You are on page 1of 2

Cabaran dan Isu Semasa Dunia

Bahagian Dua: Peristiwa Khas (pencerobohan) di Lahad Datu.

Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu merupakan salah satu peristiwa


hitam dalam sejarah Malaysia. Krisis pencerobohan di Lahad Datu ini bermula
apabila 235 warga Filipina di mana sebahagian daripada mereka bersenjata
mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.
Kumpulan itu menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja
Kesultanan Sulu dan Borneo Utara yang dihantar oleh Jamalul Kiram III yang
merupakan salah satu daripada pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan
Sulu.
Matlamat utama Jamalul Kiram menghantar angkatan tenteranya adalah
untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian Timur Sabah yang dahulu
nya merupakan sebahagian daripada Borneo Utara yang masih belum dapat
diselesaikan. Filipina telah menuntut mengenai pendudukan Malaysia ke atas
Sabah kerana menurut mereka, Wilayah Kesultanan Sulu juga merangkumi
kawasan utara timur Borneo Utara yang termasuk dalam Kepulauan Sulu.
Apabila Presiden Filipina, Benigno Aquino mengumumkan mengenai rangka
kerja perjanjian damai yang melibatkan antara kerajaan Filipina dan Barisan
Utama Pembebasan Islam Moro pada 7 Oktober 2012, pihak pewaris Kesultanan
Sulu berasa diketepikan dalam hal rundingan tersebut. Sebagai tindak balas,
Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kepada
takhta Kesultanan Sulu telah menetapkan pada 11 November 2012 bahawa
kontinjen awam dan tentera haruslah menuntut kembali hak-hak wilayah di
Borneo Utara. Beliau melantik saudaranya dan Raja Mudah (pewaris atau putera
mahkota), Agbimuddin Kiram untuk memimpin kumpulan tersebut. Beberapa
bulan kemudian, pada 11 Februari 2013, Agbimuddin Kiram dan kira-kira 100
pengikutnya mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau
kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.
Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Sabah dan semua
kawasan kepulauannya adalah di bawah Persekutuan Malaysia pada tarikh 23
Oktober 2001. Mahkamah Antarabangsa juga memutuskan untuk tidak
menerima pemohonan Kerajaan Filipina untuk masuk campur dalam urusan
persengketaan status Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berlaku di antara
Malaysia dan Indonesia.

You might also like