You are on page 1of 16

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Krisis_pencerobohan_Lahad_Datu_2013
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di
antaraMalaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata
mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.
[12]
Kumpulan tersebut
yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo
Utara,
[2]
telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang
menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk
menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak
dapat diselesaikan.
[3]

Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang
menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.
[13]


Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Pertelingkahan tuntutan kawasan nasional[sunting | sunting sumber]
Dalam konflik yang berlanjutan, Filipina telah menuntut mengenai pendudukan Malaysia ke atas
negeri Sabah. Sebab tuntutan ini ialah kerana Wilayah Kesultanan Sulu juga merangkumi bahagian
utara timur Borneo yang termasuk dalam Kepulauan Sulu. Kedua-dua perkara mengenai wilayah ini
dan status semasa sultan masih tidak dapat diselesaikan. Pada 7 Oktober 2012, Presiden Filipina,
iaitu Benigno Aquino telah mengumumkan bahawarangka kerja perjanjian damai yang melibatkan
antara kerajaan Filipina dan Barisan Utama Pembebasan Islam Moro. Bagaimanapun, pewaris
Kesultanan Sulu berasa diketepikan dalam perundingan tersebut. Sebagai tindak balas, Sultan
Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu, beliau telah
menetapkan pada 11 November 2012 bahawa kontinjen awam dan tentera harus menuntut hak-hak
wilayah di Borneo Utara. Oleh itu, beliau telah melantik saudaranya dan Raja Mudah ("pewaris" atau
"putera mahkota"), Agbimuddin Kiram, untuk memimpin kumpulan tersebut.
[2][14]
Beberapa bulan
selepas 11 Februari 2013,
[2]
Agbimuddin Kiram dan seramai 100 pengikutnya tiba di Kampung
Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan
Filipina.
[15]

Tuntutan di Mahkamah Antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Pada tarikh 23 Oktober 2001, Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Sabah dan
semua kawasan kepulauannya adalah dibawah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Antarabangsa
juga tidak menerima permohonan Kerajaan Filipina untuk masuk campur dalam urusan
persengketaan status Pulau Sipadan danPulau Ligitan yang berlaku di antara Malaysia
dan Indonesia.
[16]
Penghakiman ini diambil oleh Mahkamah Antarabangsa setelah meneliti kesemua
perkara yang berkaitan dengan pendudukan di negeri Sabah. Ini termasuk faktor geografi dan
sejarah kawasan tersebut. Ia juga mengambil kira aspek hak penduduk untuk bersama kerajaan
yang mereka pilih. Dan ini telah diakui oleh semua rakyat Sabah bahawa mereka adalah
sebahagian daripada Malaysia.
[17]

Permasalah wilayah ini tidak lagi wujud kerana Sabah dengan secara mutlaknya menjadi
sebahagian dari negara Malaysia dan segala pentadbiran negeri sudah termaktub di dalam
Persekutuan Malaysia. Filipina pernah membuat tuntutan tetapi tidak berbuat secara rasmi setelah
beberapa tahun.
[18]

Tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu[sunting | sunting sumber]
Jamalul Kiram III bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Ini kerana
ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai pewaris takhta Sultan Sulu. Pada tahun 2011, Datuk
Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang-orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu.
Datuk Akjan diiktiraf oleh sebahagian dari orang-orang sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dan juga
sebagai waris keturunan Sultan Sulu yang pertama Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful
Hashim 1 (yang berasal dari Johor).
[19]

Mengikut portal berita Philippines Daily Inquirer, terdapat banyak lagi pihak yang mengaku sebagai
Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang ke-35. Fuad
Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah sepupu
kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram
adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah
dilantik oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau
merupakan Sultan Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah
Kiram (1974-1986) telah diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.
[20]

