You are on page 1of 24

TUGASAN

: 1.PEMBENTANGAN 2.PENULISAN ILMIAH

: 09 SEPTEMBER 2009 : 10 OKTEBER 2009

TAJUK

: PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT PANDANGAN TOKOH @ PAKAR.

NAMA

: 1. MOHD FAIZ BIN MOHD DAUD 2. KHAIRUL NIZZAM BIN MD DIN 3. MUHAMMAD SYAMSYUL RIZZAL BIN UMAR 4. SITI MARIANI BINTI ABU BAKAR 5. DINA FARHANA BINTI ABD MUTALIB

JABATAN/ FAKULTI : JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL , FAKULTI SENI DAN MUZIK. TEMPAT SEMAKAN : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SHV4193 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT PANDANGAN TOKOH ATAU PAKAR DALAM BIDANG AWAL KANAK-KANAK

NAMA AHLI KUMPULAN (3) : MUHAMMAD SYAMSYUL RIZZAL BIN UMAR MOHD FAIZ BIN MOHD DAUD KHARUL NIZZAM BIN MD DIN DINA FARHANA BT ABD MUTALIB SITI MARIANI BT ABU BAKAR

PENSYARAH EN. KAMARUL AZMAN B. ABD SALAM

PENGENALAN. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersikap kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat kelainan daripada peringkat yang terdahulu. Menurut Crow dan Crow,1980 dalam Siti Farah Idayu Madi (2009) perkembangan merupakan perubahan secara kualitatifserta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E Garrison pula, perkembangan kognitif terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.Menurut Atan Long pula, Perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan kognitif kanak-kanak sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma.Ini bermakna perkembangan kognitif bukan sahaja membawa organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui.Tegasnya,perkembangan setiasa berlaku terusmenerus dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.Ramlah jantan & Suppiah nachiapan 2008). Menurut Resnick (1987) dan John (1997), kognitif adalah semua proses mental yang terlibat dalam perolehan, penghasilan pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan pengawalan proses mental. Maklumat yang diterima dipadankan, dibandingkan dan diklasifikasikan dengan maklumat

yang (sedia) tersimpan dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Maklumat baru yang lebih bermakna dan relevan berkemungkinan diintergrasikan dengan maklumat (yang) sedia ada pada tahap yang tinggi (Mohd Azhar Hamid, 2007). Perkataan kognitif atau kognisi membawa maksud berfikir. Perspektif ini menegaskan kepentingan kebolehan manusia berfikir serta memproses dan menilai data serta maklumat sebelum bertindak terhadapnya. Analoginya adalah seperti keberkesanan sistem pengolahan maklumat (information processing system) yang diakawal oleh fikiran dan penegtahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar (Nazar, 1990). Menurut Bruner (1966), kognitif adalah proses dalaman iaitu pemikiran berbeza dengan tingkah laku dengan tingkah laku yang boleh dilihat. Oleh itu, bagi menghasilkan teori pembelajaran, pakar kognitif sentiasa merujuk pada proses kognitif (Mohd Azhar Abd. Hamid, 2007). Menurut Mahmood Nazar (1990), kognitif ialah proses intelektual. Ini bermakna kognitif melibatkan proses-proses mental tahap tinggi serta pemikiran, berbahasa, menyimpan maklumat dalam ingatan (memori), dan menggunakan maklumat yang disimpan bagi menaakul, membuat pelbagai keputusan ataupun menyelesaikan masalah. Terdapat banyak tokoh-tokoh yang menyuarakan berkaitan perkembangan kognitif kanak-kanak dari awal kanak-kanak sehingga dewasa. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam perkembangan kogintif kanak-kanak ialah Jean Piaget (18961980), Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang kohler dan kurt kaffka, Jerome Bruner, Robert M. Gagne dan banyak lagi. Mereka telah membuat kajian serta Abd.

pandangan mereka terhadap tahap perkembangan kognitif kanak-kanak dari permulaan dilahirkan sehingga mereka kembali ke alam dewasa. PANDANGAN TOKOH DAN PAKAR DALAM BIDANG AWAL KANAK-KANAK : JEAN PIAGET Jean Piaget (1869) adalah pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak. Beliau banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak. Perkembangan kognitif menurut beliau adalah proses yang mana fahaman kanakkanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman, 1994). Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004). Menurut Piaget, kanak-kanak pada lingkungan umur 2 tahun hingga 7 tahun berada pada tahap praoperasi. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu: I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang ketara seperti kebolehan mengira. II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu: I. II. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan Tahap Praoperasi (4-7 tahun).

Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat, peningkatan peralihan bahasa dan pembentukan identiti diri (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga menggunakan simbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-

kanak masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004).

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).

LEV SEMENOVICH VYGOTSKY Seorang lagi tokoh yang terkenal adalah Lev Semenovich Vygotsky. Beliau merupakan ahli psikologi Russia. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan

menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun iaitu pada tahun 1934. Beliau adalah seorang ahli psikologi Russia yang mengamalkan fahaman Marxist. Vygotsky pernah berkhidmat sebagai guru Psikologi di kampung halamannya. Penyelidikan unggul beliau bertajuk The Psychology of Art. Berdasarkan penyelidikan ini, beliau telah memperolehi Ph. D. di dalam bidang Psikologi di Institut Psikologi Moskow. Tetapi di sepanjang hayatnya, belaiau menghadapi kesukaran untuk menyerapkan teori-teori dalam idea-idea politik Russia (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Mengikut

Vygotsky,

perkembangan

kognitif

individu

berlaku

dalam

persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan daripda kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut belau juga, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary mental functions) iaitu perhatian, sensasi, persepsi, dan memori yang kemudiannya berubah menerusi kontek dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali fungsi mental peringkat tinggi (higher mental functions) (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Pada peringkat awal, kebolehan kanak-kanak membentuk memori terhad oleh kekangan biologi. Namun begitu, melalui budaya kanak-kanak dibekalkan dengan alat untuk membuat adaptasi dalam fungsi asas mental. Contoh : Dalam masyarakat barat untuk mengigati sesuatu kanak-kanak dilatih untuk mencatat nota, sementara masyarakat Orang Asli (Senoi), untuk ingat semula jalan menghala kesesuatu tempat, kanak-kanak digalakkan untuk mencantas dahandahan pokok atau ikat tali pada pokok sebagai penanda laluan. Jadi, setiap budaya memindahkan cara hidup kepada kanak-kanak melalui interaksi sosial termasuk strategi membuat memori atau cara menggunakan mental untuk berfikir. Oleh sebab setiap budaya memindahkan juga kepada kanak-kanak system kepercayaan dan nilai, bermakna setiap budaya juga membekalkan perkara yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak. Tema yang digunakan oleh teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif individu berlaku dalam konteks sosial. Maka perkembangan kognitif termasuklah

penguasaan tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh budaya atau masyarakat di mana mereka tinggal. Menurut Vygotsky, zon perkembangan proximal (ZOPD) ialah jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendiriana atau tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui pengusaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran. Oleh itu, dengan menilai tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran secara bersendirian dan juga tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran dengan bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir, kita dapat memahami idea zon perkembangan proximal yang diutarakan oleh Vygotsky (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Sumber : Psikologi Pendidikan

Zon ini juga dikenali sebagai zon peluang gerak balas maksimum (zone of maximum response opportunity) oleh Borich (1996). Contohnya di kalangan kanakkanak yang baru mula membaca, andaikanlah kanak-kanak tersebut boleh membaca perkataan yang terdiri daripada dua suku kata yang digabungkan (kv-kv) seperti perkataan baba, susu, tata, dan kuku. Dia belum boleh membaca perkataan yang menagndungi konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvk) seperti

bakul, sukar, takar, pasar dan lain-lain. Kemahiran pada peringkat ini hanya boleh dicapainya melalui bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Seterusnya dia boleh maju dan boleh pula membaca perkataan yang mengandungi konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvkvk) seperti perkataan belajar, melakar atau selamat. Jadi zon perkembangan proximal kanak-kanak tersebut berada di antara membaca perkataan mengandungi kvkv dengan perkataan mengandungi kvkvk. Kesimpulannya, zon ini di satu pihak mengandungi kemahiran atau kebolehan yang boleh dikuasai individu sendiri dan di satu pihak ialah kemahiran yang perlu dikuasai dengan bantuan atau bimbingan orang yang lebih mahir. Scaffolding makna asanya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong bangunan. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu

kemahiran/ilmu. Bantuan diberi lebih sesar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kanak telah boleh buat sendiri (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Menurut Vugotsky lagi, fikiran dan bahasa pada tahap permulaan, berkembang secara terpisah dan tidak saling mempengaruhi , iaitu fikiran mula-mula berkembang tanpa bahasa dan bahasa mula-mula berkembang tanpa fikiran. Beliau menyarankan bahawa fikiran dan bahasa adalah berasingan sehingga kanak-kanak berumur hampir dua tahun. Ini disokong oleh pendapat Piaget yang menyatakan kanak-kanak satu dan dua tahun berada pada peringkat perkembangan kognitif deria motor mula memperolehi asas kemahiran berbahasa. Fikiran dan bahasa kanak-kanak pula saling berhubung kait sejak berumur dua tahun, kanak-kanak mula mula mengembangkan kefahaman berbahasa dan menggunakan bahasa sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan. Menurut Vygotsky, kanak-kanak menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan satu perkataan, kemudian mula menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam pertuturannya kemudian menggunakan ayat-ayat yang mudah kepada unsur-unsur ayat-ayat yang kompleks. Akhirnya mereka akan bertutur dengan jelas

menggunakan ayat-ayat tersebut. Ini bermakna kanak-kanak bertutur daripada satu bahagian (perkataan) kepada keseluruhan (ayat lengkap). Daripada aspek semantik, kanak-kanak mula daripada keseluruhan makna sepenuh yang kompleks, kemudian menguasai unit-unit semantik yang berasingan seperti makna perkataan dan pemikiran yang menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantic dan pertuturan luaran berkembang mengikut arah yang berlawanan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Teori Piaget telah dipersetjui oleh Vygotsky tentang pemikiran kanak-kanak pralinguistik diperlihatkan melalui tindakan dan perlakuan, tetapi tidak bersetuju dengan pernyataan Piaget tentang pemikiran dan bahasa bercantum dan kebanyakan non social. Ini disifatkan oleh piaget sebagai egosentrik. Tetapi menurut

Vygotsky pula, ianya menggambarkan perubahan pralinguistik kepada lisan. Menurut beliau lagi, kanak-kanak bercakap sendiri zaman prasekolah berlaku lebih kerap dalam menyelesaikan masalah mahu pun mendapatkan sesuatu matlamat yang difikirkan penting. Sekiranya kanak-kanak tersebut berhadapan dengan masalah yang berat maka scenario bercakap sendiri akan berlaku secara dramatik. Berdasarkan kajian beliau, Vygotsky berpendapat bahawa pertuturan

egosentrik adalah satu cara menyatakan fikiran ayau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman. Pemerhatian beliau ke atas persamaan di antara pertuturan egosentrik oleh kanak-kanak prasekolah dan pertuturan dalam proses pemikiran senyap kanak-kanak yang lebih tua dan pertuturan dalaman orang dewasa meyakinkan Vygotsky bahawa Piaget telah tersalah tafsir kepentingan pertuturan egosentrik. Vygotsky menyatakan bahawa persamaan dalam penggunaan percakapan peribadi dalam tiga golongan subjek kajiannya menyokong andaian bahawa apabila pertuturan egosentrik hilang dari pandangan, ia tidak lenyap begitu sahaja tetapi bertukar menjadi percakapan dalaman (inner speech) (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). ARNOLD LUCIUS GESELL (1880-1961) Arnold Lucius Gesell (1880-1961),dalam Ramlah Jantan & Mahani Razali (2004) pula mengatakan bahawa baka atau keturunan merupakan penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama yang menentukan proses pembelajaran. Menurut pandangan beliau dalam teori kematangan Arnold Gesell, kanak-kanak sejak lahir hingga 5 tahun mengalami masa perkembangan yang lancar iaitu terbahagi kepada lima peringkat mengikut tahun. Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut

kehendak yang berlainan. Semasa umur 4 bulan mata bayi dapat bergerak mengikut objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan bayi sudah dapat menggenggam objek yang mudah seperti jari ibunya. Pada usia 7 bulan kanak-kanak sudah dapat duduk dan merangkak dan pada umur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri dengan berpaut pada objek sebagai sokongan. Setelah masuk umur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak sudah dapat berjalan dengan batuan sehingga mencapai usia 2 tahun dan mampu berjalan sendiri. Dalam usia ini kanak-kanak sudah dapat memahami istilah tertentu seperti jangan. Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun akan berlaku transisi kepada perkembangan kanak-kanak iaitu keperluan untuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-peraturan yang wujud. Semasa umur 7 hingga 10 tahun, merupakan masa penyatuan dimana kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam persekolahan (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004). ALBERT BANDURA Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah

menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroodalam video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut,

mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004). Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruan melalui

sekatlakuan dan taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan sebaliknya jika kanak-kanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar, semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanakkanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku apabila kanak-kanak tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut pandangan pemikir islam yang terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak-kanak hendaklah diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanakkanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang

disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah 2009). ROBERT M.GAGNE Menurut Robert M.Gagne, dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abd Aziz Abd Shukor (2008), teori psikologi kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviuris. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Perubahan-perubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalaman. Antara ahli psikologi yang bermazhabkan teori kognitif ini adalah Robert M.Gagne. Robert M.Gagne telah mengemukakan lapan fasa yang melibatkan proses pembelajaran. Fasa-fasa tersebut adalah fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa pemerolehan, fasa penahanan, fasa mengingat kembali, fasa generalisasi, fasa perlakuan dan fasa maklum balas (Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan & Abd Aziz Abd Shukor 2008), 1) Fasa motivasi. Motivasi merupakan suatu dorongan semula jadi yang wujud dalam diri manusia. Ia mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan tertentu yang dapat memberikan kepuasa kepadanya. Motivasi seperti ini biasanya menjadikan manusia maju dan berkembang. Motivasi kerap dikaitkan dengan jangkaan atau harapan tertentu. Lazimnya, motivasi akan menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila wujudnya jangkaan dan harapan.

2) Fasa kefahaman. Dalam fasa ini, individu perlu didorong untuk memberikan perhatian kepada apa yang sedang dialami dan dipelajari. Dalam hal ini, ia harus dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu aspek atau peristiwa dan dapat pula memilih apa yang dilihat dan dirasainya itu secara berkesan. Untuk memastikan pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan sempurna, individu tersebut harus mempunyai kebolehan untuk

mendiskriminasikan persepsinya. Individu itu harus berupaya membezakan sesuatu secara berkesan, walaupun yang dibezakannya hampir-hampir serupa.

3) Fasa pemerolehan. Fasa pemerolehan adalah segmen yang menyimpan segala ransangan yang telah dikodkan dalam stor jangka pendek. Biasanya terdapat juga

rangsangan-rangsangan yang telah dikodkan, dipanjangkan ke dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod seperti itu boleh disimpan lebih lama dan dikeluarkan semula pada masa hadapan apabila diperlukan.

4) Fasa penahanan Fasa penahanan adalah bahagian yang berkeupayaan menerima dan menyimpan sebanyak mana maklumat atau data yang diperoleh. Kita tidak banyak mengetahui tentang stor ingatan jangka panjang dan kemampuannya menerima dan menyimpan maklumat. Kita tidak mengetahui had atau batasan

kemampuannya, seperti mana yang dapat dilakukan oleh sebuah komputer. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang tentang belajar secara berlebihan kerana tidak pernah didengar sebelum ini stor ingatan jangka panjang seseorang mengalami muatan yang berlebihan.

5) Fasa mengingat kembali Bahagian ini melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Pengalamanpengalaman yang telah dikodkan boleh dikeluarkan semula melalui sesuatu ransangan, sama ada dari luar atau dalam. Isyarat-isyarat tertentu dari luar atau dalam itu boleh menyebabkan individu menghasilkan gerak balas tertentu. Ini bermakna sebarang maklumat atau data yang telah dikodkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika keadaan mengizinkan.

6) Fasa generalisasi. Generalisasi dalam konteks ini adalah keupayaan menggunakan

pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang seakan-akan serupa, atau yang boleh dipersepsikan sebagai seakan-akan sama. Dalam hal ini, pembelajran boleh dipindahkan daripada keadaan khusus kepada keadaan umum melalui generalisasi tersebut.

7) Fasa perlakuan. Fasa ini menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan daripada kadar pembelajaran yang diperoleh. Dengan perkataan lain, prestasi pelajar dapat diukur dengan mudah dan ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara, umpamanya dengan menggunakan penilaian norma, criteria atau lain-lain cara pengukuran. Dengan melihat pencapaian mereka, prestasi pelajar dari segi keberkesanan pembelajaran mereka dapat ditentukan.

