You are on page 1of 2

KONSEP DAN DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGAJARAN Merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi,mempengaruhi dan menghibur. Tugas pengajar untuk memberitahu atau menyampai satu himpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan BBM juga untuk mempengaruhi dan menghibur. (Kamarudin Husin: 1989) PEMBELAJARAN Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran berjaya dicapai dan dipertingkatkan melalui: penerangan guru yang jelas pengalaman murid yang bererti kegiatan yang menyeronokkan murid dan guru Jadi, pembinaan BBM dibuat dengan teliti dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas. BAHAN BANTU MENGAJAR/ PERALATAN MENGAJAR BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambargambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long (1981: 179-203)
BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981)


Membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

Hanapiah Sudin (1979: 51-52) & Khairiah Ahmad (1980Mengelaskannya kepada dua 13)
iaitu software dan hardware

Ngui Kuen Sang (1981: 35)


mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Kesimpulan : BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur,slaid overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, Internet dan sebagainya. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman - seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya. CIRI-CIRI BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERKESAN

KESESUAIAN ->Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. ->Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid. ->Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid. ->Harus membawa manfaat kepada guru dan muridmurid. ->Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman muridmurid. ->sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama ada elektrik, plug, dapat digelapkan dan sebagainya. ->Selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidak mendatangkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

PELBAGAI KEGUNAAN -Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam P&P. -Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBM. -Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, bahasa melayu dengan matematik. -Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi mengukuhkan ilmu mereka.

MUDAH ALIH -senang dibawa, difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan. -Menyenangkan guru untuk menyimpan. -Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah.

You might also like