You are on page 1of 22

1.

1 Konsep sains dan teknologi Islam


1.2 Kepentingan sains dan teknologi Islam
1.3 Peranan sains dan teknologi dalam Islam
1.4 Kesan pengabaian sains dan teknologi
dalam Islam
PENDAHULUAN
Sains dan teknologi Islam adalah ilmu yang tidak
dapat dipisahkan daripada agama. Sains transmisi dan
sains intelek kedua-duanya bersumberkan wahyu.
Sains dan teknologi dalam Islam bertujuan memberi
kemudahan kepada manusia sejagat. Bidang sains
dalam Islam merupakan tuntutan fardu kifayah yang
mana ianya memberi sumbangan besar dalam
kesempurnaan aspek fardu ‘ain umat Islam.
KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Maksud sains

 Secara etimologi istilah sains berasal daripada bahasa Latin iaitu


scio, scire atau scientia yang bermaksud tahu (Ramli Awang,
2003:42; Endang Saifuddin Ansari, 1982:43)
 Kamus Dewan mendefinisikan sains sebagai cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau
kenyataan semata-mata (sprt. kimia, fizik, biologi dll)
 Menurut Sulaiman Nordin, sains adalah ilmu yang tersusun dan
teratur berkaitan dengan kajian-kajian terhadap fenomena-
fenomena di alam tabii melalui kaedah yang berobjektif, kajian
bereksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip
yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenara nnya.
KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Sains dalam Islam

