You are on page 1of 31

SBW202 |1

PROSES PEMBANGUNAN DI PETALING JAYA, SELANGOR ABSTRAK Kajian ini dilakukan di Petaling Jaya, Selangor iaitu merupakan satu bandaraya maju yang memberikan kemudahan yang lengkap kepada penduduk setempat.

Penyediaan prasarana yang mencukupi di kawasan Petaling Jaya secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti pendidikan penduduk. Walaubagaimanapun, akibat daripada pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya terutamanya pada hari bekerja. Selain daripada itu, pembinaan perumahan berskala tinggi juga semakin banyak dibangunkan menyebabkan berlakunya pertambahan kepadatan penduduk secara mendadak dan mengundang kepada penempatan mampu milik bagi warga asing. Tujuan mengkaji di kawasan ini ialah untuk mengetahui secara mendalam mengenai proses pembangunan di Petaling Jaya dahulu sehingga kini. Selain itu,dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kawsan di Petaling Jaya. Pelbagai dasar yang boleh digunakan tetapi tidak semua dasar bersesuaian. Dasar-dasar yang digunakan dalam kajian ini ialah Dasar Pembanguan Negara, Dasar Kependudukan Negara, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pendidikan dan Dasar Perumahan. Kaedah kajian yang dilakukan ialah secara pemerhatian dan melayari lawan web portal kerajaan serta laporan tahunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Banyak maklumat yang dapat kita ambil dari kaedah kajian tersebut. Cadangan ingin dibuat ialah penyedian mengakses internet secara percuma di kawasan Petaling Jaya di kawasan tumpuan masyarakat sebagai faktor tarikan.Kesimpulannya, pembangunan di Petaling Jaya menggunakan Teori Corak Perubahan Struktur iaitu daripada ekonomi yang kurang maju kepada ekonomi yang semakin maju.

SBW202 |2

1.0

PENGENALAN Secara umumnya, daerah Petaling Jaya terletak di bawah MBPJ dan

Sebahagian daerah Petaling juga terletak di bawah MPSJ dan MBSA. Dari segi pentadbiran politik, Petaling Jaya terbahagi kepada tujuh (7) dun yang di tadbir oleh seorang adun bagi setiap dun. (Rujuk Rajah 1.0 : Peta Kawasan Pentadbiran) Kedudukan kawasan daerah Petaling Jaya yang bersebelahan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai adalah merupakan kelebihan terhadap pertumbuhan guna tanah daerah ini terutamanya dari sudut perbandaran, pembangunan perindustrian, institusi, perdagangan di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan (Rujuk Rajah 1.1 : Peta Kawasan Kajian). Selain itu, ini adalah selaras dengan objektif pembangunan MBPJ untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kemudahan asas mencukupi menurut Bahagian Penguatkuasaan Perancangan MBPJ, 2010. (Laporan Tahunan MBPJ, 2009) Bagi pecahan perluasan kawasan daerah Petaling Jaya, terbahagi kepada empat kawasan iaitu Seksyen yang mempunyai keluasan 4,551.67 Ekar, bagi kawasan SS pula mempunyai keluasan kawasan 4,349.05 Ekar, manakala bagi kawasan Petaling Jaya Utama (PJU) mempunyai keluasan 13,566.07 Ekar dan bagi kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS) mempunyai keluasan 1,551.82 Ekar. (Keluasan Kawasan Mengikut Seksyen, 2010) Petaling Jaya berkembang menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun sebagai pusat tumpuan bagi pelaburan, perindustrian, pendidikan dan perumahan. Ia menjadi pusat tumpuan bagi pendidikan kerana wujudnya pelbagai institusi pengajian kerajaan dan swasta seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Universiti Tunku Abdul

