You are on page 1of 7

1

BAB 1: PENGENALAN

Pendidikan Bersepadu adalah wadah terbaik menentukan generasi yang dilahirkan. Ini
kerana setiap genarasi yang dilahirkan merupakan pelapis kepada pembangunan dan
kemajuan negara. Apakah sebenarnya Pendidikan Bersepadu? Pendidikan bersepadu
adalah bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai murni.
Dengan kata lain, Pendidikan Bersepadu ini menekankan kepada ilmu pengetahuan
disamping didorong oloeh nilai-nilai dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat
Islam, ilmu mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat
menyatukan diri atau diharmunikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai
murni. Itulah serba sedikit konsep Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia
dan berbeza dengan diamalkan di barat bersifat sekular.

Aspek yang perlu dititikberatkan ialah Minda generasi muda penting


diperkasakan dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi keutamaan. Antara
kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa
yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong. Seperti yang saya
huraikan serba sedikit diatas tadi, ternyatalah bahawa nilai dan akhlak amat penting
bagi genarasi muda dalam memperkasakan diri menuntut ilmu. Nilai adalah ukur tara
yang memberikan manusia pedoman mengenai buruk baik sesuatu perkara. Selain itu,
serba sedikit ianya turut memberi kesan kepada seseorang. Contohnya Bercakap benar
umpamanya adalah nilai dan amalan baik. Jika kebenaran yang disampaikan, maka
kebenaran juga diterima. Apabila kita berdusta, maka ia akan memudaratkan diri dan
orang lain. Pendidikan bersepadu menjadikan nilai al-Quran sebagai sumber berdirinya
ilmu dan akhlak manusia. Mempelajari akidah ialah mempelajari mengenai faktor
ghaib, iaitu Allah dan menghubungkannya dengan benda nyata.

Jadi kertas kerj ini akan membincangkan serta membandingkan


Pendidikan Bersepadu yang dikemukakan barat dengan paradigma Pendidikan
Bersepadu di Malaysia serta menekankan kepada konsep, matlamat, dan kokurikulum.
2

BAB 2: KONSEP, MATLAMAT PENDIDIKAN, DAN KOKURIKULUM


MENGIKUT ACUAN MALAYSIA.

2.1 KONSEP:

Pendidikan Bersepadu ialah Pendidikan yang menekan kepada nilai yang murni dalam
menuntut ilmu pengetahuan. Seperti di Malaysia, pendidikan yang dikemukan oleh
barat iaitu menggunakan konsep garis lurus tidak sesuai diamalkan di Malaysia.1 Ini
kerana Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Agama
persekutuan bagi Malaysia ialah agama Islam justeru pendidikan yang diamalkan di
Malaysia ialah Pendidikan Bersepadu yang tidak memisahkan antara kepentingan
duniawi dan ukhrawi. Pendidikan itu bukan sahaja dapat merapatkan jurang ekonomi
antara masyarakat bahkan ia mampu menyediakan rakyat untuk menghadapi masa
depan dan globalisasi.

Selain itu, Pendidikan Bersepadu menurut acuan Malaysia ialah


berpusatkan kepada Allah iaitu pada hakikatnya Allah adalah maha mengetahui. Justeru
itu, segala kebenaran ilmu tidak perlu dipersoalkan lagi dan tidak memerlukan kajian
saintifik berulang kali untuk menentukan kebenarannya. Pendidikan Bersepadu yang
diamalkan di Malaysia juga amat berbeza dengan konsepnya di barat di mana di barat
agak sekular dan liberal serta mempersoalkan sesuatu kebenaran ilmu yang pada
hakikatnya adalah benar.

Akibatnya, barat menanggung pelbagai kesan dan akibat antaranya ialah


Berlakunya gejala sosial yang kronik di Barat adalah berpunca dari pergaulan bebas
antara lain undang-undang Barat membenarkan perkahwinan sesama sejenis sekaligus
mengiktiraf hubungan sejenis yang terkutuk itu.2 Selain tiu, masyarakat Barat menjadi
kucar-kacir. Institusi keluarga yakni institusi terpenting dalam mewujudkan masyarakat
yang sejahtera, semakin hari semakin dilanda kehancuran," jelasnya, anak-anak tidak

1
Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan
Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20.
2
Prof. Dr. Umar Tirtarahardja dan Drs. La Sula, 2000, Pengantar Pendidikan, Jakarta
Departemen Pendidikan & Kebudayaan, hlmn. 15.
3

lagi menghormati ibu bapa, suami tidak memperdulikan isteri dan isteri pula bebas
bergaul dengan sesiapa sahaja.

