You are on page 1of 6

PJMS 1134

PENGURUSAN
RISIKO
DEFINISI PENGURUSAN RISIKO
 Risiko didefinisikan sebagai kemungkinan kerugian, kemalangan, kelemahan dan keruntuhan
 Pengurusan risiko pula didefinisikan sebagai pengurusan menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi
sesuatu program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam program berkenaan (Simmons, 1998).
 Merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti risko dan pengurusan serta
memastikan sesebuah program yang dijalankan itu berjaya disamping menghalang sesebuah organisasi
pengelola itu daripada mengalami kerugian dalam pelbagai aspek.
 Amat penting kerana secara kasarnya semua aktiviti rekreasi darat mempunyai risikonya yang
tersendiri kerana ia melibatkan penggunaan fizikal dan direct contact dengan alam semulajadi.
KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO
01.
Pengenalpastian risiko

02. 04.
Penilaian Pelan pengurusan risiko
risiko yang sesuai
03.
Pengubahsuaian tahap
risiko
PENGENALPASTIAN RISIKO
 Sebagai seorang jurulatih rekreasi, anda perlulah mahir dalam pengenalpastian risiko yang
berkemungkinan akan terjadi semasa aktiviti dijalankan.
 Pengenalpastian risiko boleh dilakukan dengan cara-cara berikut :

1. Membuat lawatan awal terlebih dahulu di sesuatu lokasi.

2. Membuat kajian risiko-risiko yang pernah terjadi di sesuatu lokasi atau aktiviti.

3. Mendapatkan maklumat dari komuniti setempat.

4. Membawa tenaga pakar ke lokasi-lokasi terpilih untuk pengenalpastian.

 Pengenalpastian risiko juga bukan sahaja tertumpu kepada lokasi & aktiviti tetapi juga
mengambilkira jumlah peserta, umur peserta, jantina dan latarbelakang peserta.
PENILAIAN RISIKO
 Penilaian risiko akan dilakukan selepas pengenalpastian risiko.
 Penilaian risiko dilakukan bagi mengenalpasti tahap risiko yang kemungkinan akan terjadi.
 Terdapat 3 tahap risiko yang asas iaitu :

i. Tahap rendah : aktiviti boleh dijalankan dengan memastikan peraturan & keselamatan diutamakan

ii. Tahap sederhana : aktiviti boleh dijalankan tetapi perlu dibuat pengubahsuaian bagi mengurangkan
risiko.

iii. Tahap tinggi : aktiviti tidak digalakkan untuk dijalankan kerana dikhuatiri akan mendatangkan
bahaya kpd nyawa.
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like