You are on page 1of 19

SOALAN KBAT

BEDASARKAN
LIRIK LAGU
TAMAN ILMU SPM (ZENITH) 2023
NUR ZAIMAH BINTI RAMLI
● TEMA: MALAYSIA DAN MASA DEPAN
● TAJUK 14: KEMAKMURAN NEGARA
● SK: 14.1: MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA
● BAB 7- MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA
● 7.6 : RUKUN NEGARA SEBAGAI TONGGAK
● KESEJAHTERAAN NEGARA
LIRIK 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
● Lima Prinsip Rukun Negara
● Lima Prinsip Rukun Negara Ikrar:
● Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Kepercayaan Kepada Tuhan
● Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
● Sekali Sekala Dibaca Semata Keluhuran Perlembagaan
● Lima Prinsip Rukun Negara Kedaulatan Undang‐Undang
● Telah Menjadi Teras Perpaduan
Kesopanan Dan Kesusilaan
● Membentuk Satu Negara Itulah Lima Prinsip Rukun NegaraLagu
● Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Ciptaan : Dato’ Wah Idris
● Amalkanlah Rukun Negara
Lirik Oleh : Dato’ Cosmas J. AbahDato’
● Dalam Hidup Harian Kita Azman Amin Hassan
● Tanpa Mengira Tua Muda
● Mengekalkan Warisan Kita
● Lima Prinsip Rukun Negara
● Telah Menjadi Teras Perpaduan
● Membentuk Satu Negara
● Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
● Lima Prinsip Rukun Negara
SOALAN:

BAGAIMANAKAH MATLAMAT
MEWUJUDKAN KESEJAHTERAAN
NEGARA DAPAT DILAKSANAKAN
DENGAN BERKESAN ?

● https://www.youtube.com/watch?v=z14z8-_kV5g
Matlamat mewujudkan kesejahteraan negara dapat dilaksanakan dengan
berkesan seperti mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan
seharian (1). Hal ini kerana, ia dapat membentuk satu negara tanpa
mengira agama dan bangsa (2). Di samping itu, warisan kita dapat
dipertahankan (3). Kesannya dapat mewujudkan semangat perpaduan di
kalangan masyarakat berbilang bangsa (4). Seterusnya, melalui prinsip
kepercayaan kepada Tuhan untuk menjadi panduan hidup (5) dan
membentuk keperibadian yang baik (6). Di samping itu, prinsip kesetiaan
kepada Raja dan negara dapat melahirkan rakyat yang menghormati
antara kaum (7) Selain itu dapat melahirkan rakyat yang mematuhi
undang-undang (8). Kesannya, dapat meningkatkan imej negara di mata
dunia (9).
● BAB 1: KEDAULATAN NEGARA
● S.K: 12.1: KONSEP KEDAULATAN NEGARA
● K: 12.1.6 Menjelaskan kepentingan mengekalkan
kedaulatan negara

SOALAN:
SEBAGAI RAKYAT YANG
PATRIOTIK, JELASKAN USAHA
YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN
NEGARA. (8M)
Sebagai rakyat yang patriotik, usaha yang boleh dilakukan untuk
mempertahankan kedaulatan negara ialah dengan sentiasa berwaspada
terhadap anasir luar [1]. Menjadi rakyat yang sentiasa cakna akan perubahan
demi mencapai kejayaan[1] untuk memajukan diri dan negara [1]. Selain itu,
bersemangat waja sebagai rakyat Malaysia [1]. Seterusnya, rakyat Malaysia
juga boleh mengamalkan satu bangsa, satu budaya dan satu negara [1] demi
melahirkan perpaduan kita satu Malaysia [1]. Di samping itu, rakyat Malaysia
boleh mempertahankan kedaulatan dengan rela berbakti dan berkorban diri
[1]. Contohnya dengan menyertai tentera dan polis [1]. Seterusnya rakyat juga
perlu hidup secara harmoni [1]dengan mengamalkan sikap hormat
menghormati antara semua kaum [1]. Keadaan ini dapat melahirkan rakyat
yang seia sekata sehati dan sejiwa [1] demi menuju kejayaan di masa hadapan
[1].
Cadangan jawapan :

Peranan kita dalam memastikan generasi akan datang terus


mempertahankan kedaulatan negara ialah dengan menerapkan
semangat patriotisme. Melalui penerapan semangat patriotisme
ini generasi akan datang mampu bertahan menghadapi musuh-
musuh negara. Oleh yang demikian, mereka akan sentiasa
berwaspada terhadap anasir-anasir luar yang cuba mengganggu
gugat kedaulatan negara. Sebagai contoh budaya demontrasi,
LGBT dan juga pemikiran liberal. Kesimpulannya penerapan
semangat patriotisme ini membantu generasi akan datang
berjiwa kental mempertahankan kedaulatan negara.
TING 4. BAB 10

