You are on page 1of 41

KERTAS 2

MASA : 1 jam 15 minit


PENGENALAN

Terbahagi kepada tiga


bahagian

Bahagian A –
BENTUK Memindahkan
maklumat /
Mentafsir bahan
Masa 1 jam 15 mint grafik

Bahagian C – Bahagian B –
Membuat ulasan Menulis karangan
UPSR (BAHASA MELAYU)
FORMAT BAHARU MULAI 2005
KERTAS 2

Markah.

Markah penuh : 60 markah

Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 30 markah
Bahagian C : 20 markah
BAHAGIAN A BAHAGIAN B
Mentafsir BAHAGIAN C
Karangan Membuat
Bahan
Grafik Ulasan
40 minit
15 minit 20 minit
BAHAGIAN A
Mentafsir Bahan Grafik
 10 markah
 Tiada had bilangan patah
perkataan
 Tulis 5 ayat berpandukan
grafik
 Soalan berdasarkan bahan
grafik yang diberikan
APA ITU BAHAN GRAFIK ?
 Gambar - Tunggal  Contoh : Gambar
@ Bersiri Tunggal
 Carta
 Graf
 Jadual
 Peta
 Pelan
SOALAN BAHAGIAN A
- Cadangan masa menjawab -
15 minit

-Wajib dijawab

-Soalan berdasarkan grafik yang diberi

-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri


atau gambar tunggal.

-Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang


terdapat dalam gambar sahaja.
PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Baca dan fahamkan arahan.


- Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di
di bawah.
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar di bawah.

2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan


dengan bahan grafik yang diberi.
Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik
seberapa banyak yang ada dan tandakan atau
senaraikan maklumat tersebut.
3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak
maklumat dalam bahan grafik yang diberi.

a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan.


i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar .
- Maknanya calon dikehendaki menulis lima
ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata
kata kerja sahaja.
ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /
situasi di bawah.
- Maknanya calon boleh membina apa saja perkara
yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama
ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada
dalam bahan grafik yang diberi.

iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja


yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan
ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina
seimbang.

Tiga ayat daripada


gambar pertama atau
dua ayat daripada
gambar
pertama.

Dua ayat daripada


gambar kedua atau
tiga ayat daripada
gambar kedua.
5. Bagi mendapat markah penuh atau
cemerlang dalam Bahagian A ini, anda
seharusnya:-

a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar


yang diberi.
b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan
gambar dan arahan yang diberi.
c. Elakkan daripada membina ayat yang
tersirat.
d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata
yang sesuai dan menarik. Elakkan membina
ayat yang mudah.
Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-

a. Urutan nombor;
1. .……………………………………
2. …………………………………......

b. Urutan abjad;
a. ……………………………………
b. ……………………………………

c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)

d. Perenggan

Ayat yang ditulis tidak semestinya


berkaitan antara satu sama lain
Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar di bawah.
BAHAGIAN B
KARANGAN
 30 markah Karangan
 Tidak kurang 80 Berformat
patah perkataan
 Diberikan tiga buah
karangan. Pilih dan Karangan
jawab satu Tidak
karangan sahaja. Berformat
BAHAGIAN B
Tiga tajuk karangan diberi.
Jawab SATU soalan

FORMAT
Pilihan soalan
mungkin soalan
Masa cadangan berformat / tidak
40 minit berformat

Jumlah perkataan tidak


kurang 80 patah perkataan
BENTUK
SOALAN
BERFORMAT

Corak karangan yang diuji


mungkin
TIDAK
BERFORMAT

Apa dia karangan berformat dan karangan


tidak berformat ?

Contoh …..?????
Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu
karangan ?

Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki –


Minimum TIGA (3) isi penting.

Kalau lebih …… ?
Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan
beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan markah
yang baik walaupun tanpa huraian lanjut tentang isi, lebih-
lebih lagi karangan yang berbentuk penceritaan.
Pertimbangan markah yang sesuai perlu
diberi bagi isi yang disertakan contoh dan
huraian, isi beserta contoh atau isi
sahaja.
1. Tuliskan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.

2. Kelas kamu akan mengadakan majlis


perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan
akan bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu
dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis
tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

3. Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan


tindakan yang kamu akan lakukan pada hari
tersebut.
4. Kelas kamu mengadakan majlis perpisahan
untuk guru kelas kamu yang akan bertukar
ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu
diminta menyampaikan ucapan pada majlis
itu. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

5. Kamu diminta untuk menyertai pertandingan


Syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan
Tersebut ialah “Cara-cara Untuk Berjaya
Dalam Pelajaran”. Tuliskan syarahan tersebut.
BAHAGIAN C

MEMBUAT
ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C
20 minit
Membuat Ulasan
 20 markah
 Ulasan yang dibuat berpandukan

soalan kepada situasi yang


diberikan.
 Tidak kurang 50 patah

perkataan.
Cara Menjawab Soalan
 Baca dan fahami situasi.
 Gariskan kata kunci dalam soalan.
 Sediakan rangka karangan. Catatkan
nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
 Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga
10 ayat sahaja.
 Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
perkataan.
Contoh Soalan Membuat Ulasan
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.
Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur
membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina
dan keluarganya akan bersarapan bersama-
sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan
bersalaman dengan ayah dan ibunya.
Sementara menunggu bas, Salina membaca
buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke
kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan
kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya
berada dalam keadaan ceria.
Senaraikan nilai murni/pengajaran/
amalan baik yang terdapat dalam petikan

