You are on page 1of 20

KUALITI ADAB SEBAGAI INDIVIDU

DAN ANGGOTA MASYARAKAT

MUS 000102
NAMA PENSYARAH: FAIZATUL NADIA MOHD TAHIR
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
FAKTOR PEMBENTUKKAN ETIKA INDIVIDU

Etika seseorang individu adalah berbeza dengan orang lain. Ini kerana
pembentukkan
etika individu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti :

1. Pengaruh Keluarga
2. Pengaruh Rakan
3. Pengalaman Hidup
4. Nilai Peribadi & Prinsip Moral
5. Faktor Keadaan
APA ITU MASYARAKAT MAJMUK???

Graham Saunders (The Development of Plural Society in


Malaya)

- Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang


membentuk satu kependudukan, hidup sebagai komuniti yang
berasingan
CABARAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN
ETIKA SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT
AKTIVITI:

• Pelajar diminta melihat gambar dan menulis objek pertama yang dilihat oleh pelajar pada
setiap gambar.
• Pelajar tidak perlu bercakap, hanya mencatatkan pada kertas (saiz tulisankecil2 shj krn
kertas akan digunakan utk aktiviti seterusnya)
• Terdapat 6 gambar
GAMBAR 1
Gambar 2
GAMBAR 3
Gambar 4
Gambar 5 Gambar 6
PERSEPSI: GAMBARAN ATAU BAYANGAN
DALAM HATI ATAU FIKIRAN
ETNOSENTRISME:

KEPERCAYAAN ATAU RASA


BANGGA YANG WUJUD
DALAM KALANGAN ANGGOTA
SESEBUAH KELOMPOK ETNIK
BAHAWA BUDAYA DAN
ETNISITI MEREKA ADALAH YANG
PALING BAIK BERBANDING
DENGAN KUMPULAN
ETNIK YANG LAIN (DALE, ROMO
DAN HARRIETT 1998)
WHITE MAN’S BURDEN

Etnosentrime:
kecenderungan sesuatu
kumpulan etnik
untuk menilai kumpulan
etnik yang lain
berdasarkan kedudukan
dan
nilai etniknya sendiri.
PREJUDIS
• Prejudis ditakrifkan sebagai kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain.
• Prejudis wujud berdasarkan satu imej mental, biasanya kurang memuaskan terhadap kumpulan etnik atau ahli-ahli
kumpulan etnik tertentu.
• prejudis terhadap kumpulan etnik lain boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:

i. Prejudis kategori - seseorang yang dinilai berdasarkan keahlian dalam sesuatu kumpulan etnik dan bukan personaliti
individu.

ii. Prejudis yang tidak fleksibel - satu penilaian yang tetap mengenai sesuatu
kumpulan etnik dan tidak menerima perubahan mengenaI pendapat sesuatu
kumpulan etnik. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar
diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa
pemahaman tersebut adalah salah.
DISKRIMINASI
• Diskriminasi merujuk kepada layanan buruk sesuatu kumpulan etnik
terhadap kumpulan etnik lain
• Diskriminasi akibat daripada prejudis, layanan yang buruk diberikan
kepada seseorang berdasarkan keahliannya dalam sesuatu kumpulan
etnik dan bukan atas dasar perilaku peribadinya.
• Diskriminasi dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif seseorang atau sekumpulan etnik terhadap kumpulan etnik lain,
iaitu akibat pandangan stereotaip dan fikiran prejudis.
STEREOTAIP
• Stereotaip merupakan kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik, sama ada berbentuk negatif
ataupun positif.
• Contoh kenyataan positif seperti orang Melayu bersikap peramah, orang Cina pandai Matematik dan orang
India juara dalam lumba maraton.
• Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk
yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
• Fikiran stereotaip ini wujud daripada pengalaman dalam kehidupan seharian setiap etnik sehingga
membentuk imej atau label terhadap kumpulan etnik yang lain
AKTIVITI

1. Pelajar diminta untuk berkongsi satu kenyataan stereotaip yang dialami oleh pelajar berdasarkan
jantina, agama, bangsa, etnik,negeri, negara dan sebagainya
2. Mulakan kenyataan dengan ayat berikut ‘Saya …., tetapi saya….’
3. Contoh, saya perempuan tapi saya tidak pandai memasak
4. Tuliskan di atas kertas bersaiz besar kerana pelajar akan diminta on kamera dan mengangkat kertas
tersebut sambil bercakap.
KESIMPULAN

• Realiti sosial tentang hubungan etnik dan ras serta pengkategorian


kumpulan memang wujud dalam masyarakat.
• Manusia mempunyai ciri kepelbagaian yang tidak terbatas
• Pengkategorian bukan sesuatu yang dipaksa melalui faktor semula
jadi semata-mata.
• Tetapi masyarakat sebenarnya mempunyai pilihan sama ada
menebalkan atau menipiskan, malah melenyapkan batas-batas etnik
ini dengan mengenali dan mengakui kelebihan dan kekuatan setiap
kumpulan etnik tersebut.

You might also like