You are on page 1of 4

INSTRUMEN PENILAIAN BERASASKAN PORTFOLIO

Peringkat Perancangan
Ya 1. Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop? 2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat? 3. Adakah strategi mengumpul maklumat atau data dipelbagaikan? 4. Adakah jadual refleksi dimasukkan ke dalam kontrak pelaksanaan kerja? 5. Adakah draf langkah-langkah pembinaan portfolio dibuat? 6. Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio mencukupi? Tidak

Peringkat Perkembangan
1. Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan? 2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua aspek penilaian dijalankan? 3. Adakah hasil aktiviti didokumentasikan? 4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain aktiviti pembelajaran? 5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam komputer atau disimpan di dalam portfolio?

6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala bahan atau bukti terkumpul mengikut keperluan? 7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat? 8. Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran disusun secara urutan dan logik? 9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?

Peringkat Penilaian
1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio? 2. Adakah penilaian memberatkan proses? 3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta Pembelajaran Pelajar? 4. Adakah hasil atau bukti portfolio dinilai? 5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Penutup
1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif? 2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut kontrak pelaksanaan kerja? 3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

Komen tentang pencapaian portfolio ini :-

INSTRUMEN PENILAIAN BERASASKAN PEMERHATIAN Arahan : Tandakan ( / ) sekiranya tingkahlaku ditunjukkan oleh individu yang dinilai. Kriteria Tingkahlaku Kerjasama Ya 1. Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang dijadualkan. 2. Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah) 3. Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan 4. Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan 5. Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan 6. Mematuhi dan akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan 7. Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat 8. Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli kumpulan 9. Membantu menyelesaikan masalah kumpulan 10. Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan 11. Melaksanakan tugasan atau aktiviti yang telah ditetapkan oleh kumpulan 12. Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya Tidak

You might also like