You are on page 1of 1

A.

UNSUR SENI (Bab 1 tingkatan 2)


1. Garisan Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. 2. Jenis-jenis Garisan 1. Garisan halus 2. Garisan tebal 3. Garisan beralun 4. Garisan berpancar 5. Garisan berlingkar 6. Garisan berserabut 7. Garisan bersudut-sudut 8. Garisan bergerigi 9. Garisan berbiji 10. Garisan berbulu 11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri 2. Rupa Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula.Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar Terdapat 2 jenis rupa iaitu: aRupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. bRupa organik rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb. bJalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

5. Ruang Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit bRuang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna Terdapat 3 jenis warna iaitu: aWarna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) bWarna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru) cWarna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder Terdapat 3 gubahan warna iaitu: aWarna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) bWarna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) cWarna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) Terdapat 2 suhu warna iaitu: aWarna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) bWarna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

3. Bentuk Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: aBentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) bBentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

4. Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: aJalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto.

You might also like