You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) AMBILAN OKTOBER 2022


SEMESTER 1

Bagaimana guru berperanan sebagai agen


sosiolisasi dalam membentuk perpaduan kaum di
sekolah?
AHLI KUMPULAN
Bil NAMA UNIT
1 MUHAMMAD IRHAM BIN MD NOOR SEJ (MEN)
2 MUHAMMAD SHAZWAN BIN TAZALI SEJ (MEN)
3 AHMAD FATHI RIDHUAN BIN RUBAIDULLAH TAHFIZ (MEN)
4 WAN ZULHILMI BIN WAN SALPIAHUDIN TAHFIZ (MEN)
5 MOHAMAD HASBULLAH BIN HASHIM TAHFIZ (MEN)
6 MUHAMMAD HAFIZ IMRAN BIN MAZLAN TAHFIZ (MEN)
7 MUHAMMAD FAIQ BIN SOLEH TAHFIZ (MEN)
PENYAMPAI ILMU KENEGARAAN
• Guru menyampaikan ilmu kenegaraan melalui penghayatan dalam
kurikulum sejarah.
• Sebagai seorang guru matapelajaran Sejarah, guru perlu mengambil
peluang untuk menanam semangat warganegara yang setia kepada negara.
• Selain itu, dalam matapelajaran ini juga, guru boleh memupuk perasaan
bangga pada diri sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan
penghayatan sejarah tanah air kita.
PENYAMPAI ILMU KEBUDAYAAN
• Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu tentang kebudayaan
kaum lain supaya guru boleh menyampaikan maklumat yang lebih tepat
mengenai kebudayaan kaum kepada pelajar di sekolah
• Guru perlu menyampaikan ilmu tanpa menyentuh sebarang isu-isu sensitif
terutamanya kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disebarkan oleh
guru kepada pelajar dengan tepat dan berkesan
• Peningkatan kendiri dalam mempelajari budaya kaum lain merupakan
sebahagian daripada tanggungjawab guru untuk meningkatkan profesional
seseorang guru yang mengajar di sekolah
PENYAMPAI ILMU PERPADUAN
• Guru perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu perpaduan agar dapat
mendidik dan melahirkan warganegara yang menepati cita-cita negara.
• Guru sebagai penyampai ilmu perpaduan mesti menghubungkan
kepentingan perpaduan kaum kepada pelajar di kelas.
• Di samping perlu melibatkan semua pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk menyemaikan sikap saling
menghormati dan memahami kebudayaan kaum lain.
PENYAMPAI ILMU
KEMASYARAKATAN
• Guru memikul tanggungjawap terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan
penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan
masyarakat.
• Guru juga memainkan peranan sebagai agen pemodenan masyarakat dalam semua
bidang perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna, guru sebagai penggerak
masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses pembaharuan.
• Peranan guru dalam membentuk perkembangan masyarakat adalah penting untuk
membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan
kegemilangan.
PENYAMPAI ILMU MENGHORMATI
AGAMA
• Guru mesti menjadi pembimbing kepada pelajar dalam proses
keharmonian perpaduan bagi komuniti masyarakat yang pelbagai
latar belakang kepercayaan agama.
• Sifat menghormati agama antara satu sama lain mestilah diterapkan
oleh guru kepada para pelajar sejak di akar umbi iaitu di
persekolahan lagi.
• Guru mestilah menunjukkan tauladan yang terbaik kerana pelajar
akan menilai dan menerapkan contoh yang ditonjolkan oleh guru.
MENERAPKAN ELEMEN
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK 21)
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menggariskan PAK-21 sebegai
satu elemen penting dalam PdP bagi mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid dan
berunsur Kemahiran Berfkir Aras Tinggi (KBAT) serta menceriakan lagi suasana bilik
darjah sekaligus menambah kefahaman murid-murid semasa proses PdP berjalan.
• Penerapan elemen PAK-21 ini juga dapat memupuk budaya kolaboratif dalam diri
murid-murid sekaligus menghasikan bentuk komunikasi dua hala dalam sesebuah
kelompok. Hal demikian jelas menunjukkan bahawa peranan guru sebagai agen
sosiolisasi telap dijalankan meskipun negara Malaysia hari in sedang dilanda pelbagai
halangan dan dunia pandidikan di Malaysia turut menerima tempias daripada wabak
Covid-19. Oleh itu, benarlah bahawa guru perlu menerapkan elemen PAK-21 dalam
PdP yang dijalankan agar tanggungjawab guru sebagai agen sosiolisasi dalam kalangan
murid-munid dapat diteruskan seperti sedia kala.

You might also like