8) Fasa maklum balas. Maklum balas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang sesudah melalui proses pembelajaran. Maklum balas seperti ini tidak sahaja menjadi pengukur kepada prestasi seseorang pelajar. Tetapi juga berfungsi sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut. Peneguhan ini penting kerana jangkaan individu terhadap proses pembelajaran mereka dapat ditentukan oleh hasil yang dicapai. ROZIETA SHAARI (2006) Mengikut pendapat Rozieta Shaari (2006) dalam jasmin 2006, pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan keibubapaan, di dalam dunia anak-anak kecil (6 tahun ke bawah), berkhayal memang merupakan sesuatu yang penting. Pada usia begini, lazimnya mereka belum lagi dapat membezakan realiti dengan khayalan. Keupayaan berkhayal ini membolehkan mereka membina kreativiti

mereka. Di sinilah cerita-cerita dongeng dan khayalan menjadi sesuatu yang penting bagi mereka. Amat menyedihkan jika ibu bapa menghalang anak-anak mereka daripada berkhayal. Mereka sering mengaitkan kelakuan berkhayal ini sebagai suatu aktiviti sia-sia.

Melalui cerita-cerita, kanak-kanak belajar tentang kemahiran berfikir. Mereka juga belajar menyelami perasaan watak-watak di dalam cerita itu. Contohnya cerita Cinderella mengajar kanak-kanak tentang keburukan berkelakuan sombong dan bongkak seperti kakak dan emak tiri Cinderella. Mereka juga dapat melihat kemuliaan hati Cinderella memaafkan orang yang telah menderanya. Ibu bapa yang bijak menggunakan pengajaran di dalam cerita-cerita sebegini membantu

membentuk nilai murni di dalam diri seseorang kanakkanak. Ini menambah kemahiran EQ (Emotional Quotient) mereka. Jika pada usia lapan tahun ke atas, seseorang kanak-kanak masih tidak biasa dibacakan cerita atau mendengarcerita daripada ibu bapa atau penjaga mereka, maka kita akan mendapati bahawa terdapat kekurangan pada daya berfikir mereka. Ya, walaupun nampak remeh, sebenarnya cerita-cerita yang didengar oleh seseorang kanak-kanak membantu merangsang daya berfikir mereka. Mereka akan bertanya itu dan ini. Mereka akan bertanya makna perkataan- perkataan yang tidak difahami oleh mereka. Ini meluaskan perbendaharaan kata mereka. Tidak payah menunggu sehingga memasuki sekolah, baru mereka belajar tentang perbendaharaan kata (Jasmin 2006).

DR ANNAH REBECCA P VALMORES

Perunding Pembangunan Perlakuan Pediatrik, Universiti Xavier, Filipina, Dr Annah Rebecca P Valmores dalam Perati ( 2007), mengatakan kanak-kanak mengalami perkembangan paling pesat dalam tiga tahun pertama kehidupan mereka. Pada usia tiga tahun, hampir 90 peratus otak kanak-kanak terbentuk dan ini sebabnya mereka perlu diberi pendidikan seawal mungkin. Penyelidik percaya otak kanak-kanak mempunyai paling banyak rangsangan pada usia dua tahun dan jumlah ini kekal hinggalah umur mereka mencecah 10 atau 11 tahun. Kajian itu menguatkan lagi keyakinan penyelidik bahawa kanak-kanak mempunyai potensi paling besar untuk belajar banyak perkara pada awal kehidupan.

Menurut Dr Annah Rebecca P Valmores , secara umumnya bentuk perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Walaupun penguasaan kemahiran bayi berlaku pada kadar berbeza, ibu bapa tidak perlu terlalu risau selagi ia masih dalam tempoh normal. Namun, ramai ibu bapa dan penjaga tidak sedar sikap memanjakan anak atau memberi terlalu banyak bantuan boleh melengahkan proses perkembangan bayi. Bantuan yang diberikan sebagai tanda kasih sayang itu sebenarnya boleh menyekat peluang kanak-kanak untuk mencuba atau meneroka sendiri dunia baru mereka (Perati 2007).

