You are on page 1of 161

http://www.scribd.

com/aina_fatehah/d/56053265-Soalan-Ulangkaji-PKK

EDU 3102 BAHAGIAN A 1. Fitrah manusia merujuk kepada (A) kesempurnaan kendiri (B) kemampuan intelek, rohani dan jasmani (C) menyelesaikan segala rintangan yang dihadapi (D) perkembangan kognitif, fizikal dan emosi kendiri

2. Faktor-faktor biologi dan persekitaran memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan perbezaan individu. Manakah anatara pernyataan berikut tidak berkaitan? (A) Individu boleh mengawal proses kematangan. (B) Individu mencapai tahap kematangan pada kadar yang berbeza. (C) Faktor persekitaran akan semakin mempengaruhi kanakkanak apabila usia mereka meningkat. (D) Faktor baka mempengaruhi sebahagian besar proses perkembangan kanak-kanak.

3. Kenyataan manakah yang berikut menerangkan perkembangan motor kanak-kanak? (A) Perkembangan motor dikuasai oleh perkembangan neurologikal. (B) Perkembangan kognitif mendahului perkembangan motor. (C) Penguasaan kemahiran motor disebabkan oleh kombinasi perkembangan fizikal, pembelajaran dan motivasi. (D) Perkembangan motor dikuasai oleh pengalaman seperti latihan jasmani merangsang pembentukan litar neural dalam otak.

4. Sistem mikro, meso dan makro adalah bahagian-bahagian yang terdapat dalam salah satu daripada teori yang berikut. (A) Teori Psikoanalitik Erikson (B) Teori Pembelajaran Sosial Bandura (C) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky (D) Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner

5. Memberi respons apabila namanya dipanggi Menggerakkan kepala dan mata apabila mendengar suara Mengeluarkan bunyi (babbling) apabila melihat orang lain Tujuan utama bayi bertindak sedemikian adalah kerana (A) sensitif dengan persekitaran. (B) melatih menyebut perkataan. (C) menarik perhatian orang lain. (D) ingin memenuhi keperluan fisiologi.

6. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dianggap prasyarat kepada perkembangan kognitif. Perkara penting dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah I. pandangan kendiri II. kebolehan menaakul III. pengawalan perasaannya IV. perhubungan antara kanak-kanak itu sendiri V. perhubungan antara kanak-kanak dengan orang dewasa (A) I, II dan III sahaja (B) II, III dan IV sahaja (C) I, II, IV dan V sahaja (D) I, III, IV dan V sahaja

7. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu ialah I. pemakanan II. pengaruh sekolah III. hobi dan kegemaran IV. suasana fizikal dalam bilik darjah V. suasana harmoni dalam keluarga (A) I, II dan III sahaja

(B) I, II dan V sahaja (C) I, III dan V sahaja (D) II, IV dan V sahaja

8. Konsep keperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang I. boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri II. memerlukan program pendidkan yang dirancang khas untuk mereka III. memerlukan rancangan pengajaran berkumpulan yang disediakan oleh guru IV. dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal V. cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid normal (A) I, III dan IV sahaja (B) I, II, IV dan V sahaja (C) II, III, IV dan V sahaja (D) I, II, III dan V sahaja

9. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang boleh dididik di sekolah normal adalah seperti berikut kecuali kanak-kanak dalam kategori (A) lembam dan hiperaktif (B) Sindrom Down dan autistik (C) masalah pertuturan dan terencat akal minima (D) palsi serebral dan terencat akal yang serius

10. Semasa di tahun satu, Fifi telah mula diajar dengan kemahiran membaca. Guru kelas Fifi mendapati Fifi mengalami kesukaran menguasai kemahiran tersebut. Secara fizikalnya, Fifi merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak memperllihatkan kesukaran dalam aktiviti hariannya. Masalah Fifi ini berterusan hingga Fifi memasuki tahun dua dan dia masih tidak dapat menguasai bunyi perkataan, mengeja, membaca atau menulis. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Fifi adalah seorang kanak-kanak berkeperluan khas dalam golongan (A) spastik (B) hiperaktif (C) disleksia

(D) terencat akal serius

11. Ciri utama fitrah manusia ialah (A) bersemangat, estetika, kebendaan (B) ingin tahu, malu, takut dan berpotensi (C) ketuhanan, kebendaan dan kesedaran (D) kewujudan, keajaiban dan keunggulan

12. Kanak-kanak adalah berbeza daripada segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan psikomotor. Guru boleh melayani perbezaan individu dengan mengambil langkah-langkah berikut: I. aktiviti pengayaan dan pemulihan II. menyediakan set induksi yang menarik dan berkesan III. memberi perhatian dan layanan individu yang sama rata IV. berempati dengan pelajar dan berusaha untuk membantu mereka V. memastikan ada keseragaman dalam menggunakan jenis penilaian (A) I dan IV sahaja (B) IV dan V sahaja (C) I, II dan IV sahaja (D) I, III dan IV sahaja

13. Amin berusia 11 tahun dan berkebolehan untuk bermain alat muzik dengan baik. Ibu bapanya menyedari bahawa minat dan kebolehannya dalam bidang ini amat memberangsangkan kerana pada peringkat ini (A) perkembangan potensinya berkembang (B) koordinasi pendengaran dan psikomotornya bertambah baik (C) kematangan otot dan fizikalnya telah mencapai tahap yang maksimum (D) pendengarannya bertambah baik dan dia bolehmembezakan bunyi-bunyi yang berlainan

14. Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku mengikut prinsip-prinsip berikut kecuali (A) kepala ke kaki (B) kadar yang sama

(C) konkrit ke abstrak (D) arah tangan ke tepi

15. Guru sering kali menghadapi masalah murid-murid yang berbeza dari segi kognitif. Faktorfaktor yang menyebabkan perbezaan keupayaan kognitif ialah I. amalan pemakanan II. kecekapan berbahasa III. pengaruh sosio-ekonomi keluarga IV. baka yang diwarisi daripada ibu bapa (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) I, III dan IV sahaja (D) II, III dan IV sahaja

16. Menurut Erik Erikson, kanak-kanak melalui siri perkembangan sosioemosi yang tertentu. Antara berikut, peringkat dan kategori umur manakah yang betul? (A) Inisiatif lawan Perasaan Salah 18 bulan hingga 3 tahun (B) Industri lawan Perasaan Rendah 3 tahun hingga 6 tahun (C) Autonomi lawan Malu dan Keraguan 6 tahun hingga 12 tahun (D) Identiti lawan Perasaan Serba Salah peringkat remaja

17. Cikgu Jefri mempunyai personaliti yang sihat. Apa maksud personaliti? (A) Merangkumi aspek fizikal (B) Membawa erti yang sama dengan watak (C) Mewakili keseluruhan corak tingkah laku manusia (D) Mewakili sesuatu yang kita warisi daripada ibu bapa

18. Kanak-kanak berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang (A) cacat anggota sahaja (B) hilang keupayaan mental (C) tidak mempunyai risiko gagal dalam pelajaran

(D) kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mengikut definisi akta atau undang-undang sesebuah negara

19. Situasi manakah yang sesuai menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas? (A) Mei Ling tergolong dalam kategori disleksia. Dia mengalami kecacatan neurologi tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas dan mahir menyelesaikan jigsaw puzzle. (B) Adi Putra tergolong dalam kategori pintar cerdas. Dia menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik. (C) Muthu tergolong dalam kategori autisme. Dia mengalami kekeliruan memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas, kebalikan huruf atau nombor tertentu. (D) Anne tergolong dalam kategori Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Usia kronologinya tidak sama dengan usia mentalnya.

20. Pelajar lembam didefinisikan sebagai pelajar yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah. Manakah antara berikut menunjukkan guru gagal membantu pelajar lembam? (A) Gunakan bahasa mudah. (B) Menyediakan bahan bacaan yang bersaiz besar (C) Memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar (D) Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

21. Pernyataan berikut yang manakah paling tepat menggambarkan fitrah kejadian manusia? (A) Manusia adalah Tuhan bagi alam semesta (B) Manusia mampu menyelesaikan segala masalah (C) Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna (D) Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan

22. Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh (A) perubahan jasmani individu (B) baka dan persekitaran kanak-kanak (C) genetik keluarga dan sosial masyarakat (D) genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

23. Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, kanak-kanak sudah boleh menggunakan skemaskema fizikal yang mudah pada peringkat (A) pra-operasi (B) sensori motor / deria (C) operasi formal (D) operasi konkrit

24. Ahmad merupakan seorang murid tahun dua. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Ahmad sering kali tidak dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dan sentiasa memerlukan penyeliaan daripada guru yang mengajar. Selain itu, Ahmad juga sering mengganggu murid-murid lain dan menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Malah kadang kala keterlaluan dalam pergerakan fizikal dan tidak boleh diam. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Ahmad adalah seorang kanak-kanak berkeperluan khas dalam golongan (A) Disleksia (B) Hiperaktif (C) Attention-Deficit (D) Strange-Situation

25. Guru boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat kanakkanak dengan (A) menggunakan scaffolding (B) menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri (C) menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan (D) luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak

26. Menurut teori perkembangan moral Kohlberg penaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang individu. Kenyataan berikut adalah peringkat penaakulan moral Kohlberg kecuali (A) Peringkat moral peribadi (B) Peringkat moral heteronomus (C) Peringkat moral transisi (D) Peringkat moral autonomus

. 27. Cenderung untuk membuat tugas yang terbaik dan lebih sempurna . Berusaha memperbaiki kesilapan diri dan memuaskan kehendak diri . Mula memikirkan cara untuk berbakti kepada orang yang tidak berkemampuan Berdasarkan Hierarki Keperluan Manusia Abraham Maslow (1970), ciri-ciri di atas terdapat dalam peringkat keperluan (A) fisiologi (B) keselamatan (C) penghargaan kendiri (D) penyempurnaan kendiri

28. Menurut Piaget, proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu? (A) Keseimbangan (B) Kematangan fizikal (C) Pengalaman sosial (D) Interaksi individu dengan persekitaran

29. Kecerdasan pemikiran dan tingkah laku individu terdiri daripada tiga aspek iaitu proses kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran kontekstual yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Ciri-ciri di atas adalah berdasarkan (A) Teori Psikoanalitik Erikson (B) Teori Kecerdasan Triarchic (C) Teori Perkembangan Kognitif (D) Teori Pembelajaran Sosial Bandura

30 Tahap 1 : Pra-Konvensional Tahap 2 : Konvensional Tahap 3 : Pos-Konvensional Tahap-tahap perkembangan moral seseorang individu seperti di atas merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh

(A) Jean Piaget (B) Erik H. Erikson (C) Noam Chomsky (D) Lawrence Kohlberg

31. Helah Bela-Diri atau Defense Mechanism yang dikemukakan oleh Sigmund Freud adalah usaha secara kebiasaan atau tidak sedar dilakukan oleh individiu apabila berasa terancam. Jenis-jenis helah bela diri yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ialah I. resepsi II. projeksi III. kepasifan IV. rasionalisasi V. pemindahan (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan V sahaja (C) II, IV dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja

32 Lemah dalam ejaan Masalah yang diwarisi Membaca secara perlahan Mencampur-adukkan perkataan yang berbunyi sama Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran di atas merupakan kanak-kanak daripada golongan yang bermasalah dari segi (A) Disleksia (B) Attention Deficit (C) Masalah Pertuturan (D) Muscular Dystrophy

33. Konsep Pendidikan Inklusif merujuk kepada

(A) pendidikan khas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah khas (B) kanak-kanak berkeperluan khas yang dimasukkan ke dalampendidikan kanak-kanak biasa (C) pendidikan yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan (D) kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di dalam sekolah khas bagi tujuan pendidikan yang lebih baik

Siti pelajar tahun tiga di sebuah sekolah awam. Siti merupakan pelajar yang sentiasa menunjukkan keinginan untuk mengetahui sesuatu yang lebih daripada rakan-rakan dalam kelasnya.

