You are on page 1of 17

PERSATUAN KEBANGSAAN AUTISME MALAYSIA(NASOM)

SEJARAH AUTISME

Autisme mula dikesan oleh psikiatri kanak- kanak dari Amerika, Leo kanner tahun 1943 di Pusat Perubatan John Hopkin. Selama beberapa tahun,beliau tela menjalankan kajian ke atas 11 orang kanak- kanak . Kanak- kanak itu mempunyai masalah sosial, sering bersendirian dan berada di dalam unia mereka sendiri. Mereka berasa kurang senang dengan perubahan di sekeliling dan berminat kepada kadaan yang mendorong mereka melakukan sesuatu yang luar biasa. Setelah kajian di jalankan, Leo kanner mendapati kanak- kanak itu juga mempunyai kepinntaran yang luar biasa serta mempunyai kognitif yang baik.

Autisme berlaku sejak awal kadarnya melibatkan 5 dalam 10,000 kanakkanak. Setiap 10,000 orang, seramai 15 kanak- kanak daripada mereka mengalami cirri- cirri autisme. Nisbah risiko kanak- kanak leleki kepada kanak- kanak

perempuan sebayak empat kali ganda.

Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bermaksud satu aliran. Autisme merupakan satu gangguan

neurobiological seumur hidup yang menyebabkan kesukaran dalam komunikasi, sensori, sosial , masalah pembelajaran dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. . Ia juga dikaitkan dengan rutin yang rigid atau tingkah laku yang berulangulang seperti keinginan melampau untuk mengikut sesuatu jadual masa atau cara bermain yang membosankan atau dalam cara yang tertentu sahaja. Tingkah laku

autisme bukan sahaja menyukarkan kehidupan individu autisme tetapi juga menyukarkan kehidupan ahli keluarga, pegawai perubatan dan guru mereka. Autisme merupakan satu gangguan yang merangkumi spektrum yang luas di mana tahap dan simptom autisme adalah berbeza di antara individu. Terdapat perbezaan dari segi intelektual, tahap berfungsi, masalah sensori, kebolehan berkomunikasi dan corak tingkah laku.

Ciri- ciri autisme lebih ketara apabila bayi tersebut berusia dua tahun setengah ataupun tiga tahun. Dianggarkan 75 peratus kanak- kanak autism

mempunnyai masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius. Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak- kanak biasa yang lain. Kanak- kaak autsme ini mempunyai keupayaan melihat dan mendengar tetapi tidak mengikut norma- norma yang kebiasaannya sehingga satu tahap kadang- kadang mereka sendiri tidak memahami apa yang dilihat dan didengar. Mereka tidak tahu kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik . Keadaan ini menjadi bertambah serius jika ia dibiarkan berterusan yangakan mengakibatkan gejala komunikasi ini menjejaskan kehidupan social mereka pada masa depan.

Selain daripada itu, kanak- kanak autisme kecelaruan

ini seringkali menimbulkan fizikalnnya

kerana mereka jika dilihat dengan mata kasar sifat

kelihatan normal. Sebagai contoh apabila mereka berada di khalayak ramai , kita sukar membezakan antara kanak- kanak normal dengan kanak- kanak autisme. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mengenal pasti di peringkat awal masalah kanak- kanak yang mengalami autisme. Ini dapat membantu kanak- kanak autisme mengalami pertumbuhan dan perkembangan mereka dengan lebih baik.

PUNCA AUTISME Punca autisme disebabkan oleh masalah biologi yang mengganggu

perkembangan dan system saraf otak.

Kajian mendapat faktor genetik juga

memainkan peranan utama. Jangkitan virus yang dhadapi oleh si ibu semasa hamil seperti Rubella, Toxo,Herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan , keracunan makanan juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya

menggangu fungsi otak bayi yang dikandungi terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.

