You are on page 1of 10

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL 2 - SET 2
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak

BAHAGIAN A

ISU - KEGANASAN ANTARABANGSA.


BIL IDEA HURAIAN
A. PUNCA BERLAKU KEGANASAN

1. Konflik agama antarabangsa - Berlaku percanggahan pandangan antara dua puak


penganut agama yang berbeza.
- Mempunyai fikiran sempit – terlampau taksub
dengan fahaman sendiri
- Kedua-dua puak akan menjalankan aktiviti yang
mempunyai kepentingan sendiri.
- Keengganan kedua-dua puak bertolak ansur secara
damai akan mencetuskan keganasan antarabangsa.
- Contoh : Konflik penganut Hindu dan Islam di
Gujarat, India

2. Negara penceroboh bersikap - Kuasa veto disalahgunakan.


angkuh. - Menceroboh negara-negara tertentu dengan alasan
membenteras keganasan antarabangsa.
- Kuasa besar secara tidak langsung menghalalkan
keganasan terhadap orang ramai.
- Timbul penentangan dari penduduk tempatan kerana

merasakan kepentingan mereka terancam


- Contoh : Pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq dan

Afghanistan

3. Pemimpin diktator - Memerintah secara kuku besi dan buat apa sahaja
yang diinginkan oleh mereka.
- Tiada demokrasi dan kebebasan diberikan kepada
rakyat – menggunakan polis rahsia untuk
mengekalkan kestabilan politik.
- Menghalalkan keganasan dengan alasan tertentu.
- Menyebabkan puak tertentu tidak puas hati dengan
pemimpin. Contoh : Aung Sann Suu Kyi ditahan
oleh pemerintah Myanmar yang bersifat militer.

4. Keganasan sengaja - Apabila sesuatu kaum itu membuat penentangan


disalahtafsirkan. terhadap pencerobohan yang dibuat akan dianggap
sebagai pengganas. Contoh : Pertubuhan Hamas
memperjuangkan nasib penduduk Palestin.
- Mereka melakukan pengeboman berani mati untuk
memerangi keganasan Israel
- Hamas mentafsir tindakan itu sebagai mati syahid
tetapi Israel menganggapnya pengganas.
- Israel menutup segala tindakan ganasnya terhadap
penduduk Palestin.

5. Konflik perkauman - Sikap benci-membenci, salah faham dan hasutan


perkauman mencetuskan keganasan.
- Perselisihan berlaku apabila satu kaum lebih maju
daripada kaum lain – kaum pendatang lebih maju
daripada penduduk tempatan.
- Timbul rasa tidak puas hati – berlaku perselisihan
kaum. Contoh : Peristiwa 13 Mei 1969.

B. KESAN DARIPADA KEGANASAN


6. Keselamatan penduduk - Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan
terancam keganasan.
- Pemimpin menyalakan api keganasan dan
menghasut penyokong membenci kaum lain.
- Hilang perasaan rasional.
- Mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan
bertindak liar
- Merosakkan harta benda dan melakukan
pembunuhan.

7. Menjejaskan pertumbuhan - Pelabur asing dan tempatan tidak berani melabur.


ekonomi. - Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut
kerugian.
- Keganasan yang berpanjangan akan menjejaskan
ekonomi dunia.

8. Industri pelancongan terancam. - Rampasan kapal terbang dan pengeboman


bangunan menyebabkan pelancong takut.
- Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan
politik keganasan.
- Agensi pelancongan akan mengalami kemerosotan.

9. Negara / masyarakat akan - Timbul kegiatan penghapusan etnik.


menjadi huru-hara. - Saling mencurigai antara satu sama lain.
- Perasaan dendam, iri hati, saling menuduh
dan benci membenci akan timbul
- Masyarakat tidak boleh bersatu padu dan keamanan
tidak dapat dikecapi oleh masyarakat.
- Negara tidak aman.

Contoh-contoh Soalan.

1. Keganasan dikaitkan dengan tindakan ganas yang menzalimi golongan yang tidak berdosa.
Jelaskan punca berlakunya keganasan antarabangsa dengan mengemukakan contoh yang
berkaitan.

Skema : 4 + 0

2. Keganasan antarabangsa dikaitkan dengan konflik kaum yang berlaku di negara-negara


tertentu. Huraikan punca keganasan antarabangsa ini berlaku dan implikasinya terhadap
kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara.

