You are on page 1of 9

Bab 1 : Pembentukan Personaliti dan Konsep Kendiri

1.1 Personaliti
1.1.1 Konsep

Berasal perkataan Latin personal – bermaksud topeng muka.


Ditakrifkan sebagai satu kombinasi attribute, motif, nilai & tingkah laku
yang unik kepada sesuatu individu.
Merujuk kepada organisasi, watak, perangai, intelek, bentuk badan yang
stabil yang menentukan penyesuaian unik individu terhadap
persekitarannya.
Terdiri daripada 2 aspek utama:
(a) Watak – sebahagian daripada personaliti
- merangkumi sifat-sifat e.g. kejujuran, amanah, kebersihan,
toleransi
& belas kasihan.
(b) Tret – merujuk kepada cirri-ciri personaliti yang agak kekal iaitu
personaliti introvert & personaliti ekstrovert.

1.1.2 Klasifikasi Personaliti


Jadual 1.1 : Ciri-Ciri Yang Dipunyai Oleh Personaliti Ekstrovert & Introvert
Mengikut Carl Jung ( 1875 – 1961)
Ekstrovert Introvert Ambivert
1 Gemar aktiviti luar Pasif Mengamalkan ciri-ciri
kesederhanaan
2 Aktif Suka berseorangan
3 Mesra & peramah Pemalu & sensitif
4 Inovatif Tenang & cermat
5 Cepat bertindak Boleh dipercayai
balas
1.1.3 Peranan Guru Untuk Membentuk Personaliti Baik Dalam
Diri Murid

1
(a) Seorang guru yang sensitif & peka akan personaliti murid melalui
pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya.
(b) Guru akan mengetahui personaliti murid-muridnya dengan memerhati gaya
percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di
antara satu sama lain dalam bilik darjah.
(c) Satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk
personaliti baik dalam diri setiap orang murid.

1.2 Konsep Kendiri

2
1.2.1 Pengertian
Ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan merangkumi
gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, kekuatan dan
tingkah laku kendiri seseorang individu.
Dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan
penyesuaian diri dengan alam sekitar.
Penyesuaian yang berjaya – konsep kendiri positif
Penyesuaian yang gagal – konsep kendiri negatif
Boleh dipengaruhi oleh tanggapan orang lain.

1.2.2 Jenis-jenis konsep kendiri


Terdapat 2 jenis, iaitu:

a) b)
Konsep Kendiri Konsep Kendiri
Positif Negatif

Murid-murid yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai ciri-ciri


yang berikut:
 Mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan
 Sering mendapat pujian, gembira, yakin dan percaya pada diri
sendiri
 Dapat menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah
 Optimistik, terbuka, sedia menerima kritikan orang lain
 Lebih tenang, mudah berinteraksi dgn org lain dan senang
dihampiri
 Mempunyai emosi stabil
 Dapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru & rakan yang tinggi

3
Murid-murid yang mempunyai konsep kendiri negatif mempunyai ciri-ciri
yang berikut:
 Sentiasa mengalami kegagalan akademik/ ko-kurikulum
 Selalu dikritik oleh guru dan rakan
 Emosi tidak stabil (mudah tersinggung, merajuk)
 Kurang diterima oleh rakan
 Keyakinan diri rendah, pasif, menarik diri dari bersosialisasi
 Gemar membuat kerja mudah, tiada cabaran
 Suka bermain dgn individu yang lebih muda
 Mempunyai daya intelek yang rendah
 Kurang kasih sayang daripada ibu bapa

Faktor yang mempengaruhi personaliti

Seorang tokoh Islam terkenal dalam abad ke-14. Terdapat 3


faktor yang mempengaruhi personaliti iaitu hati, akal & nafsu.

 Hati
- sebagai rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional
- hati individu yang belum kukuh dengan tuntutan agama
memerlukan akalnya untuk memandu ia bertindak – digelar
sebagai hati ‘qalbun’
- hati baik yang dapat bertindak dengan intuisi rasional dan ikhlas
membimbing akal – digelar hati ‘lubbun’
- di antara dua hati, terdapat hati ‘fuaadan’ yang dapat menghayati
semua ajaran agama Islam

 Akal
- anugerah Allah yang khusus untuk manusia

4
- sebagai intelek yang membolehkan manusia membentuk konsep,
generalisasi, dan berdaya rasional
- terdapat 3 jenis akal
(a) akal biasa – pemikiran individu dicorakkan oleh apa yg dapat
dilihat lalu menolak perkara yg abstrak contohnya dosa dan
pahala
(b) akal taakul – berkeupayaan menganalisis sesuatu perkara
berdasarkan sebab-musabab
(c) akal tadabbur – boleh berfikir secara ikhlas dan rasional
berpandu kepada kekuatan keimanannya.