Terdapat juga beberapa pendapat yang menyatakan punca lain adalah faktor organic iaitu kerosakan pada otak ,faktor biokimia seperti gangguan metabolisme, imunologi HLA atau Human Leucocyle Antigen yang terdapat dalam serum ibu bapa) serta faktor persekitaran seperti sikap ibu bapa yang kurang mesra, personality yang obsesif. Salah satu punca autisme juga adalah disebabkan pendedahan pada bahan toksik atau keracunan arsenik yang menyebabkan kanak- kanak menghadapai masalah seperti alergi pada sesuatu makanan, sistem imunisasi yang lemah, masalah gastrointestinal, gangguan tidur, isu neurologi seperti gangguan pertuturan, mengasingkan diri, perasaan bimbang , mudah tertekan , murung masalah koordinasi motor halus da motor kasar. dan gangguan

KAEDAH YANG BOLEH MEMBANTU KANAK- KANAK AUTISME

Autisme tidak dapat dikesan sejak lahir kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda- tanda kelainan. Cuma apabila kanak- kanak tersebut berusia dalam lingkungan 18 bulan, kelainan dapat dilihat dan dikesan. Walaupun tiada rawatan yang dikenal pasti, kanak-kanak autisme telah berjaya melangkah keluar daripada

gangguan autisme dan berfungsi hampir sama seperti kanak-kanak yang normal. Ini dapat dicapai melalui Program Intervensi Awal dan Program Pemulihan yang kini menawarkan harapan terbaik kepada kanak-kanak autisme. Program Intervensi Awal di dalam setting yang optima menunjukkan peningkatan yang baik bagi kebanyakkan kanak-kanak autisme , antaranya termasuk kebolehan bertutur 75% ke atas dan peningkatan dari segi perkembangan dan kebolehan intelektual. Intensive Early Intervention in optimal educational setting results in improved outcome in most young children with Autism, including speech in 75% or more and significant improvements in rates of developmental and intellectual performance. (Dawson and Osterling 1997; Rogers 1996, 1998).

Berikut merupakan contoh beberapa kanak-kanak autisme di negara barat yang telah mencapai Berjaya mencapai kelayakan Ph. D dan Ijazah Tinggi. Sebagai contoh, Dr. Temple Grandin, beliau merupakan seorang wanita autisme Amerika yang telah memperolehi Ijazah Kedoktoran dan kini menjadi Professor Madya. Jeans Paul anak lelaki kepada Dr. Julie Donnelly, penulis buku Emergence from Autism Is there hope? telah berjaya memperolehi dua ijazah dan kini sedang menjawat jawatan yang stabil. Donna Williams, seorang wanita Autralia yang telah diagnos mengidap autisme yang teruk kini menjadi seorang pensyarah. Kanak-kanak autisme yang diberi pendidikan dan program intervensi awal yang bersesuaian mempunyai peluang untuk meningkatkan diri mereka dan menyumbang kepada masyarakat. Walaupun bukan semua kanak-kanak autisme berpotensi, kita perlu membekalkan peluang pendidikan dan vokasional yang bersesuaian kepada mereka. Tidak kira sekecil manapun pencapaian yang diperolehi, ia memberi makna yang besar kepada kanak-kanak istimewa ini dan ibu bapa mereka. Kita perlu membimbing kanak- kanak autism ini supaya kebolehannya dapat diperluaskan. Apabila dibimbing, kanak- kanak

akan berasa dihargai . Kemungkinan juga bakat atau kebolehan mereka dalam bidang tertentu dapat dikembangkan dan dapat dijadikan sumber mata pencariannya apabila dewasa kelak.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERSATUAN AUTISME KEBANGSAAN (NASOM)

Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dalah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan sukarela yang telah ditubuhkan pada 1986 tanpa mengambil kira faktor keuntungan . Persatuan ini telah dibina oleh sekumpulan ibu bapa dan para professional dan telah didaftarkan pada 3hb. Mac 1987 sebagai Pertubuhan Kebajikan Sukarela Kebangsaan. NASOM menjalankan rancangan-rancangan

pendidikan, pemulihan dan memberi perkhidmatan seumur hidup kepada kanakkanak autisme. Selain daripada itu, NASOMjuga telah menyumbangkan banyak bantuan dan bantuan khidmat nasihat kepada kanak- kanak autisme serta memberi kaunseling kepada keluarga kanak- kanak autisme. Disamping itu, NASOM juga memberi penerangan mengenai gejala autisme dan mewujudkan kesedaran di kalangan ahli masyarakat mengenai kepentingan kita mengetahui dan menyelami perasaan kanak- kanak autisme.

