You are on page 1of 12

Menurut Safiah Osman, 1985, definisi membaca yang juga bermaksud memahami, para pelajar haruslah dilengkapi dengan

keupayaan membaca dan memahami bahan yang dibaca.

Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.

Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

Tujuan teknik KWLH ialah membaca secara kritis. Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan perkara yang dibaca.

Mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.


Mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu diketahui lagi. Meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan sesuatu bahan yang dibaca.

What I know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.

What I want (Hendak/Ingin Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

What I learned (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

How much I want to know (Bagaimana)


Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan K ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.

Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari). Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan H ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

Know (Apa yang sudah diketahui?)

Want (Apa yang hendak diketahui?)

Learn (Apa yang telah dipelajari / diperoleh?)

How (Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?)

You might also like