Skema : 2 + 1 + 1

BAHAGIAN B

ISU - PERUBATAN HERBA

BIL IDEA HURAIAN


A : LANGKAH MENGEMBANGKAN PERUBATAN HERBA
1. Meningkatkan penyelidikan dan - Mengadakan penyelidikan dan membangunkan disiplin
pembangunan (R&D) dalam kurikulum dan pendidikan tumbuhan herba serta
pembiakan baka tumbuhan herba
- Mewujudkan pusat / kawasan tanaman pelbagai
tumbuhan herba
- Kaedah mengklon spesies herba tempatan dengan luar
- Kajian terhadap penyakit dan kesesuaian spesies herba

2. Latihan, kemahiran teknikal, - Perlu dipertingkatkan beberapa kemahiran terutama


kepakaran dalam bidang tanaman spesies herba yang diimport dari
luar, jenis tanah yang sesuai, baja, cuaca dan serangan
penyakit
- Mendapatkan tenaga pakar luar dan dalam negara
- Wujud pusat latihan secara bersepadu

3. Memperkenalkan teknologi dan - Kepakaran dalam pengendalian komponen alat dan mesin
peralatan pemprosesan yang moden dikendalikan sepenuhnya oleh komputer
- Menambah produktiviti / pengeluaran dalam bilangan
yang banyak
- Memenuhi syarat piawaian dan ISO
- Membina teknologi / jentera / mesin tempatan – yang
menjimatkan kos

4. Kualiti bahan dan produk siap - Memenuhi piawaian dan bermutu untuk pasaran dalam
proses dan luar negara (ISO)
- Kualiti bahan mentah dan teknik pembikinan yang
berkesan akan meyakinkan pengguna dan pengedar
- Jenis herba yang berkualiti dari sumber tempatan / Quality
Control

5. Mempaten bahan hasilan - Produk hasilan herba dilindungi, hak milik cipta (sukar
intelek ditiru)
- Dapat pengiktirafan kerajaan / labelan dan pemasaran
meluas

6. Produk herba di hospital / - Pesakit hospital kerajaan diberi ubat-ubatan berasaskan


Farmasi kerajaan herba
- Kerjasama dengan farmasi kerajaan dan swasta
- Produk herba diberi keutamaan berdasarkan penyakit di
hospital kerajaan dan swasta

B. MENGAPA PERUBATAN BERASASKAN HERBA MENDAPAT SAMBUTAN


7. Mampu memperkuatkan sistem - Mengutamakan sistem pertahanan semulajadi
imunisasi - Mampu membina sistem ketahanan badan daripada
serangan pelbagai penyakit
- 345 pesakit guna herba untuk mengubati penyakit kanser,
diabetes dan kegemukan.

8. Sumber perubatan alternatif - Penyakit ganjil yang sukar dirawat dengan perubatan
moden
- Kaedah rawatan yang diyakini dan dipercayai berkesan
- Tiada aplikasi kemahiran dan teknologi perubatan tinggi

9. Tiada atau kurang kesan - Menggunakan bahan asli seperti bunga-bungaan, daun
sampingan kayu (lebih selamat)
- Perubatan moden menggunakan ubat yang diproses
secara kimia dan menyebabkan kesan sampingan seperti
mengantuk.

10. ***Kos yang rendah - Tidak memerlukan modal yang besar untuk tujuan
pemprosesan
- Tidak memerlukan peralatan yang canggih
- Menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah

11. ***Perubatan Warisan - Merupakan perubatan turun temurun


- Khasiatnya diketahui berdasarkan pengalaman hidup dan
pemerhatian
- Keberkesanannya diyakini
12. Mudah didapati - Tidak perlu dapatkan rawatan doktor atau ahli farmasi
- Memudahkan penduduk kawasan pedalaman
- Hanya melibatkan daun, herba, buah dan akar

C. KESAN NEGATIF PERUBATAN HERBA


13. Mendatangkan kesan - Pembuatan dijalankan secara kecil-kecilan
sampingan - Penghasilan ubat-ubatan tidak mengikut spesifikasi yang
tepat
- Pengusaha tidak mengikuti kursus berkaitan farmaseutikal
- Boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna

14. Tempoh pemulihan yang lama - Hanya menggunakan bahan-bahan berasaskan herba
- Tiada penggunaan bahan kimia / dadah yang akan
mempercepatkan proses pemulihan
- Tidak sesuai untuk penyakit yang kronik dan memerlukan
rawatan / pemulihan segera
- Lebih kepada tujuan mengekalkan kesihatan

15. Keberkesanan - Khasiat ubatan herba hanya diketahui melalui


pengalaman hidup dan pemerhatian
- Tidak melalui proses R&D
- Keberkesanan boleh dipertikaikan

*** Idea 10 dan 11 hanya sesuai digunakan jika soalan berkaitan tumbuhan herba dikeluarkan
dalam laras sastera (Bahagian A)

Soalan-soalan Contoh
1. Perubatan berasaskan herba semakin mendapat perhatian masyarakat. Langkah-langkah perlu diambil supaya
perubatan alternatif ini dapat dikembangkan.
Ulaskan pernyataan di atas.

