan etnik minoriti kehilangan elemen-
elemen budaya seperti bahasa asal mereka.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–26
Asimilasi (sambung...)

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–27
Amalgamasi

• Amalgamasi merupakan suatu proses penyebatian penuh


kumpulan-kumpulan etnik.
• Amalgamasi ialah peringkat tertinggi dalam interaksi antara
kumpulan-kumpulan etnik.
• Ahli-ahli kumpulan etnik minoriti dianggap setaraf dengan ahli
kumpulan etnik dominan.
• Setiap kumpulan menyumbang pada pembentukan budaya baharu.
• Perkahwinan campur merupakan suatu amalan yang dapat
menghasilkan proses amalgamasi.
• Amalgamasi sering kali dianggap sebagai proses melting pot.
• Melalui proses amalgamasi berlakulah “penyebatian budaya”.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–28
Amalgamasi (sambung...)

• Formula yang sering dikaitkan dengan proses amalgamasi


atau melting pot ini ialah:
A+B+C=D

• D boleh dianggap sebagai entiti yang terhasil dalam bentuk


budaya yang baharu.
• Dalam erti kata lain, tidak ada budaya yang dominan dalam
kalangan kumpulan etnik. Budaya yang dihasilkan bersifat unik
dan mungkin diamalkan di tempat-tempat berlakunya proses
amalgamasi sahaja.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–29
Konsep Perpaduan
dan Integrasi

• Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha atau proses


menyatukan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara
untuk membentuk satu identiti atau nilai bersama.
• Integrasi adalah menyatukan dan menggabungkan
komponen-komponen untuk mewujudkan suatu keseluruhan
yang berpadu.
• Integrasi membawa pengertian menyatukan ahli-ahli yang
berbeza ras dan kumpulan etnik dalam sebuah organisasi
sosial yang setaraf dan tiada sistem pemisahan.

SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–30

You might also like