You are on page 1of 1

HARI KANTIN - Catatan

Baru-baru ini sekolah saya telah menganjurkan Hari Kantin peringkat sekolah.Berikut merupakan catatan Hari Kantin sekolah saya. Isnin,2 Ogos 2012

7.30 pagi Semua murid tahap dua berhimpun di dewan sekolah. Cikgu Guna memberikan taklimat tentang Hari Kantin. Kami mendirikan gerai masing-masing di padang sekolah. Gerai kami menjual pelbagai jenis makanan seperti mihun sup, ayam goreng,air oren,kek dan kuih muih. 8.00 pagi Guru-guru dan murid-murid sekolah datang membeli makanan di gerai kami. Kami tiada masa untuk berehat kerana sibuk melayan pelanggan-pelanggan yang datang pada hari itu. Makanan yang kami jual habis semuanya dan kami berasa gembira. 12.30 tengah hari Cikgu Sami mengarahkan kami berkerjasama untuk mengumpulkan dan

membersihkan bekas dan pinggan mangkuk di gerai. 1.00 tengah hari Kami mula bergotong-royong membersihkan gerai. Sebelum pulang ke rumah,kami mengambil gambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebagai tanda kenangan. 2.30 petang Murid-murid dan guru-guru pulang ke rumah masing-masing.Semua kelihatan letih.

You might also like