SBW202 |3

Rahman (UTAR), Kolej SEGI dan Stamford. Sektor perdagangan dan perindustrian merupakan penjana utama ekonomi bagi Petaling Jaya. Aktiviti ekonomi yang di jalankan di kawasan Petaling Jaya melibatkan lebih kurang 20 peratus daripada keluasan Petaling Jaya. Majoriti penduduk menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama mereka. (Laporan Tahunan MBPJ, 2009) Selain itu, dari segi kemudahsampaian, Petaling Jaya merupakan kawasan yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Shah Alam yang menjadikannya mudah diakses dari pelbagai arah. Jalan Utama di Petaling Jaya ialah Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint, Lebuh Raya Pantai Baru, New Klang Valley Expressway, Kerinchi Link dan Penchala Link. Dari segi kemudahan, bas dan teksi merupakan sistem pengangkutan awam terpenting bagi penduduk Petaling Jaya. Selain daripada itu, terdapat juga sistem pengangkutan komuter dan transit aliran ringan (LRT) yang merupakan kemudahan alternatif bagi memudahkan orang ramai. Petaling Jaya boleh dikatakan sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

SBW202 |4

2.0

SEJARAH PEMBANGUNAN Petaling Jaya atau di kenali sebagai PJ mendapat namanya sempena nama

Bandar Raya Inai Merah. Petaling Jaya pada asalnya adalah merupakan sebuah ladang getah. Keluasan ladang getah tersebut ialah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah penempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombonglombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur. Petaling Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. (Petaling Jaya, 2012) Dari segi perluasan kawasan, pada tahun 1964 menurut Jabatan

Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, keluasan kawasan daerah Petaling pada mulanya adalah merupakan sebuah ladang Getah mempunyai keluasan kawasan seluas 19.90 km/p. Pada tahun 1970, keluasan kawasan daerah Petaling semakin bertambah kepada 24.03 km/p. Selain daripada itu, pada tahun 1995 dan 1997 sebahagian daripada pertambahan keluasan kawasan daerah Petaling telah di Pecahkan kepada dua Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandar raya Petaling Jaya (Rujuk Rajah 2.0 : Peta Pembahagian Zon). (Perluasan Kawasan Sempadan, 2010) Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini

SBW202 |5

telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya dan dapat mengatasi masalah kesesakan di kawasan Kuala Lumpur. (Latar Belakang, 2010) Petaling Jaya, adalah merupakan bandar baru yang antara terulung di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1952. Pada zaman tersebut, Petaling Jaya mempunyai Tanah seluas 3,600 ekar yang telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui pentadbiran Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit. (Sejarah, 2009) Pada 1 Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Kawasan SS (seksyen bernombor di daerah Sg Way atau Subang) bersama-sama dengan kawasan baru seperti Subang Jaya, Seksyen 52 (Newtown) telah disatukan untuk membentuk satu perbandaran tunggal di bawah MPPJ. Daripada sebuah bandar yang dirancang Petaling Jaya menjadi sebuah pusat Bandar Kecil bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu Bandar yang Maju. Di dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu, penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai Bandaraya ke-12 di Malaysia dengan keluasan kawasan pentadbirannya 97.2 km persegi. Penduduk di Petaling Jaya dianggarkan seramai

SBW202 |6

565,200 orang. Maka, Petaling Jaya adalah Bandaraya ke-2 di Selangor selepas Shah Alam. (Petaling Jaya : Daripada Astet Getah kepada Sebuah Bandaraya, 2006)

3.0

PROSES PEMBANGUNAN Dasar Pembangunan Negara ialah satu langkah untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara yang maju dalam pelbagai segi iaitu bukan sahaja dari segi kecemerlangan ekonomi tetapi juga dari segi etika sosial yang baik, kestabilan politik, dan taraf hidup. Petaling Jaya kini semakin maju dalam semua segi. Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasankawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan yang sehingga kini di kenali sebagai Old Town yang telah wujud sebelum 1952 dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balai raya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalan raya pertama yang dibina di Petaling Jaya. Jalan Templer diberi nama sempena nama Sir Gerlad Templer. Pada tahun 1952 penduduk di kawasan Old Town mula bertambah dengan pembinaan 800 buah rumah yang telah siap di bina manakala 200 buah rumah dalam proses pembinaan. Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang telah beroperasi di Petaling Jaya. Tahun yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang mula di buka. Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan

SBW202 |7

Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya. Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan sebagai kawasan New Town. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah merupakan nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya tertumpu. Pada 16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor pada ketika itu ialah Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town. (Petaling Jaya, 2012)