34.Selain itu, Siti juga mempunyai kebolehan yang tinggi dan cepat belajar jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Program-program yang boleh diambil oleh guru-guru untuk membantu Siti dalam pembelajaran adalah seperti berikut kecuali (A) pengayaan (B) pemecutan (C) pengasingan (D) penggabungan

35. Konsep adaptasi, asimilasi dan akomodasi ialah proses perkembangan kognitif individu yang dikemukakan oleh (A) Jean Piaget (B) Erik H. Erikson (C) Naom Chomsky (D) Lawrence Kohlberg

36. Selain daripada di rumah, pembentukan personaliti dalam kalangan kanak-kanak di sekolah boleh berlaku melalui faktor-faktor berikut kecuali (A) kurikulum tersembunyi (B) pembimbing rakan sebaya (C) budaya sekolah penyayang

(D) pembinaan modal insan

37 . Ali berumur 8 tahun . Ali kanak-kanak lelaki . Ali aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah . Ali lebih rendah berbading kanak-kanak perempuan yang sebayanya Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk dilaksanakan oleh guru untuk Ali ialah (A) membaca buku cerita yang menarik (B) melaksanakan aktiviti ceramah dan kaunseling (C) menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak di padang (D) menjalankan aktiviti-aktiviti permainan untuk perkembangan otot halus

38. Fasa pembenihan dalam peringkat pranatal menunjukkan ciri-ciri berikut kecuali (A) proses mitosis berlaku (B) zigot bergerak ke rahim (C) organ utama bertambah saiz (D) zigot membentuk 23 kromosom

39.Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh memberi sokongan yang membantu kemajuan akademik kanak-kanak. Ciri Teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di atas adalah terkandung dalam (A) ekosistem (B) mikrosistem (C) mesosistem (D) makrosistem

40. Pilih susunan peringkat-peringkat perkembangan fizikal individu yang tepat. I. bayi II. fetal III. zigot

IV. embrio V. pembenihan (A) II, IV, V, IV, III (B) I, II, III, IV, V (C) I, II, III, V, IV (D) V, III, IV, II, I

41. Pernyataan yang manakah di bawah ini yang paling tepat menggambarkan fitrah kejadian manusia. (A) Manusia umpama Tuhan bagi semesta alam (B) Manusia berupaya mengatasi semua masalah (C) Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna (D) Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan

42. Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh (A) perubahan fizikal kanak-kanak (B) baka dan persekitaran kanak-kanak (C) genetik keluarga dan sosial masyarakat (D) genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

43.Interaksi antara kanak-kanak dengan ibu bapa, pihak sekolah dan jiran tetangga membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Ciri Teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di atas adalah terkandung dalam (A) ekosistem (B) mikrosistem (C) mesosistem (D) makrosistem

44. Suzana ialah kanak-kanak berusia 10 tahun dan mempunyai kebolehan bermain alat muzik dengan baik. Ibu bapanya peka terhadap keupayaan Suzana ini kerana pada tahap ini (A) potensi beliau sedang berkembang

(B) koordinasi kemahiran mendengar dan kebolehan psikomotor semakin baik (C) kebolehan mendengarnya telah bertambah tajam dan berupaya membezakan bunyi (D) beliau telah mencapai tahap perkembangan otot dan kematangan fizikal yang maksimum

45.Cikgu Z telah menjalankan aktiviti-aktiviti melukis dan bermain alat muzik dengan murid-murid di kelasnya. Aktiviti-aktiviti ini dpat menambahbaikkan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat perkembangan fizikal manakah aktiviti ini berlaku? (A) Bayi (lahir hingga 2 tahun) (B) Awal kanak-kanak (2 6 tahun) (C) Kanak-kanak (7-12 tahun) (D) Awal remaja (12 15 tahun)

46. Mengikut kefahaman psikoanalisis Sigmund Freud (1961), peringkatperingkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan peringkat berikut kecuali (A) Peringkat oral (lahir hingga setahun) (B) Peringkat kubul (dua hingga tiga tahun) (C) Peringkat latency (enam hingga baligh) (D) Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)

47. Gopi merupakan murid yang paling rendah dalam kelasnya. Setiap kali diadakan pertandingan sukan dalam kalangan rakan-rakan sebaya, dia tidak pernah dipilih bermain. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang pada dirinya. Sebagai guru, apakah tindakan yang paling wajar bagi menolongnya. (A) membenarkannya menjauhi dirinya daripada ahli-ahli kumpulan sebaya itu (B) memujuknya mengambil bahagian dalam gerak kerja kumpulan (C) menolongnya membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kumpulan sebayanya (D) menggalakkan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang sama ketinggiannya

48. Mengikut Naom Chomsky (1957), kanak-kanak kurang mampu belajar peraturan dan organisasi ayat secara langsung. Mereka dilahirkan dengan Language Acquistion Deficit (LAD).

Pernyataan berikut yang manakah benar mengenai teori Chomsky? (A) Pengaruh ibu bapa dan guru penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak (B) Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat ke atas kemahiran bahasa (C) Ibu bapa dari golongan profesional menyediakan persekitaran untuk perkembangan bahasa yang lebih baik (D) Kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan penggunaan bahasa secara semulajadi

49. Teori Perkembangan Emosi Freud menyatakan bahawa (A) personaliti manusia mempengaruhi perkembangan emosi manusia (B) perkembangan emosi manusia tiada kaitan dengan perkembangan fizikal (C) perkembangan emosi dan personaliti adalah mengikut pertambahan umur manusia (D) perkembangan emosi manusia adalah berkaitan rapat dengan perkembangan fizikal

50. Menurut Erik Erikson, kanak-kanak melalui peringkat-peringkat perkembangan psikososial mengikut tahap perkembangan umur. (A) Identiti lawan Kekeliruan 12 tahun hingga 18 tahun (B) Autonomi lawan Keraguan 6 tahun hingga 12 tahun (C) Inisiatif lawan Rasa Bersalah 1 tahun hingga 3 tahun (D) Industri lawan Rasa Rendah Diri 3 tahun hingga 6 tahun

51. Apakah cara yang sesuai dilakukan oleh guru apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan semenjak kecil? (A) menetapkan rutin bilik darjah (B) memenuhi keperluan fisiiologi kanak-kanak tersebut (C) melantik kanak-kanak tersebut sebagai ketua darjah (D) menggalak kanak-kanak tersebut bersaing dengan murid lain

52. Berikut adalah implikasi pemkembangan sosio-emosi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kecuali (A) Guru meminta murid menerangkan perspektif orang lain terhadap sesuatu situasi

(B) Guru membantu pelajar menilai permasalahan yang sedang mereka hadapi dan yang akan mereka hadapi (C) Guru menggunakan strategi bercerita dan melakukan pembentangan di dalam kelas menggalakkan mereka menggunakan bahasa dan berkomunikasi (D) Guru mempastikan murid saling mendengar antara satu sama lain semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

53. Seseorang yang mempunyai konsep kendiri positif akan sentiasa dalam keadaan berikut kecuali (A) berani mengingkari arahan guru (B) menujukkan kreativiti yang maksima dalam sebarang daya usahanya (C) mempunyai motivasi yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan (D) berani mencuba walaupun tidak pasti jawapannya yang sebenar

54. Watak personaliti seseorang paling dipengaruhi oleh faktor berikut. (A) pengaruh media (B) pengaruh rakan sebaya (C) kualiti asuhan sewaktu kecilnya (D) pengaruh ibu bapa dan peranan guru khasnya di sekolah rendah

55. Personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu watak dan trait. Trait membawa maksud (A) cara berfikir individu yang kritis dan kreatif (B) tingkah laku individu yang kukuh dan stabil (C) ciri-ciri individu seperti persepsi, nilai, kecerdasan dan motivasi (D) ciri-ciri yang agak kukuh seperti personaliti introvert danekstrovert

56. Cikgu Ahmad mendapati Budi mempunyai ciri-ciri berikut: Sangat mahir dalam matematik Sering hidup dalam dunia sendiri Kurang bercakap Budi mengalami masalah

(A) Autisme (B) Disleksia (C) Sindrom Down (D) Cerebral Palsy

57. Antara tingkah laku berikut, yang manakah menunjukkan ciri kanakkanak bermasalah pembelajaran? (A) suka bercakap (B) suka menconteng (C) tumpuan perhatian singkat (D) sering tidak hadir ke sekolah

58. Punca berlakunya Sindrom Down ialah (A) kecacatan neurologi (B) kerosakan pada sistem saraf pusat (C) kelebihan satu kromosom dalam sel (D) kandungan biokimia berlebihan dalam badan

59. Cikgu Hamid mengambil tindakan berikut ke atas Mimi dalam kelas: Tempatkan dia di sudut yang senyap dan berhampiran dengan tempat duduk guru . Sering menegur dan memberi motivasi kepadanya . Banyak memberi peluang kepadanya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kelas . Memberi tugasan yang mudah kepadanya Mengapakah Cikgu Hamid bertindak demikian? (A) lembam (B) terencat akal (C) bermasalah pendengaran (D) ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

60. Tujuan utama pendidikan inklusif adalah untuk

(A) memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada kanakkanak (B) memberi peluang kepada ibu bapa untuk bekerjasama dalam sistem pendidikan kanak-kanak biasa (C) mewajibkan ibu bapa kanak-kanak bekeperluan khas memberi pendidikan menyeluruh kepada anak mereka (D) memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khasmendapat pendidikan yang menyeluruh seperti kanak-kanak biasa

61. Antara berikut yang manakah bukan aspek dalam potensi perkembangan manusia? (A) Perkembangan sosial (B) Perkembangan emosi (C) Perkembangan sahsiah (D) Perkembangan jasmani

62. Baka adalah salah satu faktor perkembangan kanak-kanak. Baka merujuk kepada (A) ciri-ciri fizikal pada seseorang individu. (B) ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-anaknya. (C) semua pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada. (D) bidang yang mengkaji perkembangan fizikal dan persekitaran dalam perkembangan individu.

63. Peringkat prenatal ialah selama 9 bulan dan terbahagi kepada tiga fasa. Antara berikut yang manakah yang bukan fasa-fasa prenatal? (A) Pembenihan (B) Kelahiran (C) Embrio (D) Fetal

64. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. Antara penyataan berikut, yang manakah pernyataan yang tepat berdasarkan kenyataan di atas? I. Keseimbangan

II. Kematangan biologi III. Interaksi individu dengan persekitaran IV. Pengalaman sosial (A) IdanII (B) I, III, IV (C) I, III, IV (D) I, II, III dan IV

65. Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut kecuali (A) setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama (B) perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu (C) kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya (D) individu bergantung pada diri sendiri tanpa bantuan orang lain

66. Antara berikut, yang manakah contoh perkembangan emosi yang positif? (A) cinta , keyakinan , sanjungan , penghormatan , kebanggaan ,kepuasan , bertanggungjawab (B) cinta, kepuasan belajar, kepuasan dalam bersukan (C) hormati diri sendiri, sanjungan kepada orang lain (D) bertanggungjawab kepada tugas dan keluarga

67. Antara yang berikut manakah jenis personaliti menurut Carl Jung? (A) Ekstrovert, introvert dan ambivert (B) Ekstravaganza, introvert dan ambivia (C) Ekstrovett, introvett dan ambivia (D) Ekstravaganza, intonasi dan ambivert

68. Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas kecuali (A) Masalah kecacatan fizikal (B) Masalah penglihatan

(C) Masalah pendengaran (D) Masalah sakit mulut

69. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek kognitif, fizikal dan emosi. Penyataan berikut menerangkan tentang (A) fitrah kejadian manusia mengikut perspektif agama (B) fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi (C) fitrah kejadian manusia dan kaitannya dengan potensi (D) perkembangan rohani

70. Setiap individu berbeza dari segi biologi dan genetik. Teori tersebut dikemukakan oleh : (A) Jean Piaget (B) Vladimir Lenin (C) Dobzhansky (D) Bronfenbrenner

71. Dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial. Penyataan berikut menerangkan tentang (A) peringkat bayi (B) peringkat awal kanak-kanak (C) peringkat kanak-kanak (D) peringkat awal remaja

72. SPERMA OVUM ZIGOT EMBRIO FETAL BAYI Gambarajah di atas menerangkan (A) proses meiosis (B) proses mitosis (C) proses persenyawaan (D) proses pembentukan bayi 73. Proses persenyawaan berlaku apabila

(A) sperma bapa bersatu dengan ovum ibu (B) zigot membahagi dua dan setiap bahagian melalui pembahagian sel (C) setiap ovum mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari (D) ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di bahagian atas tiubfalopio bersebelahan dengan ovari

74. Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu pada umur 2 6 tahun, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas guru hendaklah seperti berikut. (A) Guru hendaklah membantu kanak-kanak setakat mana yang perludan elakkan daripada membanding antara kanak-kanak keranamereka berkembang pada tahap yang berbeza (B) Guru boleh merancang aktiviti seperti ceramah dan kaunseling (C) Kanak-kanak hendaklah diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutamanya dari segi pemakanan, senaman, dan mengelakkan aktiviti negatif seperti merokok dan mengambil dadah (D) Guru hendaklah merancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan menjadikannya satu aktiviti sosial yang sihat

75. Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Siapakah yang mempelopori perspektif ini? (A) Ivan Pavlov (B) Naom Chomsky (C) Skinner (D) Thorndike

76. Pada peringkat ini, egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransuransur. Peringkat apakah yang dimaksudkan dalam pernyataan ini? (A) Peringkat Operasi Formal (B) Peringkat sensori motor (C) Peringkat pra operasi (D) Peringkat Operasi Konkrit

77. Emosi manusia adalah satu fenomena khas. Ketawa menunjukkan kita gembira. Ketawa boleh menghapuskan perasaan runsing , dengki , marah , hina atau rendah diri dan sebagainya. Antara berikut, ketawa merupakan salah satu daripada emosi (A) terkawal (B) positif (C) gembira (D) riang