Penglibatan "Sultan-sultan Sulu" dalam politik[sunting | sunting sumber]
Mengikut satu laporan yang dibuat oleh Manila Times, penglibatan terhadap politik akan menjadikan
tuntutan kepada takhta oleh individu-individu tersebut terbatal. Ini mengikut sistem kerajaan Sulu
yang dipegang oleh kesemua penuntut takhta. Jika mana-mana penuntut takhta Sulu terlibat dalam
politik, maka tuntutan mereka terhadap takhta akan terbatal.
Walaubagaimanapun, boleh dikatakan kesemua penuntut takhta telah secara langsung melibatkan
diri dalam politik Filipina dan Malaysia. Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad adalah seorang
ahli UMNO Sabah (telah keluar parti apabila kerakyatannya ditarik oleh kerajaan Malaysia),
manakala Muedzul-lail pula pernah bertanding pada tahun 1997 di kawasan Barangay Kagawad dan
kalah. Jamalul Kiram (yang menjadi pencetus krisis Lahad Datu) pula pernah bertanding pilihanraya
atas tiket parti Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada tahun 2007 namun kalah.
[21]

Sekatan[sunting | sunting sumber]
Polis Malaysia telah mengepung jalan utama di Lahad Datu yang melalui ladang kelapa sawit
sehingga ke Kampung Tanduo, di mana lelaki bersenjata tersebut berada. Polis Marin juga meronda
perairan berdekatan. Agensi-agensi keselamatan juga telah menyekat kemasukan warga dari
Selatan Filipina.
[22]

Motif kedatangan[sunting | sunting sumber]
Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan
mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.
[23]

The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin
pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan autonomi kepada Sabah.
[24]
Agensi perisikan Filipina
juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini.
Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.
[25][26]
Namun begitu untuk menafikan
pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyatmenyatakan bahawa ini adalah
sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat.
[27]
Tian Chua telah dikecam
hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.
[28]
Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga
menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar atau orang lain.
[29]

Pemberontak Sulu tidak akan berganjak[sunting | sunting sumber]
Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu mengatakan bahawa sekiranya Malaysia ingin
berunding, mereka hendaklah berunding terus dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, secara
terus. Ini adalah kerana arahan yang diterima oleh Agbimuddin Kiram adalah daripada abangnya.
Beliau juga menyatakan bahawa akan terus berada di Lahad Datu dan hanya akan berundur
sekiranya dipanggil semula oleh abangnya.
[30]


Situasi semasa[sunting | sunting sumber]


Peta lokasi kawasan Pantai Timur Sabah yang telah terlibat dalam konflik ini.
Antaranya ialah:
* Lahad Datu
* Semporna
* Kunak
* Tawau
Pertempuran 1 Mac[sunting | sunting sumber]
Pada pagi 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram.
Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan
Sabaruddin telah terkorban.
[31][32][33]
Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam
situasi tersebut.
[31]

Serangan Semporna[sunting | sunting sumber]
Pada 3 Mac pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan
hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
[34]
Enam
penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut.
[34]
Pihak polis masih menyiasat sama ada
kumpulan ini mempunyai kaitan dengan pengikut Kesultanan Sulu.
[35]
Sebelum ini, pada jam 7 pagi
di hari yang sama seorang penceroboh telah dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung
tersebut.
[36]

Abraham Idjirani, iaitu setiausaha-agung Sultan Kiram III, berkata keganasan bermula ketika polis
Malaysia sedang memeriksa rumah seorang pendatang tanpa izin Filipina yang disyaki melindungi
penceroboh. Ianya berakhir apabila Imam Maas dan 4 orang anak beliau terbunuh apabila diketahui
bahawa mereka sedang melindungi saudara-mara sultan yakni penceroboh di kawasan itu.
[37]

Kehadiran lelaki bersenjata di Kunak[sunting | sunting sumber]
Menurut Ketua Polis Negara, Ismail Omar, seramai 10 individu yang dipercayai mempunyai kaitan
dengan tentera penceroboh telah dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan
Kampung Dasar Lama di Kunak antara Lahad Datu dan Semporna.
[38][39][40]

Peningkatan anggota keselamatan[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Malaysia telah mula menggandakan bilangan polis dan tentera dengan menggerakkan
pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja.
[41][42]
Selain itu, 7 batalion ATM dari Semenanjung dan 1
batalion PGA dari Sarawak juga telah dihantar bagi meningkatkan kawalan keselamatan.
[7][8][9]

