You are on page 1of 16

Latar belakang jupem

JUPEM merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, pemetaan, topografi dan geodesi. Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan JUPEM Sabah (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), JUPEM Sarawak (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995. JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan negara. Sejak penubuhannya, JUPEM telah merencanakan pelbagai pembaharuan serta pemodenan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan. Bermula daripada penggunaan peralatan konvensional sehinggalah kepada aplikasi penggunaan satelit, JUPEM sentiasa mengorak langkah mengikut perkembangan teknologi terkini dalam bidang ukur dan pemetaan.

Fungsi Menasihati Kerajaan dalam bidang ukur kadaster dan pemetaan serta persempadanan negeri dan antarabangsa. Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah, strata dan stratum. Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan lebih efisien. Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan. Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik.

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

Piagam pelanggan

Menyiapkan kerja ukur kadaster sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak melebihi 60 hari dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur.Memastikan penyemakan ke atas kerja-kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB) disiapkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap dan teratur.Memproses Pelan Strata dalam tempoh 30 hari dan Pelan Akui Strata dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur. Memastikan pengeluaran nombor-nombor lot dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap dan teratur daripada Jurukur Tanah Berlesen.Menyedia serta membekalkan data data ukur untuk penyediaan suratan hakmilik ke Pejabat Tanah/Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 7 hari dari penerimaan permohonan yang sempurna dan teratur.Memastikan dokumen geospatial terperingkat dibekalkan dalam masa 2 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan. Memastikan data pasca proses MyRTKNet dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 4 jam.Memastikan sebarang permohonan pembelian maklumat geodetik tidak terhad dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan transformasi koordinat, penukaran koordinat, unjuran peta dan interpolasi geoid dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari. Bagi memastikan sebarang permohonan perkhidmatan / pembelian bagi setiap salinan data ukur/peta tidak terhad di kaunter JUPEM dapat diuruskan dalam masa 1 jam.Memastikan data data ukur dapat diakses dan diperolehi melalui e-commerce pada bila bila masa,bagi membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan lengkap diterima.

Produk & perkhidmatan Produk kadaster Produk pemetaan Produk Geodetik Perkhidmatan Geodetik Permohonan atass talian Muat turun borang dan perisian

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

TUGAS & PERANAN DI JUPEM

Dua akktiviti utama jupem dalam menyediakan infrastruktur ukur diseluruh Negara iaitu :-

1) Dalam aktiviti pemetaan dengan kaedah :I) Penyediaan kemudahan infrastruktur ukur melalui Ukur Aras Ukur Graviti Cerapan Pasang Surut Jaringan Global Position Sistem II) Ukur Hidrografi III) Ukur Topografi IV) Ukur Foto Udara V) Penyediaan peta tematik dan topografi pelbagai sekala VI) Penyediaan pangkalan data topografi dan kartografi serta Ukuran Sempadan Antarabangsa.

2) Selain itu,Aktiviti kadaster seperti:-

I) Ukuran Hakmilik Tanah seperti untuk pelbagai tujuan pemberi milikan pertama,pecah bahagian dan penyatuan sempadan serta pengambilan semula tanah. II) Membuat pemantauan dan kualiti kawalan kerja juruukur tanah berlesen. III) Penyediaan Surat Hakmilik Tanah/Strata/stratum. IV) Penyediaan pangkalan data ukur kadaster V) Penyelenggaraan dan pembangunan unit infrastruktur kawalan bagi GPS/trabas piawai.