78. Cinta, dendam, keyakinan, sanjungan, murung, penghormatan, kebanggaan, kepuasan, bertanggungjawab dan sebagainya adalah sebahagian daripada emosi? I. negatif II. pasif III. aktif IV. positif (A) I dan II sahaja (B) II dan III sahaja (C) I dan IV sahaja (D) II, III dan IV

79. Antara berikut yang manakah maksud introspeksi? (A) Emosi ini mempengaruhi kesihatan dan membawa perasaan pesimistik (B) Kaedah perubatan yang digunakan oleh pesakit mental (C) Penyakit yang selalu dialami orang dewasa (D) Satu cara untuk mengenalpasti emosi kendiri

80. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan peranan guru dalam membentuk perkembangan personaliti murid. (A) Selalu memarahi murid sekiranya membuat kesalahan (B) Menyerahkan bulat-bulat kepada ibu bapa untuk menentukan hala tuju anak-anak mereka (C) Sentiasa memahami tingkah laku murid-murid (D) Tidak mengambil perhatian kepada mereka

81. Kebakaan Pengalaman awal individu Latar belakang sekolah Pengaruh keluarga Peranan media Pemakanan Pengaruh sosiobudaya Penyataan di atas merupakan (A) faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti (B) peranan guru dalam membentuk personaliti murid (C) konsep kendiri seseorang (D) teori Behaviourisme

82. Antara berikut, pilih faktor yang boleh menyebabkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif kepada kanak-kanak. I. kemerosotan nilai-nilai murni II. pengaruh persekitaran III. selalu meminta pertolongan IV. ibu bapa yang menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak (A) I sahaja (B) I, II dan IV (C) I, II dan III (D) Semua di atas

83. Epilepsi adalah (A) kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan (B) penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yangmenyebabkan kanak-kanak mengeletar (C) kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan (D) kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna

84. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, guru haruslah (A) bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanakini semasa memberi arahan atau semasa mengajar (B) menjerit atau meninggikan suara kepada mereka sekiranya mereka tidak dengar (C) memberi perhatian kepada susunan bilik darjah (D) mengajar mereka di kawasan yang bising

85. Pilih penyataan yang betul. I. Masalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu separa pekak dan pekak II. Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar dan sesuai bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan III. Kanak-kanak keperluan khas tidak boleh diberi persekolahan dan diajar kerana mereka menyusahkan guru-guru IV. Asthma adalah masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronchial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit (A) I, II dan III (B) I, III dan IV (C) I, II dan IV (D) II, III dan IV

86. Mulut sentiasa terbuka Lidah yang tebal, kasar dan pendek Mata sentiasa berair dan merah Mata sepet dan bentuk muka yang kecil Berbadan gempal dan pendek Badan yang agak bongkok Pernyataan di atas menerangkan (A) lembam (B) terencat akal (C) autisme (D) Sindrom Down

87. Sebagai seorang guru, kita (A) sentiasa membuat perhitungan atau perbandingan antara kanak-kanak (B) hendaklah mempunyai sikap yang baik dan mempunyaikemahiran bagi membantu kanakkanak keperluan khas ini (C) boleh berputus asa apabila gagal mendidika kanak-kanak keperluan khas (D) menengking dan menjerit ke arah kanak-kanak apabila gagal mengawal mereka

88. Komponen utama nitrogen dalam DNA adalah seperti berikut, kecuali (A) Adenina (B) Timina (C) Sitosina (D) Nukleotida

89. Berikut merupakan prinsip dalam teori Havighurst, kecuali (A) Pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. (B) Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu. (C) Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. (D) Perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

90. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah faktor persekitaran. Apakah faktor yang lain selain daripada faktor tersebut? (A) Rakan sebaya (B) Baka (C) Penduduk (D) Iklim

91. Menurut Carl Jung terdapat tiga jenis personaliti seseorang individu. Antara berikut, yang manakah bukan jenis personaliti seseorang individu yang dinyatakan oleh Carl Jung?

(A) Ekstrovert (B) Introvert (C) Id (D) Ambivet

92. Perkembangan personaliti individu dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut kecuali (A) Latar belakang sekolah (B) Peranan media (C) Baka (D) Haiwan ternakan

93. Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan. Antara berikut, yang manakah tidak boleh menghuraikan potensi manusia? (A) Perkembangan intelek (B) Perkembangan rohani (C) Perkembangan kesihatan (D) Perkembangan jasmani

94. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan. Penyataan diatas menerangkan perkembangan kanak-kanak pada peringkat (A) Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) (B) Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun) (C) Peringkat awal remaja (12-15 tahun) (D) Peringkat remaja (15-20 tahun)

95. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun kanakkanak mengalami suatu tahap yang dinamakan (A) operasi formal (B) pra operasi

(C) operasi konkrit (D) operasi motor

96. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat? (A) 4-8 bulan (B) 8 bulan- 1 tahun (C) 1-1.5 tahun (D) 1.5- 2 tahun

97. Umumnya, pada usia berapakah kanak-kanak tahu bagaimana untuk menggunakan perkataan? (A) 6 bulan (B) 15 bulan (C) 3 tahun (D) 5 tahun

98. Antara yang berikut merupakan komponen yang terdapat dalam emosi kecuali (A) komponen kognitif (B) komponen fisiologikal (C) komponen behavorial (D) komponen psikomotor

99. Apakah faktor yang mempengaruhi personaliti dalam perkembangan kendiri? (A) Rakan sebaya (B) Guru (C) Persekitaran (D) Makanan

100. penyakit sawan yang disebabkan masalah neurologi menyebabkan kanak-kanak menggeletar. Mengikut ciri-ciri di atas, apakah jenis penyakit tersebut?

(A) Spina bifida (B) Limb deficiencies (C) Cerebral palsy (D) Epilepsi

101. Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens. Apakah yang dimaksudkan dengan Homo sapiens? (A) Beruk yang mempunyai keupayaan, pemikiran dan kecergasaan yang tinggi berbanding beruk jenis yang lain. (B) Binatang yang melalui proses pembesaran atau pertumbuhan yang luar biasa. (C) Sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. (D) Haiwan daripada golongan mamalia yang mempunyai kemampuan berfikir yang tinggi.

102. Berikut merupakan konsep perkembangan kanak-kanak kecuali (A) Perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal (B) Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat (C) Perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma (D) Keadaan dimana manusia mengalami proses pembesaran dan pertumbuhan berdasarkan fitrah kejadian manusia

103. Baka merupakan antara faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. Berikut merupakan penerangan bagi faktor baka kecuali (A) Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. (B) Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. (C) Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi. (D) Baka menentukan segala proses pembesaran seoarang kanakkanak.

104. Penyataan berikut merupakan prinsip perkembangan kanak-kanak kecuali (A) Proses perkembangan kanak-kanak berlaku secara tertib atau teratur (B) Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada keadaan spesifik. (C) Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. (D) Perkembangan kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran kanak-kanak tersebut.

105. Kenyataan berikut merupakan fakta prinsip-prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak kecuali (A) Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki. (B) Arah perkembangan berlaku daripada luar badan dan berterusan ke tengah. (C) Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. (D) Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.

106. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam perkara berikut kecuali (A) ketinggian (B) berat badan (C) menjadi lebih kuat (D) pertambahan bilangan mata

107. Antara perkara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. I. Baka dan keturunan II. Pemakanan III. Status sosio-ekonomi IV. Cita-cita (A) I, II, III (B) I, II, IV (C) I, III, IV (D) II, III, IV

108. Antara perkara berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak, kecuali (A) Persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah (B) sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (C) pengaruh rakan sebaya (D) pemakanan

109. Antara kenyataan berikut, yang manakah bukan ciri-ciri yang terdapat dalam perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat 2- 6 tahun. (A) Berkembang kepada 3-5 patah perkataan. (B) Menggunakan gaya bahasa yang salah (C) Sifat egosentrik masih menguasai kanak-kanak pada peringkat ini. (D) Boleh bercakap dengan fasih tanpa kesalahan tatabahasa.

110. Sejak dari lahir lagi bayi sudah mempunyai berbagai jenis emosi. Berikut merupakan emosi yang ada pada bayi pada enam bulan pertama, kecuali .. (A) Sedih (B) Gembira (C) Takut (D) Rasa bersalah

111. Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada senyuman bayi iaitu senyuman reflektif? (A) Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur iaitu tanpa rangsangan luar. (B) Senyuman bayi apabila rasa selesa, selamat dan disayangi. (C) Senyuman bayi apabila diusik. (D) Seperti bayi yang tersenyum ketika dibelai.

112. Yang manakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi perlekatan dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak? I. Peluang untuk perlekatan

II. Situasi keluarga III. Pengalaman kanak-kanak IV. Kualiti asuhan (A) I, II, III (B) I, II, IV (C) I, III, IV (D) II, III, IV

113. Berikut merupakan konsep kendiri yang diberikan oleh beberapa golongan yang terlibat aktif dalam Perkembangan Kanak-Kanak kecuali (A) Kendiri merupakan pengangan hidup seseorang berdasarkan cara pemikiran individu (B) Satu organisasi atau aturan persepsi yang konsisten yang dilihat seb agai aku, saya atau diri (C) Seseorang individu tentang dirinya kepada orang lain secara sedar dengan menggunakan perkataan saya atau aku (D) Penerimaan orang lain terhadap dirinya dan bagaimana layanan yang diperolehi daripada keluarga, masyarakat dan persekitaran

114. Setiap individu mempunyai konsep kendiri sama ada dari segi positif ataupun negatif bergantung kepada keperluan persekitarannya. Bagaimanakah cara untuk mengenali konsep kendiri seseorang? (A) Gaya bercakap, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang berinteraksi dengan persekitaran. (B) Gaya berjalan, kewangan dan kemewahan. (C) Cara bertindak, berfikiran waras, menerima teguran dan pendapat orang lain mengenai dirinya dengan baik. (D) Bertasusila, beradap.sopan santun bersesuaian dengan ciri-ciri masyarakat Timur, beretika dalam tugas dan mudah berkerjasama dengan kumpulan masyarakat.

115. Carl Jung telah mengklasifikasikan 3 jenis personaliti. Penyataan manakah yang tidak menerangkan personaliti jenis introvert. (A) Lebih menumpukan kepada aspek dalaman.

(B) Introvet mempunyai ciri individu uan pasif, pemalu, sensitive, gemar berseorangan, cermat, reflekstif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko. (C) Suka bergaul, aktif, dan sentiasa bersosial dalam masyarakat (D) Golongan ini suka merancang perkara-perkara akan datang dan suka akan kehidupan yang teratur.

116. Berikut adalah masalah-masalah pembelajaran akademik kecuali : (A) Membaca (B) Menaakul (C) Menulis (D) Mengira

117. Manakah antara berikut bukan langkah/ kaedah menangani kanak-kanak bermasalah tingkah laku : (A) Hukuman ringan (B) Mengajar tingkah laku yang (C) Peneguhan positif (D) Tidak peduli

118. Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas kecuali : (A) Kecacatan fizikal (B) Deria bau (C) Penglihatan (D) Pertuturan

119. Kanak-kanak sindrom down mempunyai tahap IQ yang rendah. Manakah antara berikut adalah tahap IQ kanak-kanak sindrom down : (A) 10-50 (B) 20-60 (C) 30-80

(D) 40-90

120. Manakah antara berikut bukan kecacatan fizikal? (A) Epilepsi (B) Limb deficiencies (C) Muscular dystrophy (D) Sense of smell disability

121. "Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada". Hal ini menerangkan (A) skema (B) asimilasi (C) akomodasi (D) adaptasi

122. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. (A) 1 (B) 2 (C) 3 (D) 4

123. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai (A) tahap praoperasi (B) tahap deria motor (C) tahap operasi konkrit (D) tahap operasi formal

124. Yang mana satu bukan sebahagian daripada superego? (A) Hati nurani (conscience)

(B) Prinsip keseronokan (pleasure principle) (C) Keunggulan ego (ego ideal) (D) Kesempurnaan kendiri (Self Actualization)

125. Bahagian manakah yang menyebabkan kanak-kanak dapat menahan masalah anal sehingga mereka sampai ke tandas? (A) Id (B) Ego (C) Superego

126. Pada tahap manakah naluri seks menjadi dominan? (A) Latency (B) Phallic (C) Genital

127. Pada tahap manakah kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sama jantina dan hubungan dengan ibu bapa menjadi stabil? (A) Latency (B) Phallic (C) Genital

128. Apakah kecenderungan dalam kajian Sigmund Freud? (A) Kesedaran manusia (B) Keseparuhan kesedaran manusia (C) Ketidaksedaran manusia

