You are on page 1of 6

ELEKTRONIK Nama, Simbol, dan Fungsi Komponen Elektronik Litar Bersepadu (Integrated Circuit - IC) Liitar bersepadu dikenali

juga sebagai litar terkamil. Biasanya digunakan pada peralatan elektronik seperti mesin kira, televisyen, dan komputer. Bentuk IC bergantung kepada fungsi dan jumlah pin rang ada pada komponen berkenaan.

IC

Soket

Simbol

Jenis IC terbahagi kepada jenis berkuasa rendah, berkuasa sederhana dan berkuasa tinggi.

Binaan dalaman Binaan IC mempunyai gabungan komponen elektronik seperti transistor, perintang, diod, dan pemuat yang diperbuat daripada bahan separa pengalir. Gabungan ini dapat menghasilkan satu set yang sangat kecil. Pakej ini dinamakan serpihan yang mempunyai litar yang lengkap atau separa lengkap. Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin IC. Serpihan ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi melindunginya daripada rosak. Fungsi Pin IC 555

Setiap IC mempunyai fungsi yang tertentu. Fungsi IC adalah untuk menjadikan suatu litar
yang kompleks itu kecil saiznya dan menjimatkan ruang. Untuk memudahkan kerja penyambungan, terdapat satu tanda pada bahagian atau permukaan IC bagi membantu mengenal pasti nombor-nombor pin IC.

IC Muzik IC muzik merupakan komponen elektronik yang mempunyai tiga kaki. IC muzik berbeza daripada transistor biasa kerana pada badan IC muzik terdapat nombor yang bercetak bagi membezakan setiap IC muzik. IC muzik yang biasa digunakan adalah BT 66T -19L atau FT 66T - 68L. Setiap irama yang akan dihasilkan oleh IC muzik akan berbeza bergantung kepada nombor atau jenis IC yang digunakan. Keselamatan Penggunaan IC dan Cara Penyimpanan Elakkan IC daripada terdedah kepada haba yang terlalu panas ke tika kerj a pematerian. Soket IC hendaklah digunakan semasa pematerian di mana pematerian dilakukan pada pin soket IC dan bukannya pin IC. Pastikan sambungan IC dilakukan dengan betul dan teliti bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. Pastikan juga punca positif dan punca negatif pada kaki IC dibuat dengan betul.

Pastikan nilai voltan dan arus yang digunakan sesuai dengan IC dengan merujuk kepada lembaran
data yang dibekalkan. Simpan IC dalam bekas antistatik atau pin IC hendaklah dibenamkan ke dalam polisterina atau span supaya ia tidak bengkok.

Suis Mikro

Suis mikro adalah kecil. Biasanya dilengkapkan dengan satu lengan kecil sebagai pelengkap litar la sangat berguna dan banyak terdapat di dalam mesin sebagai suis keselamatan.
Binaan setelah suis ditekan.

Keadaan sebelum suis ditekan


Apabila pematerian dilakukan pada kaki COM dan NC, suis akan bertindak sebagai suis tekan buka. Oleh itu, suis akan berada dalam keadaan hidup jika tuil penolak tidak ditekan. Arus akan mengalir di dalam litar jika penolak dilepaskan.

Keadaan selepas suis ditekan


Apabila pematerian dilakukan pada kaki COM dan NO, suis akan bertindak sebagai suis tekan tutup. Oleh itu, suis akan berada dalam keadaanhidup jika tuil penolak ditekan. Arus akan mengalir di dalam litar jika penolak ditekan.