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

Dibawah pentadbiran kuasa jupem cabang-cabang kerja di pecahkan kepada 3 kelas iaitu :a) Bahagian Pemetaan b) Bahagian Geospatial Pertahanan c) Bahagian Kadaster

Dimana setiap bahagian mempunyai system unit kawalan bagi pergerakkan kerja.contohnya :1) Dibawah pentadbiran bahagian pentadbiran dimana seksyen-seksyen yang terlibat adalah Seksyen perancangan ,penyelidikan dan pembangunan Seksyen pentadbiran dan perkhidmatan Perancangan Guna tenaga Seksyen pembangunan sistem Selain itu seksyen ini dipecahkan kepada 2 bahagian unit pentadbiran teras iaitu :a) Seksyen Luaran Seksyen Luar Sempadan Seksyen topografi Seksyen Geodesi Seksyen Pencetakan Peta b) Seksyen Dalaman Seksyen Perkhidmatan Kerja Seksyen Penawanan Data Seksyen Pangkalan Data Seksyen Kartografi Seksyen Pemetaan Utiliti 2) Bahagian Geospatial Pertahanan terdiri : Seksyen Pembangunan Geospatial Seksyen Pembangunan Maklumat Seksyen Operasi dan Latihan Seksyen Cawangan Tadbir 3) Bahagian Kadaster terbahagi : Seksyen Penyelaras dan Dasar Kadaster Seksyen Perundangan Seksyen Nazirah/ JUBL ( Juru Ukur Berlesen )
4 Error! No text of specified style in document. | UKD 431

UNIT KAWALS ELIA JUBL / STRATA

Pengenalan Selain daripada menjalankan kerja ukur bagi fail jabatan, JUPEM juga terlibat secara langsung dengan Jurukur Berlesen (JUBL) dalam menguasai dan menyelia kerja ukur Kadaster dan strata yang dijalankan oleh JUBL. Unit ini merupakan satu unit yang mewakili JUPEM untuk memantau hasil kerja yang dibuat oleh pihak JUBL bagi memastikan setiap kerja yang dijalankan (meliputi pengukuran, Buku Kerjaluar, penghasilan PA dan JK) mematuhi syarat yang dibenarkan oleh JUPEM mengikut piawaian pekeliling dan diberi kelulusan oleh Pengarah Ukur. Unit ini menjalankan kerja-kerja pendaftaran dan semakan ke atas kerja-kerja pengukuran JUBL samada pengukuran Kadaster mahupun strata. Unit ini akan menerima beberapa dokumen PU daripada JUBL sebelum sesuatu kerja ukur itu dijalankan bagi tujuan pendaftaran untuk mendapatkan nombor-nombor PA, JK, Buku Kerjaluar (BK) dan no. lot tambahan jika ada. Dalam menjalankan tugas-tugas berkenaan, unit ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Bahagian Pendaftaran PU Bahagian Semakan Hakmilik Tanah Bahagian Hakmilik Strata

Bahagian Pendaftaran PU Bagi suatu Permohonan Ukur baru yang akan dijalankan pengukuran oleh JUBL, ia mestilah didaftarkan dahulu oleh JUPEM bagi mengeluarkan nombor-nombor lot, PA, JK, BK dan Fail Ukur.Antara lima dokumen iaitu :a) Sijil Akuan (dari Lembaga Jurukur Tanah). b) Borang LJT1 salinan 3. c) Surat Kelulusan dari Pejabat Tanah. d) Pelan Tata Atur yang diluluskan oleh Pejabat Tanah. e) Disket pelan Pra-Hitungan digital yang mengandungi 3 fail ASCII iaitu pub, pud dan pul.

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

Bahagian Semakan Hakmilik Tanah Bahagian ini akan membuat semakan ke atas hasil kerja pengukuran yang telah siap dijalankan oleh JUBL. JUBL akan menghantar data kerja pengukutan seperti PA, JK dan BK untuk disemak. Semakan dibuat bagi memastikan data ukur seperti nilai bering, jarak dan koordinat adalah betul. PA akan dibandingkan dengan JK, jika terdapat kesilapan, data JK adalah muktamad dan PA dibetulkan. Kemudian PA dibandingkan dengan BK, jika ada kesilapan, data PA muktamad dan BK dibetulkan. Lot-lot bersebelahan dengan lot

pengukuran (abbutal) juga perlu disemak berdasarkan kepada PA-PA yang terdahulu.

a) Nilai Koordinat Asas b) Bentuk lot dengan Pelan Layout c) Lot bersebelahan (abbutal) d) Keluasan lot e) Jika terlalu banyak pemotongan yang dibuat di atas PA, PA tersebut tidak boleh diterima dan dibatalkan.