Walaupun persatuan ini mengalami masalah kekurangan kakitangan yang terlatih serta sumber kewangan dan bantua daripada pihak lain, NASOM terus dan kini sedang mengendalikan sebanyak 18 buah pusat yang menyediakan pendidikan dan program pengurusan tingkah laku untuk kanak-kanak autisme. Tiga daripada pusat NASOM ini menyediakan kemahiran-kemahiran latihan vokasional kepada kanakkana autism asas kepada kanak-kanak autisme yang berusia 14 tahun ke atas.

Sehingga kini, anggaran pendaftaran yang diterima adalah seramai 500 orang kanak- kanak autisme. Di sepanjang 22 tahun perkhidmatan di Malaysia, NASOM telah membantu lebih daripada 1000 keluarga kanak-kanak autisme. Selain itu, NASOM juga mengendalikan program bersijil dalam pengurusan autisme kepada guru-guru dan penjaga serta pihak yang berkaitan. Setakat ini, seramai 150 orang guru telah dilatih dan mereka bukan sahaja guru pertubuhan tetapi juga dari

pertubuhan lain. NASOM juga menawarkan program intervensi awal kepada kanakkanak yang berusia 2 hingga 14 tahun. Program intervensi ini bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak ke arah persekolahan formal. Kanak-kanak autisme diberi intervensi tingkah laku dan diberi latihan kemahiran-kemahiran akademik dan kognitif. Sebagai pengukuhan kanak-kanak ini juga akan diberikan latihan kemahiran urus diri, kemahiran sosial dan komunikasi yang berkesan. Kanak-kanak yang berusia 14 tahun ke atas akan di tempatkan di dalam program latihan vokasional. Kemahirankemahiran yang dilatih termasuklah kemahiran berdikari dan kemahiran

perdagangan serta sosial. Untuk menyediakan pengalaman pendidikan yang lebih menyeluruh, kanak-kanak di NASOM juga menyediakan aktiviti ko-kurikulum

tambahan luar seperti berenang, menunggang kuda, senaman fizikal dan bowling. Melalui akttiviti ini kanak- kanak autisme akan dapat mempelajari sesuatu yang baharu serta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah mereka pelajari di

dalam kehidupan seharian mereka. Terapi bermain ini memberikan impak yang besar pada diri kanak- kana autisme kerana ia memberi peluang pada kanak- kanak autisme melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak memberikan tekanan mental pada mereka. Melalui aktivti yang dijalankan, mereka diajar bergembira apabila melakukan aktiviti dan permainan tersebut dapat diubah suai apabila diperlukan. Apabila kanak- kanak

autisme melibatkan diri dalam aktiviti ini, ia melatih kanak- kanak autisme supaya melibatkan diri secara aktif dalam permainan dan aktiviti yang dirancang.

Selain itu, Persatuan NASOM juga mengajar pendidikan muzik sebagai satu cara untuk menenangkan fikifan, istirehat, ekspresi dan terapi yang baik. Aktiviti-aktiviti ini juga menyediakan mereka ke arah interaksi sosial untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Semasa memasuki program intervensi awal ini, kanak-kanak akan diberi ujian penilaian. Pendidkan muzik ini dapat

membantu Kanak- kanak autisme yang mempunyai kemampuan untuk mengingati melodi . Terdapat juga kanak- kanak utisme yang mampu mengingati melodi itu

walaupun baru sekali mereka mendengarnya. Mereka dapat meniru dengan baik.. Ini merupakan satu anugerah yang diberikan kepada kanak- kanak autisme yang tidak terdapat pada kanak- kanak biasa.

Apabila kanak- kanak terlibat dalam aktiviti nyanyian, kita berpeluang melihat kemahiran pertuturannya dan kemahiran meniru dan belajar mereka. Kanak- kanak autisme yang jaang bertutur akan cuba menggunakan suaranya untuk turut menyanyi bersama sama. Minat dan kecenderungan ke arah muzik boleh membantu mereka kea rah mengasah pertuturan yang lebih baik. Aplikasi muzik dapat membantu member variasi dan profil pada peribadinya. Muzik adalah medium terapi yang dapat digabungkan dengan teknik dan program lain bagi membantu

kanak- kanak autisme yang mengalami masalah kemahiran komunikasi supaya lebih bermotivasi.