Skema: 2 + 2

2. Bincangkan kelebihan perubatan herba dan nyatakan faktor-faktor yang harus diambilkira sebelum menggunakan
perubatan alternatif ini.

Skema; 2 + 2
BAHAGIAN E

BAHAGIAN E

10 (a). Berdasarkan rajah di bawah, huraikan proses penyediaan akaun


sesebuah
perniagaan. Pada pendapat anda, mengapakah dokumen penting dalam sesebuah
organisasi?

DOKUMEN DALAM SISTEM AKAUN PERNIAGAAN

Tunai (bil. tunai)


P Tunai (bil. tunai)
P
E
E
L
M
A
B
N JUALAN/ Perniagaan PEMBELIAN E
G KHIDMAT
K
G
A
A
L
N

Hutang
Hutang (invois)
(invois pembekal)

Tunai/ cek

Penghutang Pemiutang

PENERIMAAN PEMBAYARAN
(Resit Rasmi) (Baucar Pembayaran)

Nota : Dokumen
Sumber : Dewan Ekonomi,
-Bil Tunai, Invois,Resit Rasmi 2003
& baucer Bayaran

Skema Jawapan

10 (a).

Pengenalan

Dokumen merupakan keperluan utama dalam proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan.

A. Proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan

Pembelian
1. Pembekal memerlukan bahan mentah untuk memproses sesuatu produk. Semasa membuat pembelian pembekal boleh
berurusniaga sama ada secara tunai (bil tunai) atas invois pembekal.
Jualan / Khidmat
2. Apabila pembekal menjual produk / perkhidmatan kepada pelanggan , pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau
hutang. Sekiranya secara tunai pembekal akan mengeluarkan bil tunai, tetapi jika memilih secara hutang, pembekal
( pemiutang ) akan mengeluarkan invois ( butiran yang dibeli, jumlah dan tempoh bayaran ) kepada pelanggan ( penghutang ).

Penerimaan dan Pembayaran


3. Usahawan juga terlibat dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam bentuk tunai / cek. Contoh : penerimaan
ialah hasil jualan tunai, pembayaran hutang oleh pelanggan, model perniagaan ( resit rasmi ). Pembayaran seperti hutang,
pembelian aset (Baucer Bayaran)

B. Kepentingan dokumen

1. Dokumen penting sebagai transaksi dalam pengurusan fail.


2. Memudahkan pengurusan pengauditan sesebuah organisasi

Kesimpulan:
Sesebuah organisasi perlu menggunakan dokumen bagi meningkatkan keuntungan.

Cadangan Skema :
Calon perlu menjawab mengikut urutan 1, 2 dan 3.
(sekiranya calon menjawab 1, 3 – markah 1/15)

Nota:
Skema - 3+1=4

Isi Huraian - 8(2x4)


Bahasa - 1
Impak - 2

Skema Jawapan

10 (b).

Pengenalan
Dokumen merupakan keperluan utama dalam proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan.

A. Proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan

Pembelian
1. Pembekal memerlukan bahan mentah untuk memproses sesuatu produk. Semasa membuat pembelian pembekal boleh
berurusniaga sama ada secara tunai ( bil tunai) atas invois pembekal.

Jualan / Khidmat
2. Apabila pembekal menjual produk / perkhidmatan kepada pelanggan , pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau
hutang. Sekiranya secara tunai pembekal akan mengeluarkan bil tunai, tetapi jika memilih secara hutang, pembekal
( pemiutang ) akan mengeluarkan invois ( butiran yang dibeli, jumlah dan tempoh bayaran ) kepada pelanggan ( penghutang ).

Penerimaan dan Pembayaran


3. Usahawan juga terlibat dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam bentuk tunai / cek. Contoh : penerimaan
ialah hasil jualan tunai, pembayaran hutang oleh pelanggan, model perniagaan ( resit rasmi ). Pembayaran seperti hutang,
pembelian aset (Baucer Bayaran)

B. Bagaimana pengurusan dokumen yang sistematik membantu kejayaan organisasi

1. Pengurusan dokumen yang sistematik memastikan setiap transaksi direkodkan dengan sempurna.
2. Boleh mengelakkan jenayah kolar putih / penyelewengan dalam organisasi berkenaan.
3. Penting untuk pengauditan.
4. Penting untuk merangka perancangan strategik / pengkajian dan pembangunan organisasi pada masa depan.
Kesimpulan:
Sesebuah organisasi perlu menggunakan dokumen bagi meningkatkan keuntungan.

Cadangan Skema :
Calon perlu menjawab mengikut urutan 1, 2 dan 3.
(sekiranya calon menjawab 1, 3 – markah 1/15)

Nota:
Skema - 3+1=4

Isi Huraian - 8(2x4)


Bahasa - 1
Impak - 2
Isi Huraian - 8
Bahasa - 1
Impak - 2

You might also like