Bahagian Hakmilik Strata Bahagian semakan bagi Hakmilik Strata terbahagi kepada dua iaitu: a) Peringkat 1 b) Peringkat 2

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

Peringkat 1 (Proses Semakan) 1) JUBL menghantar dokumen kepada PTG dahulu bagi kelulusan pengukuran manakala PTG akan menghantar dokumen yang telah diluluskan tersebut kepada Unit JUBL JUPEM untuk proses semakan Strata. 2) Proses semakan akan dibuat selama 55 hari. 3) kemakini melibatkan 4 jabatan organisasi: Pemaju (tuan tanah) JUBL

Peringkat 2 Peringkat 2 melalui proses-proses seperti berikut :

a) Strata apabila permohonan disokong oleh JUPEM, pelan cadangan tersebut dihantar ke PTG untuk sokongan. b) PTG dimana pihak kedua yang akan memaklumkan kepada JUBL dimana permohonan telah disokong dan diluluskan. c) JUBL ialah pangkalan yang akan menyediakan Pelan Akui bagi ukuran semula kepada JUPEM. d) JUPEM merupakan pihak yang akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 80 hari. Surat sokongan Strata akan dikeluarkan setelah proses semakan selesai.

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

PERMOHONAN DARI JUBL

PERTANYAAN SEMAKAN AWAL DOKUMEN KEPADA JUBL

TERIMA

TOLAK

PENDAFTARAN FAIL

PENGIMBASAN DOKUMEN

SIMPAN DOKUMEN

MENCARTA

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

UKUR KADASTER

PENGENALAN Ukur kadaster ialah satu pengukuran untuk menentukan kedudukan batu-batu sempadan hakmilik dan menunjukkannya didalam rekod yang berdaftar atau titles. Didalam pelan atau titles ini sempadan ditunjukkan dengan nilai bearing dan jarak. Tujuan utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak- kehendak awal bagi pendaftaran hakmilik.

Tujuan ukur kadaster : Mengelakkan berlakunya pertindihan antara lot-lot tanah yang bersebelahan. Mengelakkan berlakunya pembaziran ruang kosong antara lot-lot tanah Mentakrifkan bahawa sebidang tanah itu adalah dibawah mukim-mukim tertentu dan pemilik ekonomi tertentu. Untuk menentukan bentuk dan keluasan tanah bagi setiap perubahan seperti pembahagian tanah dan lain-lain.

Sistem ini selaras dengan keupayaan alat-alat ukur berteknologi tinggi masa kini seperti total station, GPS JUPEM dapat membina satu computer-base CCS yang boleh menghubungkait perihal data-data tuan punya tanah dengan data-data yang berlainan iaitu seperti: Topografi (seperti dari pemetaan kebangsaan-RSO) Jenis-jenis pengukuran tanah dan geologi (seperti peta-peta geologikal). Utiliti (seperti paip-paip air dan kabel-kabel elektrik). Remotely-sensed land use (seperti dari angkasa). Kedudukan pengguna (seperti dari penerimaan GPS). Informasi zon pantai laut (seperti dari carta-carta hidrografi

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

Peranan pegawai ukur terhadap batu sempadan didalam pengukuran kadaster adalah seperti berikut: Bertanggungjawab untuk mengawasi kerja-kerja menanam tanam pastian, mengubah atau mengalih sebarang tanda yang tidak diperlukan lagi. Seseorang pegawai ukur juga perlu mencari kedudukan asal sempadan tanah dan tidak cuba untuk membetulkan kedudukan asal walaupun wujud selisih. Tanda sempadan yang kekal hendaklah ditanam sebelum atau serentak pengukuran yang dibuat. Jika terdapat bukti yang menyatakan tanda sempadan tersebut berganjak dalam had yang akan memberikan kesan kepada kepentingan tuan tanah, maka tanda sempadan tersebut perlu diubah. dengan