129. Pada stuktur personaliti yang mana satukah merupakan bahagian tidak sedar? (A) Id (B) Ego (C) Superego

130. Menurut Freud, semua tingkah laku adalah didorong oleh (A) Id (B) Ego (C) Superego

131. Mengikut teori Sigmund Freud, personaliti dewasa manusia terbentuk pada umur berapa tahun? (A) 3 (B) 5 (C) 7

132. Jika seseorang remaja tidak menjaga kebersihan bilik tidurnya, mengikut Freud pada tahap perkembangan manakah tidak dipuaskan? (A) Oral (B) Anal (C) Phallic

133. Yang mana satukah bukan merupakan contoh personaliti penahanan anal? (A) Kedekut (B) Terlalu kemas (C) Suka bercakap

134. Apakah ciri-ciri yang dikatakan seseorang telah mencapai tahap yang terakhir iaitu tahap genital? I. Tubuh badan mengalami kematangan II. Pemikiran sedang berkembang secara tidak anjal III. Tidak mengalami kecelaruan (A) IdanII (B) II dan III (C) I dan III

135. Pada peringkat yang manakah manusia itu akan mempunyai kepuasan daripada mulut? (A) Tahap Anal (B) Tahap Oral (C) Tahap Latency

136. Kompleks oedipus berlaku pada ..............apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada .................nya. (A) kanak-kanak perempuan, bapa (B) kanak-kanak lelaki, bapa (C) kanak-kanak lelaki, ibu

137. Kompleks elektra berlaku pada ............. apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ...............nya. (A) kanak-kanak perempuan, bapa (B) kanak-kanak lelaki, bapa (C) kanak-kanak lelaki, ibu

138. Peringkat falik yang paling kritikal ini akan menentukan kepesatan .................. yang berkembang dalam diri seorang individu. (A) Mulut (B) Otak (C) Seksual

139. Menurut teori psikologi perkembangan Freud, pada peringkat manakah individu mula dengan peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional? (A) tahap genital (B) tahap dewasa (C) tahap phallic

140. Pada peringkat manakah manusia itu harus dijaga dengan baik supaya dia tidak termakan bahan yang merbahaya?

(A) tahap oral (B) tahap anal (C) tahap latency

141. Pada peringkat manakah kes merogol paling mungkin berlaku? (A) tahap phallic (B) tahap latency (C) tahap genital

142. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagian mengikut umur? (A) 2 (B) 4 (C) 6 (D) 8

143. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat? (A) 48bulan (B) 8 bulan 1 tahun (C) 1 1.5 tahun (D) 1.5 2 tahun

144. Pernyataan manakah yang salah? (A) Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan mata pada sumber bayi. (B) Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah. (C) Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan. (D) Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur 19 bulan.

145. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan? (A) berlakunya proses peniruan

(B) mengalami proses cuba jaya yang mudah (C) hanya mampu melakukan genggaman (D) mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga

146. Apakah unsur-unsur yang ada pada tahap deria motor? I. pemahaman tentang akibat dan ruang II. dapat membuat keputusan III. konsep tentang objek IV. kebolehan mengira (A) IdanII (B) II dan III (C) III dan IV (D) I dan III

EDU 3102 BAHAGIAN B 1. (a) Dari perspektif Islam, Al-Ghazali menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia, iaitu (i) ____________________________________________________ (ii) ____________________________________________________ (b) Nyatakan tiga cara bagaimana seseorang guru dapat membantu semasa proses pertumbuhan dan perkembangan sosial muridnya. (i) ____________________________________________________ (ii) ____________________________________________________ (iii) ____________________________________________________

(c) Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak kelihatan dalam aktiviti sosialisasi kanak-kanak seperti (i) ____________________________________________________ (ii) ____________________________________________________ (iii) ____________________________________________________ 2. (a) Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. (Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia) Nyatakan enam kategori masalah pembelajaran. (i) ____________________________________________________ (ii) ____________________________________________________ (iii) ____________________________________________________ (iv) ____________________________________________________ (v) ____________________________________________________ (vi) ____________________________________________________ (b) Nyatakan lima perwatakan fizikal kanak-kanak Sindrom Down. (i) ____________________________________________________ (ii) ____________________________________________________ (iii) ____________________________________________________

(iv) ____________________________________________________ (v) ____________________________________________________ 3. (a) Perkembangan manusia meliputi aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia. i. baka ii. persekitaran (b) Menurut Robert Havighurst (1952) perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Nyatakan 3 faktor yang membentuk perkembangan kanak-kanak. i. budaya / persekitaran ii. biologi iii. sosial (c) Anda mendapati seorang murid mempunyai tanda-tanda konsep kendiri negatif, iaitu dia memencilkan diri daripada rakan-rakannya, kurang yakin diri dan terlalu sensitif terhadap teguran. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, jelaskan lima cara anda boleh membantu murid tersebut membentuk konsep kendiri positif. i. membina keyakinan diri : mukrid perlu mengetahui kekuatandan kelemahan mereka. Murid lemah dalam sesuatu bidangadalah cemerlang dalam bidang lain. ii. mengelola aktiviti pembelajaran yang sesuai : guru merancangaktiviti P&P yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka. iii. memberi motivasi dengan menggunakan ujian dan ganjaran : guru menggunakan pujian dan ganjaran bagi menunjukkanpengiktirafan dan penghargaan terhadap hasil kerja murid. iv. menganjurkan kem motivasi dan kem bina semangat : kemdikelolakan untuk murid lemah pencapaian akademik supayadapat membentuk konsep kendiri positif. v. bekerjasama dalam kumpulan 4. (a) Dua ciri tingkah laku kanak-kanak autisme ialah: i. Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung ii. Sukar diajak bercakap

5. (b) (a) (b) iii. Suka bersendirian

iv. Sensitif pada sentuhan v. Tidak suka bermain dengan rakan sebaya vi. Berada dalam dunia mereka sendiri Huraikan empat cara bagaimana seseorang guru boleh menggalakkan perkembangan sosio-emosi positif kanak-kanak dalam bilik darjah. i. Gunakan cara belajar melalui bermain yang terancang untukmembolehkan pembelajaran yang meyeronokkan ii. Mengajar kanak-kanak memahami hak-hak orang lain iii. Guru memberikan pujian dan peneguhan positif untukmemotivasikan kewujudan sosio-emosi yang baik iv. Guru menjadi role model dengan menunjukkan sikapprososial dan kemahiran beremosi semasa mengajar Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif kerana ia tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku (Atan Long, 1980). Beri tiga sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat kualitatif. i. Perkembangan perubahan yang berurutan dan kekal dalamdiri seorang ii. Perkembangan adalah hasil dari pembelajaran iii. Perkembangan adalah hasil dari pengalaman dan kematangan iv. Penyesuaian dirinya dengan persekitaran v. Bagaimana seseorang berubah mengikut peredaran masa vi. Perkembangan melibatkan personaliti, sosial, kognitif sertabahasa Cikgu Alif seorang guru yang ditugas menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah rendah. Apakah tiga perkara yang Cikgu Alif perlu mengambil kira semasa merancang untuk mengajar pelajar yang berbeza dari segi perkembangan fizikal? i. Jenis kemahiran sesuai mengikut unur dan tahap ii. Guru perlu peka tentang proses perubahan yang mengikutperaturan semula jadi 42

EDU 3102

iii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai dengan keupayaanfizikal pelajar iv. Aktiviti mesti berdasarkan pengalaman dan pengetahuansedia ada pelajar v. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengantahap perkembangan fizikal kanakkanak (c) Nyatakan dua sebab mengapa pentingnya guru mengenali personaliti murid. i. Merancang penggunaan strategi pembelajaran yang sesuai ii. Mengenal pasti potensi murid yang berbeza iii. Membina personaliti murid yang unggul iv. Mengendalikan personaliti murid yang berbeza 6. (a) Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas normal. Bagaimanakah pelajar normal menyesuaikan diri mereka supaya boleh berinteraksi dengan pelajar berkenaan? i. Elak menyebut perkara yang sensitif tentang kecacatanmereka. Contohnya : jangan guna perkataan yang menyentuh perasaan ii. Menganggap pelajar berkenaan mempunyai hak yang samaseperti pelajar normal. Contohnya : dapat berkongsi penggunaan kemudahan bilik darjah iii. Melibatkan diri dalam aktiviti sekolah tanpa mengira status. Contohnya : boleh memegang jawatan seperti pelajar normal (b) Sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdaas, kemukakan lima cadangan bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif

pembelajaran. i. Membantu mengadaptasi bahan kurikulum dan teknikmengajar untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas ii. Mengubahsuai tugas untuk memenuhi keperluan murid iii. Membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademikmurid iv. Menyediakan sumber bahan pembelajaran yang relevandengan tahap keintelektualannya v. Mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel berorientasikanpencapaian akademik

EDU 3102

vi. Mengwujudkan interaksi sosial yang sihat di antara pelajarpintar dengan pelajar normal vii. Menggunakan model pengajaran bertumpukan potensi muriddalam mencapai pendidikan seimbang dan hasilan tingakh lakuyang seimbang 7. (a) Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. i. Pertumbuhan berbentuk kuantitatif. Perkembanganberbentuk kualitatif ii. Pertumbuhan emosi bermaksud mempunyai emosi Perkembangan emosi bermaksud dapat mengurus emosi

(b) Nyatakan tiga cara persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. i. Rakan sebaya boleh mempengaruhi minat kanak-kanakdalam pencapaian akademik ii. Ibu bapa yang memukul anak mereka boleh mempengaruhiperkembangan personaliti yang ganas iii. Peluang untuk menonton telivisyen mempengaruhiperkembangan bahasa 8. (a) Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam pembinaan kefahaman terhadap persekitaran ialah organisasi dan adaptasi. Jelaskan dua cara bagaimana adaptasi dilakukan.

i. Asimilasi : menerap pengalaman baru dengan pengalaman lama ii. Akomodasi : mengadaptasi keperluan situasi danmenyesuaikan dengan struktur kognitif supaya ilmu pengetahuandapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi

(b) Sebagai seorang guru sekolah rendah, anda haruslah tumpukan perhatian terhadap pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit serta memahami kebolehan mereka. Bagaimanakah anda dapat membantu murid-murid dalam memahami konsep yang diajar dengan berkesan?

i. Kaitkan dengan situasi sebenar

EDU 3102

ii. Pengenalan konsep harus dikaitkan dengan contoh-contohyang konkrit iii. Libatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran danpembelajaran 9. (a) Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Jelaskan ketiga-tiga jenis personaliti tersebut. i. Ekstrovert : Merujuk kepada pelajar berkebolehan dankecerdasan kognitif, suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersifat terbuka ii. Introvert : Merujuk kepada personaliti yang tidak menyenangibersama orang lain, lebih suka menyendiri, tidak suka denganorang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percayadiri, pemalu dan pendiam iii. Ambivert : Merujuk kepada pelajar yang mempunyai cirigabungan ekstrovert dan introvert, seperti pelajar yang pintaraktif tetapi lebih cenderung belajar bersendirian daripadaberkumpulan (b) Huraikan bagaimana guru dapat menggunakan teori personaliti untuk membantu mengatasi murid bermasalah. i. Beri perhatian kepada pelajar yang bermasalah supayamereka dapat merasa diberi perhatian oleh guru sama sepertipelajar lain. ii. Memahami masalah pelajar serta memberi bimbingan dandorongan dalam mencapai matlamat hidup seperti cita-cita, keperluan, perasaan, kebolehan, kemahiran dan perancangan diri. 10. (a) Nyatakan empat ciri kanak-kanak yang mempunyai malash pengelihatan. i. Pengelihatan terbatas ii. Buta iii. Tahap pengelihatan berada di antara 20/70 atau 20/200dengan penggunaan lensa iv. Pengelihatan terhad kepada objek yang dekat v. Lebih bergantung kepada pendengaran dan sentuhan

vi. Kecerdasan normal vii. Kadang-kadang mempunyai masalah pendengaran

EDU 3102

viii. Perkembangan psikomotor agak terhad ix. Mempunyai konsep kendiri rendah (b) Cadangkan tiga cara guru membantu kanak-kanak masalah pengelihatan dalam pengajaran dan pembelajaran. i. Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saizcetakan yang besar ii. Menggunakan bahan audio untuk membantu pembelajaran iii. Menyediakan bahan bacaan yang jelas iv. Memberikan aktiviti hands-on v. Semasa menulis di papan putih, guru boleh menyebutsecara lisan, bahan yang ditulis 11. (a) Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Pertumbuhan Perkembangan Perubahan bersifat kuantitatif Perubahan bersifat kualitatif Jasmani saiz, berat, bilangan giri bertambah Jasmani bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti motor halus / kasar, merangkak, lari, lompat Sosial mula berinteraksi dengan ahli di luar keluarga seperti jiran, rakan sebaya, guru dll. Mental perkembangan kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, bentuk konsep, ingatan

Emosi tumbuh perasaan suka, duka, marah, sayang, cemburu dll. Sosial menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan, peranannya, disiplin kumpulan, penyesuaian dengan rakan Emosi tumbuh perasan suka, duka, marah, sayang, cemburu dll. Emosi berupaya menguasai perasaan, mengawal perasaan ketika marah / cemburu dll.

