You are on page 1of 5

2.

0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan mengemukakan dua objektif kajian. Antara objektif yang
dikemukakan ialah :

2.1 Mengenal pasti aktiviti sambutan aidilfitri yang dilakukan oleh penduduk Kampung Alor
Gunong, Alor Setar, Kedah untuk memupuk semangat kejiranan.

2.2 Mengkaji kesan positif aktiviti sambutan aidilfitri dalam memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah.
3.0 LOKASI KAJIAN

Pengkaji melakukan kajian ini di Negeri Kedah. Kajian ini dijalankan di sebuah daerah di
Negeri Kedah iaitu di daerah Alor Setar. Kajian ini dijalankan di tempat yang lebih spesifik iaitu
di kawasan perumahan Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah.

3.1 Negeri Kedah Darul Aman

Peta 1 : peta negeri kedah darul aman

Sumber : diperoleh daripada laman web https://people.utm.my/shahabuddin/?p=2857

Negeri Kedah Darul Aman terletak di Semenanjung Malaysia. Perkataan kedah berasal
dari Bahasa Siam iaitu ‘kedat’ yang bermaksud kertas atau watikah manakala dalam Bahasa
Thai pula, ianya disebut sebagai ‘kradat’. Watikah yang digambarkan sebagai kedat ini adalah
amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara pada masa itu. Ramai sejarawan
bersetuju bahawa Kedah adalah negeri yang tertua di Tanah Melayu. Menurut Khoo Kay Kim,
negeri Kedah mempunyai sejarah yang lebih tua dari Melaka. Bukti ketemadunan dan
penempatan manusia di Kedah telah ditemui sejak berabad-abad. Jumlah penduduk di negeri
Kedah adalah seramai 2,170,900 orang, yang mana majoriti penduduk di Kedah diambil alih oleh
etnik Bumiputra iaitu seramai 1,656,500 orang manakala etnik Cina dan India adalah seramai
252,600 orang dan 130,100 orang dan lain- lain. Pada hari ni, keluasan negeri Kedah atau lebih
dikenali sebagai negeri “Jelapang Padi” dianggar kira-kira 9,425 kilometer persegi. Selain itu,
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ialah sultan Kedah ke-29
manakala menteri besar Kedah yang terkini pula ialah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin
Md Nor. Terdapat 12 buah daerah pentadbirannya di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda,
Kulim, Kubang Pasu, Langkawi, Pendang, Padang Terap, Baling, Sik, Pokok Sena, Yan dan
Bandar Baharu.

3.2 Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman

Peta 2 : peta daerah kota setar, kedah darul aman

Sumber : diperoleh daripada laman web https://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Kota_Setar

Nama Kota setar yang berasal daripada nama pokok ‘stak’ yang tumbuh dikawasan itu.
Sejak tahun 1991, seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota
Setar merangkumi 34 buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada
pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar merangkumi 28 buah mukim dan Pejabat Tanah Pokok
Sena merangkumi enam buah mukim. Pada 1 Januari 2008, daerah Pokok Sena telah diasingkan
daripada daerah Kota Setar selepas tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena. Pihak
berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis Bandaraya
Alor Setar telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28 November 2003
sekaligus menjadi bandaraya ke-sembilan di Malaysia. Manakala dari segi bilangan penduduk,
mengikut bancian penduduk Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kota Setar ialah seramai
417,800 orang dengan kepadatan penduduk 982 orang perkilometer persegi. Penduduk paling
ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 310,500 orang. Pada hari ini, keluasan daerah kota setar
atau dikenali sebagai alor setar adalah seluas 420 kilometer persegi. Pengiraan pada tahun 2021,
terdapat 125 buah bilangan sekolah yang ada di kota setar termasuk sekolah menengah dan
rendah.

3.3 Kampung Alor Gunong, 05150 Alor Setar, Kedah

Gambar 3 : Kampung Alor Gunong, 05150 Alor Setar, Kedah

Sumber : kajian lapangan

Kampung Alor Gunong merupakan sebuah kampung yang terletak di Alor Setar, dalam
negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia. Terdapat beberapa kemudahan yang
disediakan seperti sebuah TADIKA KEMAS (di bawah Kementerian Pembangunan Luar
Bandar) di sebelah sungai Kampung Alor Gunung kira-kira 30 meter dari jalan besar Jalan
Gunung Keriang. Surau Kampung Alor Gunung terdapat di dalam Kampung bersebelahan iaitu
Kampung Pokok Tai. Selain itu, kampung alor gunung juga mempunyai sebuah pasar Ikan,
barang guna keperluan rumah dan kuih-muih di pintu masuk . Kampung alor gunong ini hanya
diduduki oleh satu kaum iaitu kaum melayu.

You might also like