PERINGKAT-PERINGKAT KERJA LUAR TERABAS UKUR Kerjaluar yang dilakukan perlulah mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan. Ini adalah bagi melancarkan lagi proses kerja pengukuran. Langkah-langkah tersebut adalah:1. Tinjauan kawasan Langkah ini dilakukan bagi memudahkan juruukur untuk memikirkan cara yang terbaik dan sesuai untuk menjalankan kerja ukur nanti. Selain itu, jurukur juga dapat membuat

membayangkan rupabentuk terabas yang dilakukan, jurukur juga perlu

tinjauan kerana penting bagi menentukan kedudukan stesen yang hendak diduduki. Jurukur juga hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara semasa membuat tinjauan. Diantaranya ialah: Tujuan pengukuran Ketepatan dan kejituan kerja yang diperlukan Memerhatikan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan lagi kerja ukur yang hendak dijalankan. Masa yang diperlukan bagi mengendalikan kerja ukur atau masa yang telah diperuntukkan. 2. Pemilihan stesen ukur (datum)

10

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

Pemilihan stesen ukur adalah penting untuk melancarkan kerja pengukuran. Jurukur perlulah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: Meminimumkan bilangan stesen untuk kerja ukur tetapi memadai untuk mendapatkan kejituan kerja ukur dan tidak menjejaskan perjalanan kerja ukur. Stesen ukur mestilah saling nampak antara satu sama lain. Jarak cerapan yang dilakukan antara satu stesen dengan stesen yang lain hendaklah 30 meter. Ini adalah bertujuan untuk menghalang ralat pada bacaan bearing atau cerapan sudut. Tapak keja ukur perlu diambil perhatian sebagai contoh keadaanya adalah stabil disekitar alat ukur dipasang. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pergerakan alat semasa kerja ukur sedang dijalankan. Kedudukan stesen yang sebaik-baiknya adalah stesen yang berhampiran dengan butiran yang ingin dibuat cerapan. Stesen ukur juga mestilah tidak terhalang dari sebarang gangguan seperti pokok, batu, bangunan dan sebagainya. Seboleh-bolehnya mengelakkan dari mendirikan alat atau dijadikan stesen bagi keadaan tapak yang bercerun dan berair.

3. Penandaan stesen ukur pengambilan cerapan Untuk menentukan sesuatu stesen ukur itu mestilah mengambil perhatian dari beberapa perkara seperti berikut: Penandaan stesen perlulah dibuat dari kayu piket yang panjangnya kira-kira 0.5m dan permukaan keratanya adalah 40mm x 40mm. Piket yang ditanam didalam tanah hendaklah sejarak 2 cm dari permukaan tanah. Pada permukaan piket hendaklah dipakukan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kejituan dalam kerja ukur. Kedudukan stesen hendaklah direkodkan. Ini adalah bagi memudahkan mencari semula kedudukan stesen jika piket itu hilang.

11

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

UNIT SISTEM MAKLUMAT

Merupakan salah saatu unit dimana bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawasi perjalanan fail-fail kerja ukur di jabatan ukur negeri sehingga satu surat hakmilik kekal dapat dikeluarkan mengikut peruntukkan undang-undang dan peraturan jabatan ukur yang dikuatkuasakan. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :1) Bahagian Pendaftaran & Rekod Merupakan bahagian pendaftaran hakmilik dan merekod segala butiran dan data-data yang terdapat dalam hakmilik 2) Surihan Kerja Luar Dipertanggungjawwabkan dalam mengurus dan mengawasi perjalanan fail kerja sehingga satu hakmilik kekal dapat dikeluarkan mengikut peruntukkan yang dikeluarkan oleh Kanun Tanah Negara. Selain itu, dipertanggungjawabkan juga dalam penyediaan surihan kerja luar untuk membekalkandata panduan pengukuran dan meguruskan berkaitan dengan nombor lot sempadan.

