You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Kini,
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.
Bagi pengkaji, kajian yang tidak mempunyai objektif adalah kajian yang tiada maklumat dan hala tuju dalam
memulakan kajian. Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan dua objektif iaitu :

2.1 Mengenal pasti aktiviti di Masjid Khalid Al-Walid yang menjadi wahana untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk Kampung Padang Durian

2.2 Mengkaji kean-kesan aktiviti yang dijalankan di masjid Khalid Al-Walid terhadap pemupukan semangat
kejiranan di Kampung Paang Durian
3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Negeri Kedah

Peta 1 : Peta Negeri Kedah

Sumber : https://www.google.com

Lokasi kajian ialah Negeri Kedah yang dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu negeri
yang tersenarai dalam 14 buah negeri di Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara semenanjung Malaysia yang
bersempadan dengan negara Thailand. Negeri kedah ini mempunyai 12 buah daerah di dalamnya dan
mempunyai keluasan 9,425 km2. Negeri Kedah juga bersempadan dengan negeri Perlis, Pulau Pinang dan
Perak. Negeri Kedah juga dikenali sebagai negeri jelapang padi kerana mempunyai keluasan tanah yang rata dan
sesuai untuk penanaman padi. Menurut sejarah, negeri Kedah merupakan negeri yang tertua di Malaysia dan
juga dikenali sebagai Kerajaan Langkasuka semasa pemerintahan Kedah Tua pada ketika itu. Ibu negeri terletak
di Alor Setar dan mempunyai anggaran penduduk seramai 1,834,600 orang.
3.2 Peta Daerah

Peta 2 : Peta Daerah Pendang

Sumber : https://www.google.com

Pendang merupakan salah satu daerah di Kedah, Malaysia. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan
mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri
daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud
parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah. Pendang mempunyai keluasan 62,629 km2. Daerah
Pendang mempunyai 8 buah mukim dan mempunyai penempatan sebanyak 93,598 orang.
3.3 Peta Lokasi

Peta 3 : Kampung Padang Durian

Sumber : Google Maps

Kampung Padang Durian merupakan salah satu kampung yang terletak di mukim padang kerbau iaitu di dalam
Daerah Pendang di negeri Kedah Darul Aman. Kampung Padang Durian terletak berhampiran dengan Kampung
Rasau, Kampung Cina dan Kampung Titi Akar. Kampung Padang Durian mempunyai sebuah masjid dan
sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Padang Durian.
3.4 Foto Lokasi

Masjid Khalid Al-Walid terletak di Kampung Padang Durian , Mukim Padang Kerbau, dan berada di
dalam daerah pendang negeri Kedah Darul Aman. Masjid Khalid Al-Wald dibina pada 30 November 2000.
Pada asalnya masjid ini dikenali sebagai Masjid Kampung Padang Durian namun ditukar menjadi Masjid
Khalid Al-Walid pada tahun 2016. Penduduk dari kampung berhampiran seperti kampung Rasau dan Kampung
Asam Pagi akan pergi ke masjid ini untuk mendirikan solat lima waktu termasuklah solat jumaat, solat terawih
dan solat sunat hari raya. Masjid ini juga menjadi tempat dimana pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan juga
tempat pengedaran hasil-hasil sumbangan dari Pejabat Zakat Negeri Kedah kepada penduduk Kampung Padang
Durian dari golongan kurang berkemampuan.

You might also like