Penghantaran pesawat pejuang dan pengeboman[sunting | sunting sumber]


Pesawat pejuang TUDM dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi.
[43]

Pada 5 Mac, Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi
melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat
persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi.
[44][45]
Akhbar Berita
Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.
[46]
Manakala, seorang telah
ditembak mati.
[47]
Sehingga kini, 67 penceroboh telah disahkan terkorban.
[1]
Manakala, 149 lagi telah
ditahan.
[1]

Reaksi MNLF[sunting | sunting sumber]
Sebuah laporan ekslusif dari News5 menunjukkan sebahagian ahli Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF) sedang menjalani latihan di Jolo, Sulu untuk misi menyelamat warga
Filipina di Sabah.
[6]
Bekas pemimpin MNLF, Nur Misuari menyatakan bahawa ahli MNLF ini tidak
mempunyai kaitan atau menyebelahi pihak Pasukan Keselamatan Diraja Sulu.
[6][48]
Bagaimanapun,
Gabenor Wilayah Sulu, Abdusakur Tan telah menafikan apa-apa laporan yang mengatakan pejuang
MNLF dibawah arahan Nur Misuari telah menuju ke Sabah, beliau juga menafikan bahawa 1,000
pejuang MNLF telah menyusup masuk ke negeri ini.
[6]
Juga, menurut pengerusi Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Muslimin Sema, mereka menghormati
keputusan Sabah yang menyertaiMalaysia pada tahun 1963.
[49]
Beliau juga mengatakan beliau
pernah melawat Sabah pada tahun 1973 dan menyaksikan sendiri kegembiraan yang dinikmati oleh
rakyat negeri itu dan menambah bahawa beliau juga mempunyai ramai saudara mara di negeri
tersebut.
[49]


Tiada kaitan dengan MILF[sunting | sunting sumber]
Murad Ibrahim selaku pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang juga merupakan
kumpulan pemisah terbesar di Filipina telah menyatakan bahawa MILF tidak terlibat langsung
dengan konflik ini. Beliau juga menyebut bahawa isu ini adalah satu perkara yang perlu diselesaikan
melalui Kuala Lumpur dan pentadbiran Manila.
[50]





Tangkapan[sunting | sunting sumber]
Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga
Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012, salah satu daripada pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan
identiti palsu.
[51]
111 pengganas Sulu juga berjaya ditangkap manakala lapan orang lagi didakwa di
bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan
Agong, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakanhukuman mati di Malaysia.
[1][52][53]



ESSZONE yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 25 Mac bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di
bahagian timurSabah.
Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: ESSCOM dan ESSZONE
Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali
sebagaiKawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi
memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah.
[54][55][56]
Beberapa minggu
selepas itu, Perdana MenteriDatuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon
yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.
[57]

Insiden berkaitan[sunting | sunting sumber]
Penggodaman[sunting | sunting sumber]
Perang siber turut tercetus dengan kumpulan penggodam dari Malaysia dan Filipina saling
menggodam laman web beberapa pertubuhan antara satu sama lain bagi menyemarakkan rasa
tidak puas hati berkenaan isu ini.
[58]

Protes di kedutaan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Seramai 100 rakyat Filipina menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia
di Makati pada 5 Mac 2013. Mereka menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan
keganasan di Sabah, manakala sesetengah sokongan yang dinyatakan lagi adalah bagi
menyokong perjuangan Kiram. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan trak bomba
dikerahkan ke kawasan tersebut. Kedutaan kemudiannya digantung operasi akibat bantahan.
[59]


Lain-lain[sunting | sunting sumber]
Kekejaman penceroboh[sunting | sunting sumber]
Anggota polis yang terbunuh di kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu ditemui dalam
keadaan yang sangat tragis.
[60]
Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu telah
menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama ada mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu
hitam. Justeru, perlakuan mereka ini juga bertentangan dengan ajaran Islam.
[60]

Nasib keluarga anggota PDRM yang terkorban dibela[sunting | sunting
sumber]
Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan
sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam
pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan
disumbangkan oleh kerajaan negeri.
[61]

Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar
pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga
anggota yang terlibat.
[62]

