You are on page 1of 20

LARAS BAHASA

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KPLI AMBILAN JANUARI 2009

Definisi Laras Bahasa


Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan utuk keadaan atau situasi tertentu. Memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Konsep Laras Bahasa


Dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa Penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial.

Jenis Laras Bahasa


Laras Bahasa Biasa Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.) Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat. Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Formal/Rasmi Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Tidak Formal Berlaku proses pengguguran dalam ayatayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Laras Khusus Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajarpelajar (rencana, laporan, buku). Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah: * kosa kata * tatabahasa * gaya

Laras Bahasa Sastera


Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera: a. kreatif dan imaginatif: kabur mesej b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.(imaginatif & figuratif (kiasan) d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, ilusi personifikasi, ambiguiti dan sebagainya. e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama

Membincangkan isu agama Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Terdapat tamsil ibarat (kias ibarat) yang bertujuan memberi pengajaran kepada pembaca.

Contoh Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai Al-Jannah yang bermaksud sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan

Laras Bahasa Undang-Undang

mempunyai istilah sendiri seperti

Argumantum ad baculum, habeas corpus

dan sebagainya. Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

Laras Bahasa Sains


Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta. Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

Contoh Air hujan, secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan karbon dioksida dalam atmosferaa untuk membentuk asid karbolik. Nilai pH air hujan ialah 5.6

Laras Bahasa Akademik

Digunakan dalam bidang ilmiah Bersifat formal dan objektif Gaya bahasa - matang dan keintelektualan (hujah, tepat dan berkesan) Bersifat khusus dan sukar difahami Mementingkan kesempurnaan Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian Terdapat penggunaan sudut pandangan orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk Mengandungi nota kaki, bibliografi, indeks dsb

Contoh bidang biologi Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.

Laras Bahasa Ekonomi

Berbentuk ilmiah Istilah-istilah teknikal Tidak mementingkan struktur ayat Bersifat formal Mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik

Contoh : Jumlah dagangan Malaysia melonjak ke tahap tertinggi sebanyak RM 880.37 billion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan jumlah terbesar dalam sejarah ekonomi Malaysia.

Laras Bahasa Perniagaan/Iklan

Berbentuk pemberitahuan fakta Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci. Ayat ringkas dan pendek banyak menggunakan kata adjektif Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif Cara penyampaian menarik dan mesra Mementingkan pemilihan dan penyusuanan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa Menggunakan slogan atau pernyataan tertentu untuk meyakinkan pengguna

Iklan dihasilkan dengan beberapa cara; (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y (d) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Media

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah bahasa yang digunakan mudah, gaya tulisan yang jelas dan isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Rujukan

Ismail bin Drahman (2009). Laras Bahasa http://www.scribd.com/doc/11589816/LarasBahasa http://www.tutor.com.my/stpm/laras_bahasa.htm faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK10/L ARAS BAHASA.doc staff.iiu.edu.my/mascitah/larasbahasa.doc

You might also like