3.1

KEPENDUDUKAN Dasar Kependudukan Negara ialah untuk mencapai jumlah penduduk

seramai 70 juta manusia yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berpendapat dengan jumlah penduduk yang ramai Malaysia akan maju. (Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, 2008) Di sini, dapat lihat bahawa Petaling Jaya semakin maju dengan kewujudan penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang. Pada pertengahan 1970an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000. Kaum Cina

SBW202 |8

merupakan penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daripada kaum-kaum lain. Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk. (Petaling Jaya, 2012) Berdasarkan kepada, statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010 yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah bilangan penduduk bagi kawasan daerah Pentadbiran MBPJ pada tahun 2010 adalah sebanyak 613,977 orang di mana majoriti daripada penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu dan cina (Rujuk rajah 2.1 : Jumlah Penduduk MBPJ, 2010). Walaubagaimanapun, bagi bilangan penduduk bagi tahun 2012 meningkat sebanyak 4.35 peratus dan menjadikan jumlah penduduknya sebanyak 641,906 orang (Rujuk rajah 2.2: Jumlah Penduduk MBPJ, 2012) (Maklumat Penduduk, 2010).

Walaubagaimanpun, dari segi bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan Laporan Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah pangsapuri, 44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah berkembar dan 68 unit rumah bandar. (Laporan Tahunan MBPJ, 2009)

3.2

PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN Dasar Perindustrian ialah negara menggiatkan lagi proses industrialisasi

untuk meningkatkan eksport negara dan ekonomi Negara. Di samping itu, dengan menggiatkan proses industrialisasi di dalam negara akan mewujudkan banyak

SBW202 |9

peluang pekerjaan. (Dasar Perindustrian Negara, 2008) Penduduk Petaling Jaya pada hari ini mempunyai pelbagai pilihan kedai-kedai tradisional serta beberapa kompleks membeli-belah yang besar. Kedai-kedai yang di sediakan terletak di pelbagai lokasi strategik seperti SS2, Damansara Utama, Kelana Jaya, Damansara Jaya, Taman Megah, SS3, Seksyen 14, SEA Park, PJ New Town dan PJ Old Town. Pada permulaanya, penduduk tempatan mendapatkan keperluan seharian mereka di sama ada PJ Old Town, New Town atau Seksyen 14. PJ New Town juga biasanya dirujuk sebagai PJ Negeri. Institusi ataupun pasaraya pertama yang mempunyai pusat membeli-belah di Petaling Jaya adalah Supermarket Thrifty yang beroperasi di sepanjang Jalan Barat. Walau bagaimanapun, kedai runcit yang pertama juga wujud mula beroperasi di Petaling Jaya seperti Mini Market Ben atau Pok Brothers Mini Market, kedua-duanya beroperasi di PJ New Town. Tidak terlalu lama kemudian, Supermarket Fitzpatrick memulakan operasinya di Kompleks Asia Jaya. Pada tahun 1950-an pertumbuhan aktiviti dalam industri pembuatan dengan syarikat-syarikat asing seperti Singapura Fraser, Neave (F & N), dan Colgate-Palmolive (Malaysia) mula menubuhkan kilang-kilangnya di Seksyen 13. Sejurus kemudian, pada pertengahan 1970-an, Jaya Supermarket memula beroperasi di Seksyen 14. Walaubagaimanapun, Ia mula ditutup dan dirobohkan pada tahun 2008. Selain daripada itu, pada tahun 1990 Supermarket Fitzpatrick tidak bertahan akibat daripada kemelesetan ekonomi. Pada hari ini Mahkamah yang beroperasi di lokasi Jalan Barat, ditempatkan di dalam bangunan yang dikenali sebagai Wisma Thrifty. Selain daripada itu, pada tahun 1990 juga, Bandar Sunway mula dibangunkan oleh Kumpulan Sunway. Ia kemudiannya telah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan dimana bandar sunway menyediakan pelbagai tumpuan dari segi perdagangan dan

