You are on page 1of 14

FELDA

SAHABAT
DAN
ESSCOM
PENUBUHAN
FELDA SAHABAT
Pada 12 April 1979, Kerajaan Negeri Sabah
dan FELDA telah menandatangani perjanjian
persefahaman bagi membolehkan FELDA
terlibat secara langsung dalam
pembangunan tanah di Sabah. Bermula
daripada detik itu, FELDA mula meneroka
tanah di Sabah yang tertumpu di Pantai
Timur Sabah yang dikenali sebagai FELDA
Sahabat.
Lokasi FELDA Sahabat terletak di kawasan Timur Lahad Datu dalam daerah kecil Tungku. Keluasan
tanah yang diteroka bagi 9 rancangan di kawasan Gugusan Wilayah FELDA Sahabat ialah
12,721.42 hektar melibatkan 1,647 peneroka (2020). Gugusan FELDA Sahabat terbahagi kepada
beberapa buah penempatan, kilang dan juga ladang antaranya Anjung Teduh, Baiduri Ayu,
Cenderawasih, Desa Kencana, Embara Budi, Fajar Harapan, Gemala Pura, Hamparan Badai, Indera
Sakti, Jeragan Bestari, Kembara Sakti, Lancang Kemudi, Mercu Puspita, dan Nilam Permata.
LOKASI FELDA SAHABAT

FELDA Sahabat terletak di dalam daerah


Lahad Datu, Sabah.

Peta Negeri Sabah


Pintu masuk kilang di Fajar Harapan, Felda Wilayah Sabahat Kilang memproses kelapa sawit di Felda Wilayah Sabahat

PERLADANGAN
KELAPA SAWIT
Felda Sahabat menjalankan aktiviti perladangan
kelapa sawit dari penanaman hingga penuaian.
Hasil tuaian akan dibawa ke kilang pemprosesan
bagi menghasilkan minyak kelapa sawit.

Pada tahun 2020, hasil tuaian sawit di Felda


Sahabat telah mencapai 120,662.22 tan metrik. Kelapa sawit yang dituai dibawa ke kilang untuk diproses
PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING
Selain aktiviti perladangan kelapa sawit, FELDA Sahabat juga telah dijadikan Hab Lembu Pedaging
di bawah inisiatif Program Pembangunan Peneroka (PPP) mulai Mei 2021. Program ini
dilaksanakan di FELDA Sahabat atas faktor status kawasan 'bebas penyakit’ dan mempunyai
tanah yang luas untuk sistem penternakan lembu secara integrasi. Projek ternakan ini melibatkan
keluasan tanah 6,837.46 hektar dan lebih 3,000 ekor lembu. Kini, Program Hab Lembu Pedaging
ini telah memberi manfaat kepada seramai 871 peneroka di FELDA Sahabat selain membuka
peluang pekerjaan kepada generasi baharu FELDA. Hab Lembu Pedaging FELDA Sahabat disasar
dapat membekalkan keperluan daging tempatan, dan dapat juga dieksport ke negara jiran.

Projek Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat


TRAGEDI PENCEROBOHAN
KAMPUNG TANDUO, FELDA SAHABAT
Kumpulan pengganas
yang mendakwa sebagai
‘Askar Diraja Kesultanan
Sulu dan Borneo Utara’

Kampung Tanduo,
Felda Sabahat

Tragedi pencerobohan di Felda Sahabat oleh penceroboh dari kepulauan Sulu, Filipina telah
melakar satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Tragedi ini dikaitkan dengan insiden diplomatik
dan bersenjata yang berlaku antara Kerajaan Malaysia dan kumpulan penceroboh yang
menggelarkan diri mereka sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara’. Sejumlah 235
orang penceroboh dari Sulu, Filipina yang sebahagiannya bersenjata telah mendarat di Kampung
Tanduo, Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.
Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram yang merupakan saudara lelaki kepada
‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III. Mereka menceroboh masuk ke Sabah dengan alasan ingin
menuntut Sabah kembali menjadi wilayah Kesultanan Sulu. Kehadiran sebahagian pengganas itu
dikesan sekumpulan nelayan tempatan dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai
lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou. Krisis
ini berlanjutan sehingga lebih 3 minggu dengan perundingan antara pihak keselamatan Malaysia
dengan Kumpulan ini tidak berhasil. Pada 1 Mac 2013, tercetus pertempuran antara pihak polis
dengan kumpulan ini dalam ladang kelapa sawit menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan
terkorban serta tiga lagi cedera, dan 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Perdana Menteri tiba di Lahad Datu Pasukan keselamatan mengepung Pihak yang mendakwa waris
semasa krisis pencerobohan ladang kelapa sawit Kampung Tanduo Kesultanan Sulu
OPERASI DAULAT

Perdana Menteri tiba di Lahad Datu Pasukan keselamatan mengepung Pihak yang mendakwa waris
semasa krisis pencerobohan ladang kelapa sawit Kampung Tanduo Kesultanan Sulu
Perdana Menteri tiba di Lahad Datu Pasukan keselamatan mengepung Pihak yang mendakwa waris
semasa krisis pencerobohan ladang kelapa sawit Kampung Tanduo Kesultanan Sulu
ESSZONE &
ESSCOM

You might also like