Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,makanan, tempat tinggal dan tempat belajar bagi bagi memenuhi kehendakpertama dan utama ini. Kata lain, apa-apa sahaja yang diperlukan untuk diri ataufizikal seseorang. Sebagai contoh, pelajar kurang zat makanan dan pelajar tersebuttidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa gurumenerangkan di depan. Maka, guru tersebut perlu beri perhatian dan ambil beratkepada tanda-tanda kekurangan fizikal ini.
Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,kestabilan kerja, jagaan masyarakat sekeliling, undang-undang serta membebaskandiri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amatdiperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ianya merupakan keperluan lumrahbagi setiap yang bernyawa. Sebagai contoh, keselamatan di dalam kelas, makmalsains mahupun di padang ketika bersukan. Hal ini penting kerana pelajar akanmerasa lebih selamat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadapelajaran.
Keperluan Sosial
Dalam memenuhkan keperluan sosial pula, manusia perlukan hubungan denganinsan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukankasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak bolehwujud bersendirian. Dalam konteks dalam kelas pula, pelajar akan berasaterganggu atau emosi jadi tidak stabil jika kelas berlaku pertengkaran apatah lagi jadi tegang apaabila dimarahi guru. Jadi, perlunya hubungan baik dan mesra antarapelajar dan antara pelajar dengan guru.
Keperluan Penghormatan
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghormatan. Kita mahu berkuasa,sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita jugaperlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusiaingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Bagi seorang pelajarpula, ianya berkaitan dengan penerimaan oleh orang lain terhadap diri seseorangpelajar lain. Penerimaan rakan sebaya penting untuk rasa tidak tersingkir. Justeruitu, penerimaan guru sangat penting untuk membina keyakinan diri. Apabiladiterima oleh rakan-rakan, pelajar tersebut dapat berinteraksi secara positif didalam kumpulan. Apa yang guru dapat lakukan untuk memastikan supaya tahap inidipenuhi adalah dengan menyediakan aktiviti yang membolehkan merekaberdamping dan saling mendampingi antara satu sama lain.
Leave a Comment
thnx you..
thank you.
good
**** you....
sgt membanttu....thanks 4 sharing...
only this i got...