 Sains yang bersumberkan wahyu dan akal


 Metodologi saintifik;
o empiris (eksperimen, ujikaji, pemerhatian,
dll)
o non empiris ( doa, ilham, intuisi )
 Skop kajian
o Alam fizik yang mempunyai hubungan
dengan metafizik
o Alam tabii – sifat tabii alam dan
interaksinya dengan persekitaran
 Hubungan dengan agama di mana prinsip
sains selari dengan ajaran dan konsep
dalam Islam serta meliputi pelbagai disiplin
ilmu
KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Maksud teknologi
Dari segi bahasa ianya berasal daripada bahasa
Yunani iaitu techne yang bermaksud seni atau kerja
tangan dan logos bermaksud wacana atau kata-kata
sistematis (teori).
Dari segi istilah ianya bermaksud ilmu pengetahuan
dan tindakan bersistem. Biasanya teknologi dikaitkan
dengan proses industri. Teknologi juga bermaksud
kegiatan berkaitan dengan sains kejuruteraan.
KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Teknologi dalam Islam
* Istilah diperkenalkan ialah sina’ah atau ilmu gunaan.
* Pengetahuan yang berhubung dengan ilmu teknik
menggunakan pengetahuan sains.
* Tujuan teknologi dalam Islam adalah untukmemberi
kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
* Teknologi dalam Islam menerima teknologi yang
memberi manfaat sahaja tanpa ada unsur kerosakan
(surah ar-Rum;41)
* Teknologi yang tidak terkeluar daripada etika serta prinsip
dasar Islam
KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Kedudukan Sains dan Teknologi dalam Islam
# Sains yang dirujuk sebagai sciences dalam bahasa
Inggeris dan al-ulum dalam bahasa Arab merangkumi
bidang ilmu yang bersumberkan wahyu dan intelek
manusia. Sains dengan maksud ilmu dalam sistem
pendidikan Islam merangkumi bidang ilmu yang
dinamakan sebagai sains transmisi dan juga sains
intelek. Oleh itu skop sains dalam pendidikan Islam
amat luas
.
# Kefarduan sains dalam Islam merangkumi dua kefar-
duan iaitu fardu ain (sains transmisi) dan fardu kifa-
yah (sains intelek)
# Sains dalam pengertian dan sistem pendidikan hari
ini hanya dirujuk kepada satu bidang ilmu sahaja
iaitu sains intelek. Justeru kita dapati sains dalam
pendidikan moden sangat sempit iaitu sejauh yang
terjangkau oleh indera manusia sahaja (sains intelek
sahaja)
# Sains dan teknologi dalam Islam bertujuan memberi
kemudahan kepada manusia sejagat. Bidang sains
fardu kifayah memberi sumbangan besar dalam
menyempurnakan sains fardu ain
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
1) Keagamaan
Sains dalam Islam ialah sains yang bersifat keagamaan
kerana;
- Menerima wahyu sebagai sumber ilmu
- Sains bersifat rabbani apabila menghubungkan
Pencipta dalam aktiviti S & T
- Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada
Allah SWT
- Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam
- Salah satu kaedah penyaksian terhadap kebesaran
Allah SWT
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
2) Saintifik
Sains Islam dilakukan
secara berobjektif, bersifat
rasional, melalui ujikaji
dan dilakukan sintesis iaitu
menerima unsur-unsur
pelbagai budaya dan
bangsa
ke dalam sains Islam dan
disaring mengikut acuan
Islam dan menerima yang
tidak bertentangan dengan
nilai-nilai Islam
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
3) Universal
Sains Islam bersifat
universal kerana ia
dihasilkan oleh muslim dan
non muslim. Penglibatan
penyumbang sains Islam
adalah sejagat melibatkan
pelbagai bangsa, budaya
dan lokasi. Penghasilan
karya sains juga adalah
universal atau sejagat
kerana penulisan sains
daripada kalangan muslim
dan juga tamadun lain.
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
4) Sepadu
Sains Islam bersifat sepadu kerana tidak memisahkan
antara cabang-cabang ilmu serta kajiannya bersifat
menyeluruh. Malahan kajian alam fizik tidak terpisah
daripada metafizik di mana mengkaji alam tabii
adalah mengkaji sifat Allah SWT. Sains Islam juga
sepadu dari segi kefarduan dalam menuntut dan
melaksanakannya iaitu fardu ain dan fardu kifayah.
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
5) Harmoni
Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.
Kajian menuju kepada matlamat yang sama iaitu
pengabdian diri kepada Allah SWT.
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
Peranan S&T dalam Islam
Membantu manusia mengenali Allah SWT sebagai
Pencipta alam tabii
- Alam tabii sebagai kitab terbuka (maftuhah) Allah
SWT. Kajian sains yang berpandukan wahyu akan
mengarahkan manusia kepada tanda-tanda kebesaran
Allah SWT. Penjelasan mengenai kosmologi
terkandung dalam kitab yang dibaca iaitu al-Quran.
Kewujudan alam merupakan satu tanda kewujudan dan
kebesaran Pencipta. Ali ‘Imran (3) : 190-190
‫ ٱ َّل ِذي‬١٩٠ ‫ِإ َّن ِفى َخ ۡل ِق ٱل َّس َم ٰـ َوٲ ِت َوٱۡل َأ ۡر ِض َوٱ ۡخ ِت َل ٰـ ِف ٱ َّل ۡي ِل َوٱل َّن َہا ِر َل َأ َي ٰـ ٍ۬ت ِّل ُأ ْو ِلى ٱۡل َأ ۡل َب ٰـ ِب‬
‫َن َي ۡذ ُك ُرو َن ٱل َّل َه ِق َي ٰـ ً۬ما‬
‫َو ُق ُعو ً۬دا َو َع َل ٰى ُج ُنو ِب ِه ۡم َو َي َت َف َّڪ ُرو َن ِفى َخ ۡل ِق ٱل َّس َم ٰـ َوٲ ِت َوٱۡل َأ ۡر ِض َر َّب َنا َما َخ َل ۡق َت َه ٰـ َذا‬
‫َب ٰـ ِطل ً۬ا ُسۡب َح ٰـ َن َك َف ِق َنا‬
١٩١ ‫َع َذا َب ٱل َّنا ِر‬
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-
orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan
bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
(191)
Membantu manusia mentauhidkan Allah SWT.
- Bukti keesaan Allah SWT boleh dilihat melalui kajian alam tabii
i. Pencipta alam adalah Yang Maha Esa
‫ِفيِہَم ٓا َء اِلَهٌة ِإاَّل ٱُهَّلل َلَفَس َد َتۚ‌ا َفُس ۡب َح ٰـ َن ٱِهَّلل َر ِّب ٱۡل َع ۡر ِش َع َّم ا َيِص ُفوَن‬ ‫َلۡو َك اَن‬
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah
pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan):
Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (22)
ii. Alam tunduk di bawah satu sistem dan peraturan
‫اَل ٱلَّش ۡم ُس َيۢن َبِغ ى َلَهٓا َأن ُتۡد ِرَك ٱۡل َقَم َر َو اَل ٱَّلۡي ُل َس اِبُق ٱلَّنَہا ۚ‌ِر َو ُك ٌّ۬ل ِفى َفَلٍ۬ك َيۡس َبُحوَن‬
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Membantu manusia memenuhi keperluan material
-Memenuhi keperluan asasi seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan
sebagainya memerlukan manusia menguasai ilmu
sains dan teknologi.
Membantu dalam pelaksanaan syariat
-Kajian sains dan teknologi dalam Islam didorong
oleh kepentingan dalam syariat. Kepentingan untuk
mengatur beberapa hubungan iaitu hubungan
manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia
dengan manusia serta hubungan manusia dengan
alam.
Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi
Ke atas Umat Islam
 Antara kesan-kesan negatif pengabaiannya ialah
i. Sosial – umat Islam ketinggalan daripada bangsa lain di dunia dan
maruah umat Islam akan jatuh. Umat Islam juga terdedah kepada
pelbagai teknologi Barat yang meruntuhkan akhlak. Contohnya
teknologi internet yang memudahkan penularan masuk budaya asing
khususnya Barat yang tidak sihat.
ii. Ekonomi – umat Islam sentiasa bergantung kepada kuasa asing dan
berlakunya penguasaan teknologi oleh bukan Islam. Umat Islam
menjadi kelompok pengguna yang perlu bergantung kepada bangsa lain.
iii.Politik – berlakunya penjajahan ke atas umat Islam dan negara mereka
akibat tidak mampu memperkuatkan sistem pertahanan. Umat Islam
akan dijajah dan ditindas dalam pelbagai bentuk dan akibatnya mereka
dipandang hina oleh negara kuasa besar.
Kesan Pengabaian Sains dan Teknologi
Ke atas Umat Islam
i. Pendidikan – sains diajar terpisah daripada nilai agama kerana sistem
pendidikan yang dilaksanakan berasaskan sistem dualisme
ii. Teknologi – umat Islam bergantung kepaada teknologi Barat yang
kadang kala menimbulkan masalah kepada umat Islam. Ketinggian
teknologi banyak memberi keuntungan kepada pemiliknya terutama
Barat.

You might also like