(b) Cikgu Aini sedang merancang aktiviti untuk membantu perkembangan fizikal murid-muridnya yang berada pada peringkat umur 7 12 tahun. Cadangkan tiga aktiviti yang boleh Cikgu Aini jalankan. Bermain alat-alat muzik

EDU 3102

Melukis Bermain bola Aktiviti senaman Bermain Bersukan Menari Berenang

12. Jean Piaget membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap dan perlu diambil kira oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (a) Huraikan tiga implikasi teori perkembangan Piaget terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. . Memeringkatkan isi dari senang ke sukar, konkrit ke abstrak, yangdiketahui kepada sesuatu yang baru . Pengetahuan baru dan kompleks boleh digunakan untukmengubah sruktur kognitif (skemata) untuk proses akomodasidan asimilasi . Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza, oleh ituguru perlu kenal pasti peringkat perkembangan murid . Melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran danpembelajaran (b) Cadangkan dua aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh seorang guru bagi memperkembangkan kanak-kanak di peringkat pra operasi. . Pra-operasi (2 7 tahun) awal kanak-kanak

. Mula guna simbol aktiviti mengenal huruf, perkataan yangmudah dan gambar atau isyarat . Mula berbahasa aktiviti membaca, bertutur, aktiviti menulis, aktiviti melukis . Berinteraksi dan berkomunikasi aktiviti bermain (pretend play), main peranan . Boleh mengingat semula peristiwa aktiviti bercerita . Guna ABM konkrit . Arahan yang jelas dan ringkas . Galakkan aktiviti hands-on . Pelbagaikan aktiviti 13. (a) Nyatakan empat ciri murid yang mempunyai personaliti ekstrovert. . Berani mencuba . Pandangan terbuka . Mudah bersosialisasi dengan orang lain . Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain . Suka aktiviti lasak

. Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri

EDU 3102

(b) Berikan tiga cara bagaimana guru dapat membantu murid membentuk konsep kendiri positif. . Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap muridmelalui komunikasi berkesan . Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkanmurid . Guru perlu memberi sokongan dan dorongan serta membimbingdan menasihati murid agar mereka berkebolehan danberkeyakinan . Guru perlu menyediakan aktiviti luar bilik darjah seperti gerakkerja kokurikulum, berkumpulan, kepimpinan dan sebagainya . Memberi peneguhan yang bersesuaian 14. (a) Senaraikan empat ciri kanak-kanak yang bermasalah disleksia . Tidak dapat membezakan, membuat interpretasi / ingat perkataanyang dilihat . Sukar membaca / tersekat-sekat dalam bacaannya / tidak dapatmembaca langsung . Mempunyai kadar pengamatan yang lambat . Cenderung kepada kebalikan huruf (b,d) atau songsangan huruf(spa , sap) . Lemah dalam ejaan dan tulisan . Kurang kesedaran dan minat terhadap buku (b) Cadangkan tiga cara seseorang guru dapat menolong kanak-kanak bermasalah disleksia dalam kelas yang normal.

. Gunakan perkataan mudah suai yang khas . Gunakan komputer bercakap dalam P&P kanak-kanak tersebut . Gunakan CD rom . Gunakan pita rakaman untuk merakam maklumat . Berikan masa lebih lama untuk menyelesaikan tugasannya 15. Persekitaran menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia. Berikan empat daripada lima aspek perbezaan individu berserta

huraiannya.

i.Latar belakang keluarga. Didikan dan asuhan ibubapa dengan cara yang

betul seperti suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang,

serta makanan yang berzat dan seimbang.

ii.Pengaruh rakan sebaya seperti rakan yang baik akhlaknya dan tinggi

kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian positif.

EDU 3102

iii.Sumber teknologi seperti maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.

iv.Guru dan sekolah. Guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

16. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Nyatakan lima ciri pertumbuhan beserta huraiannya. i. Petumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur. ii. Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. iii. Saiz otak dan organ dalaman bertambah. Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal. iv. Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut. v. Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku peringkat demi peringkat.

17. Nyatakan peringkat-peringkat perkembangan fizikal . Prenatal Bayi (lahir hingga 2 tahun ) Awal kanak-kanak (2-6 tahun) Kanak-kanak (7-12 tahun) Awal remaja (12-15 tahun)

EDU 3102

18. Nyatakan perkembangan kognitif kanak-kanak peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) . Mula menggambar dan merancang skema . Mewakili sesuatu dengan symbol mental iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat . Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku . Permainan membayangkan (pretend play) . Pemahaman kanak-kanak menganai objek bergantung pada ciriciri yang nampak jelas dan nyata 19. Bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat bayi? . Berbual dengan bayi,dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa . Bercakap dengan bayi,seolah-olah mereka memahami apa yang dicakapkan . Gaya bahasa yang sesuai atau selesa untuk berkomunikasi

dengan bayi 20. (a) Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat kanak-kanak? . Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak . Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak . Elakkan mengejak kanak-kanak ketika bercakap . Elakkan membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya

EDU 3102

(b) Nyatakan 3 kemahiran bahasa setelah kanak-kanak meningkat remaja? . Memanipulasikan bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya . Kemahiran menulis berkembang . Mencipta dialek mereka sendiri 21. (a) Berikan tiga daripada lapan peringkat perkembangan psikososial Erikson. . asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan . autonomi lawan keraguan . inisiatif lawan rasa bersalah . industri lawan rasa rendah diri . identity lawan kekeliruan identiti . keintiman lawan keasingan . generativiti lawan kekakuan .

integriti lawan kekecewaan (b) Masalah Kecacatan Fizikal . Kanak-kanak mengalami ketidakupayaan fizikal . Gaya tubuh badan yang tidak seimbang dan menggigil . Boleh berbentuk neurologi -otak dan urat saraf . Kelukaan ortopedik - luka pada tulang,sendi,otot . Mengalami masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi 22. Pengertian konsep personaliti adalah ciri dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. (a) Nyatakan tiga jenis personaliti dan huraikan. i. Ekstrovert -Lebih kepada dunia luaran dari dalaman

EDU 3102

-Aktif, rileks, mudah bercakap

ii. Introvert -Menumpukan aspek dalaman -Sifat pemalu, sensitif, pasif iii. Ambivert -Mempunyai ciri Ekstravert dan Introvert (b) Nyatakan enam jenis pengelasan perkembangan personaliti oleh Eduard Spranger. Kognitif Seorang berintelek Berekonomi Cenderung kepada aspek yang praktik Keindahan Cenderung menghayati keindahan Bermasyarakat Suka berkawan Berkuasa Politik Kemahuan menguasai orang lain Beragama Mencari perpaduan di antara alam dan manusia 23. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu. pola genetik pada persenyawaan Faktor Pengalaman Awal Latar belakang sekolah Pengaruh keluarga Peranan Media Pemakanan Pengaruh sosiobudaya (b) Takrifkan konsep kendiri positif.

Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Konsep kendiri positif juga meliputi sikapmenerima kritikan orang lain dengan fikiran terbuka dan memberikan pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan tidak stabil.

EDU 3102

24. (a) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang. . Baka merujuk kepada ciri ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak anak. Trait yang diwarisi daripada ibubapa terkandung dalam gen ini. Ia menguasai perkembangan manusia dan adlah unit bagi setiap individu. saiz, bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata adalah faktor baka yang individu warisi daripada ibubapa. . Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu hadapi dirumah, jiran, sekolah dan masyarakat. Ini juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibubapa. (b) Terangkan mengenai genetik tingkah laku. . Genetik tingkah laku adalah bidang yang mengkaji peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu. kajian keatas kembar seiras dan anak angkat menunjukkan faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan mereka pada peringkat awal tetapi pengaruh baka lebih menonjol apabila mereka meningkat dewasa. 25. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. (a) Nyatakan tiga prinsip asas konsep pengekalan(conservation).

. Prinsip identiti mereka tahu sekiranya tiada bilangan yanag ditambah atau dikurangkan, bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah . Prinsip ganti rugi -mereka tahu sesuatu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain . Prinsip keterbalikan pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula

EDU 3102

(b) Senaraikan empat perkembangan fizikal kanakkanak pada peringkat operasi konkrit. i. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti ii. Kanak kanak menghampiri akil baligh iii. Pertumbuhan psikomotor dan perkembangan kemahiran kemahiran iv. Psikomotor kasar lebih cekap. Psikomotor halus lebih baik 26. Pengalaman unik hanya diketahui oleh individu tersebut. Setiap individu akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri individu. (a) Berikan empat jenis pengalaman awal bagi setiap individu. Latar belakang sekolah-amalan sekolah, aktiviti P&P, kokurikulum Pengaruh keluarga keluarga suasana keluarga, kasih sayang, latar belakang Peranan media cara maklumat disampaikan Pemakanan jenis makanan Pengaruh sosiobudaya pendidikan, agama, gaya hidup 27.

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap gigi atau kerusi roda. Senaraikan empat jenis kecacatan fizikal dan ciri-cirinya. Cerebral palsy kesukaran untuk bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasikan badan Epilepsi penyakit sawan yang menyebabkan kanak-kanak menggeletar Spina bifida kecacatan tulang belakang, lumpuh pada bahagian bawah badan 54

EDU 3102

. Muscular dystrophy kemerosotan kekuatan otot, memerlukan kerusi roda . Limb deficiencies anggota badan tidak sempurna . Asthma masalah pernafasan . Diabetes kencing manis. Pancreas tidak dapat mengawal peningkatan gula dalam darah . Leukemia peningkatan sel darah putih secara mendadak 28. 22 pasang kromosom pertama dipanggil ____________. (autosom) 29. Nyatakan dua jenis teori perkembangan kanak-kanak beserta huraiannya. (a) Teori Perkembangan Arnold Gesell kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. (b) Teori Perkembangan Jean Piaget Perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke

atas). 30. Nyatakan lima aspek perbezaan dalam seseorang individu. . Sosial . Kognitif . Emosi . Fizikal . Rohani

EDU 3102

31. Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Apakah ciri konsep kendiri positif? Bertanggungjawab Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan Pemurah Menghadapi cabaran dengan penuh semangat Menghargai 32. Potensi manusia boleh dihuraikan melalui lima aspek. Senaraikan aspek-aspek tersebut. (a) Perkembangan intelek -Daya pemikiran, cara berfikir, mereka cipta dan menaakul (b) Perkembangan rohani -Kepercayaan beragama.nilai dan norma masyarakat serta pelakuan peribadi individu (c) Perkembangan sosial -Hubungan individu dengan orang lain (d) Perkembangan emosi -Keadaan dimana seseorang dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain (e) Perkembagan jasmani -Merujuk kepada kebolehan atau keupayaan fizikal dalam aktiviti permainan dan bersukan

EDU 3102

33. Terdapat empat aspek perbezaan dalam seseorang individu. Nyatakan dan huraikan. Kognitif : kebolehan menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira Emosi : kebolehan, mengenali, mengawal, dan megurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain Sosial : kemahiran interaksi, bergantung samada individu tersebut bersifat introvert atau ekstrovet Fizikal : perbezaan dari segi jantina,paras rupa, berat, ketinggian, jenis, dan warna rambut dan mata

34. Nyatakan dua konsep penting berserta huraian yang diutarakan oleh Jean Piaget dalam teori kognitif. (a) Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.

Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

(b) Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

EDU 3102

(c) Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

(d) Adaptasi Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi

untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

35. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan bahasa. Senaraikan kesemua komponen-komponen tersebut. 36.

Nyatakan kepentingan kecerdasan emosi dalam membentuk perkembangan sosio-emosi.

memahami emosi diri sendiri mengurus emosi memanfaatkan emosi membaca emosi mengurus hubungan 37. Jelaskan dua cara guru membantu murid dalam membentuk perkembangan konsep kendiri.

(a) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka kebolehan sendiri menggunakan bakat yang ada dalam diri murid tersebut.

Beri peluang kepada murid bermasalah agar mereka tidak rasa

dipinggirkan dan disisihkan

(b) Peka dengan kebolehan dan minat murid Komunikasi dan interaksi yang baik antara guru dan murid amat

penting untuk kenalpasti kebolehan mereka. Dengan ini guru

menggunakan kebolehan murid untuk tingkatkan konsep kendiri

EDU 3102

Memahami masalah murid serta member bimbingan dan dorongan dalam mencapai matlamat hidup

(c) Rancang aktiviti berpusatkan murid Beri peluang kepada murid untuk menonjolkan kebolehan di dalam bilik darjah di samping membimbing yang ketinggalan bina konsep kendiri yang baik 38. Nyatakan empat ciri kanak-kanak masalah pengelihatan. (a) mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan (b) menggosok mata tanpa sebab, dan menyebabkan mata merah dan membengkak (c) kanak-kanak sering mengadu sakit mata dan loya (d) kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau jauh ketika membaca untuk mengimbangi penglihatan 39. (a) Secara umumnya terdapat beberapa prinsip perkembangan kanakkanak. Berikan dua contoh prinsip perkembangan kanak-kanak dan huraikan. Berlaku secara mengikut aturan-perubahan dalam pertumbuhan. Perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik-pertumbuhan.

Perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusancorak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusai berbeza-perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.

(b) Berikan faktor perkembangan kanak-kanak dan huraikan secara ringkas. BAKA Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak. Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya melalui gen. Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.

EDU 3102

Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi Baka terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan.

PERSEKITARAN Merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.

Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak

melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.

EDU 3102

40. Perkembangan bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak merupakan aspek yang penting selain daripada perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Banyak pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan bahasa dan sosioemosi kanak-kanak berjalan dengan lancar. (a) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat bayi. . Berikan rangsangan-rangsangan bunyi dan perkataan yang sesuai untuk bayi. . Bercakap dengan bayi seolah-olah mereka memahami apa yang dicakapkan. . Gunakan bahasa yang mudah tetapi jelas dadn betul gaya bahasanya. . Gunakan intonasi, memek muka dan emosi yang sesuai dengan bayi. (b) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan sosio-emosi pada peringkat kanak-kanak. . Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak. . Gunakan bahasa yang mudah dan betul. .

Elakkan daripada membandingkan mereka dengan rakan sebaya yang lain. . Cuba untuk tidak memotong percakapan kanak-kanak atau menolong memberi idea kepada percakapan mereka. (c) Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang berada di peringkat awal kanakkanak yang mula memahami emosi? . mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi . boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain. . boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenalpasti kaitan emosi dengan situasi tertentu. . menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

EDU 3102

41. (a) Nyatakan konsep kendiri dan huraikan. Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara-iaitu tanggapan diri seseorang individu-proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

(b) Berikan 2 jenis personaliti dan huraikan yang digariskan oleh Carl Gustav Jung. Ekstrovert -lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain, peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu,

berminat sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif dan suka bersosial, tidak suka berlajar atau bekerja secara berseorangan.

Introvert -menumpukan kepada aspek dalaman-introvert bermakna mengambil berat tentang diri sendiri, individu yang pasif, pemalu,

EDU 3102

sensitif, gemar berseorangan, cermat, bersedia menanggung risiko, tidak mudah marah, tidak bercita-cita tinggi.

Ambivert -mempunyai kedua-dua ciri diatas, penggabungan kedua-dua ciri di atas, bersikap aktif, sensiitf, optimatik dan gemar berseorangan.

(c) Nyatakan pengertian personaliti. Bahasa Latin-Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka -Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan. Pembentukan Psikologi -Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita, nilai-nilai, personaliti seseorang individu dibayangkan oleh kecenderungannya untuk bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu.

MISHEL (1968)-Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing-Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar.

ALLPORT (1961) pula mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang

menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam

EDU 3102

bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan.

HANS EYSENCK (1981) mendefinisikan personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.

KAGEN,J & SEGAL,J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

WATSON (1919) berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.

42. (a) Nyatakan lima masalah tingkah laku dalaman. Kebimbangan, sedih, bersikap apatetik, menyendiri, perasaan serba salah, perasaan rendah diri, terlalu sensitif, keasyikan memikiran tentang sesuatu perkara.

(b) Nyatakan lima masalah tingkah laku luaran. Mengingkar, menentang, agresif, argumentatif, cenderung menyalahkan orang lain, destruktif, menipu, sukar mengawal diri.

EDU 3102

BAHAGIAN C

1. (a) Kajian Ainsworth (1973) tentang strange situation mendapati bahawa bayi tidak berasa senang dengan kehadiran orang yang tidak dikenali. Huraikan prosedur kajian Ainsworth berdasarkan aspek-aspek seperti berikut:

i. Situasi yang agak asing ii. Kerisauan bila melihat orang yang tidak dikenali iii. Kerisauan apabila dipisahkan daripada orang yang sering didampinginya iv. Rujukan keselamatan (safe base) (b) Dalam bilik darjah Cikgu Ismail terdapat dua orang pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka menonjolkan ciri-ciri seperti berikut: Pelajar A : -Kerap memulakan pergaduhan

-Berlari keliling bilik darjah apabila guru sibuk melayani pelajar lain

-Sentiasa bergerak (on the go) seolaholah digerakkan oleh motor dalaman

Pelajar B : -Artikulasi sebutan nacik untuk nasi, beak untuk berak dan ammanimal untuk animal

-Kelancaran : Gagap. Pelajar melakukan pengulangan dan pemanjangan sebuatan baaapa untuk bapa.

Merujuk kepada kes setiap pelajar di atas, huraikan satu punca berlakunya masalah pembelajaran pelajar tersebut dan satu cadangan bagaimana guru boleh mengatasi masalah pembelajaran bagi setiap murid di atas.

2. (a) Menurut Erik Erikson, lapan peringkat perkembangan sosio-emosi kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku semasa dewasa. Jelaskan mana-mana peringkat perkembangan sosio-emosi seseorang kanak-kanak dan cabaran yang dihadapinya pada setiap peringkat perkembangan tersebut.

Peringkat Psikososial Umur Cabaran Percaya lawan tidak percaya 0-1 tahun Perasaan bahawa dunia adalah tempat yang selamat Autonomi lawan malu dan kurang percaya 1 3 tahun Kesedaran bahawa seseorang adalah bebas untuk membuat keputusan Usaha lawan rasa bersalah 3 6 tahun Kerelaan utuk mencuba benda baru

dan keupayaan untuk menerima kegagalan

65 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

Kerajinan lawan rasa rendah diri 6 baligh Mempelajari kemahiran asas dan kerjasama dengan orang lain Identiti lawan kekeliruan remaja Mengembangkan rasa keupayaan yang berkekalan Kemesraan lawan pengasingan awal dewasa Menunjukkan hubungan mesra antara satu sama lain Generativiti lawan statik pertengahan dewasa Memberi sumbangan kepada masyarakat Integriti lawan kegagalan tua Menghargai kehidupan diri

(b) Kanak-kanak pintar cerdas secara semula jadi menunjukkan ciri-ciri pembelajaran yang cemerlang. Senaraikan lima ciri pembelajaran cemerlang tersebut. i. Mereka mempunyai kuasa pemerhatian dan dapat mengesan maklumat secara terpeinci. ii. Banyak membaca buku dan majalah yang sesuai kepada kanak-kanak yang lebih dewasa. iii. Mereka menggemari aktiviti intelektual. iv. Mereka mempunyai kuasa pengamatan, konsep dan sintesis yang berkembang baik. v. Mereka dapat mengaitkan hubungan kesan dan akibat.

vi. Mereka sering menanyakan soalan dan mendapatkan maklumat. vii. Mereka kritis, dapat menilai dengan tepat dan dapat mengesan yang tidak konsisten. viii. Mereka menyimpan maklumat yang banyak dan pelbagai topid dan dapat mengingat kembali dengan cepat. ix. Mereka mudah menguasai prinsip-prinsip dan membuat generalisasi tentang sesuatu peristiwa, orang atau objek. x. Mereka cepat menanggap kesamaan, keserupaan, perbezaan dan anomili. xi. Mereka sering menganalisis komponen yang kompleks secara sistematik. (c) Sebagai seorang guru pendidikan khas cadangkan lima aktiviti untuk

pelajar pintar cerdas dalam bilik darjah.

i. Kajian tambahan dalam sesuatu mata pelajaran papan buletin, poster ii. Mewujudkan bahan resos yang mudah diakses dalam bilik darjah. iii. Mengingatkan pustakawan untuk menyediakan bahan-bahan yang pada aras yang tinggi mengikut minat pelajar. iv. Beri bahan-bahan yang mencabar. v. Susun bahan supaya kanak-kanak dapat mengakses tanpa bantuan. vi. Sediakan peluang untuk kanak-kanak mengakses maklumat melalui ICT.

66 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

3. (a) Teori Sosio-Emosi Bowlby (1989) menekankan teori Ethology (Theory of Attachment). i. Secara ringkas terangkan tiga aspek dalam Teori Perapatan (Theory of Attachment). i. ii. iii. Semua haiwan dan manusia dilahirkan dengan isyaratsemula jadi yang mempengaruhi perkembangan tingkahlaku sosial seperti merapatkan kepada orang yangdidampingi. Hubungan perapatan yang erat mempengaruhi kehidupansepanjang hayat individu seperti hubunga kuat antara ibudengan anak. Perapatan yang terbentuk dari jalanan kasih sayang akanmengeratkan hubungan kuat antara dua orang. ii. Cadangkan dua cara bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan dengan pelajar berdasarkan kepada Teori Perapatan (Theory of Attachment). i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menambahkan kekerapan interaksi dengan pelajar Menambahkan keyakinan perhubungan antara guru danpelajar Memahami keperluan dan aspirasi pelajar Guru perlu lebih profesional dan menaruh kepercayaankepada pelajar Interaksi antara guru dan murid perlu tekal / konsisten

Guru berperanan sebagai pakar rujuk / mentor dankaunselor Selalu mengambil berat masalah peribadi pelajar (b) Amin menghadapi masalah pembelajaran Matematik. Dia sukar mengingat makna untuk simbol atau sukar menyelesaikan masalah matematik. Tambahan pula dia sukar ikut turutan dalam menyelesaikan masalah. i. Jelaskan empat simptom lain yang mungkin terdapat pada Amin. i. ii. iii. iv. v. vi. Kurang keupayaan mengumpul atau memproses makluatyang diterima dalam ingatan Keupayaan intelek pada tahap sederhana atau melebihitahap sederhana Kesukaran memproses maklumat dari ingatanjangkapendek dan jangka panjang Kepayahan untuk memberi fokus kepada prosespembelajaran dalam kelas Sukar bercampur dan berkongsi maklumat atau pendapatdalam kumpulan Sukar menyuarakan pendapat dalam kerja kumpulan 67 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

vii. Lambat untuk membuat keputusan dan saling bergantungkepada rakan sebaya untuk bertindak ii. Bagaimanakah guru boleh membantu Amin yang dikategorikan sebagai kanak-kanak lembam dalam pelajarannya. i. Mengubah pengajaran yang abstrak kepada yang konkrit : kemahiran membaca ii. Elak daripada membuat generalisasi elak daripadamenyuruh pelajar mengaplikasikan konsep kepada situasibaru dengan memberi arahan lengkap iii. Pembentukan sub-skill kanak-kanak boleh menggunakankemahiran asas untuk perkembangan kemahiran lanjutan iv. Pengajaran secara terus (direct instruction) pelajarmemberi maklumbalas secara terus dengan menggunakanstrategi motivasi v. Rancangan pendidikan individu (RPI) guru menyediakanRPI khas untuk keperluan pelajar iaitu strategi ABM dan aktiviti 4. (a) Jelaskan secara terpeinci ciri-ciri perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit menurut pandangan J. Piaget yang boleh dimanfaatkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. . Kebolehan berfikir secara logik tetapi terikat dalam situasi yangkonkrit . Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation)

. Sudah menguasai proses pengelasan . Boleh menyusun mengikut siri atau secara bersiri; dan . Mula bersosial semasa bermain atau membuat aktiviti bersama (b) Huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit oleh J. Piaget tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam usaha untuk meletakbetul (repositioning) tingkah laku murid dalam bilik darjah. . Boleh terus menggunakan bahan yang konkrit untuk muridmempelajari sesuatu yang baru . Memberi peluang kepada murid untuk memanipulasi dan mengujiobjek-objek yang digunakan dalam aktiviti dalam bilik darjah . Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pembentangan danpembacaan adalah ringkas dan tersusun . Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan denganpengalaman sedia ada murid; dan . Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalahyang memerlukan pemikiran logik dan analitik 68 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

5. (a) Terangkan dengan terpeinci peranan-peranan guru untuk membentuk personaliti distintif iaitu merangkumi pemikiran dan emosi supaya murid-murid dapat mengadaptasikan diri dengan kehidupan mereka. . Memastikan murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalampengajaran dan pembelajaran . Kaedah mengajar, aktiviti-aktiviti serta bahan pengajaran danpembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan kebolehan murid . Mengadakan banyak aktiviti kumpulan dalam bilik darjah . Menjalankan sesi kaunseling dengan murid introvert . Mendedahkan murid dengan aktiviti luar (b) Bincangkan cara-cara guru dapat membantu pembentukkan konsep kendiri dalam kalangan murid-murid supaya mereka mempunyai pandangan yang positif untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran dengan mudah. . Hendaklah menerima murid seadanya . Merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkankebolehan murid-murid . Hendaklan mengelakkan unsur-unsur diskriminasi dalamkalangan murid-murid . Mengelak daripada mencetuskan suasana persaingan yang tidakpositif dalam bilik darjah