Antara contoh bantuan paling lazim ialah menyuapkan makanan atau membantu mereka mengambil barang, sedangkan pada umur tertentu mereka mampu melakukannya sendiri. Pada umur ini, tentu saja ibu bapa tidak boleh mengharapkan mereka makan dengan tertib. Jika dibiarkan makan sendiri, pasti lebih banyak makanan jatuh ke lantai daripada masuk ke mulut. Ketidaksanggupan ibu bapa mengemas dan membersihkan ruang makan menjadi halangan kepada

proses pembelajaran serta perkembangan pergerakan anak. Malah, penggunaan alat bantuan berjalan beroda (walker) sebenarnya juga tidak baik untuk kanak-kanak. Ia tidak mempunyai banyak manfaat, malah boleh melewatkan proses anak belajar berjalan. Persatuan Pediatrik Amerika juga mengesahkan ia tidak bermanfaat serta berbahaya. Selain itu, Dr Annah Rebecca P Valmores mengatakan bayi juga tiada kebolehan mengawal emosi mereka, tetapi ia boleh diajar. Apabila bayi menangis, itu tandanya mereka perlukan bantuan anda dan sentuhan boleh menenangkan perasaan atau ketidakselesaan dialami (Perati 2007).

Banyak kajian mendapati bayi berasa lebih tenteram jika diperdengarkan alunan muzik, terutama susunan muzik kompleks seperti lagu klasik. Malah, penyelidik mendapati kanak-kanak yang belajar muzik mempunyai keupayaan lebih baik untuk mempelajari matematik.

Bagaimanapun, Dr Velmores tidak menyarankan ibu bapa mendedahkan anak kepada muzik kartun, terutama jika ia mempunyai unsur keganasan. Malah, waktu menonton televisyen (terutama rancangan kartun) perlu dihadkan kepada dua jam sehari saja. Ini kerana kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen

didapati menunjukkan perlakuan hiperaktif dan mempunyai daya tumpuan pendek (Perati 2007).

WILLS (1965)

Manakala dalam perkembangan kognitif kanak-kanak buta, Wills (1965) memberikan pendapat dengan menyertakan tujuh contoh untuk menjelaskan berkenaan dengan masalah yang wujud dari perspektif psikoanaltik. Diantaranya ialah, kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai lebih kebimbangan mengenai fantasi dan sukar membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul dan membandingkan pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau kejadian, lemah dalam memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau punca berpandukan gema, perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami objek dengan mengaitkannya dengan anggota badan mereka, bersifat animism, dan lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate. Pendapat ini disokong oleh Slavin (2003) yang mengutarakan perihal psikologi kanak-kanak yang mempunyai perkaitan dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak cacat penglihatan (Md.Khairul 2008). KESIMPULAN Perkembangan adalah sesuatu aspek perubahan yang dialami oleh individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkatperingkat kematangan yang tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta di jangkakan. Perkembangan juga turut dipengaruhi oleh baka dan juga persekitaran.Baka menetukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai perkembangan yang optimum. Perkembangan adalah satu bahagian yang saling berhubung antara satu sama lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara perkembangan jasmani dan

perkembangan kognitif manusia. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanakkanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

BIBLIOGRAFI Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia. Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Jasmin, 2006. AYAH DAN IBU. Diperoleh daripada http://www.mindcat.com/misc/july_ibuayah.pdf , 2009. Kamaruddin Haji Hussin, 1996. Sekolah dan perkembangan Kanak-kanak . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. Md Khairul, 2008. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Buta. Diambil daripada http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&to pic=28 pada Ogos 27, 2009. Mohd Saleh Lebar, 1999. Asas psikologi perkembangan. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd

.Mohd Azhar Abd. Hamid, 2007. Meningkatkan daya fikir. Skudai, Johor: PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd Noraini Tahir, Roszikin Zakaria & Zainab Zakaria, 2007. Perkembangan Kognitif dan pembelajaran kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Nadira Anis Sharina Hamidi, Nur Fatiha Azam & Nurhazwani Hamzah, 2009. Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak Dari Timur . Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/14705430/tokohtokoh-timurdalam-pendidikan-prasekolah pada Ogos 12, 2009. Perati, 2007. Rangsangan Awal untuk Anak. Diambil daripada

http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/2707-rangsangan-awaluntuk-anak.html pada Ogos 28, 2009. Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004. Psikologi Pendidikan: Pendekatan kontemporari. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1992. Psikologi pendidikan 1 konsep asas psikologi, psikologi pendidikan dan Psikologi perkembangan. Subang jaya: Longman. Siti Farah Idayu Madi, 2009. Perkembangan kanak-kanak. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/14682336/ pada Sept 14,2009.

You might also like