S B W 2 0 2 | 10

rekreasi seperti Sunway Lagoon, Sunway Pyramid dan lain-lain. (Petaling Jaya, 2012) Amcorp Mall adalah pusat membeli-belah yang dibuka pada bulan Disember 1997 dan terletak di Petaling Jaya, yang terletak bertentangan dengan stesen LRT Taman Jaya yang dikendalikan oleh Rapid KL (Rujuk Rajah 2.3 : Amcrop Mall). Menurut statistik bilangan jenis perdagangan yang di keluarkan oleh Jabatan Perancangan MBPJ, pada tahun 2012 sebanyak 8 jenis perdagangan terdapat di dalam kawasan Petaling Jaya iaitu, Perniagaan Borong sebanyak 118, runcit sebanyak 481, hotel 20, restoran 679, kewangan dan insurans 120, Perkhidmatan sosial 269, industri perkhidmatan 959, dan penyediaan stesyen minyak sebanyak 35 (Rujuk Rajah 2.4 : Jumlah Perdagangan Mengikut Jenis) (Maklumat Perdagangan, 2010) . Walaubagaimanapun, dari segi pembangunan perindustrian menurut jabatan pembangunan MBPJ, pada 2012 sebanyak 2232 jenis perindustrian telah di bangunkan (Rujuk Rajah 2.5 : Jumlah Perindustrian Mengikut Jenis). (Maklumat Perindustrian, 2010) Dari segi kedudukannya yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang dapat membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Akibat daripada kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat, ia mendorong kerajaan untuk meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur luar telah banyak memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Di antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan industri adalah tertumpu terhadap sektor pembuatan, elektronik,

S B W 2 0 2 | 11

pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan. Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital (Rujuk Rajah 2.6 : Kawasan Perindustrian di Petaling Jaya).

3.3

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN Dari segi sejarahnya, kemudahan pengangkutan dan infrastruktur juga telah

lama dibangunkan di Petaling Jaya. Perkhidmatan bas pada mulanya telah disediakan oleh syarikat Sri Jaya antara awal 1950-an sehingga awal 1990-an. Pertengahan tahun lapan puluhan pula menyaksikan bas mini di sediakan untuk kali pertama kepada penduduk dan memberikan mereka jalan yang cepat untuk perjalanan ke Kuala Lumpur di samping faktor masa menunggu bas mini untuk tiba juga kurang daripada 10 minit. Pengenalan sistem bas Intrakota oleh DRB-Hicom dilihat sebagai penggantian kepada perkhidmatan bas Sri Jaya dan bas mini pada awal 1990-an. Pada masa yang sama, beberapa kawasan di daerah Petaling JayaKuala Lumpur menjadi tumpuan laluan MetroBus. Hal ini telah menyebabkan kepada masa menunggu bas mini yang telah kembali kepada 30 hingga 60 minit. Di sebabkan oleh faktor kemudahan yang kurang memuaskan, pengenalan kepada perkhidmatan Light Rail Transit System Putra pada tahun 1998 telah di sambut baik oleh penduduk. Selain daripada itu, penambahan bas Putraline adalah di gunakan sebagai perkhidmatan bas pengantara. Gabungan perkhidmatan bas Putraline dan Putra LRT telah membawa kelegaan kepada penduduk Petaling Jaya terutama sekali bagi mereka yang terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam. Pada tahun 2005, bas Triton telah dibaiktarafkan kepada perkhidmatan feeder Putraline. Pada tahun 2006, RapidKL telah mula mengambil alih operasi Intrakota di sebabkan

S B W 2 0 2 | 12

oleh terdapatnya pusat bagi kedua-dua Star dan LRT Putra yang terletak di Kuala Lumpur (Rujuk rajah 2.7 : LRT RapidKL). (Petaling Jaya, 2012) Pada hari ini, pengangkutan awam yang disediakan oleh RapidKL dalam bentuk bas serta KL Light Rail Transit System telah menjangkau ke Kelana Jaya Line, dan sedikit ke Petaling Jaya. Dari segi perkhidmatan Jalan, Petaling Jaya mempunyai tiga akses utama yang menjadi sistem lebuh raya kebangsaan iaitu, Lebuhraya Utara-Selatan melalui Kota Damansara, Damansara, dan Subang. Dalaman, lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Persekutuan. Dengan adanya penyediaan kemudahan yang menarik

dan memuaskan, sercara tidak langsung dapat menarik ramai pelancong asing mahupun penduduk tempatan untuk berhijrah di samping aktiviti ekonomi dapat di tingkatkan (Rujuk rajah 2.8 : Lebuhraya di Petaling Jaya).