Pembangkang Filipina main peranan[sunting | sunting sumber]
Banyak akhbar pro pembangkang di Filipina sedang mensasarkan kelemahan kepada Presiden
Benigno kerana tidak menyokong pendudukan pengganas Sulu di Lahad Datu. Untuk menaikkan
kemarahan rakyat Filipina, akhbar-akhbar pro Arroyo ini telah menceritakan kononnya pasukan
keselamatan Malaysia telah memukul dan membunuh warga Filipina di Sabah. Namun begitu, tiada
bukti sahih bahawa perkara ini sedang berlaku.
[63]
Bekas Presiden Arroyo nampaknya telah
melaksanakan perancangan untuk memalukan pentadbiran Presiden Benigno agar kerajaan Filipina
akan dilihat tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat Filipina.
[64]

Jamalul Kiram yang merupakan ketua pasukan penceroboh Sulu, merupakan salah seorang
penyokong Arroyo dan pernah bertanding di dalam parti Arroyo pada tahun 1997. Dan kini
tindakannya untuk menyerang Sabah adalah dikatakan diarahkan oleh Arroyo.
[65]

Bantuan kepada warga Lahad Datu[sunting | sunting sumber]
Bantuan RM 1000.00 akan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warga yang terlibat dalam
krisis pencerobohan Lahad Datu. Bantuan juga akan diberikan dalam bentuk pembinaan semula
kediaman dan premis perniagaan yang musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh
para pengganas di Lahad Datu. Pinjaman kerajaan juga akan diberikan kepada mereka yang
mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.
[66]

Suruhanjaya Siasatan Diraja pendatang asing Sabah[sunting | sunting
sumber]
Prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing Sabah terhenti apabila berlakunya krisis ini.

Reaksi[sunting | sunting sumber]
Amerika Syarikat Duta Besar AS ke Filipina, iaitu Harry K. Thomas, Jr. mengatakan
bahawa Manila dan Kuala Lumpur dapat bekerjasama mengenai hal ini dengan baik. Beliau
juga menambah yang dua kerajaan ini akan duduk bersama dan berbincang, konflik ini boleh
diatasi tanpa pertumpahan darah katanya.
[68]
Selain itu, Amerika Syarikat juga mengalu-alukan
Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro pada tahun 2012.
[69]

Brunei Jeneral utama Tentera Diraja Brunei, Aminuddin Ihsan juga menyampaikan
harapan agar krisis Sabah dapat diselesaikan secara aman.
[70]

Filipina Setiausaha Jabatan Luar Negeri Filipina, Albert del Rosario meminta jaminan
pihak berkuasa Malaysia bahawa hak rakyat Filipina "yang telah menjadi penduduk tetap di
Sabah dan yang mungkin di kalangan kumpulan" akan dihormati. Beliau juga menggesa warga
Filipina untuk "kembali ke rumah-rumah dan keluarga mereka".
[71]
Ia juga menjelaskan bahawa
tindakan kumpulan Filipina tersebut tidak dibenarkan oleh kerajaan Filipina.
[72]

Indonesia Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhyono pada kenyataannya menggesa
penyelesaian diplomatik terhadap krisis tersebut. Beliau berkata "Saya akan meneruskan
pendekatan diplomatik dalam masa terdekat, kerana ia tidak baik (jika kejadian ini terus
berlarutan). (Tetapi) ia tidak bermakna bahawa Indonesia akan campur tangan dalam hal ehwal
dalaman Malaysia. Tidak", kata Presiden tersebut.
[73]
Susilo juga menyatakan kebimbangannya
terhadap konflik tersebut yang telah meragut beberapa nyawa dan beliau berharap kedua-dua
pihak dapat mencari penyelesaian secara aman.
[74]

Kesultanan Sulu Individu Kesultanan Sulu yang lain:
Muedzul Lail Tan Kiram mengutuk tindakan saudaranya dan mengatakan apa yang
dituntutnya adalah "takhta yang palsu" ketika dalam siaran akhbar dan wawancara
TV Malaysiakini.
[75][76]

