You are on page 1of 11

PROSES KITARAN DASAR AWAM

[HNP3053] Dasar Dan Pentadbiran Awam


HASIL PEMBELAJARAN

 Dapat mengenalpasti proses kitaran dasar awam


• Penetapan agenda
• Perumusan dasar
• Perlaksanaan dasar
• Penilaian dasar
• Perubahan atau penamatan dasar
PENGENALAN
• Proses kitaran dasar awam merupakan proses yang rumit, dan perlu mengambil kira aspek
impak dasar tersebut seperti kesan serta faedah kepada masyarakat dan negara.
• Para penggubal dasar perlu memikirkan strategi yang terbaik dalam menghasilkan kesan yang
diingini melalui pemilihan dasar yang akan dilaksanakan.
• Oleh itu, pihak penganalisis dasar perlu menyediakan maklumat yang diperlukan untuk
memastikan penggubal dasar menggubal dasar yang terbaik bagi menyelesaikan isu-isu dan
permasalahan yang timbul dalam masyarakat.
PROSES KITARAN DASAR
Perubahan
atau Penetapan
Penamatan Agenda
Dasar

Penilaian Perumusan
Dasar Dasar

Perlaksanaan
Dasar
PENETAPAN AGENDA
• Jenis-jenis isu yang menjadi agenda:
 Isu subjek – merupakan isu yang menjadi subjek yang dibincangkan secara menyeluruh dan besar seperti isu bencana, pencemaran, isu
jangkitan penyakit-berjangkit.

 Isu projek – merupakan berkaitan perancangan atau perlaksanaan sesuatu projek. Contoh, projek lebuh raya.

 Isu baharu – merupakan isu terkini yang tidak pernah terjadi sebelum ini seperti isu buli siber, jurang digital, LGBT.

 Isu kitaran – merupakan isu yang sering berulang setiap tahun seperti, isu belanjawan negara.

 Isu yang dibangkitkan semula – merupakan isu yang dibangkitkan semula disebabkan oleh perlaksanaan dasar yang kurang berkesan,
seperti isu pengurangan kemiskinan, isu pembalakan.

• Isu-isu di atas merupakan isu yang berpotensi menjadi agenda dalam penetapan
sesuatu dasar.
PERUMUSAN DASAR
• Perumusan dasar adalah peringkat di mana proses mengenalpasti tindakan yang bersesuaian dan
boleh diterima pakai untuk menyelesaikan sesuatu masalah awam melalui undang-undang.

• Aktor rasmi dan aktor tidak rasmi adalah aktor yang terlibat dalam perumusan dasar.

• Bentuk-bentuk perumusan dasar:

 Dorongan – Kaedah mengubah tingkah laku manusia melalui ganjaran atau hukuman.

 Peraturan – Pembentukan peraturan rasmi yang digunakan bagi mencapai matlamat sosial.

 Fakta – Pendekatan yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat.

 Kuasa – Pemberian kuasa kepada pihak tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

 Hak – Pendekatan hak digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan yang kolektif.
PERLAKSANAAN DASAR
• Perlaksanaan dasar merupakan peringkat yang penting dalam kitaran dasar awam.

• Peringkat ini menentukan sama ada sesuatu dasar itu berjaya atau tidak.

• Peringkat perlaksanaan turut melibatkan kos yang tinggi dari sudut kewangan dan masa bagi
memastikan sesuatu agenda itu tercapai.

• Konsep perlaksanaan dasar:-


 Sebagai satu proses, perlaksanaan secara berfasa dan melibatkan beberapa siri tindakan.
 Sebagai output – merujukkan kepada pengeluaran daripada perlaksanaan sesuatu dasar. Contoh, jumlah pelajar yang
mempunyai pendidikan peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang.

 Sebagai hasil (outcome) – merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada output perlaksanaan dasar. Contoh, ekonomi
semakin berkembang.
PENILAIAN DASAR
• Peringkat penilaian dasar merupakan peringkat yang memberi tumpuan kepada akibat atau kesan daripada perlaksanaan
dasar.
• Penilaian dasar dilakukan bagi mengenalpasti perlaksaan sesuatu dasar tersebut mencapai matlamat yang ditetapkan atau
pun tidak.
• Penilaian dasar juga akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan sesuatu dasar.
• Kriteria dalam penilaian dasar awam:
 Keberkesanan

 Kecekapan

 Kecukupan

 Kesaksamaan

 Responsif

 Kesesuaian
PERUBAHAN ATAU PENAMATAN
DASAR
• Perubahan dasar merupakan penggantian sesuatu dasar yang sedia ada kepada dasar lain yang lebih
baik.

• Bentuk-bentuk perubahan dasar:-

 Perubahan secara lelurus (linear).

 Perubahan secara penggabungan atau penyatuan

 Perubahan secara pecahan

 Perubahan secara tidak lurus (non-linear)


PERUBAHAN ATAU PENAMATAN
DASAR

• Penamatan dasar merujuk kepada penutupan agensi atau pemansuhan program.

• Bentuk-bentuk penamatan dasar.


 Penamatan ke atas fungsi
 Penamatan ke atas organisasi
 Penamatan program
 Penamatan dasar
KESIMPULAN
• Secara keseluruhannya setiap proses kitaran dasar adalah penting bagi memastikan
dasar yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang diingini dan sekaligus
dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

• Perlaksaan sesuatu dasar pada asasnya perlulah mampu untuk menyelesaikan isu-
isu yang berbangkit, namun kadang-kala ia mampu menghasilkan sesuatu isu yang
baharu.

• Justeru, perlu kepada strategi yang mampu meramal impak pada masa hadapan
dan merangka suatu dasar yang holistik bagi memastikan sesuatu dasar yang
dilaksanakan adalah relevan serta tidak menimbulkan masalah yang baharu.

You might also like