3.4

PENDIDIKAN Dasar Pendidikan ialah menekankan kepada melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek yang selari dengan Falsafah Pendidikan. Melalui dasar ini juga dapat melatih diri kita untuk lebih berdikari dan akan melahirkan masyarakat berdisplin. (Dasar Pendidikan di Malaysia) Pendidikan juga dapat membantu diri menjadi seorang yang pandai dalam menyelesaikan masalah tanpa mengikut emosi. Tanpa pendidikan kita akan mudah untuk diperdaya dan ekonomi akan mundur. Petaling jaya terdapat lebih daripada 23 kolej dan Universiti kerajaan mahupun swasta telah di bangunkan di Petaling Jaya termasuklah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM atau UIAM) pusat untuk kajian asas kampus terletak di Seksyen 17, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

S B W 2 0 2 | 13

kampus cawangan di Jalan Othman di Seksyen 1, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus cawangan di Seksyen 13, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) kampus utama di SS6 Kelana Jaya, Stamford College di Jalan Timur dan Jalan 223, Institut Makanan Malaysia (FIM) di SS6 Kelana Jaya, Universiti Sains Teknologi Malaysia, (MUST) kampus utama di SS7, Kolej Damansara Utama (KDU) di Damansara Jaya, Kolej Bandar Utama (KBU) di Bandar utama dan IACT di Damansara Utama. International University College Of Technology Twintech sebuah kolej swasta di Bandar Sri Damansara (Rujuk Rajah 2.9 : Kolej Stamford). Pada tahun 1956, penyediaan kemudahan pendidikan UiTM yang dahulunya di kenali sebagai Dewan latihan RIDA di Seksyen 1 telah memulakan kehidupan baru bagi penduduk setempat. Ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Dewan Latihan MARA yang merupakan sebuah pusat latihan di bawah naungan RIDA atau Pihak Berkuasa Pembangunan Luar Bandar dan Industri. Kolej kejururawatan swasta yang pertama di Malaysia adalah terletak di Hospital Assunta di Petaling Jaya. Kolej Kejururawatan swasta tersebut telah diasaskan olehTun Tan Cheng Lock pada tahun 1961. Dari segi sekolah, sehingga kini terdapat banyak sekolah menengah dan sekolah rendah di Petaling Jaya termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, SMK Damansara Utama, Bukit Bintang Boys School, SMK Assunta, Catholic High School, La Salle PJ, SMK Damansara Jaya, SMK Sultan Abdul Samad, SMK Taman SEA, SMK Sri Permata, SMK (P) Taman Petaling dan SMK Kelana Jaya berbanding pada tahun 1952 di mana merupakan batu asas sekolah yang di asaskan oleh Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. (Petaling Jaya, 2012)

S B W 2 0 2 | 14

3.5

PERUMAHAN Dasar Perumahan Negara ialah untuk memastikan semua rakyat mempunyai

rumah yang mencukupi dan selesa sebagai tempat perlindungan. Kerajaan bertanggungjawab dalam menyediakan rumah mengikut kesesuaian untuk semua golongan pendapatan rendah dan sederhana. Hal ini supaya rakyat mampu untuk membeli rumah sebagai tempat perlindungan. Selain itu, meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan rumah. kerajaan harus memastikan barangan untuk pembinaan rumah mengikut piawaian dan kualiti barang yang baik. Hal ini kerana untuk mengelakan berlakunya rumah yang retak dan roboh. Petaling Jaya dahulunya perumahan kebanyakan setinggan. (Dasar Perumahan Negara, 2012) Petaling Jaya dahulunya kebanyakan rumah setinggan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pernyataan dalam berita harian iaitu majlis yakin dapat menyelesaikan masalah ini dengan memindahkan baki 7,000 keluarga di kawasan Petaling Jaya Selatan ke rumah kos rendah. Hal ini kita dapat lihat kualiti hidup mereka meningkat dengan keselesaan tempat perlindungan yang baru dari setinggan ke rumah kos rendah. Keluarga tersebut dipindahkan ke rumah kos rendah Taman Medan Cahaya menyediakan 1,152 unit rumah dan sebahagian di Taman Desa Mentari Fasa 1 menyediakan sebanyak 1,16 unit rumah kos rendah. (PJ Selatan dijangka bebas setinggan Jun, 2006) Kini, bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan Laporan Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah pangsapuri, 44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah berkembar dan 68 unit rumah bandar. (Laporan Tahunan MBPJ, 2009) Ini membuktikan bilangan perumahan untuk perlindungan