Fuad Kiram turut menyatakan bantahan beliau mengenai tindakan sepupu
pertamanya, Jamalul Kiram III. Beliau berkata mahu mengambil Sabah "dengan cara yang
aman dan melaksanakan kewujudan aman dengan orang lain".
[77]
Beliau juga mendoakan
keselamatan orang ramai yang berada di Lahad Datu.
[78]

Abdul Rajak Aliuddin juga menentang tuntutan Jamalul Kiram III dan pengikutnya, yang
menyatakan bahawa keluarganya sendiri "adalah pemilik sah takhta". Beliau menuntut
sebagai Sultan keenam Borneo Utara.
[79]

Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa semakin
lama pengikut Kiram berada di Sabah, semakin bahaya situasi buat mereka. Beliau berkata
kumpulan itu "mesti sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah satu kesalahan yang
amat serius dan saya harap mereka akan menerima tawaran untuk meninggalkan tempat ini
secara aman secepat mungkin". Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa
keselamatan dan kedaulatan negeri akan dilindungi.
[80]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Ban Ki-moon, telah memanggil semua pihak untuk menamatkan konflik di Sabah.
Beliau juga menggesa semua pihak untuk berdialog bagi menyelesaikan keadaan secara
aman.
[81]

Nasihat perjalanan[sunting | sunting sumber]
Australia Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah menasihati rakyatnya
mengenai semua perjalanan mereka ke kawasan pantai timur Sabah, serta pulau-pulau yang
berdekatan dan tapak menyelam. Jabatan menyatakan bahawa mereka harus berhati-hati ke
kawasan lain di Sabah dan juga menambah bahawa mereka akan "terus menasihati warga
Australia di Sabah untuk menuruti langkah-langkah keselamatan di Malaysia secara
keseluruhannya".
[82]

Amerika Syarikat Pada 1 Mac, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menyatakan
bahawa "rakyat AS dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan Lahad Datu pada masa hadapan,
dan rakyatnya juga dinasihati untuk memantau laporan media mengenai keganasan yang
berterusan".
[83]
Pada 4 Mac mesej yang lebih terperinci termasuk langkah berjaga-jaga dan
nasihat terhadap perjalanan rakyat AS di "kawasan pantai bermula dari hujung timur
kebanyakan Sabah selatan ke sempadan dengan Indonesia [termasuk] pekan Lahad Datu,
Kunak, Semporna dan Tawau dikeluarkan".
[84]

Hong Kong Pada 5 Mac, Biro Keselamatan telah mengeluarkan amaran perjalanan
"kuning" yang menasihatkan rakyatnya yang sedang merancang untuk pergi ke Sabah dan bagi
mereka yang sudah berada di Sabah untuk berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan.
Penduduk Hong Kong juga dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang perjalanan ke Lahad
Datu, Kunak dan Semporna.
[85]

Jerman Pejabat Luar Negeri Jerman mengeluarkan amaran perjalanan pada 3 Mac,
menyatakan risiko keselamatan yang dikeluarkan bagi daerah timur Sabah. Ia menasihatkan
rakyatnya agar "semua perjalanan yang tiada hal penting, tidak perlulah ke daerah Tawau,
Semporna, Kunak, Lahad Datu,Kinabatangan dan Sandakan".
[86]

Kanada Kanada menasihatkan rakyatnya untuk mengelakkan perjalanan ke Timur Sabah,
terutamanya ke pekan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, serta pulau-pulau yang
berdekatan dan tapak menyelam, termasuk Sipadan. Ia menggesa rakyatnya yang sudah
berada di kawasan tersebut untuk meninggalkannya secepat mungkin dan sentiasa memantau
sebarang perkembangan dan mematuhi perintah pihak berkuasa tempatan Malaysia.
[87]

New Zealand Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkata bahawa
"terdapat risiko yang tinggi terhadap keselamatan rakyat mereka di kawasan pantai dan
kepulauan luar pesisir serta tapak menyelam yang jauh dari bandar-bandar utama di timur
Sabah" (contohnya dari Kudat di Utara sehingga ke seluruh pantai di Tawau). Warga New
Zealand yang hendak melawat dan tinggal di Sabah dinasihati untuk merekodkan butiran
mereka pada kementerian.
[88]

