You are on page 1of 33

BAB 2

NUTRISI
( KELAS MAKANAN )
Karbohidrat
1. Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi unsur-
unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.
2. Contoh karbohidrat termasuk kanji, selulosa, dan gula.
3. Makanan yang kaya dengan karbohidrat termasuk nasi,
roti, coklat, dan ubi.
4. Karbohidrat ialah sumber tenaga utama kita.
5. Karbohidrat membekalkan tenaga yang kita perlukan
untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti bernafas,
berjalan dan berlari.
Protein
1. Protein mengandungi unsur-unsur karbon , hidrogen,
oksigen, nitrogen, dan kadangkala sulfur serta fosforus.
2. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging,
ikan, putih telur, susu, dan kacang soya.
3. Protein diperlukan untuk membina sel baharu bagi
pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak.
4. Protein yang berlebihan tidak dapat disimpan dalam
badan tetapi disingkirkan sebagai urea dalam air kencing
dan peluh.
Lemak
1. Seperti karbohidrat, lemak terdiri daripada karbon,
hidrogen, dan oksigen tetapi dalam nisbah yang berlainan.
2. Makanan yang kaya dengan lemak termasuk mentega,
kuning telur, minyak ikan, dan lemak daging.
3. Selain karbohidrat, lemak juga membekalkan tenaga,
terutamanya untuk memanaskan badan dan mengekalkan
suhu badan.
4. Lemak melindungi organ-organ dalaman seperti ginjal dan
jantung daripada gegaran.
Vitamin
1. Vitamin ialah sebatian organik yang penting untuk
kesihatan badan.
2. Terdapat dua kumpulan vitamin iaitu vitamin yang larut
dalam lemak dan vitamin yang larut dalam air.
3. Vitamin yang larut dalam lemak ialah vitamin A, D, E, dan
K manakala vitamin yang larut dalam air ialah vitamin B
dan C.
Fungsi Kesan
Vitamin
Kekurangan
• Pertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang
sihat
A Rabun malam
• Untuk penglihatan yang baik pada waktu
malam

• Memelihara fungsi sistem saraf


B Beri-beri
• Membantu pembentukan sel darah merah

• Menguatkan pertahanan badan terhadap Pelagra


C penyakit Anemia
• Memelihara kesihatan kulit dan gusi Skurvi

• Membantu penyerapan kalsium dan


Riket
D fosforus untuk pertumbuhan tulang dan gigi
Kerosakan gigi
yang kuat
E • Mengekalkan fungsi sistem pembiakan Kemandulan
• Diperlukan dalam proses pembekuan Darah lambat
K
darah beku
Garam mineral
1. Seperti vitamin, hampir semua makanan mengandungi
garam mineral yang diperlukan untuk memelihara
kesihatan badan.
2. Garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang
sedikit sahaja.
3. Air minuman harian yang dibekalkan oleh loji air juga
mengandungi garam mineral.
Garam Kesan
Fungsi
mineral Kekurangan

• Membina tulang dan gigi yang kuat


Kalsium Riket
• Membantu proses pembekuan darah

Kekejangan otot
• Diperlukan untuk pembentukan Kelesuan
Natrium
bendalir badan seperti plasma darah Kurang selera
makan
• Membina hemoglobin dalam sel darah
Besi Anemia
merah
• Diperlukan oleh kelenjar tiroid untuk
Iodin Goiter
penghasilan hormon
Fosforus • Membina tulang dan gigi yang kuat Riket
• Diperlukan untuk pengecutan otot
badan Kelesuan otot
Kalium
• Mengekalkan kepekatan darah dan Kekejangan otot
bendalir tisu badan
Pelawas
1. Pelawas ialah bahan bergentian yang tidak dapat
dicernakan oleh badan.
2. Selulosa yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-
sayuran, dan selaput luar bijirin ialah sumber pelawas.
3. Pelawas merangsang pengecutan otot di sepanjang salur
pencernaan untuk membantu pergerakan makanan.
4. Oleh itu, pelawas dapat mencegah sembelit.
Air
1. Kira-kira 67% daripada badan
manusia terdiri daripada air.
2. Air diperlukan dalam badan
untuk mengangkut bahan-
bahan terlarut seperti makanan
tercerna ke seluruh badan dan
mengangkut bahan buangan
untuk disingkirkan daripada
badan.
3. Air juga memainkan peranan
penting dalam mengawal suhu
badan dan kepekatan darah.
4. Kehilangan sebanyak 20%
daripada jumlah air dalam
badan boleh membawa maut.
Kwasyiorkor
Rabun malam
Beri - beri
( kerosakan
sistem saraf )
Skurvi ( gusi berdarah )
Riket ( kelenturan tulang kaki )
Goiter
( pembengkakan kelenjar
tiroid )
A Ujian iodin untuk kanji

1. Masukkan 2 ml larutan kanji ke dalam tabung uji.


2. Titiskan beberapa titik larutan iodin.
B Ujian Benedict untuk glukosa

1. Masukkan 2 ml larutan glukosa ke dalam tabung uji.


2. Tambahkan 2 ml larutan Benedict ke dalam tabung uji.
3. Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam
kukus air.
C Ujian Millon untuk protein

