You are on page 1of 22

INVENTORI

PERSONALITI
SIDEK (IPS)
SIDEK’S PERSONALITY INVENTORY
ARAHAN :

● Inventori ini mengandungi 160 pernyataan. Bermula dengan nombor


saturekodkan jawapan anda pada borang yang disediakan.
● Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan (Y) dan jika
tidak menerangkan diri anda, hitamkan (T) pada borang jawapan
yang disediakan.
● Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada
sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih
jawapan yang anda rasa paling selesa.

● JAWAB SEMUA SOALAN


SOALAN:
1) Saya akan pastikan pendapat saya diterima ramai.

2) Lebih berminat membaca buku-buku akademik daripada majalah hiburan.

3) Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya.

4) Boleh bekerja tanpa henti tetapi kadang-kadang boleh duduk berehat tanpa melakukan apa-
apa.

5) Sukakan aktiviti yang melibatkan orang ramai.

6) Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstraks.

7) Selalu memikirkan projek seterusnya sebelum projek sedia ada selesai.

8) Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.

9) Akan meneruskan kerja-kerja yang sukar walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis.
10) Merasa diri saya gagal apabila orang lain membuat kerja lebih baik berbanding saya.

11) Saya boleh memotivasikan ahli kumpulan melakukan sesuatu.

12) Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri.

13) Merasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan daripada
kawan-kawan.

14) Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan tumpuan yang terperinci.

15) Suka menerima hadiah dan anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi.

16) Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya.

17) Saya akan mempertahankan hak saya.

18) Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru tentang manusia.

19) Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri daripada mengikut struktur yang telah
ditetapkan.
20) Kelihatan bijak tetapi kadang-kadang seakan-akan tidak tahu apa-apa.

21) Mudah memulakan perbualan dengan orang yang baru dikenali.

22) Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui penyelidikan.

23) Mempunyai kebolehan mengurus apa sahaja situasi yang mendatang.

24) Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.

25) Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah yang rumit.

26) Merasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai setakat ini.

27) Suka membuat keputusan untuk kumpulan.

28) Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan yang memerlukan.

29) Selalu mengharapkan perhatian daripada orang lain.

30) Mempunyai jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.
31) Mengharapkan agar orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya.

32) Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa.

33) Akan berterus-terang menyatakan bahawa tingkah lakunya menyakitkan hati saya.

34) Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui.

35) Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti.

36) Kadang-kadang saya seorang yang berdisiplin tetapi kadang-kadang saya suka bermain-main.

37) Cenderung bercakap lebih banyak daripada orang lain apabila berada di dalam kumpulan.

38) Suka membuat kritikan membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca.

39) Saya adalah seorang yang berorientasikan Keputusan

40) Selalu mengubah program atau aktiviti yang telah saya rancangkan.

41) Boleh bekerja dalam satu jangka masa yang panjang tanpa mudah merasa jemu.
42) Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang pernah saya lakukan di masa lalu.

43) Saya berupaya mengetuai organisasi yang diamanahkan kepada saya.

44) Gembira menghabiskan sebahagian dari masa yang saya ada bagi membantu menyelesaikan
masalah-masalah sosial.

45) Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan-kawan.

46) Akan menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan.

47) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti yang
bercorak pertandingan.

48) Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan.

49) Akan menegur rakan yang berkelakuan tidak senonoh.

50) Lebih suka bekerja dengan idea-idea daripada bekerja dengan benda.

51) Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian.
52) Merendah diri tetapi pada masa yang sama berasa bangga.

53) Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra.

54) Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal.

55) Akan menetapkan matlamat dan memberi tekanan untuk mencapainya.

56) Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara.

57) Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja yang lain.

58) Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.

59) Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut.

60) Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak.

61) Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain.

62) Menyukai kerja-kerja yang mempunyai strukutur yang jelas.


63) Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja.

64) Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya.

65) Selesa meminta kembali barang yang telah dipinjam oleh kawan.

66) Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya lihat.

67) Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

68) Dalam sesetengah keadaan saya akan membebaskan diri daripada peranan gender yang rigid.

69) Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan.

70) Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar.

71) Menganggap peluang baharu, halangan dan cabaran sebagai sumber motivasi.

72) Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang.
73) Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan.

74) Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan.

75) Saya mempunyai visi yang jelas tentang hala tuju kumpulan yang saya terajui.

76) Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.

77) Ingin agar orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami.

78) Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur.

79) Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan yang orang lain tidak berupaya melakukannya.

80) Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang.

81) Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.

82) Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang ideal.

83) Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain
84) Saya berkebolehan menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan.

85) Selesa menghadiri majlis kenduri kahwin rakan saya.

86) Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang bercorak akademik.

87) Sentiasa mencari jalan penyelesaian inovatif kepada masalah yang mendatang.

88) Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.

89) Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya tidak suka.

90) Selalu mengelak daripada bertanya kerana takut akan salah.

91) Bercita-cita tinggi ingin menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.

92) Suka melawat jiran saya yang sakit.

93) Selalu meminta kepastian daripada orang lain bahawa apa yang saya buat adalah betul.

94) Sentiasa menjaga ruang tempat saya bekerja agar kelihatan bersih dan kemas.
95) Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.

96) Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa.

97) Suka perdebatan hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah.

98) Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik.

99) Berpendapat bahawa apa yang betul dan salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri.

100) Menggunakan apa-apa yang ada di depan mata untuk mencapai matlamat.

101) Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.

102) Suka berbincang mengenai konsep dan idea.

103) Mencapai keputusan yang dihajatkan adalah lebih penting daripada hubungan kemanusiaan.

104) Merasa bosan hidup dalam keadaan yang sama tanpa perubahan.

105) Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera
106) Takut kecewa dalam mengharungi hidup.

107) Saya mampu mempengaruhi orang lain.

108) Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang
bernasib baik.

109) Meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan.

110) Rasa kecewa apabila ada sesuatu yang menganggu perjalanan rancangan saya.

111) Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh.

112) Tidak pernah merasa cemburu walaupun kekasih saya bermesra dengan orang lain.

113) Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

114) Selalu memikirkan jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah yang dihadapi oleh negara.

115) Selalu melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata.
116) Bekerja dalam jangka masa yang panjang dengan penuh tumpuan tetapi masih kelihatan segar
dang bertenaga.

117) Selesa bercakap dengan seseorang walaupun baru bertemu buat kali pertama.

118) Saya suka bermain permainan yang menguji minda.

119) Menjadi pencetus inspirasi terhadap orang lain untuk bertindak.

120) Selesa berpindah dari satu tempat tinggal ke suatu tempat tinggal yang lain.

121) Akan merenuskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan walaupun orang lain telah menarik diri.

122) Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan.

123) Berkebolehan mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.

124) Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.

125) Mengharapakan pujian daripada kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan.

126) Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang.
127) Kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.

128) Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan.

129) Memberi teguran untuk perkhidmatan yang tidak memuaskan.

130) Memperuntukkan masa yang agak banyak memikirkan jalan penyelesaian masalah rumit yang saya
hadapi.

131) Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan.

132) Seronok mencipta sesuatu dan mendapat keseronokan dalam proses mencipta.

133) Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi.

134) Saya gemar berhujah berdasarkan fakta.

135) Kurang sabar terhadap individu yang tidak mahu bekerja kuat.

136) Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.

137) Apabila saya membuat keputusan, jarang sekali saya mengubahnya


138) Percaya diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi berbanding orang lain.

139) Gembira jika saya terpilih memegang jawatan yang mempunyai autoriti.

140) Percaya kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan saya.

141) Ingin supaya diri saya difahami oleh orang lain.

142) Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu.

143) Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang mencabar.

144) Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang.

145) Saya akan marah jika kehendak saya tidak dituruti.

146) Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan manusia.

147) Selalu bertindak mengikut keyakinan diri.

148) Mencipta sesuatu hanya untuk tujuan mencipta semata-mata.


149) Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali daripada duduk seorang diri.

150) Sering memikirkan sebab musabab berlakunya masalah di dunia serta cara penyelesaiannya.

151) Sentiasa mencari cabaran baharu.

152) Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza daripada yang lain.

153) Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja
lebih masa.

154) Merasakan diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah.

155) Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua.

156) Mudah mesra dengan orang lain.

157) Merasa kecewa apabila orang lain tidak menghargai diri saya.

158) Merancang semua aktiviti supaya dapat dijalankan dengan lancar


159) Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.

160) Walaupun rakan-rakan sering membuatkan saya tertunggu-tunggu, saya tidak


pernah marah.

SOALAN TAMAT…
BORANG JAWAPAN
INVENTORI
PERSONALITI SIDEK
(IPS)
BORANG
PROFIL
INVENTORI
PERSONALITI
SIDEK (IPS)
PENGIRAAN SKOR
INVENTORI
PERSONALITI SIDEK
(IPS)

You might also like