Fungsi Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam satu suis. Suis ini mempunyai tiga kaki atau tamatan iaitu kaki COM, kaki NO (Normally Open), dan kaki NC (Normally Close). Kaki-kaki ini akan menentukan sama ada suis berfungsi sebagai suis tekan buka atau suis tekan tutup. Mikrofon Mikrofon berfungsi mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik. Gelombang elektrik ditinggikan dengan penguat (amplifier) dan kemudian dikeluarkan melalui pembesar suara. Pembesar suara akan menukarkan gelombang

elektrik kepada gelombang bunyi. Mikrofon digunakan dalam studio rakaman, studio penyiaran, dan sebagainya. Fungsi Bahagian-bahagian Utama Mikrofon Transduser berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi. Litar elektronik berfungsi mengalirkan arus elektrik dan terdapatnya gelombang bunyi. Penghadang angin membenarkan angin memasuki ke bahagian transduser untuk ditukar kepada gelombang bunyi. Jenis Mikrofon Jenis mikrofon ditentukan berdasarkan jenis transduser yang digunakan pada mikrofon. Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah mikrofon gegelung bergerak, mikrofon jenis pemuat, dan mikrofon jenis karbon.

Binaan Mikrofon jenis gegelong bergerak

Binaan Mikrofon jenis pemuat

Binaan Mikrofon jenis karbon Langkah-langkah Keselamatan Menggunakan Mikrofon Jauhkan daripada punca magnet. Untuk mengelakkan transduser daripada rosak, elakkan mengetuk dan meniup mikrofon. Keluarkan bateri dari mikrofon jika mikrofon tidak digunakan.

PembesarSuara Pembesar suara ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi. Pembesar suara digunakan pada alatan yang menghasilkan bunyi seperti radio, televisyen, telefon, dan sistem siaraya. Biasanya dilabelkan dengan nilai impedens (ohm) dan kadaran kuasa (watt).

Binaan Binaannya terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung dawai, kerangka, dan tamatan. Gegelung dililit pada kertas keras berbentuk silinder yang dilekatkan di hujung diafragma.

Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal. Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.
Fungsi Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi. Tenaga elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir melalui gegelung. Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada gegelung. Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet yang dihasilkan oleh magnet kekal. Tindak balas ini akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.

Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma bergetar. Getaran ini akan
menghasilkan gelombang bunyi. Langkah-langkah Keselamatan Menggunakan Pembesar Suara Elakkan daripada terjatuh kerana diafragma mudah terkoyak dan gegelung wayar mudah terputus. Elakkan diafragma dari terkena air. 3.2.2 Menterjemah Lukisan Skematik atau Lukisan Bergambar untuk "r Membuat Projek Lukisan skematik atau lukisan bergambar boleh menjadi panduan semasa pemasangan projek elektronik. Melalui lukisan ini, spesifikasi komponen dapat diketahui dan pemasangan pada bod litar mudah dilakukan.

Rajah 3.18 Contoh lukisan skematik

Rajah 3.19 Contoh lukisan bergambar

Penghasilan projek akan menjadi lebih mudah setelah murid mahir dalam membaca dan menterjemah lukisan skematik dan lukisan bergambar. Walau bagaimanapun, antara faktor lain yang perlu diambil perhatian dalam merancang projek adalah: (a) Komponen yang akan digunakan mestilah telah dipelajari. Walau bagaimanapun, komponen lain boleh digunakan jika perlu. (b) Setiap projek mestilah berpandukan tema seperti kombinasi cahaya dan bunyi, kombinasi cahaya dan pergerakan, kombinasi bunyi dan pergerakan, serta kombinasi bunyi, cahaya, dan pergerakan. (c) Kos bagi menghasilkan projek perlu dirancang dengan membuat pengiraan kos untuk mengelakkan pembaziran dan mengetahui kos pengeluaran.

Tujuan Menterjemah lukisan skematik untuk membuat projek Langkah-langkah 1 Murid dibekalkan dengan beberapa lukisan skematik. 2 Berdasarkan lukisan skematik yang diberikan, murid dikehendaki menterjemahkan lukisan tersebut kepada lukisan bergambar. 3 Senaraikan komponen-komponen yang terlibat. 4 Serahkan kepada guru untuk dinilai.

You might also like