2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN:

Matlamat Pendidikan Bersepadu sebenarnya ialah berpusatkan kepada Allah iaitu


percaya bahawa setiap ilmu adalah datang darinya. Sebenarnya ia menyentuh mengenai
akidah, kepercayaan dan keyakinan kepada Allah.3 Dengan ini, Pendidikan bersepadu
itu boleh mengatasi masalah gejala sosial sebagaimana berlaku di Barat. Selain itu,
matlamat yang penting ialah mebina nilai dan akhlak yang sempurna selaras dalam
proses menuntut ilmu. Apa yang saya ingin tekankan ialah akhlak yang baik akan
terjelma dalam amalan nilai-nilai murni dan akan melahirkan potensi intelek yang sihat,
serta jauh dari sifat-sifat tercela. Matlamat pendidikan bersepadu juga melahirkan
masyarakat serta penuntut yang baik dan mulia ini bermakna matlamat agung
pendidikan ialah untuk membina pembangunan manusia.

2.3 KUKURIKULUM

Sebenarnya dalam aspek Kukurikulum bersepadu ialah cuba mengimbangi ilmu agama,
ilmu sains kemanusiaan dan ilmu sains tabii. Ini kerana dalam dunia era goblalisasi
ilmu sains dan teknologi amatlah penting dan dititikberatkan.4 Kemajuan yang dicapai
dunia sekarang ini memerlukan kemajuan sains dan teknologi. Dalam islam tidak salah
mempelajari ilmu keduniaan bahkan Allah juga menggalakkan umatnya supaya
meneroka rahsia-rahisa Allah berpandukan jalan yang diredai olehnya.

3
Kamarul Azmi Jasmi, 2007, Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti
Teknologi Malaysia, hlmn. 30.
4
Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 29.
4

Selainj itu, perlaksanaan kukurikulum adalah berperingkat dan


dimulakan dari bawah ke atas misalnya dari tahap satu hinggalah ke tahap enam. Dalam
menuntut ilmu, tidak kira apa jua ilmu, kekuatan rohani amat penting. Antara sebab
musabab wujudnya kukurikulum di dalam pendidikan ialah semata-mata untuk
membina kekautan rohani selari dengan kekuatan akhlak yang berteraskan kepada
agama. Tanpa agama manusia akan hidup dalam keadaan huru hara dan tanpa
pegangan. Kukurikulum ini sepatutnya dijadikan sebagai budaya dalam membina
masyarakat yang harmonis dan berakhlak mulia.

3.0: KONSEP, MATLAMAT PENDIDIKAN, DAN KUKURIKULUM


MENGIKUT ACUAN BARAT.

3.1: KONSEP

Seperti yang ditekankan diatas dari segi Pendidikan Bersepadu di Malaysia jelaslah
bahawa ia menekankan kepada nilai-nilai murni untuk membentuk pelajar yang
berakhlak mulia. Tetapi apa yang terdapat di barat pula adalaha berlainan. Konsep bagi
Pendidikan Moden barat sebenarnya didorong aspek globalisasi dan ditunjangi oleh
falsafah pendidikan barat. Sebab itu tidak hairan mengapa di Barat banyaknya masalah
yang berkaitan dengan gejala sosial, keruntuhan isntitusi kekeluargaan dan bermacam
lagi5. Selain itu, ianya berbentuk bebas atau liberal dimana masyarakat barat berfikiran
terbuka tanpa berpandukan atau merujuk kepada ilmu wahyu seperti yang terdapat di
Malaysia. Selain itu, konsep Pendidikan di barat juga boleh diertikan sebagai
meletakkan kebebasan akal begitu tingi sehingga dibolehkan meragukan ilmu wahyu
serta dengan dorongan ilmu falsafah juga membuatkan masyarakat barat
mempersoalkan segala ilmu yang diperolehi. Ini jelas lagi jika kita imbas kepada
konsep falsafah barat sehinggakan adanya terdapat satu bab mengenai Skeptisme iaiti
meragukan terhadap segala perkara.