Bagaimanakah kerjasama yang


mantap antara pemimpin pelbagai
kaum memberikan manfaat kepada
negara kita? [8 m]
Kerjasama yang mantap antara pemimpin pelbagai
kaum [1] membolehkan kita menjadi bangsa yang
berjaya [1]. Contohnya maju dalam alam siber dan
teknologi terkini [1]. Oleh yang demikian rakyat
hidup selesa dan aman damai [1]. Selain itu rakyat
dapat mendakap tuah [1] daripada kemakmuran
negara [1]. keadaan ini menyebbakan kita merasa
bangga sebagai rakyat Malaysia [1] serta rela
berjuang demi bangsa dan kedaulatan negara [1].
4. Mengapakah kita perlu
mensyukuri nikmat
kemerdekaan ? [8 m]
Kita perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan kerana kita telah
bebas merdeka daripada penjajahan [1]. Oleh yang demikian
kedaulatan bangsa dan negara [1] dapat diiktiraf di persada dunia
[1]. Oleh itu, kita hendaklah sanggup berjuang mempertahankan
tanah air tercinta [1]. Sanggup mempertaruhkan nyawa [1] demi
negara Malaysia [1]. Terima kasih kepada pejuang-pejuang
terdahulu [1] yang berjuang memerdekakan negara [1].
HURAIKAN MESEJ YANG TERKANDUNG DALAM
POSTER TERSEBUT DAN LANGKAH-LANGKAH
MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SESEBUAH
NEGARA MAJU.
(8 MARKAH)
Mesej yang terkandung dalam poster tersebut ialah rancangan Malaysia ke 11
(RMK11)2016-2020 bertemakan “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”.
Seterusnya, RMK 11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir
ke arah matlamat Wawasan 2020. Selain itu, Wawasan 2020 menggariskan
aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek. Aspek
tersebut ialah ekonomi, politik, sosial, keharmonian, psikologi dan budaya
menjelang 2020. RMK 11 berteraskan prinsip “ Bangsa Malaysia”.

Langkah menjadikan Malaysia sebagai negara maju ialah kita harus bekerjasama
dan bertolak ansur bagi memupuk persefahaman antara kaum agar dapat
meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, kita hidup secara bersama-sama
dalam satu komuniti. Kesimpulannya, langkah ini dapat membentuk negara yang
sejahtera.
Maklumat yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah kejayaan rombongan
kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman[1]. Rombongan tersebut telah
mendapat penghargaan dan pujian dari seluruh dunia [1].
Tujuan rundingan tersebut untuk mencapai [1] kemerdekaan tanah melayu.
Keputusan yang berani dan bijak telah dilaporkan oleh akhbar The Times London [1].
Akhbar Financial Timer melaporkan perjanjian kemerdekaan ini tidak mengubah dasar
kewangan Tanah Melayu mencapai taraf Dominion[1].
Kejayaan ini dapat dicapai melalui pemimpin yang berpandangan jauh dalam
bertindak [1] bagi merangka pembangunan negara supaya dapat memelihara kedaulatan
negara [1]. selain itu pemimpin bijak merangka strategi memajukan negara [1] supaya
lebih bersedia menghadapi cabaran untuk menjamin kemerdekaan negara [1].
Maklumat yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah kejayaan rombongan
kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman[1]. Rombongan tersebut telah
mendapat penghargaan dan pujian dari seluruh dunia [1].
Tujuan rundingan tersebut untuk mencapai [1] kemerdekaan tanah melayu.
Keputusan yang berani dan bijak telah dilaporkan oleh akhbar The Times London [1].
Akhbar Financial Timer melaporkan perjanjian kemerdekaan ini tidak mengubah dasar
kewangan Tanah Melayu mencapai taraf Dominion[1].
Kejayaan ini dapat dicapai melalui pemimpin yang cintakan negara [1] untuk
kepentingan rakyat dan negara demi memelihara kedaulatan negara [1].
selain itu pemimpin yang berilmu pengetahuan untuk merangka pembangunannegara[1]
supaya negara mencapai status negara maju [1]. Pemimpin perlu mempunyai nilai-nilai
murni agar dapat mentadbir negara dengan adil [1]. Seterusnya pemimpin perlu taat
kepada pemerintah utama negara iaitu YDPA [1]. Pemimpin perlu berakhlak baik untuk
mengekalkan keamanan negara [1]
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut?
(8 m)

You might also like