S B W 2 0 2 | 15

semakin meningkat dan taraf hidup juga menjadi semakin baik dengan adanya rumah yang selesa untuk berlindung.

3.6

MERCUTANDA Mercutanda adalah merupakan nadi bagi setiap bandar untuk menaikkan imej

serta menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung atau menetap di kawasan tersebut yang mampu meningkatkan ekonomi bandar. Bagi kawasan Petaling Jaya di antara mercutanda yang mula di bina dan menjadi tarikan orang ramai adalah Universiti Malaya (UM) yang terletak di antara sempadan Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti Malaya adalah merupakan antara Universiti yang tertua di Malaysia. Selain daripada itu, pada tahun 1983, sebuah lagi pusat pengajian ditubuhkan iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bukan sahaja menjadi tarikan para pelajar tempatan malah menjadi tumpuan bagi para pelajar antarabangsa. Namun kini kampus utama UIAM berada di Gombak. Mercu tanda lain ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang menandakan sempadan PJ dan KL secara simbolik.(Rujuk Rajah 3.0 : Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan) Gerbang ini terletak di Lebuhraya Persekutuan yang merupakan satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada masa itu dan sehingga kini. Kota Darul Ehsan yang di bina adalah bercirikan seni bina Moor yang siap dibina pada 1981.Pada 16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town (Rujuk Rajah 3.1 : Menara MBPJ). Walaubagaimanapun, dengan adanya teknologi pembangunan yang semakin pantas dan maju banyak kawasan-kawasan mercutanda lain telah di bina di kawasan Petaling Jaya di antaranya ialah Taman Bandaran Kelana Jaya, Taman Jaya dan Muzium Petaling Jaya yang merupakan mercutanda bagi kawasan pusat

S B W 2 0 2 | 16

beriadah. (Rujuk Rajah 3.2 : Tasik Taman Jaya) Kepada penggemar membeli-belah pula, kawasan Mutiara Damansara adalah ibarat surga pusat membeli belah bagi Petaling Jaya. Di mana di antara pusat membeli-belahnya yang terkenal seperti Sunway Pyramid, The Curve, Ikea, dan One Utama. (Rujuk Rajah 3.3 : Sunway Pyramid)

4.0

KESAN PEMBANGUNAN Kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah peluang pekerjaan. Petaling Jaya

sememangnya

terkenal dengan kawasan

perdagangan yang

bergiat aktif.

Penubuhan kawasan perindustrian di kawasan Petaling Jaya telah banyak memberikan sumbangan ekonomi kepada kerajaan Negeri mahu pun kerajaan

Pusat di dalam menarik pelabur-pelabur asing. Dengan adanya pembukaan kawasan perdagangan dan perindustrian yang baru oleh pelabur-pelabur asing dan tempatan telah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Walau bagaimanapun, kesan daripada penarikan pelabur-pelabur asing telah mengundang kepada kemasukan ramai tenaga buruh asing. Selain daripada itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu telah banyak mendorong kepada pembukaan peluang pekerjaan kepada warga asing di sebabkan oleh bayaran gaji yang diberikan kepada mereka amat rendah supaya keuntungan dapat di maksimumkan. Hal ini kebiasaannya terjadi bagi sektor perindustrian dan pembinaan. Dari segi jenayah dan undang-undang pula, lambakan pekerjaan asing telah banyak mengundang kepada berlakunya peningkatan jenayah di dalam negara seperti menjual dan menjadi pembekal penjualan dadah.