Pentaksiran juga dijalankan yang bertujuan untuk menilai diri kanak- kanak autisme tersebut . Bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah yang berada dalam keadaan yang agak teruk (severe), intervensi secara individu (one-to one) akan disediakan. Bagi kanak-kanak yang mengidap gejala autisme ringan (mild), program pembelajaran secara berkumpulan akan diberikan bagi menyediakan mereka ke arah persekitaran prasekolah dan sekolah arus perdana. Ibu bapa juga akan diberi latihan dan sokongan daripada kakitangan NASOM supaya mereka dapat menjalankan program kepada anak-anak mereka di rumah.

NASOM mempunyai harapan terhadap kanak-kanak autisme ini dan percaya bahawa dengan penjagaan yang sempurna dan program intervensi awal kanak- kanak autisme ini berkemungkinan keluar dari dunia autistik dan dapat berfungsi dan menjalani hidup normal seperti kanak-kanak normal yang lain. Situasi ini mendorong NASOM terus mara ke hadapan bagi menyediakan Pendidikan, Khidmat Bantuan, Penjagaan dan Perlindungan kepada kank- kanak autisme . Adalah menjadi harapan pertubuhan NASOM di mana lebih ramai golongan korporat dan orag awam yang tampil ke depan dan memberi sokongan kepada NASOM dengan menyumbang kepada projek yang dijalankan untuk masa hadapan kanak- kanak autisme.

Objektif PERSATUAN AUTISME KEBANGSAAN (NASOM)  Untuk mengenal pasti dan memberi rawatan, pendidikan, kebajikan dan penerimaan masyarakat terhadap insan autisme.

 Untuk menjaga dan melindungi insan autisme  Untuk menyediakan bantuan dan nasihat kepada keluarga insan autisme.  Untuk memberi maklumat kepada golongan professional dan masyarakat mengenai autisme

KHIDMAT YANG DITAWARKAN OLEH NASOM

(i)

Program Pendidikan dan Latihan Vokasional.

NASOM menawarkan program intervensi awal untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 14 tahun. Program ini bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak ke arah pendidikan secara formal. Kanak-kanak akan diberi intervensi tingkah laku dan diberi latihan dalam kemahiran akademik dan kognitif. Penekanan juga akan diberikan kepada kemahiran hidup berdikari, kemahiran sosial dan komunikasi yang berkesan. Kanak-kanak yang berusia 14 tahun ke atas akan ditempatkan di dalam program latihan vokasional. Kemahiran-kemahiran yang akan ditingkatkan di sini termasuklah kemahiran asas berdikari, kemahiran sosial dan kemahiran perdagangan seboleh mungkin. Bagi kanak-kanak yang berpotensi dan berjaya melengkapkan program intervensi awal, mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah arus perdana. Buat masa ini NASOM telah menghantar beberapa orang murid ke sekolah-sekolah arus perdana di sekitar Lembah Klang dan Butterworth bagi mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi Pendekatan Inklusif kerjasama NASOM-KPM

(Kementerian Pelajaran Malaysia).

(ii)

Aktiviti-aktiviti rekreasi

Untuk menyediakan pengalaman pendidikan yang lebih menyeluruh, kanak-kanak di NASOM juga diberikan aktiviti ko-kurikulum tambahan seperti berenang, menunggang kuda, senaman fizikal dan bowling. Pendidikan muzik juga diperkenalkan sebagai bidang untuk bersantai, ekspresi dan terapi. Aktiviti-aktiviti ini juga

menyediakan mereka ke arah interaksi sosial dan meningkat kemahiran-kemahiran komunikasi mereka.

(iii)

Pengukuhan Intervensi

Semasa memasuki program ini, kanak-kanak akan diberi ujian penilaian dan pentaksiran. Bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah yang berada dalam kondisi yang teruk intervensi secara individu (one-to one) akan disediakan. Bagi kanak-kanak yang mengidap gejala autism ringan, program pembelajaran secara berkumpulan akan diberikan bagi menyediakan mereka ke arah persekitaran prasekolah dan sekolah arus perdana. Ibu bapa juga akan diberi latihan dan sokongan daripada kakitangan NASOM supaya mereka dapat menjalankan program kepada anakanak mereka semasa berada di rumah. NASOM-Kiwanis One Stop Centre Pusat Khidmat Setempat NASOM Kiwanis di Jalan Pahang Kuala Lumpur merupakan projek jangka masa panjang di antara NASOM dan Kelab Kiwanis Petaling Jaya. Pusat ini menyediakan khidmat ujian pengesanan, saringan dan penilaian bagi kanak-kanak yang berisiko atau yang mempunyai masalah

perkembangan. Pusat ini juga merupakan pusat sumber yang lengkap dengan perpustakaan, alat pandang dengar, komputer dan tempat untuk kumpulan sokongan bertemu dan bermesyuarat. Perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Khidmat Setempat NASOM adalah seperti berikut, iaitu:

