You are on page 1of 8

Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO

Kepentingan GERKO ada termaktub dalam akta pelajaran kita, iaitu :- Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO Akta Pelajaran 1961 di bawah bahagian Kursus-kursus Pengajian Sekolah, pihak berkenaan dikehendaki menyenaraikan aktivitiaktiviti kokurikulum sebagai elemen kursus dalam kurikulum sekolah yang perlu dijalankan di semua sekolah. Akta ini juga mewajibkan penyertaan murid dalam kokurikulum.

Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO Peraturan-peraturan Am Berusaha untuk memahami semua Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan Am pelaksanaan GERKO di sekolah Mesyuarat perlu diadakan untuk merancang pengagihan tugas kepada guru dan membuat penyelarasan aktiviti yang dicadangkan oleh setiap komponen GERKO Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO Peraturan-peraturan Am Sumber dan peralatan bagi melaksanakan kokurikulum disimpan dan ditadbirkan dengan sempurna Menyediakan tempat simpanan Rekod penggunaan peralatan Membaik pulih peralatan yang rosak dll Menyediakan jadual waktu GERKO dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa

Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO Peraturan-peraturan Am GERKO lebih berkesan apabila dilaksanakan mengikut sistem berkelompok Kedatangan pelajar setiap kali latihan perlu direkodkan. Kehadiran perlu diambil kira bagi memberi keutamaan pelajar untuk menghadiri kursus, perkhemahan, lawatan dsbnya Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO Peraturan-peraturan Am Guru penasihat & pengerusi perlu membuat laporan bertulis mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan setiap kali perjumpaan diadakan dalam buku khas yang disediakan oleh pihak sekolah Pihak sekolah perlu menyediakan satu sistem penilaian dan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum (sijil, surat akuan, anugerah)

Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO Akta Pendidikan 1996 Akta ini juga mengatakan tentang kepentingan gerak kerja kokurikulum dalam membentuk insan murid yang harmonis Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum. Berdasarkan seksyen 130 Akta Pendidikan, PeraturanPeraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998 dan terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Guru besar, setelah menerima permohonan secara bertulis, dikehendaki menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

a) Matapelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 b) Hobi dan rekreasi c) Sukan dan permainan d) Badan beruniform e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan laporan secara bertulis kepada Guru Besar mengenai perkara-perkara yang berikut: a) Perlembagaan dan peraturan persatuan b) Senarai ahli jawatankuasa persatuan dan c) Senarai aktiviti utama persatuan Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari selepas ditubuhkan atau selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut. Perlembagaan dan Peraturan sekolah wajib diluluskan oleh Guru Besar.

Guru Besar boleh menerima atau enggan untuk menerima perubahan dalam perlembagaan,peraturan,jawatankuasa atau ahli persatuan. Guru Besar dikehendaki melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertugas sebagai penasihat bagi setiap persatuan sekolah. Guru Besar itu dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar. Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah dibawah kawalan Guru Besar atau penasihat.

Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasanya hendaklah dihadiri oleh penasihat dan mana-mana guru lain yang dilantik oleh Guru Besar. Pendaftar, Guru Besar boleh mengarah mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan,aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu. Pendaftar ,Guru Besar boleh mengarah secara bertulis mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud berikut:

Yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam Yang memudaratkan kepentingan murid atau Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
Dengan berkuatkuasa Peraturan-Peraturan ini,Peraturan-Peraturan di bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 dibatalkan.

You might also like