. Menggalakkan penyertaan sercara menyeluruh dalam semuaaktiviti yang dirancangkan atau dijalankan 6. (a) Huraikan ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus dari aspek masalah fizikal. . Mengalami ketidakupayaan fizikal seperti tubuh badan yang tidakseimbang dan menggigil . Mengalami ketiakupayaan neurologi yang melibatkan otak danurat saraf rosak . Mengalami kelukaan ortopedik sepert luka tulang, sendi dan otot . Mengalami masalah sendi-sendi yang kaku . Mengalami masalah koordinasi motor (b) Huraikan implikasi-implikasi kanak-kanak bermasalah kecacatan fizikal terhadap pengjaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. . Penggunaan pemegang buku untuk membantu kanak-kanak yangtidak berupaya memegang buku . Penggunaan buku teks elektronik . Penggunaan komputer . Penggunaan pen dan pensil khas yang tidak memerlukan tekananyang kuat 69 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Guru perlu mengetahui prosedur untuk membantu kanak-kanakseperti penyakit sawan 7. Manusia memahami dunia luar atau persekitaran melalui proses berfikir. Perkembangan intelek berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dengan mengaiktkannya kepada pengalaman lampau. (a) Berikan empat faktor yang mempengaruhi perkembangan intelek kanak-kanak. BAKA

. Kecacatan mental rencatan mental oleh pewarisan gen yang resesifdaripada ibu bapa. Contoh penyakit fenilketonuria . Kecerdasan mewarisi bentuk fisikal, kelenjar deria, otak dan bentuklain yang penting untuk perkembangan kecerdasan. Contoh : Sindrom Down . Kromosom yang lebih / kurang INTELEK

. Pemakanan ikan utuk perkembangan otak . Keluarga / ibu bapa / adik beradik . Rakan sebaya

. Sekolah . Guru . Sebaran am TV pendidikan / media masa . Tempat tinggal, kemudahan (bandar / luar bandar) . masyarakat (b) Cadangkan lima cara seorang guru boleh menggalakkan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak (7 12 tahun). . Kaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit dan kontekstual . Gunakan strategi P&P yang pelbagai seperti nyanyian, bercerita, permainan silang kata, perbincangan kumpulan . Beri peluang dan ruang untuk kanak-kanak menggunakan bahasa seperti pertandingan pidato, berbahas, forum dll. . Galakkan kanak-kanak membaca buku / majalah / internet dll. untukmendapat maklumat dan tidak bergantung kepada maklumat daripada guru . Gunakan ICT semasa mengajar bahasa untuk menarik minat . Adakan kempen budaya membaca

. Adakan pelbagai pertandingan bahasa supaya kanak-kanak mempunyaipeluang utuk menunjukkan kemahiran berbahasa 8. Mei Lan mempunyai jenis personaliti yang introvert semasa di kelas. 70 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

(a) Berikan empat cara pelaksanaan seorang guru untuk mengelakkan Mei Lan daripada terus mengasingkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. . Jangan terlalu memberi beliau bergantung kepada guru kelasnya 100% . Membimbing serta menggalakkan beliau untuk lebih aktif menyertaiaktiviti dalam kumpulan . Memberi motivasi konsep kendiri positif . Merujuk pelajar berjumpa dengan kaunselor . Beri pujian bila beliau berjaya . Beri peluang yang lebih untuk beliau memberi pendapat / mengambilbahagian dalam aktiviti P&P (b) Cadangkan lima cara bagaimana rakan sebaya dapat menggalakkannya supaya Mei Lan aktif. . Rakan sebaya perlu bergaul dengan beliau . Mengajak Mei Lan menyertai aktiviti-aktivit pembentangan dalam kumpulan . Jangan mentertawakan Mei Lan sekiranya beliau melakukan sebarang kesilapan dalam kumpulan

. Jangan mengasingkan beliau ketika dalam kumpulan . Memuji kelebihan Mei Lan jika beliau melakukan sebarang kebaikan 9. Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek serta bakat khas. (a) Huraikan lima ciri pelajar pintar-cerdas. . Keupayaan berfikiran kreatif . Kebolehan intelek am . Kebolehan akademik khas . Berkebolehan dalam satu atau lebih kesenian . Mudah membuat penyesuaian dari segi sosial dan emosi . Berupaya memandang jauh ke hadapan (b) Jelaskan lima implikasi pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas terhadap pengajaran dan pembelajaran. . Perancangan bahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan carapelaksanaan hendaklah difikirkan bersama antara guru resos dan gurubiasa . Strategi yang berbeza .

Bahan pembelajaran hendaklah diindividukan . Bahan pembelajaran yang lebih mudah atau mencabar mengikut keperluan pelajar . Cara penilaian yang berbeza 71 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

Ujian khas perlu disediakan untuk mengambil kira keperluan pelajaristimewa Usaha secara kolaboratif guru biasa dengan guru resos 10. Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi. Huraikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkatnya. Peringkat bayi iaitu individu berusia antara 0 hingga 2 tahun : Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Pada peringkat ini, sifat-sifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan. Peringkat awal kanak-kanak iaitu individu berusia antara 3 hingga 8 tahun-Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, mula menggunaan otototot halus dan berkebolehan bersosial. Peringkat kanak-kanak iaitu individu berusia antara 9 hingga 11 tahun Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mereka mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami boleh peraturan. Peringkat awal remaja iaitu individu berusia antara 12 hingga 15 tahun : Pada peringkat ini, mereka sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Mereka boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik. Peringkat remaja iaitu individu berusia antara 15 hingga 20 tahun -Pada peringkat ini mereka menjalinkan perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan untuk berdikari mula timbul. 11. Mengetahui perkembangan fizikal kanak-kanak (7-12tahun) dapat membantu guru dalam merangka pembelajaran dan pengajaran yang sesuai diperingkat

umur ini. Bincangkan implikasi kepada pengajaran dan pembalajaran kanakkanak (7-12tahun) di dalam kelas. Ajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. 72 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Libatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap . Sediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring . Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian 12. Nyatakan 4 peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget dan jelaskan setiap peringkat perkembangan tersebut. Peringkat Sensorimotor

. Peringkat Sensorimotor berlaku pada umur bayi dilahirkan hingga berumur 2 tahun . Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif . Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya . Bayi boleh mengkoordinasikan maklumat deria dengan kebolehan

motor untuk membentuk skema tingkah laku . Merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap . Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesai masalah dalam kehidupan . Melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan . Mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori Peringkat Pra Operasi

. Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 7 tahun 73 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru . Menggambarkan dan merancang pergerakan aktiviti dengan menggunakan minda untuk membentuk skema . Dapat mewakili sesuatu dengan symbol mental . Menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat yang mudah. . Permainan membayangkan . Bersifat intuitif . Sikap egosentrik Peringkat Operasi Konkrit

. Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun . Berkebolehan berfikir secara logik . Memahami proses transformasi,keterbalikan dan menaakul . Menguasai 3 peringkat asas iaitu prinsip identiti ,ganti rugi, keterbalikan . Juga menguasai proses pengelasan

. Berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered . Tidak boleh membuat hipotesis . Tidak boleh menyelesaikan soalan abstrak Peringkat Operasi Formal

. Berlaku pada kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke atas . Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea . Membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta . Boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis . Berfikir secara abstrak,sistematik dan boleh membuat hipotesis 74 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

Tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain 13. Apakah implikasi perkembangan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, suruh mereka ceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca,beri tumpuan kepada perkataan yang susah. Terangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami. Gunakan strategi pengajaran yang pelbagai. Contohnya, dalam pengajaran bahasa kedua,pasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa kedua). Guru menggunakan strategi bercerita, simulasi, sumbangsaran, pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan,setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas. Beri peluang kepada kanak-kanak member maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan. 14. Nyatakan implikasi proses pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat pertama iaitu asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan, guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang berkala dan tetap supaya timbul rasa percaya ke atas sesuatu rutin yang

75 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

tetap dan tidak berubah-ubah. Kanak-kanak ini juga perlu dilayan dengan mesra dan diambil berat. Kasih sayang dan perhatian yang berterusan perlu diberi kepada mereka. Kanak-kanak ini juga boleh diletakkan dalam sistem rakan sebaya yang mana terdapat seorang rakan yang sesuai bertindak sebagai pembantu semasa P&P.

15. Bincangkan cara bagaimana guru dapat membantu dalam pembentukan konsep kendiri positif pada kanak-kanak. i. Menerusi Unit Bimbingan dan Kerjaya .Guru memahami masalah murid secara psikologi .Memberi keyakinan kepada murid .Guru sama-sama menyelesaikan masalah ii. Menerusi gerak kerja kokurikulum .Membentuk sikap tolong menolong .Sifat kepimpinan .Bergaul dengan orang ramai iii. Menerusi mata pelajaran tertentu sepertiPendidikan Agama dan Moral .Guru dapat membantu murid menjadi orang bergunakepada diri sendiri dan masyarakat .Wujudnya nilai-nilai murni iv. Menerusi lawatan tertentu .Persatuan ditubuhkan untuk membentuk personaliti positif di kalangan ahli.

Contohnya Kelab Kembara,menjadikan ahli cergas, tabah, berani hadapi cabaran. Aktiviti-aktiviti kumpulan dan projek v. Melatih bekerja dalam kumpulan .Berdikari .Berdisiplin 16. Bincangkan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas menggunakan contohcontoh setiap satunya. SINDROM DOWN

76 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir . Mata sentiasa berair dan merah . Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata . Bentuk muka yang kecil SPASTIK

. Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan . Tidak mencapai objek yang ditunjukkan . Tidak berupaya mengangkut badan . Tidak berupaya berpijak atau berdiri . Tidak berupaya memegang objek AUTISME

. Perlakuan yang bongkak .

Ketawa dengan tiba-tiba . Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap . Tidak mengenali bahaya . Tidak merasai kesakitan . Menangis dan marah tanpa sebab . Permainan yang luar biasa CACAT AKAL (RINGAN)

. Idiot o Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri . Imbersil o Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih . Moron o Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas o Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa o Lambat berjalan dan lambat bercakap

77 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Lembab o Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa CACAT AKAL (BERAT)

. Kesukaran ketika makan dan selalu muntah . Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya . Air liur yang meleleh tanpa kawalan . Sukar bernafas . Sukar tidur dan terjaga waktu malam . Selalu menangis . Sukar bercakap dan memahami orang lain HIPERAKTIF

. Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya . Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan .

Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna . Tidur yang tidak tetap Terlalu kerap menangis atau ketawa HIPOAKTIF . Suka berkhayal . Murang dan menyendiri . Aktiviti fizikal yang pasif . Tiada respond pada persekitaran . Suka termenung PINTAR CERDAS

. Suka mencari helah . Kebolehan yang luar biasa . Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi . Pergaulan dengan kanak-kanak lain . Perkembangan bahasa yang lambat 78 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

17. (a) Terangkan peringkat operasi formal kanak- kanak. Pada peringkat operasi formal, kanakkanak boleh melakukan proses mental ke atas ideaidea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Kanak kanak pada peringkat ini boleh mengkaji masalahmasalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Antara ciri ciri pemikiran formal adalah berfikir secara abstrak. Kanakkanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalahmasalah matematik di mana perwakilan abstrak. Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Selain itu, mereka juga boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif peneyelesaian masalah. Mereka boleh menakul secra induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang khusus. Melalui faktafakta yang dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk membuat makanan, kanakkanak boleh memberi contoh keadaan keadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan subur. Manakala pemikiran induktif ialah berfikir aspek yang khusus kepada aspek generalisasi yang lebih luas. Dengan mengkaji kesan pencemaran alam sekarang mereka boleh membuat hipotesis tentang apa yang akan terjadi kepada bandar-bandar besar yang mengalami pencemaran teruk pada 10 tahun akan datang. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaianpenyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan kereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran saintifik.

(b)

Terangkan implikasi peringkat operasi formal kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. . Guru bolehlah menggunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan 79 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

3D, model, carta rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.

. Guru mestilah memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri . Bimbing pelajar untuk membuat andaianandaian penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri . Bimbing pelajar untuk membuat andaianandaian penyelesaian. . Galakkan pemikiran secra kristis dan kreatif . Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan . Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukan . Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mangkaji sendiri konsep tersebut . Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain

18. Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di persekitaran. Nilai-nilai diri yang dilihat adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah dilalui dan matlamat hidup jangka masa depan. (a) Berikan dua ciri konsep kendiri positif dan huraikan bagaimana individu tersebut apabila mengalami masalah. . Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang . Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran . Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan . Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka . Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri . Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba 80 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Mudah bersosialisasi dengan orang lain . Mudah diterima oleh orang lain (b) Berikan tiga faktor terbentuknya konsep kendiri negatif dan kaitkan dengan kehidupan seharian. . Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan . Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah . Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku . Emosi mempengaruhi perasaan . Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan . Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya . Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya . Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah sesesorang 19. Menurut Dasar Pendidikan Khas di Malaysia, murid-murid bekeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan.

Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungan Kementerian Pelajaran termasuklah sindrom down, autisme ringan, attention deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. (a) Berikan ciri-ciri kanak-kanak yang mengidap attention deficit hyperaktie disorder (ADHD). . Tidak dapat mengekalkan perhatian . Mudah mengalih perhatian . Sukar menyiapkan satu tugasan . Pelupa . Sifat hiperaktif 81 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Pergerakan fizikal yang keterlaluan (b) Sebagai seorang guru pemulihan, terdapat seorang daripada murid anda mengidap penyakit ADHD. Bagaimanakah anda mengendalikan murid sepertinya? . Kedudukan tempat duduk berhampiran dengan tempat duduk kguru agar senang diawasi tingkah lakunya . Menggunakan prinsip peneguhan agar mereka diberi peneguhan positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang baik . Peraturan dan prosedur di dalam bilik darjah dipaparkan dengan jelas dan nyata . Objektif pembelajaran haruslah dinyatakan dengan ekspilit dan murid menjawab dengan segera . Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan perlu diulang agar murid memahami dengan jelas . Beri tugasan yang ringkas . Beri peluang kepada murid untuk libatkan diri dalam aktiviti yang aktif 20. Huraikan perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Ciri-ciri Pertumbuhan Perkembangan Fizikal Peningkatan dalam saiz seperti perubahan tinggi, berat badan dan gigi. Proses individu memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kemahiran menggunakan anggota badan,

82 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

misalnya seorang bayi mula memusing badan, duduk kemudian merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kognitif Keupayaan berfikir Kemahiran membaca, menulis, mengira,berfikir secara kreatif dan kritis. Emosi Perasaan gembira, sayang, marah dan cemburu. Kemahiran mengurus dan mengawal emosi. Sosial Menjalin perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan dan mereka di persekitaran individu tersebut. Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat.

21. Berikan peringkat-peringkat dalam perkembangan kanak-kanak serta ciricirinya. . Peringkat bayi ( 0-2 tahun) iaitu pada peringkat ini kadar ciri-ciri pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin perhubungan emosi mula

kelihatan. . Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) iaiatu dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial. . Peringkat kanak-kanak ( 9-11 tahun ) iaitu kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan. . Peringkat awal remaja ( 12-15 tahun ) iaitu sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik. . Peringkat remaja ( 15-20 tahun ) iaitu perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari. 83 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

22. Perkembangan emosi berlaku daripada peringkat bayi sehingga remaja. Apakah implikasi perkembangan emosi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran? i. Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah . Memberi layanan sama rata terhadap semua murid . Elakkan daripada memberi hukuman/layanan berdasarkan khabar angin ii. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan. . Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi. . Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-situasi tertentu. iii. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain . Dalam aktiviti berkumpulan,suruh pelajar meneka emosi rakan pada sesuatu situasi. . Semasa murid menonton filem atau mebaca cerita, minta mereka kenal pasti emosi karektor-karektor dalam situasi tersebut. iv. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi

. Beri alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi seperti berhenti sejenak atau membuat rasionalisasi. . Ceritakan pengalaman anda sendiri bagaimana untuk mengawal perasaan marah, kecewa dan gelisah. 23. Helah diri bermaksud usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada secara sedar atau tidak sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ego, ancaman dan kebimbangannya. Nyatakan jenis-jenis helah bela diri beserta huraian dan contoh yang lengkap. (a) Rasionalisasi 84 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

Memberi penerangan atau alasan yang munasabah terhadap sesuatu tingkahlaku untuk melindungi motif yang sebenar dan mepertahankan ego. Contohnya seorang murid yang gagal dalam peperiksaan akan memberi alasan bahawa dia gagal kerana guru bersikap pilih kasih.

(b) Projeksi Satu tindakan yang dilakukan oleh individu untuk membalikkan konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Contohnya seorang abang yang dimarahi oleh ayahnya memindahkan kemarahannya kepada adik-adiknya.

(c) Fantasi Seseorang cuba mengurangkan ketegangan dengan cara berkhayal dan membentuk situasi yang lebih selesa daripada keadaan sebenar. Contohnya seorang yang miskin berfantasi untuk menjadi kaya.

(d) Identifikasi Seseorang yang cuba menutup kelemahan diri dengan menyifatkan dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai kuasa atau kelebihan. Contohnya seorang remaja menyatakan beliau rapat dengan kumpulan sorak sekolah untuk mengidentifikasikan dirinya sebagai seorang yang popular.

24. Terangkan ciri-ciri kanak-kanak peringkat praoperasi dan operasi konkrit. TAHAP PRAOPERASI (2-7 TAHUN)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan

bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap

85 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

i. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. ii. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. iii. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

(a) Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) (b) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka

belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama

86 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab -akibat, peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakanrakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali

haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada

87 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

25. Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit. i. Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. ii. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. iii. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain iv. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. v. Kanak-kanak mula memahami unsur-unsur pemikiran logik vi. Kanak-kanak faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Cthnya Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya vii. kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup. 26. Berdasarkan teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat bahagian. Senaraikan dan huraikan kesemua bahagianbahagian tersebut.

88 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

27. Di dalam perkembangan kanak-kanak, perkembangan bahasa mereka adalah sangat penting. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan bahasa. Senaraikan dan jelaskan kelima-lima komponen tersebut. 28. Jelaskan bagainakah cara guru membantu murid dalam menguruskan emosi diri mereka? (a) Amalkan sikap kepimpinan demokratik -Wujudkan interaksi dua hala guru dan murid -Dorong murid berinteraksi sesame mereka (b) Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan -Dapat memberi peluang kepada murid untuk interaksi sesama mereka. -Perlu rancang aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka.

(c) Menggunakan teknik menyoal -Untuk dpatkan tindak bals dan respon dari murid -Dapat libatkan diri secara aktif (d) Menggunakan percakapan yang sesuai -Galakkan murid mengemukakan pendapat dan idea mereka -Teknik memuji dan sokongan bagi membakar semangat (e) Menggunakan strategi memusatkan murid -Kaedah perbincangan kumpulan bagi mengumpul murid dalam

satu kumpulan -Libatkan diri secara lansung 29. Terangkan dan huraikan 3 ciri konsep kendiri positif. (a) Bebas membuat pilihan dan keputusan sendiri Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan keputusan. Jarang berdepan dengan dilema atau kekeliruan dalam membuat sebarang keputusan atau pilihan. Mereka tidak teragak-agak dalam membuat keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh rakan serta desakan keluarga. (b) Selalu merasa gembira Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan selalu kelihatan riang dan gembira. Walaupun mereka mempunyai 89 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

masalah, mereka pandai menyembunyikan masalah tersebut. Mereka tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Tahap kegembiraan mereka akan bertambah sekiranya masalah tersebut dapat diatasi. Sekiranya tidak, mereka akan merujuk kepada orang yang boelh dipercayai dan memahami diri mereka untuk bantuan nasihat. (c) Mudah berkawan Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif didapati senang membuat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Sikap mereka yang tidak sombong dan pandai menghargai rakan serta sentiasa membantu menyebabkan rakan suka mendampingi mereka. 30. Bincangkan implikasi kanak-kanak masalah kecacatan fizikal kepada proses pengajaran dan pembelajaran. guru perlu berpengatahuan tentang masalah yang dihadapi muridnya. Misalnya mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang kanakkanak yang diserang sawan atau asma guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang-kadang tidak memahami penyakit yang mereka alami dan menghadapi masalah penyesuaian guru perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanakkanak cerebral palsy boleh menggunakan computer atau pen serta pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya menulis

penggunaan pemegang buku book holders atau buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak kurang upaya memegang buku guru haruslah member sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak ini untuk meningkatkan keyakinan diri mereka supaya mereka merasa boleh serta berkeyakinan menguruskan diri sendiri dengan baik 90 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. guru juga haruslah memberi perhatian terhadap susunan bilik darjah. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak dna memberikan mereka akses yang mudah kepada bahan-bahan pembelajaran 31. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak merupakan aspek yang penting untuk proses perkembangan kanak-kanak. Banyak pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak berjalan dengan lancar. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor. (a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak? Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciriciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosioekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosioekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya :

91 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanakkanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anakanak mereka.

(b) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak? Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan

potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilainilai murni yang positif daripada mereka.

Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:

92 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. . Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia.

. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.

. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar,

majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan

93 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

32. (a) Persatuan Terencat Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkahlaku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran social yang amat terhad. Nyatakan kategori kanakkanak yang tergolong dalam terencat akal berserta huraiannya. (b) Masalah kecacatan fizikal adalah salah satu daripada ciri-ciri kanakkanak kerperluan khas. Nyatakan lima kecacatan fizikal beserta huraiannya. Sindrom down

. kecacatan kromosom yang ke-21 .

berlaku dalam satu per lapan lapan ratus kelahiran . ciri seperti mulut terbuka, lidah tebal dan pendek, mata berair dan merah, mata sepet dan muka yang kiecil, gemapl, pendek dan bongkok, suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik. 94 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

Autisme

. cacat mental seumur hidup . masalah komunikasi kerana tidak boleh entafsir air muka dan gerak isyarat . tabiat stereotaip . lebih minatbarang permainandaripada berinteraksi Pintar cerdas

. memerlukan sokongan . ciri seperti kebolehan mempelajari lebih cepat, keinginan untuk tahu yang lebih, menetapkan matlamat tinggi, mahir member idea,kebolehan memimpin, empati kepada orang lain Cerebral palsy

. kesukaran bergerak akibat koordinasi . sebab neurologi motor yang berfungsi baik . ada kecacatan lain seperti penglihatan, pertuturan dan terencat akal

Epilepsi

. penyakit sawan . masalah neurologi . menggeletar 95 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

Spina bifida

. kecacatan tulang belakang . lumpuh bahagian bawah . boleh diubati dengan pembedahan Muscular dystrophy

. merosot kekuatan otot . perlu kerusi roda . kecerdasan tidak terjejas Limb deficiencies

. anggota tidak sempurna . kemalangan semasa kelahiran . boleh dilatih guna anggota palsu 33. (a) Nyatakan peranan guru dalam membentuk perkembangan personaliti individu. .

Sensitif dengan potensi murid-memberi galakkan dan dorongan kepada murid-murid untuk menggilap potensi kanak-kanakgalakan dan dorongan mampu membentuk personaliti yang baik . Menerima hakikat bahawa setiap individu berbeza dan unikberbeza dariapada segi kognitif, emosi, fizikal, dan personality96 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

memberi bimbingan kepada kanak-kanak untuk lebih mengahadapi cabaran dan dugaaan hidup

. Memahamikeperluan murid mengikut peringkat umur-guru mempunyai pengetahuan tentang ilumu psikologi kanak-kanak . Membina imej kendiri posifif-guru perlu membantu kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif-menjadi diri mereka lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi untuk melibatkan diri dalam menjalani kehidupan yang mencabar (b) Berikan contoh faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti. . Faktor kebakaan dihubungkaitan dengan kecerdasaan dan juga bentuk tubuh -wujud pola genetik semasa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu . Faktor pengalaman awal individu Pengalaman unik pada individu itu sahaja -individu akan bertindak secara sendirinya terhadap tekanan sosial yang dihadapinya -penekanan kepentingan pengalaman awal oleh Freud dalam perkembangan personaliti-persekitaran individu seperti budaya, adat resam, nilai dan cara hidup masyarakat, juga mempengaruhi perkembangan personaliti individu

. Latar belakang sekolah-suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi dan sosioal menyumbang kepada perkembangan personaliti yang bpositif dikalangan kanak-kanak. Sekolah sebagai tempat bimbingan dan pembentukan personaliti individuguru memainkan peranan dalam pembentukan personaliti kanakkanak -sekolah turut menyumbang kepada personality individu yang tidak seimbang -aktiviti-aktiviti yang baik mampu mengalakkan pembentukan peribadi kanak-kanak. 97 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

. Pengaruh keluarga -banyak mempengaruhi pembentukan personalitI kerana banyak masa dihabiskan bersama keluarga-ibu bapa harus memberI kebebasan untuk bermain sambil memerhati setiap pergerakan anak-anak untuk mengelak kejadian buruk berlaku. . Peranan media -banyak maklumat dapat disampaikan secara terus kepada kanak-kanak -maklumat tersebuta akan mempengaruhi kanak-kanak-menerangkann implikasi dan motif yang baik dalam menyampaikan maklumat melalui media. . Pemakanan -digalakkan memakan makanan yang berzat, bersih, dan halal. . Pengaruh sosialbudaya -tanap didikan agama kanak-kanak mudah terpengaruh dengan gejala negatif; gaya hidup bebas; terikut-ikut dengan zaman moden 34. Terangkan lima tahap perkembangan yang ditekankan di dalam teori perkembangan psikoseksual Freud secara ringkas? 35. Apakah konflik yang berlaku pada perkembangan tahap phallic dan kesannya terhadap personaliti dewasa? 36. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa yang menunjukkan mereka telah terlekat pada tahap oral dan anal.

37. Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit. 98 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

EDU 3102

99 PISMP SEM 1 Ambilan Jan 2011

You might also like