 Pengesanan dan Diagnosis  Penilaian dan Pentaksiran  Program Terapi Pertuturan  Program Terapi Tingkah Laku

 Terapi Pendidikan  Terapi Cara Kerja  Terapi Sensori  Khidmat Perundingan  Sesi Kaunseling  Maklumat dan Rujukan  Latihan dan Bengkel  Program Home-based  Kemahiran Sosial Secara Berkumpulan  Kemudahan Pusat Sumber

(iV) PUSAT LATIHAN VOKASIONAL KLANG

Misi

Untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif di mana setiap kanakkanak boleh meningkat ke arah tahap potensi kendiri yang lebih baik, intelektual serta kemahiran hidup dan sosial yang bersesuaian Objektif

1. Untuk menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih bersesuaian dan dapat memenuhi keperluan kanak-kanak; 2. Untuk memelihara dan meningkatkan tahap kendiri yang lebih tinggi di kalangan kanakkanak dan untuk mengembangkan keadaan emosi mereka ke tahap yang lebih baik;

3. Untuk meningkatkan potensi setiap individu ke arah tahap akademik yang setinggi mungkin dan kemahiran sosial dan kemahiran hidup berfungsi; 4. Untuk menyediakan latihan vokasional kepada kanak-kanak yang dianggap bersesuaian; 5. Untuk menyediakan program rekreaksi yang seimbang dan program waktu lapang; 6. Untuk memastikan bahawa program arus perdana sosial, lokasi atau fungsi disediakan untuk kanak-kanak yang bersesuaian.

Pusat Latihan Vokasional NASOM Klang telah ditubuhkan pada bulan September 1999 di Bengkel Daya. Pihak NASOM amat berhutang budi dan berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah

memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan 1 1/3 bahagian bangunan di Bengkel Daya sebagai pusat latihan vokasional berasrama yang pertama bagi NASOM. Pada awal tahun 2007, NASOM telah dimaklumkan oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa mereka memerlukan semula tempat di Bengkel Daya untuk meningkatkan perkembangan murid mereka. Melalui bantuan ibu bapa, para dermawan di sekitar Klang dan Kerajaan Malaysia, NASOM dapat memulakan Group Homes bagi kanak-kanak autisme di

No 30, 30A dan 32A, Jalan Sanggul 1, Bandar Puteri, 42000 Klang. Group Homes ini terdiri daripada lima buah rumah teres dua tingkat.

Tiga buah rumah kedai di Bandar Puteri 2 beli oleh pihak NASOM dan sebuah lagi disewa untuk kegunaan kanak-kanak autisme bagi menjalankan latihan dalam bidang:a. Dobi

b. Membuat kek dan roti c. Kegiatan seni d. Penjagaan rumah e. Pembungkusan produk Pihak NASOM dengan iklhasnya berharap agar selepas menjalani latihan-

latihan tersebut kanakkanak ini akan dapat bekerja secara berdikari dan dapat menyara diri mereka.Di samping melatih kanak-kanak ini dalam kemahiran kerja, mereka juga diberi latihan berikut :

a. Kemahiran urus diri kebersihan diri, menyapu, kesihatan dan kemahiran domestic. a. Kemahiran sosial kesedaran emosi, fungsi dan perhubungan sosial. b. Aktiviti rekreasi - aktiviti dalam dan luar bilik darjah, seni dan kraftangan. c. Pengalaman kerja - program kemahiran pra-kerja, penempatan kerja dalaman dan luaran.

