You are on page 1of 8

PENGAJARAN LANGSUNG

PROSES PELAKSANAAN

Perkembanga Amalan
Pengenalan
n Terbimbing

Latihan
Penutup Penilaian
Kendiri
PENGENALAN

• Langkah pertama dalam pengajaran langsung adalah untuk menarik perhatian pelajar.
• Langkah ini dirujuk kepada peristiwa fokus, di mana peringkat ini menyediakan pentas
untuk pembelajaran berlaku.
• Pelajar dimaklumkan tentang matlamat pembelajaran, hasil pembelajaran dan
kepentingan pelajaran berkenaan.
• Langkah ini dilakukan dalam bentuk seperti mengenal maklumat baharu atau menokok
tambah apa-apa yang telah dipelajari.
PERKEMBANGAN

• Guru memodelkan tingkah laku berbentuk pengetahuan dan kemahiran


• Antara proses perkembangan termasuklah:
• menunjuk cara tingkah laku,
• memastikan pelajar memperoleh pengusaan dan pemahaman
• memberikan perhatian kepada ulangan latihan.
• Guru bersoal jawab tentang kefahaman pelajar.
• Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar, persembahan multimedia dan
sebagainya untuk menggalakkan pelajar memproses maklumat.
AMALAN TERBIMBING

• Latihan secara aktif ini dapat meningkatkan ingatan, pembelajaran akan lebih
automatik dan membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kepada situasi
baharu.
• Antara prinsip yang boleh memberikan hala tuju kepada guru termasuklah:
• memberikan tugasan yang pendek dan bermakna;
• tugasan yang dapat meningkatkan pembelajaran berlebihan (overlearning);
• tugasan berterusan dan tugasan yang terbahagi kepada segmen tertentu
• memberikan perhatian kepada peringkat awal latihan diberikan.
• Di peringkat ini juga, guru boleh membantu pelajar yang belum menguasai pengajaran
serta mereka yang memerlukan pengajaran langsung daripada guru.
PENUTUP

• Rumusan.
• Imbas kembali apa yang diajar
• Mengingatkan pelajar tentang matlamat pengajaran
• Persediaan untuk pelajar menyelesaikan aktiviti dan latihan kendiri.
L AT I H A N K E N D I R I

• Aktiviti atau tugasan yang berkait dengan hasil pembelajaran diberikan kepada pelajar
setelah mereka menunjukkan kompetensi atau kemahiran dalam langkah ketiga.
• Latihan yang dilakukan secara kendiri bertujuan untuk mengelakkan apa juga bantuan
guru.
• Langkah ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan yang dicapai oleh pelajar.
PENILAIAN

• Alat penilaian digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada secara formatif
atau sumatif.
• Penilaian pembelajaran pelajar amat penting kerana memberikan maklum balas
kepada guru dan pelajar serta digunakan untuk menentukan sama ada hasil
pembelajaran yang diharapkan telah dicapai atau perlu diulangi pada pelajaran
berikutnya.

You might also like