S B W 2 0 2 | 17

Selain itu, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah kesesakan lalu lintas. Kerancakkan pembangunan di Petaling Jaya telah mewujudkan pelbagai masalah lalu lintas termasuk dari segi penyediaan pengangkutan awam yang tidak mencukupi akibat daripada kesesakan pengunjung tempatan mahupun warga asing. Dari segi kesesakan Lalu lintas, terutamanya pada jalan Lebuhraya Persekutuan (Federal) yang menghubungkan kawasan Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dan Klang sering berlaku kesesakan terutama pada waktu pekerjaan iaitu pada waktu puncak pagi dan petang. Dari segi aspek sosial, hal ini akan memberikan kesan terhadap disiplin para pekerja yang lewat untuk sampai ke destinasi. Seterusnya, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah lambakan

perumahan yang berskala tinggi. Di dalam arus pembangunan yang semakin maju dan status Petaling Jaya sebagai sebuah pusat bandar raya kebanyakan aktiviti pembangunan akan tertumpu kepada pertambahan kawasan-kawasan perdagangan dan perindustrian. Justeru itu, peruntukan tanah untuk pembinaan bagi kawasan perumahan akan menjadi terhad serta pembangunan perumahan yang di bangunkan adalah seperti perumahan flat dan pangsapuri. Menurut Laporan Tahunan MBPJ,2009 menunjukkan pembangunan perumahan adalah tertumpu pada jenis pangsa iaitu sebanyak 48,995. Hal ini juga turut memberikan kesan yang mendadak terhadap pertambahan penduduk. Menurut Laporan Ringkas RT MBSA, MBPJ dan MPSJ kadar Pertumbuhan penduduk tahunan yang berada di paras tinggi iaitu sebanyak 7.9% berbanding Negeri Selangor 6.9% antara tahun 1991 2000 dengan 30% penduduk berada di daerah ini.

S B W 2 0 2 | 18

5.0

ULASAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setelah membuat kajian saya mendapati bahawa di Petaling Jaya masih

kekurangan dari segi mengakses internet secara percuma di kawasan bandar dan tempat tumpuan masyarakat. Seiring dengan status Petaling Jaya sebagai sebuah pusat bandaraya. Prasarana yang maju perlulah ditingkatkan dari segi penyediaan kemudahan bagi menonjolkan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar yang maju ke hadapan. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya penyediaan WIFI di kawasan bandar dan tempat tumpuan masyarakat disediakan secara percuma sebagai salah satu tarikan bagi orang ramai untuk berkunjung ke kawasan Petaling Jaya.

6.0

KESIMPULAN DAN TEORI YANG DI GUNAKAN Kesimpulannya, kewujudan Petaling Jaya bertitik tolak dari perkembangan

pesat yang dialami oleh Kuala Lumpur. Kemajuan dan pembangunan tersebut telah menempatkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang menjadi tumpuan ramai. Ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap pertambahan penduduk sehingga mendorong pada pertumbuhan kawasan setinggan di pinggirnya. Pembukaan kawasan Petaling Jaya telah mengalami perkembangan pesat sejak kewujudannya. Petaling Jaya mencipta sejarah tersendiri kerana menjadi bandar satelit pertama di Malaysia. Oleh yang demikian, dari segi teori pembangunan yang dapat di kaitkan di kawasan Petaling Jaya adalah tertumpu kepada Corak Perubahan Struktur. Di mana ekonomi yang kurang maju dahulunya telah mengubah struktur domestik ekonomi tradisional kepada ekonomi moden sehingga Petaling Jaya telah menjadi sebuah Bandaraya yang bercirikan oleh pelbagai aktiviti perkhidmatan ekonomi dan penyediaan kemudahan yang mencukupi.