 Nafsu
- dirujuk sebagai tabii keinginan – dapat dilihat di sekeliling
- seseorg yg bertindak mengikut runtunan hawa nafsu hingga dia
memperoleh sifat kejahatan & kerosakan – digelar mempunyai
nafsu ammarah
- seseorg yang lemah lembut tutur kata, menerima sepenuh hati atas
ketentuan Allah ke atas dirinya, berterima kasih sesama manusia,
bersyukur di atas nikmat pemberian Allah – digelar mempunyai
nafsu mardiah
- para rasul yang mempunyai sifat diri yang sempurna digelar
mempunyai nafsu kamilah
- nafsu terdapat 7 tahap iaitu
(a) nafsu ammarah
(b) nafsu lawwamah
(c) nafsu mulhamah
(d) nafsu mutmainnah
(e) nafsu radiah
(f) nafsu mardiah
(g) nafsu kamilah

5
- manusia biasa boleh mencapai tahap nafsu mutmainnah – jiwa
manusia dapat menahan runtunan nafsu syahwat lalu mencapai
ketenangan – mencorak personaliti aman dan rasional

(1933) personaliti boleh dibahagikan kpd 3


struktur iaitu id, ego dan superego.

 Id
- bahagian manusia yang tidak sedar dan ia merupakan satu
dorongan biologikal dan naluri
- mendorong manusia untuk bertindak demi kepuasan tanpa mengira
natijah-natijahnya
- jelas dilihat dalam perkembangan kanak-kanak kecil yang bersifat
egosentrik dan yang suka mementingkan diri sendiri – e.g. tidak
suka mengongsi barang

 Ego
- aras sedar di mana subsistem personaliti terbentuk melalui
pengalaman / realiti
- mengawal id yang tidak dapat dipuaskan – penting kerana boleh
menilai keputusan untuk diri/masyarakat
- beroperasi melalui pemikiran yang realistik, logikal dan dapat
membuat perancangan yang sesuai
- di peringkat id ini, proses perkembangan mental berlaku.
Seseorang akan berfikir secara matang dan pemikiran ini akan
menolongnya untuk menyesuaikan diri dalam satu persekitaran

 Super ego
- dikenali sebagai aras pra sedar – wujud antara id dan ego
- dapat mengawal keseluruhan ego dan id

6
- ciri unik – susah untuk mengingati perkara-perkara yang telah
berlalu – berlaku dalam fikiran manusia
- mempunyai kebolehan untuk menilai tingkah laku kendiri dan org
lain – bertindak sebagai penghalang tingkah laku yang salah
- sentiasa menilai tingkah laku dan perbuatan seseorang.

1.2.3 Cara-cara guru membantu pembentukan konsep kendiri


positif

(a) seorang guru perlu menjaga konsep kendiri murid-muridnya.


(b) perlu mengembangkan potensi yang sedia ada dalam murid-murid
samada dalam bidang akademik, kesukanan, bidang seni dan
sebagainya.
(c) guru tidak boleh membandingkan antara murid-murid yang berlainan
kerana setiap murid adalah berbeza dan unik.
(d) guru mesti pandai menggunakan penilaian fleksibel kerana prestasi
akademik murid-murid sentiasa berubah.
(e) tidak boleh melabel spt memanggil murid-muridnya ‘bodoh’, ’lambat’ atau
sebagainya. Ini ialah kerana lambat laun murid-murid tersebut akan
mempercayai bahawa mereka betul-betul bodoh berdasarkan prinsip ‘self-
fulfiling prophecy’.

1.2.4 Jenis helah bela diri positif dan negatif

 Helah bela diri - satu strategi mental yang digunakan oleh individu untuk
membela diri daripada halangan-halangan malu, rasa serba salah dan
masalah-masalah peribadi yang wujud kepada ego seseorang.
 Caranya ialah mengelak implus-implus yang negatif daripada otak sedar
dengan mengurangkan kesan tekanan dan kesakitan.

7
 Kesakitan atau tekanan ini boleh dielakkan dengan menolak semua
pengalaman yang pahit pada bahagian otak tak sedar.
 Terdapat 8 jenis helah belah diri positif
(a) sublimasi – cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan,
kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat
(b) rasionalisasi – penjelasan yang diberi oleh seseorang terhadap tingkah
lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi
menjaga ego atau harga dirinya
(c) pemindahan – memindahkan perasaan yang kurang manis daripada
sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya
(d) projeksi – membalikkan konflik/kelemahan dalam dirinya kepada orang
lain
(e) introjeksi – menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan ciri-ciri
orang lain yang disukai / disanjungi
(f) pembentukan reaksi – menafikan sesuatu keinginan yang telah
disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan
(g) kompensasi – melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan
tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakunya
(h) fantasi – membentuk khayalan / angan-angan dengan tujuan
mengurangkan perasaan yang pahit / tidak diingini

 Terdapat 4 jenis helah belah diri negatif


(a) represi – mengalihkan kesedaran sst ancaman dalam minda dengan cara
melupakannya.
(b) penafian – meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku /
tidak ada.
(c) agresi – tindakan mencederakan / merosakkan punca kekecewaan /
ancaman
(d) regresi – pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang
matang seperti menangis

8
9

You might also like