1. Bangun awal pagi – disiplin diri


2. Menolong ibu di dapur
3. Bersarapan bersama – kasih sayang
4. Bersalam – menghormati orang tua
5. Rajin / tidak suka membuang masa
6. Suka kepada kebersihan
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton
televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-
kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah
tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.
Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati
bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang
oleh rakan untuk pulang ke rumah.
BAHAGIAN C – Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan


ini ialah ……………………………..(huraian/contoh).
Seterusnya, terdapat nilai murni……………………
...................................(huraian/contoh)……………...
Di samping itu, terdapat nilai murni……………......
(huraian/contoh)………………………………………..
Selain itu, terdapat nilai murni……………………….
……………………………..(huraian/contoh)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita……………………….(huraian/contoh)
……………………………………………………………..
Kita janganlah…………………………………………...
(sekiranya perlu)
Untuk mendapat markah yang cemerlang
Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.


2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang
betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
dibina. Kenalpasti penanda wacana.
Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah
yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat
menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.
Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-
main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.
Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan
cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih
melihat cenderamata yang diperolehi daripada
sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik
kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa
bersalah dan meminta maaf kepada kakak.
GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA

A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM

1. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU


DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN
PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG
DITETAPKAN (JANGAN UBAH)

PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/


KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN
(IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DAN
ANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN
DISESUAIKAN
DENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN
2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI
SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA -
TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR
BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.

ISI

( ) KESALAHAN ISI

/\/\/\/\/\/\/ KESALAHAN STRUKTUR AYAT

KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN

KESALAHAN TANDA BACA

KESALAHAN EJAAN

KESALAHAN EJAAN BERULANG

KESALAHAN IMBUHAN

KESALAHAN IMBUHAN BERULANG


BAHAGIAN A – 10 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan grafik.
( 9 -10 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan bahan grafik.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
BAIK i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
(7–8)
serta sesuai dengan bahan grafik.
iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan
bahan grafik.
(4–6)
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
sesuai.
iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik.
TAHAP ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan
MINIMUM bahan grafik.
iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
(1–3)
BAHAGIAN B – 30 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG
i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk dibaca.
( 24 -30 ) - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang
gramatis bertepatan dengan tema.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan tema.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan
jenis karangan.
BAIK
i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca.
( 17 – 23 ) - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat
yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan tema.
iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi
tidak menjejaskan karangan.
MEMUASKAN
i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas.
( 11 – 16 ) - Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar
berdasarkan tema.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.
iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah koma)
- Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan.
PENCAPAIAN
TAHAP i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan
tema
MINIMUM - Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami.
ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.
( 1 – 10 ) iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
( 17 -20 ) berdasarkan bahan rangsangan.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan bahan rangsangan.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
BAIK i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
berdasarkan bahan rangsangan.
( 12 – 16 )
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan bahan rangsangan.
iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
( 6 – 11 )
sesuai.
iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.
TAHAP ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan
MINIMUM bahan rangsangan.
iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
(1–5)
- KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN
LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH
DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

- KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2


MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

- MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 3 MARKAH


SAHAJA.

- JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA


JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH
KESELURUHAN AKAN TURUN.

- JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR


PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN
CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN
PANDUAN PEMERIKSA

1. BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN


LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI.

2. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK


MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA.
- PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH
SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN
KALI KEDUA.

PENANDAAN BAHAGIAN A

1. PENEKANAN UTAMA KEPADA;


- PEMINDAHAN MAKLUMAT
- TATABAHASA
- STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.
2. BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON.
PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU
MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA.

3. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK


BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT
CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK.

4. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH


DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA
SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI
BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI
2 ISI SAHAJA.

5. JIKA CALON BUAT 5 AYAT TETAPI 4 AYAT SAHAJA


YANG MEMPUNYAI LIMA AKTIVITI BERKAITAN GAMBAR
LAYAK DAPAT MARKAH PENUH.
Kesilapan yang biasa dilakukan
oleh calon semasa menjawab
soalan peperiksaan

1 Tidak benar-benar memahami kehendak soalan


1.
- Kurang teliti membaca dan memahami arahan,
. kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak


tersusun dengan kemas.
- tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk
format yang teratur dan betul.
3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi
dan penutup.
- tiada mempunyai perenggan.

4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta


struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau


dialog dalam jawapan.

6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal


menjawab cukup soalan.

7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang


diminta oleh soalan.
8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah.
Tidak menarik.

9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun


kemas. Kurang menggunakan penanda wacana.
Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.
PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar Kalau seorang guru


sambil duduk, Murid belajar mengajar tanpa menilai,
sambil mengantuk. tidak akan tahu murid
yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru mengajar
sambil berlakon, Murid belajar
dengan tekun. Kalau seorang guru berbudi
bahasa, dikenang murid
Kalau seorang guru mengajar sepanjang masa.
tanpa alat, Murid belajar
dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar


banyak bercakap, ada murid
yang bertambah gagap.

Kalau seorang guru menjadi


pemudah cara, ramai murid
pandai berbicara.

You might also like