1. Masukkan 2 ml larutan albumen ke dalam tabung uji.


2. Titiskan beberapa titik reagen Millon.
3. Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam
kukus air
D Ujian alkohol-emulsi untuk lemak

1. Masukkan 2 ml etanol ke dalam tabung uji.


2. Titiskan beberapa titik minyak ke dalam etanol dan
goncang campuran itu.
3. Tambahkan 2 ml air dan goncang campuran itu.
Keputusan

Makanan Ujian Makanan Pemerhatian

Kanji Ujian iodin

Glukosa Ujian Benedict

Protein Ujian Millon

Lemak Ujian alkohol-emulsi


Keputusan

Makanan Ujian Makanan Pemerhatian


Warna kanji bertukar menjadi biru tua
Kanji Ujian iodin apabila larutan iodin ditambah pada
larutan kanji.

Mendakan merah bata terbentuk apabila


Glukosa Ujian Benedict larutan glukosa dipanaskan bersama
larutan Benedict.
Mendakan putih terbentuk apabila
albumen ( protein ) dipanaskan bersama
Protein Ujian Millon reagen Millon. Kemudian, mendakan
putih bertukar menjada merah bata
apabila campuran dipanaskan.
Campuran lemak dan etanol membentuk
emulsi keruh apabila ditambah air. Ujian
tompok gris juga boleh dilakukan untuk
Lemak Ujian alkohol-emulsi menguji kehadiran lemak melalui
penghasilan kesan lut cahaya pada
kertas turas.
1. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

(a) ___________ membekalkan tenaga yang diperlukan untuk


aktiviti harian kita.
(b) ___________ dan ___________ melindungi badan kita
daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan kita.
(c) Melarutkan dan mengangkut makanan tercema ke sel-sel
badan.
(d) Kekurangan pelawas dalam gizi boleh menyebabkan
masalah ___________. Makanan yang kaya dengan
pelawas ialah ___________ dan___________.
(e) ___________ melindungi organ-organ badan seperti
jantung daripada tercedera.
(f) ___________ diperlukan untuk membina sel-sel baharu
untuk pertumbuhan dan untuk menggantikan sel-sel yang
rosak.
1. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

(a) ___________ membekalkan tenaga yang diperlukan


untuk aktiviti harian kita.
(b) ___________ dan ___________ melindungi badan
kita daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan
kita.
(c) Melarutkan dan mengangkut makanan tercema ke
sel-sel badan.
(d) Kekurangan pelawas dalam gizi boleh menyebabkan
masalah ___________. Makanan yang kaya dengan
pelawas ialah ___________ dan___________.
(e) ___________ melindungi organ-organ badan seperti
jantung daripada tercedera.
(f) ___________ diperlukan untuk membina sel-sel
baharu untuk pertumbuhan dan untuk menggantikan sel-
sel yang rosak.
2. Kelaskan makanan yang berikut kepada kelas makanan
yang betul.

Mi Susu Putih telur Ubi kayu

Marjerin Madu Mentega Kuning telur

Kacang tanah Ikan


2. Kelaskan makanan yang berikut kepada kelas
makanan yang betul.

Mi Susu Putih telur Ubi kayu

Marjerin Madu Mentega Kuning telur

Kacang tanah Ikan


Uji Kendiri 2.1

1. Lengkapkan jadual berikut.

KELAS MAKANAN CONTOH FUNGSI

a ) Karbohidrat

b ) Protein

c ) Lemak

d) Pelawas
2.Namakan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan
vitamin berikut

RABUN BERI -
RIKET SKURVI
MALAM BERI

(a)Vitamin A:_______________
(b)Vitamin B:_______________
(c)Vitamin C:_______________
(d)Vitamin D:_______________
3.Nyatakan kesan kekurangan mineral berikut
kepada kesihatan kita.

(a)Iodin:
(b)Besi:
(c)Fosforus:

4.Terangkan cara anda menguji kehadiran


glukosa dalam sampel makanan
1.Lengkapkan jadual berikut

kelas makanan contoh: Fungsi


(a)karbohidrat NASI MEMBEKALKAN
TENAGA KEPADA
BADAN

(B)Protein Daging membina sel baharu


semasa pertumbuhan

(c)lemak Roti membekalkan tenaga


kepada badan

(d)pelawas Bijirin membantu


pergerakkan makanan
sepanjang salur
pencerna
2Namakan penyakit yang disebabkan oleh
kekurangan vitamin berikut

(a)Vitamin A:Rabun Malam

(b)Vitamin B:Beri-Beri

(c)Vitamin C:Skurvi

(d)Vitamin D:Riket
3.Nyatakan kesan kekurangan mineral berikut
kepada kesihatan kita.

(a)Iodin:Goiter
(b)Besi:Anemia
(c)Forforus:Riket
4.Terangkan cara anda menguji kehadiran
glukosa dalam sampel makanan

-makanan yang mengandungi glukosa perlu


dilarutkan di dalam tabung uji.Larutan benedict
ditambah dan digoncang supaya larutan
bercampur.Tabung uji mengandungi campuran
tadi dipanaskan selama 5 minit.Pembentukan
menandakan merah bata menunjukkan
kehadiran glukosa.

You might also like