Objektif Melakukan pencetakan dan memastikan fail-fail ukur jabatan direkod dan diselenggara dengan kemas untuk mencapai target objektif keseluruhan jabatan ukur negeri :i) Dengan menerima dan memproses permohonan ukur yang diterima dari PTD atau PTG dalam tempoh ditetapkan ii) Memantau pergerakan fail kerja dan memastikan ukuran hakmilik disiapkan cepat dari tarikh yang dimohon. iii) Menyediakan Pelan hakmilik baru mengikut prosidur yang ditetapkan. iv) Menyediakan pelan hakmilik gantian dalam tempoh ditetapkan dari tarikh yang dimohon. v) Menyediakan Pelan Warta.

12

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

AKTIVITI UNIT

i) Memantau surat menyurat berkaitan permohonan ukur ii) Mengupgrade data permohonan melalui SPDK iii) Mengirim boring pengesahan ukur pada pejabat tanah iv) Penyediaan surihan kerja luar digital dengan menggunakan modul e-SKL V) Penerimaan permintaan ukur jika borang lengkap melibatkan pengwartaan kerajaan Vi) Menyemak senarai borang yang keluar masuk

Proses kerja bagi penyediaan hakmilik baru :i) Terima fail ukur ii) Penyediaan Pembayaran ukur berdasarkan perintah KTN iii) Menyediakan 2 salinan bagi setiap lot yang terlibat. iv) Memasukkan format mengikut pelan hakmilik tanah v) Mewarnakan garisan Lotsempadan dengan warna hijau

13

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

MULA

TERIMA PU DARI PEJABAT TANAH/PTG REKOD PENERIMAAN PU SEMAK DOKUMEN-DOKUMEN

LENGKAP?

CARTA DI ATAS PETA KADASTER

PASTIKAN TIADA PERTINDIHAN SEMPADAN

LENGKAP? TIADA PERTINDIHAN

DAFTAR PU DAN BUKA FAIL UKUR A

14

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

CARTA ALIRAN PENYEDIAAN DOKUMEN HAKMILIK TANAH

TERIMA FAIL UKUR DARI UNIT CPS DAPATKAN IMEJ PELAN AKUI BERKAITAN SEDIAKAN DOKUMEN HAKMILIK TANAH DAN PENYATA UPAH UKUR

LENGKAP?

SAHKAN PELAN HAKMILIK TANAH

EDARKAN DOKUMEN HAKMILIK TANAH KE PEJABAT TANAH

15

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

KESIMPULAN

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah ditubuhkan pada tahun 1957. Ia berfungsi sehingga ke era 20 an. Terbuktinya pada tahun 2012 JUPEM telah berkembang dari pelbagai jenis Ukur di Malaysia. Contohnya, Ukur Kadaster , Ukur Aras , Ukur Hidrografi , Ukur GPS , Ukuran Geodetik dan lain-lain lagi. Juruukur Berlesen yang dibawah JUPEM ditanggungjawab sepenuhnya oleh JUPEM. JUPEM telah melahirkan bahagian-bahagian tertentu untuk melaksanakan bahagian-bahagian tersendiri. Seperti Bahagian Kadaster , Bahgian Pemetaan dan Bahgian Geospatial dan Pertahanan. Ini telah menyebabkan di bawah bahagian tersebut mempunyai tanggungjawab terhadap kerja dan seksyen-seksyen masing-masing. Ini telah membuktikan bahawa JUPEM adalah amat penting dalan industri negara, kerana JUPEM telah berkembang dalam pelbagai sektor yang telah disyorkan.

16

Error! No text of specified style in document. | UKD 431

You might also like