Poland Pada 4 Mac, Kementerian Luar Negeri Poland telah mengeluarkan amaran
perjalanan kerana "rusuhan awam dan tahap tinggi ancaman pengganas berterusan di bahagian
timur negeri Sabah di pulau Borneo, termasuk kawasan lokaliti Lahad Datu dan Semporna".
[89]

Singapura Kementerian Luar Negeri menasihatkan warga Singapura yang pergi ke timur
Sabah agar sentiasa "mematuhi nasihat pihak berkuasa keselamatan Malaysia, menjaga diri,
memantau sebarang perkembangan melalui berita tempatan dan mengelakkan perjalanan ke
Lahad Datu, Kunak dan Semporna".
[90]

Taiwan (Republik Cina) Kementerian Luar Negeri meningkatkan tahap amaran
perjalanan ke Sabah dari normal ke "kuning" berikutan insiden yang berlaku dalam negeri ini.
Perjalanan "kuning" memberi amaran dengan mengingatkan orang ramai bagi memberi
perhatian khusus untuk keselamatan diri semasa dalam perjalanan ke kawasan yang terjejas
dan menimbang semula apa-apa rancangan untuk pergi ke kawasan-kawasan ini.
[91]

United Kingdom Pejabat Luar dan Komanwel menasihati rakyatnya "terhadap semua
perjalanan penting ke kawasan itu" di Sabah iaitu di bahagian timur sepanjang pantai dari Lahad
Datu ke kawasan paling timur Sabah terutamanya kebanyakan kawasan di bahagian titik timur
selatan dan timur dari kawasan yang menghubungkan antara Lahad Datu sehingga
ke Tawau melalui kawasan Kunak. ini termasuk Semporna dan pulau-pulau di bahagian luar
pantai. Ia juga menasihati warga British yang kini berada di rantau tersebut untuk
mempertimbangkan meninggalkan negeri ini secepat yang mungkin dan mengikuti nasihat
daripada pihak berkuasa polis tempatan di Malaysia.
[92]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Sejarah Sabah
Tuntutan Sabah
Kesultanan Sulu
Hubungan MalaysiaFilipina















Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013
Sebahagian daripada Tuntutan Sabah

Peta lokasi kawasan kejadian
Maklumat am
Tarikh 11 Februari 2013 24 Mac 2013
[1]

Lokasi Kg. Tanduo, Daerah Lahad
Datu,Semporna, Kunak dan Tawau di pantai
timur Sabah
Punca Kawasan timur Sabah yang tidak
dimasukkan (dahulunya dikenali
sebagaiBorneo Utara) ke dalam Perjanjian
Rangka Kerja mengenai Bangsamoro
[2]

Matlamat Bagi mengambil kembali wilayah ini untuk
dijadikan Wilayah Filipina
[3]

Kaedah Pendudukan
Hasil Kemenangan pihak Malaysia
Pihak yang bertelagah
Kesultanan Sulu
(puak Jamalul Kiram III)
Malaysia

Penduduk
kampung di Sabah
[4][5]


Tokoh dan pemimpin utama
Jamalul Kiram III
Agbimuddin Kiram
Najib Razak
Hishammuddin Hussein
Ahmad Zahid Hamidi
Ismail Omar
Zulkefli Mohd. Zin
Musa Aman
Unit yang terlibat
Angkatan Keselamatan Diraja
Kesultanan Sulu dan Borneo
Utara
[2]

ATM
PDRM
APMM
Bilangan
235
[6]
Anggaran >6,500
+7 batalion ATM
[7][8]

+1 batalion PGA
[9]

Korban
67
[1]
9
[10]

(termasuk seorang yang maut
dalam kemalangan)
[11]

Nota
Kesemua jumlah termasuk Serangan di Semporna.
sunting

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15sekarang)
Kesultanan Kedah (1136sekarang)
Kesultanan Melaka (14021511)
Kesultanan Sulu (14501899)
Kesultanan Johor (1528sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -
1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong(1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Portal Malaysia

You might also like