Walaupun sebahagian daripada keperluan kanak-kanak ini telah dibekalkan, namun masih terdapat banyak keperluan yang perlu di sediakan. Kami perlu menaik taraf tempat baru dan menjadikannya lebih kondusif bagi membolehkan kanakkanak ini bekerja dan tinggal di tempat tersebut. Sumbangan modal dan sukarelawan diperlukan segera untuk:-

a. Pengurusan pusat latihan; b. Kerja membaik pulih; c. Peralatan dan perkakas rumah (household linen) bagi Pusat Latihan dan Group Homes;

d. Peralatan dan bahan bagi latihan kemahiran bekerja; e. Menyediakan kerja membungkus yang mudah, membuat kek dan roti dan kerjakerja dobi; f. Membawa kanak-kanak untuk aktiviti-aktiviti rekreasi.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) memerlukan bantuan anda bagi memenuhi objektifnya dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada insan autisme. Kami berharap anda akan membantu kami memberi peluang kepada kanakkanak ini supaya dapat menjalani kehidupan yang hampir normal di masa akan datang. Sumbangan anda di dalam apa juga cara tentunya akan membawa perubahan yang besar dan bermakna bagi mereka. Berikan mereka sumbangan yang ikhlas dari hati masyarakat bagi membantu golongan kurang upaya ini.

RANCANGAN MASA HADAPAN

Dalam usaha untuk memberi kemudahan yang lebih optimum kepada golongan autisme, pihak NASOM akan meningkatkan mutu perkhidmatan di setiap pusat yang sedia ada. Di samping itu juga, pihak NASOM sedang berusaha untuk menjalankan rancangan-rancangan yang berikut bagi memperkukuhkan mutu perkhidmatan dan memberi sumbangan kepada golongan autisme ini, iaitu dengan cara:-

a. Menjalankan peluasan Program Pendidikan Khas Integrasi Pendekatan Inklusif kerjasama NASOM-KPM ke beberapa buah sekolah arus perdana di negeri-negeri yang lain b. Menjalankan program inklusif di peringkat sekolah menengah bagi murid-murid

NASOM yang telah mencapai usia 14 tahun ke atas yang mempunyai potensi di bidang sosial, komunikasi dan akademik. c. Mendapatkan kerjasama dari pihak Kementerian Pelajaran untuk membekalkan khidmat Guru Pendamping bagi memantau program pendidikan inklusif NASOM a. KPM supaya sumber tenaga kerja yang sedia ada dapat disalurkan ke pusat-pusat intervensi NASOM yang lain. b. Membuka lebih banyak Program Intervensi di beberapa buah pusat yang baru bagi kanak-kanak autism yang berusia di dawah 14 tahun. c. Membuka lebih banyak pusat latihan vokasional bagi menempatkan golongan autisme yang berusia 14 tahun ke atas. d. Membuka lebih banyak asrama bagi menempatkan para pelajar autisme remaja yang tinggal jauh dari pusat NASOM. e. Membuka beberapa buah pusat khidmat setempat (One Stop Centre) dengan kerjasama pihak hospital kerajaan. f. Menaik taraf Kursus Perguruan NASOM dari peringkat sijil ke peringkat Diploma. g. Menyediakan lebih ramai para psikologis dan therapist yang lain bagi memantapkan mutu pembelajaran golongan autisme. h. Meningkatkan khidmat kaunseling kepada golongan ibu bapa dan penjaga kanakkanak autisme. i. Menyediakan lebih banyak latihan, kursus, seminar, bengkel, dan seumpamanya bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang gejala autisme. j. Mendapatkan lebih banyak kemudahan infrastruktur yang mesra OKU melalui kerjasama Majlis-majlis Perbandaran. k. Meningkatkan program outreach yang disediakan kepada golongan ibu bapa/ penjaga melalui sumber, pemantauan, dan bimbingan yang berterusan. l. Meningkatkan sumber maklumat melalui pengkalan data dengan info-info yang

terkini yang boleh diakses oleh semua golongan masyarakat. m. Mewujudkan sebuah pusat bagi menempatkan golongan autisme yang telah dewasa atau melebihi had umur di mana mereka ini akan menjalankan aktiviti seperti bercucuk tanam, menternak dan seumpamanya dengan pengawasan kakitangan NASOM yang terlatih. Ini bersesuaian dengan misi NASOM untuk member perkhidmatan seumur hidup (life long service) kepada golongan autisme ini.

You might also like