You are on page 1of 15

MEREBUT LAILATUL

QADAR

PUSAT PEMIKIRAN DAN


KEFAHAMAN ISLAM (CITU)
UiTM SHAH ALAM
DEFINISI LAILATUL QADAR
LAILATUN : malam
QADAR : nilai, mulia, ketentuan dan sempit

Dinamakan dengan ‘malam bernilai’ atau ‘mulia’ kerana malam itu


diturunkan Al-Quran yang mempunyai nilai yang cukup tinggi.
Amal ibadah yang dilaksanakan pada malam tersebut lebih baik dari 1000
bulan atau 83 tahun empat bulan sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di
dalam Surah Al-Qadr (ayat 1-5)

PANDANGAN HAMKA :
Lailatul Qadar memberi dua maksud :
a) kemuliaan
kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada Nabi Muhammad
kerana Malaikat Jibril menyatakan dirinya buat pertama kali
di hadapan Nabi SAW
DEFINISI LAILATUL QADAR

PANDANGAN HAMKA :
Lailatul Qadar memberi dua maksud :
a) Kemuliaan
kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada Nabi Muhammad
kerana Malaikat Jibril menyatakan dirinya buat pertama kali
di hadapan Nabi SAW

kemuliaan buat manusia kerana dikeluarkan daripada


kegelapan kepada cahaya

b) Penentuan
garis pemisah antara iman dan kufur
KELEBIHAN LAILATUL QADAR

* Beramal ibadah pada malam tersebut lebih baik daripada


beramal ibadah 1000 bulan atau menyamai 83 tahun 4 bulan

* Malaikat-malaikat turun ke bumi, mengucapkan salam


kesejahteraan kepada orang-orang beriman namun tidak akan masuk ke
rumah yang terdapat anjing, khinzir, arak dan patung

* Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai pagi


SEBAB DINAMAKAN LAILATUL
QADAR / MALAM KETENTUAN
A) Dinamakan sebagai ‘Malam Ketentuan’ kerana
pada malam tersebut, Allah menyerahkan 4 buah
kitab kepada Malaikat yang menentukan 4
perkara melibatkan urusan seseorang hamba/
iaitu :

1. Rahmat dan azab (dipertanggungjawabkan kepada


Jibril)

2. Tumbuh-tumbuhan dan rezeki


(dipertanggungjawabkan kepada Mikail)

3. Hujan, angin dan bencana


(dipertanggungjawabkan kepada Israfil)

4. Ajal dan maut (dipertanggungjawabkan kepada


Izrail)
SEBAB DINAMAKAN LAILATUL
QADAR / MALAM KETENTUAN

B) Merupakan suatu kebesaran Qadr, kemuliaan dan kedudukan


Sesiapa yang berusaha menghidupkannya akan memperoleh
kedudukan yang besar yang belum diperoleh sebelumnya dan
kemuliaannya akan bertambah di sisi Allah
Orang yang beramal dan mencari malam tersebut mempunyai
kedudukan yang besar
Ketetapan – kedudukan sesuatu telah ditetapkan
Bererti ‘Mempunyai Kedudukan’
Diturunkan pada malam itu Al-Quran, iaitu kitab yang mempunyai
kedudukan , juga diturunkan rahmat pada malam tersebut
SEBAB DINAMAKAN LAILATUL
QADAR / MALAM KETENTUAN

C) Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa penyebab dikatakan sebagai


malam Al-Qadr adalah kerana pada malam itu Allah menetapkan
takdir setiap makhluk berupa rezeki, umur dan kesihatan seseorang
untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam Al-Qadr tahun ini
sehingga ke malam Al-Qadr tahun berikutnya.
WAKTU TERJADINYA
LAILATUL QADAR

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang saat dan


waktu terjadinya Lailatul Qadar.

Sebahagian ulama’ berpendapat, Lailatul Qadar hanya


terdapat pada zaman Rasulullah SAW sahaja.

Sebahagian besar ulama’ pula menyatakan Lailatul Qadar


terdapat pada 10 terakhir Ramadhan (pendapat muktamad)
WAKTU TERJADINYA
LAILATUL QADAR

Pendapat terkuat mengatakan ianya berlaku pada malam-malam ganjil


iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Hikmah dirahsiakan tarikh tersebut adalah untuk mendorong dan


mengghairahkan umat Islam untuk mencarinya dengan
meningkatkan amal ibadah pada 10 terakhir Ramadhan.
WAKTU TERJADINYA
LAILATUL QADAR
Ahli tasawwuf pula berpendapat bahawa malam Al-Qadr itu berdasarkan
kepada awal Ramadhan :

1) Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat atau Isnin – Lailatul
Qadr akan jatuh pada malam 29 Ramadhan

2)Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu dan Khamis– Lailatul
Qadr akan jatuh pada malam 21 Ramadhan

3) Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu – Lailatul Qadr
akan jatuh pada malam 27 Ramadhan

4) Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa – Lailatul Qadr


akan jatuh pada malam 25 Ramadhan
AMALAN-AMALAN DI MALAM
AL-QADAR

Rasulullah anjurkan supaya banyakkan membaca :


“ Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau maha pemaaf lagi Maha
Pemurah, Engkau senang memaafkan, maka maafkanlah aku”.

Membangunkan ahli keluarga untuk beribadah pada waktu malam

Beriktikaf di masjid sesudah tanggal 20 Ramadhan

Menunaikan solat sunat empat rakaat

Memperbanyakkan zikir dan tasbih


TANDA-TANDA MALAM AL-QADR
Tanda-tanda Malam Al-Qadr berdasarkan hadith Nabi SAW :

Malam tersebut bercuaca cerah seolah-olah disuluh bulan, tidak panas


dan tidak sejuk, tiada cahaya bintang sehinggalah menjelang Subuh,
matahari di waktu paginya keluar tanpa sinar iaitu seperti cahaya
bulan purnama.

Di sebelah siangnya tidak terasa panas, udaranya nyaman, tidak panas


dan tidak sejuk.

Tiada hujan, tiada angin


TANDA-TANDA MALAM AL-QADR

Tanda-tanda Malam Al-Qadr berdasarkan pandangan dan pengalaman


ulama’ :

Malaikat akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan
secara tiba-tiba dia akan meraa sangat sayu dan menangis teresak-esak

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu


sujud
HIKMAH DIRAHSIAKAN MALAM
AL-QADR
1) Agar umat Iskam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan
ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja

2) Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan


amal ibadah walaupun telah ditetapkan malam tertentu

3) Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari lailatul Qadr


sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadah lalu dia memperoleh
pahala dari kesungguhannya itu

4) Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam dengan


harapan berkebetulan dengan ailatul Qadr sehingga meningkat amal
solehnya
RUJUKAN
1. H.A Fuad Said, Hari Besar Islam (1985), Penerbit
Yayasan Masagung, Jakarta Indonesia.

2. Al-Haafidz Waliyyuddin Al-’Iraqi (terj.Abdullah


Al- Qari Hj.Salleh), Mencari Malam Al-Qadr Menurut
Nabi SAW (1987), Pustaka Asa, Kelantan.

3. Abul Khairy Al-Latifi, Kelebihan Bulan dan Hari


Serta Amalan Wirid dan Doa (1999), Darul
Nu’man, Kuala Lumpur.

4. www.ikim.gov.my

5. www.islam.gov.my

You might also like