You are on page 1of 36

PJM3122 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK: UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN SUKAN

DISEDIAKAN OLEH: 5 PISMP PJK/AMBILAN JANUARI 2011 IPGKSM

Kaitan undangundang dan sukan

Liabiliti perundang an dalam sukan

TAJUKTAJUK

KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN

Definisi Undang-Undang
Undang-undang merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Ia berfungsi untukmenjadikan kejohanan atau pesta permainan dikendalikan dengan adil dan tersusun.

Undang-undang Permainan

JENIS UNDANGUNDANG

Peraturan Am Permainan

Apakah perbezaan antara peraturan dan undang-undang?

Peraturan am dicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan kejohanan atau pesta permainan dari segi pentadbiran. Undang-undang permainan adalah piawai dan diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan atau persatuan sukan antarabangsa.

Kepentingan Undang-undang Dan Peraturan


Menjadikan kejohanan menjadi lebih tersusuan. Menjadi rujukan utama jika terdapat masalah. Mengawal perjalanan atau pertandingan. Dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard yang digunakan pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan suka antarabangsa.

Contoh:
Federation International de Football (FIFA) telah menetapkan undangundnag bola sepak. Oleh itu, setiap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang merupakan persatuan sukan yang menganggotai FIFA perlu berlandaskan undang-undang yang telah digariskan oleh badan FIFA.

Elemen Pembentukan Undangundang


Keselamatan Keadilan Keseronokan Etika pertandingan

Penguatkuasa Permainan
Pegawai pertandingan yang akan diiktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang dianjurkan oleh persatuan sukan antarabangsa atau badan gabungannya.

Tujuan Undang-undang Permainan


Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja. Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan.

Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan. Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif. Mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika permainan dijalankan dalam permainan.

PERATURAN AM

Undang-undang yang telah dibina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan sesuatu kejohanan. Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan. Bergantung kepada pihak penganjur dan tiada pegawai yang tetap.

Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang permainan yang telah termaktub dalam undangundang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia.

Faktor Dalam Merangka Peraturan Am


Faktor persekitaran. Berbeza mengikut tempat. Hak mutlak penganjur.

Penguatkuasa Peraturan Am
Jawatankuasa teknikal disiplin yang dilantik dalam sesuatu kejohanan.

TUJUAN
Mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran supaya kejohanan lancar dan tidak bermasalah.

LIABILITI PERUNDANGAN DALAM SUKAN

Apa itu liabiliti ?


a) Sesuatu yang memerlukan seseorang bertanggungjawab b )Sesuatu halangan atau meletakkan seseorang atau kumpulan dalam kerugian

Contoh
Seorang guru pjk tingkatan satu menulis rph dan mengajar kemahiran bola sepak kepada pelajarnya. Walau bagaimanapun, guru tersebut membenarkan beberapa orang pelajarnya bermain bola keranjang kerana pelajar tersebut tidak berminat dengan bola sepak. Jika pelajar cina tersebut tercedera semasa bermain bola keranjang, guru tersebut akan menanggung liabiliti kerana cuai walaupun guru tersebut berada bersama ketika kejadian berlaku.

Penyalahgunaan Dadah

Menerima Rasuah

LIABILITI DALAM SUKAN


Judi

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

PENYALAHGUNAAN DADAH
Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otototot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:


Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. Undang-Undang - Sesetengah dadah adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Penggunaan dadah untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. Atlit berisiko untuk disingkirkan daripada pertandingan sekiranya positif dalam ujian dadah yang diadakan secara rambang.

PERJUDIAN DALAM SUKAN

Definisi Perjudian
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3(1997) , perjudian bermaksud permainan dengan memakai wang dan sebagainya sebagai taruhan. Menurut kamus besar Bahasa Melayu Utusan (1995), Perjudian bermaksud menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan judi, mempertaruhkan, mempetarungkan dan menggadaikan.

Terdapat beberapa sebab :


faktor kewangan. Sebagai hiburan. Pengaruh Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam menguruskan perjudian dalam sukan) Pengaruh persekitaran.

Jenis Perjudian Dalam Sukan


Menentukan dan mengatur perlawanan.
Sebelum pertandingan,keputusan pertandingan telah ditentukan Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan.

Bertaruh keputusan pertandingan.


Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan . Contoh : sukan bola sepak jumlah jaringan

Kesan Perjudian dalam Sukan


Mencemar imej sukan negara. Mutu sukan merosot. Menyumbang kepada budaya tidak sihat dalam sukan.

RASUAH DALAM SUKAN

Definisi Rasuah
Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang. Pemain yang tamak dan kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah. Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi survival mereka.

Kesan
Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa.

Contoh; Ramai pemain dan jurulatih telah disoal siasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantung seumur hidup.

You might also like