S B W 2 0 2 | 19

Bibliografi Petaling Jaya : Daripada Astet Getah kepada Sebuah Bandaraya. (2006, Jun 16). Retrieved November 2012, from Bernama.Com: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=203644/ PJ Selatan dijangka bebas setinggan Jun. (2006, Januari 28). Retrieved November 2012, from Berita Harian: http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/8521d968204e8b454825697400224ca6 /3e027d38d60f48c648256f970015afaf?OpenDocument&TableRow=2.1#2. Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk. (2008, November 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasardasar-negara/239-dasar-kependudukan-malaysia-ke-arah-70-jutapenduduk.html Dasar Perindustrian Negara. (2008, November 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/300dasar-dasar-ekonomi/1375-dasar-perindustrian-negara.html (2009). Laporan Tahunan MBPJ. Petaling Jaya: Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Sejarah. (2009, Mac 20). Retrieved November 2012, from Majlis Bandaraya Petaling Jaya: http://www.mbpj.gov.my/web/guest/history Keluasan Kawasan Mengikut Seksyen. (2010, Julai 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ: http://pjcityplan.mbpj.gov.my/v2/index.php/content_pages/display/104 Latar Belakang. (2010, Mei 26). Retrieved November 2012, from Majlis Bandaraya Petaling Jaya: http://www.mbpj.gov.my/web/guest/mbpj_background Maklumat Penduduk. (2010, Julai 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Perancanagn Pembangunan MBPJ: http://pjcityplan.mbpj.gov.my/v2/index.php/content_pages/penduduk Maklumat Perdagangan. (2010, Julai 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ: http://pjcityplan.mbpj.gov.my/v2/index.php/content_pages/perdagangan Maklumat Perindustrian. (2010, Julai 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ: http://pjcityplan.mbpj.gov.my/v2/index.php/content_pages/industri Perluasan Kawasan Sempadan. (2010, Julai 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ: http://pjcityplan.mbpj.gov.my/v2/index.php/content_pages/display/103

S B W 2 0 2 | 20

Dasar Perumahan Negara. (2012, Oktober 10). Retrieved November 2012, from Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara: http://ehome.kpkt.gov.my/main.php? Content=vertsections&VertSectionID=45&IID= Petaling Jaya. (2012, Oktober 12). Retrieved November 2012, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Petaling_Jaya Dasar Pendidikan di Malaysia. (n.d.). Retrieved November 2012, from Scrib: http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia

S B W 2 0 2 | 21

LAMPIRAN

S B W 2 0 2 | 22

Rajah 1.0 : Peta Kawasan Pentadbiran Sumber : Laporan Tahunan MBPJ, 2009

S B W 2 0 2 | 23

Rajah 1.1 Peta Kawasan Kajian Sumber : Laporan Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan

S B W 2 0 2 | 24

Rajah 2.0 : Peta Pembahagian Zon Sumber : Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, 2010

S B W 2 0 2 | 25

Rajah 2.1 : Jumlah Penduduk 2010 Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

Rajah 2.2 : Jumlah Penduduk 2012 Sumber : Unjuran Penduduk Berdasarkan Bancian Tahun 2010, Jab. Perangkaan Malaysia (Kadar Pertumbuhan 2.7% setahun)

S B W 2 0 2 | 26

Rajah 2.3 : Amcrop Mall Sumber : http://www.streetdirectory.com.my/malaysia/kl/stock_images/normal_show/_main_vi ew_2/my_11830158810185/216/

Rajah 2.4 : Jumlah Perdagangan Mengikut Jenis Sumber : Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, 2010

S B W 2 0 2 | 27

Rajah 2.5 : Jumlah Perindustrian Mengikut Jenis Sumber : Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, 2010

Rajah 2.6 : Kilang Ducth Lady Sumber : http://biz.thestar.com.my/news/story.asp? file=/2008/6/2/business/21397420&sec=business

S B W 2 0 2 | 28

Rajah 2.7 : LRT RapidKL Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/File:RapidKL_Kelana_Jaya_line_Petaling_Jaya.jpg

Rajah 2.8 : Lebuhraya di Petaling Jaya Sumber : Laporan Tahunan MBPJ, 2009

S B W 2 0 2 | 29

Rajah 2.9 : Kolej Stamford Sumber : http://www.stamford.edu.my/cms.php?content_id=59

Rajah 3.0 : Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan Sumber : http://www.panoramio.com/photo/27679937

S B W 2 0 2 | 30

Rajah 3.1 : Menara MBPJ Sumber : http://www.panoramio.com/photo/19782220?tag=Office

Rajah 3.2 : Tasik Taman Jaya Sumber : http://www.flickr.com/photos/tk_yeoh/2897769631/in/photostream/

S B W 2 0 2 | 31

Rajah 3.3 : Sunway Pyramid Sumber : http://www.panoramio.com/photo/8911024

You might also like