You are on page 1of 3

Pentadbiran awam menurut sebagai satu aspek kegiatan dan institusi pemerintahan yang telah lama bertapak dalam

kehidupan manusia. Pentadbiran awam disifatkan sebagai usaha ke arah pencapaian matlamat pemimpin dan pemerintah untuk kesejahteraan rakyat yang dibantu oleh jentera pentadbiran. Oleh sebab itu, apa sahaja kejayaan yang dicapai oleh ketua negara atau kerajaan tertakluk kepada keberkesanan dan kecekapan institusi pentadbiran awamnya. Dalam hal ini, pentadbir-pentadbir merupakan aktor penting dalam atau agen utama kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, pentadbiran awam merupakan alat kerajaan yang penting yang secara langsung terlibat dalam memberikan keberkesanan manamana sistem pemerintahan. Keadaan ini dapat kita lihat dalam konteks pentadbiran awam dan kerajaan Malaysia seperti yang ada pada hari ini. Peranan insitusi-institusi pentadbiran awam dan pegawai-pegawai awam terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar awam yang diluluskan oleh Dewan Perundangan (Parlimen). Justeru itu, pentadbiran awam meliputi semua organisasi, kakitangan, tindakan serta peraturan-peraturan yang dikendalikan oleh pihak eksekutif (ketua kerajaan dan negara) untuk menjayakan rancangan yang diluluskan oleh Parlimen.

Perusahaan awam sebagai sebuah organisasi yang beroperasi berasaskan kepada prinsip komersil dan dikuasai secara menyeluruh atausebaha giannya oleh kerajaan. perusahaan awam di Malaysia ditakrifkan sebagai badan kerajaan yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan perniagaan. Dapat dirumuskan bahawa perusahaan awam merupakan suatu badan yang dimiliki dan dikawal oleh kerajaan sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya, mempunyai bidang aktivitiyang pelbagai seperti perindustrian, pertanian, perdagangan dan perniagaan serta mengeluar danmenjual barangan atau perkhidmatan.

Tujuan utama penubuhan pebadanan awam diwujudkan adalah kerana difikirkan bahawa sesuatu program kerajaan yang khusus lebih cepat diselenggarakan melalui sesuatu organisasi yang tertentu seperti perbadanan awam atau badan berkanun. Dengan adanya satu organisasi khusus ini, maka ia akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap mencapai matlamat yang diberi kepadanya dengan lebih cekap, baik dan berkesan. Sekiranya tugas khas itu diberi kepada satu kementerian, maka mungkin kementerian itu tidak dapat memberi sepenuh masa dan tenaga untuk melaksanakan program-program tertentu kerana ia mempunyai pelbagai tugas lain Antara pendapat lain yang menjelaskan kenapa kerajaan mewujudkan badan berkanun adalah kerana berpendapat bahawa birokrasi kerajaan biasanya lembab dan tidak bermaya dan sering disekat perjalanannya oleh peraturan-peraturan yang ketat ataupun apa yang disebutkan dalam bahasa Inggeris sebagai red tape. Andaian yang dibuat di sini adalah badan berkanun yang diwujudkan tidak dibebankan dengan banyak red tape dan dapat bergerak dengan lebih pantas dan dinamik bagi mencapai matlamat setiap organisasi. Di samping itu, sesuatu badan berkanun itu juga mempunyai Lembaga Pengarah yang menyerupai Lembaga Pengarah sesuatu firma swasta atau syarikat swasta yang memberi perhatian teliti terhadap perjalanan perusahaan awam, sama ada dari segi perkhidmatan yang diberikannya atau untung rugi sesuatu perusahaan yang diselenggarakan itu. Dalam erti kata lain, adanya lembaga seperti ini membolehkan keputusankeputusan dasar dapat dibuat dengan lebih cepat, lebih menyeluruh dan lebih cekap lagi untuk kepentingan pencapaian matlamat badan berkanun tersebut. Selain itu, sebab diwujudkan badan berkanun juga adalah untuk memastikan sesuatu dasar dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Kewujudan badan berkanun memungkinkan sesuatu dasar dan program kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat daripada yang boleh dilaksanakan oleh organisasi biasa kerajaan seperti kementeriankementerian atau jabatanjabatan. Ada kemungkinan juga organisasi badan berkanun itu dapat berjalan dengan lebih rancak, cekap dan dinamik kerana keputusan dalam organisasi seperti ini dapat dibuat dengan

lebih cepat. Diharapkan juga organisasi seperti ini iaitu badan berkanun dapat menepati sasaran khas yang dituju dan dapat mengesankan kumpulan sasaran yang hendak diberi perkhidmatan itu. Mungkin pertimbangan dan perkhidmatan itu dapat diberi perhatian secara lebih terus lagi daripada yang dibuat oleh jabatan-jabatan kerajaan Kewujudan badan berkanun juga adalah sebagai percubaan untuk mengatasi kelembapan birokrasi kerajaan. Jika dilihat dari aspek sejarah kewujudan badan berkanun, ia telah diperkenalkan di Negara- negara membangun pada pertengahan tahun 1950-an lagi. Organisasi seperti ini banyak muncul di negara-negara membangun selepas Negara tersebut bebas daripada belenggu penjajahan dan cuba menggubal beberapa rancangan raksasa sosioekonomi kerajaan yang merdeka. Pada tahun 1960-an dan 1970-an banyak sekali negara mencapai kemerdekaan dan cuba membuat usaha-usaha ke arah mencapai kemajuan sosioekonomi serta perpaduan negaranya dengan seberapa cepat yang boleh. Dengan demikian, banyak negara yang sedang membangun mendapati bahawa sesetengah jabatan dan kementerian yang diwarisi daripada penjajah tidak sesuai lagi untuk tugas melaksanakan rancanganrancangan besar kerajaan. Oleh itu, banyak perubahan yang telah dibuat terhadap corak jabatan kerajan di negara tersebut termasuklah di Malaysia. 5.4 BADAN BERKANUN DI MALAYSIA Di Malaysia sekarang, setiap sektor ekonomi mempunyai pelbagai corak badan-badan berkanun. Alasan yang digunakan mengapa organisasi ini perlu wujud di samping corak organisasi lama adalah sama juga alas an yang diutarakan di negara-negara yang lain. Badan berkanun yang muncul di Malaysia bukan sahaja untuk memacu pembangunan dalam sektorsektor ekonomi yang tertentu, tetapi juga untuk menjadi pemegang amanah untuk kaum Bumiputera yang terkebelakang status ekonominya. Kerajaan mewujudkan badan-badan berkanun adalah bertujuan bagi membolehkan kerajaan melibatkan diri dalam pelaburan modal dan projek ekonomi yang menguntungkan kerajaan dalam jangka masa panjang. Ini juga adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan dijadikan alat untuk melaksanakan dasar ekonomi baru iaitu menyusun semula masyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan antara kaum serta juga antara kawasan.

You might also like