Selain itu, unsur demokratik juga boleh dikaitkan kerana induvidu bagi
masyarakat barat mempunyai hak mutlak untuk membina nilai baru menurut
5
Kamal Abd. Manaf, 1995, Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori
kaunseling barat, K.L Utusan Publication and Distributors, hlmn. 10.
5

kepentingan dan kemandirian induvidu tersebut. Justeru kehidupan sekular yang


diamalkan oleh mereka ini sebenarnya memisahkan agama dengan semua urusan
kehidupan tanpa dibatasi oleh sesautu perkara. Unsur yang dinyatakan ini menjadi asas
dan tunjang pemikiran bagi mereka. Sebab itu tidak hairan mengapa kesannya begitu
ketara sehinggakan timbulnya masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang begitu
meruncing. Jadi, tidak hairan mengapa Malaysia tidak mengikut model ini yang juga
dinamakan Model garis lurus.

3.2 MATLAMAT PENDIDIKAN

Seperti yang kita faham, di barat khususnya mengamalkan Model Garis lurus iaitu
model yang menekankan semakin tinggi pendidikan manusia itu, maka semakin jauh
ianya daripada tuhan. Itulah matlamat pendidikan barat yang cuba menakul sesuatu
perkara berdasarkan kepada rasional akal semata-mata tanpa melihat aspek dari sudut
agama mereka. Jika kita imbas kembali pada zaman gelap, barat pada masa itu berada
dalam keadaan terumbang-ambing berikutan pengongkongan dari pihak gereja.
Lagipun pihak gereja pada masa itu tidak meggalakkan pemikiran fatalistic dan
bercirikan kepada sains. Walhal, dunia islam pada masa itu sudah maju lebih
terkehadapan dan lahirnya tokoh-tokoh pemikiran islam terkemuka seperti Ibn Sina, Al-
Khawarizmi, Ibn Batuta dan lain-lain lagi.

Selain itu, pemikiran liberal yang diamalkan oleh mereka membebaskan


daripada nilai agama, nilai pegangan dan kepercayaan mereka lebih berasaskan kepada
fakta saintifik yang bersumberkan kepada fungsi akal semata-mata. Matlamat
pendidikan yang diamalkan oleh mereka juga ialah seolah-olah mengeksploitasi
kepentingan induvidu lain dan semakin jauhlah hubungan mereka dengan tuhan
mereka. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu belajar untuk diri serta mendapat kedudukan
yang tinggi agar mereka dipandang golongan bijak pandai di mata masyarakat. Umunya
6

pendidikan di barat ini bersifat induvidualistik dan materialistic iaitni bertujuan semata-
mata untuk mencapai kepuasan diri tanpa batassan.

3.3 KUKURIKULUM

Jelaslah bahawa pendidikan di barat menolak dan mengenepikan pegangan agama dan
ilmu wahyu.6 Dengan era globalisasi dunia tanpa sempadan, semakin rancaklah mereka
mengenepikan agama serta berpegang teguh kepada sains dan penakulan akal.
Kukurikulum pendidikan mereka juga berbeza iaini semakin tingi pendidikan seseorang
itu, maka manusia makin jauh daripada tuhan. Ini didorong oleh aspek liberal yang
diamalkan di kebanyakan Negara barat serta gagal untuk menyediakan jalan atau satu
jambatan untuk berhubung dengan tuhan mereka.

4.0 KESIMPULAN

Jika kita amati Pendidikan di barat serta di Malaysia ternyata amat jauh
sekali berbeza ini kerana di Malaysia menekankan kepada unsure ketuhanan iaitu
setinggi mana ilmu seseorang itu, maka induvidu itu wajib mempercayai bahawa ilmu
yang didapati oleh seseorang itu ada batasannya. Selain itu, pendidikan acuan di
Malaysia juga menekankan kepada nilai-nilai murni serta memupuk kepada akhlak
yang baik bagi melahirkan masyarakat yang harmonis. Berbeza di barat bahawa
semakin tinggi tahap pendidikan seseorang itu, maka semakin jauhlah mereka dari
tuhan serta ilmu wahyu. Ini kerana jelas bahawa ilmu yang mereka pelajari serta
mereka dapati hanyalah untuk diri mereka semata-mata serta bersifat materialistic dan
liberal. Jadi tidak hairan mengapa isntitusi kekeluargaan dan masalah gejala sosial di
barat begitu meruncing.

5.0 BAHAN RUJUKAN

Kamal Abd. Manaf, 1995, Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori
kaunseling barat, K.L Utusan Publication and Distributors, hlmn. 10

6
Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti Teknologi Malaysia, hlmn. 15.
7

Kamarul Azmi Jasmi, 2007, Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti
Teknologi Malaysia, hlmn. 30

Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan
Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20.

Umar Tirtarahardja dan Drs. La Sula, 2000, Pengantar Pendidikan, Jakarta Departemen
Pendidikan & Kebudayaan, hlmn. 15.

You might also like