You are on page 1of 7

SULIT*

900/2 STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 3
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006

1
SULIT*

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Kecanggihan teknologi maklumat tidak bergerak seiring dengan kematangan minda


manusia. Kemajuan teknologi maklumat menjadikan internet sebagai media baru dalam
penyebaran fitnah.
Pada pendapat anda, mengapakah internet dijadikan media penyebaran fitnah dan
cadangkan langkah-langkah yang bagi membendung masalah ini.

2. Menurut Dewan Masyarakat, Disember 2002, mulai tahun 1984-2000 sebanyak 26


536 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan kepada pihak polis, manakala 1 906 kes
pula dilaporkan sepanjang tahun 1996-1999 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan mengapakah fenomena ini berterusan dan
kesannya kepada institusi keluarga di negara ini.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Bangunan mesra alam mengutamakan kesejahteraan alam sekitar, dan fizikal.


Huraikan ciri-ciri bangunan mesra alam.

4. Pembuangan sisa toksik ke dalam hutan dan sungai mengancam dan memusnahkan
alam sekitar. Bincangkan punca dan kaedah rawatan sisa toksik.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu daripada soalan 6(a) atau 6(b).

5(a) “……Perkhidmatan Mesej Ringkas ( SMS ) merupakan satu mekanisme komunikasi


yang semakin popular kerana urusan menghantar dan menerima mesej amat berkesan.
Peningkatan dalam penggunaan juga dikaitkan dengan caj perkhidmatan murah yang
menjadi pilihan pengguna. Syarikat telekomunikasi menawarkan perkhidmatan berfaedah
yang melibatkan urusan perniagaan dan ekonomi global, pendidikan serta aktiviti sosial. “

(Dipetik daripada Dewan Masyarakat, Disember 2002)

(i) Apakah yang mendorong pengguna memilih Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS)?
(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, huraikan kegunaan
Perkhidmatan Mesej Ringkas dalam kehidupan seharian.

ATAU

2
SULIT*

5(b) “……Homestay merupakan suatu konsep unik yang memberi peluang kepada
pelancong terlibat dalam aktiviti seperti permainan tradisional dan adat budaya masyarakat
setempat. Pelancong asing minat menjadi peserta kerana mereka mendapat layanan mesra
di samping dapat mengamalkan konsep setiap amalan harian tuan rumah turut dilakukan
oleh pelancong . Program Homestay berpotensi dan mampu mengembangkan ekonomi
penduduk setempat. “

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Ekonomi, Julai 2003)

(i) Apakah yang menarik minat pelancong asing untuk menjadi peserta program
Homestay ?
(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, nyatakan kelebihan
program Homestay.

6(a) “……Hipertensi atau darah tinggi merupakan penyakit yang sering dialami oleh
golongan dewasa. Apabila usia seseorang meningkat kebanyakan arteri akan menjadi
sempit dan lemah. Keadaan ini akan menghalang aliran darah dan berlaku gangguan dalam
saluran darah. Hipertensi juga boleh berlaku disebabkan keturunan. Kebiasaannya
seseorang itu akan mengalami degupan jantung yang cepat dan sentiasa berdebar-debar. “

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Pengguna, September 2003)

(i) Apakah faktor seseorang mendapat penyakit hipertensi?


(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, cadangkan langkah-
langkah untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi.

ATAU

6(b) “……Hakisan pantai berlaku apabila aras air laut meningkat, perubahan daya semula
jadi angin, ombak dan arus laut yang memberi tekanan dan mengubah rupa bentuk pesisir
pantai. Pembangunan infrastruktur seperti hotel, resort dan lanskap ` waterfront ‘ di
kawasan pantai yang tidak terancang dan industri akuakultur akan mempercepatkan aktiviti
hakisan pantai. “

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, Julai 2005)

(i) Apakah punca bukan semula jadi yang menghakis pesisir pantai?

(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah


yang sesuai untuk mengatasi masalah hakisan pantai.

3
SULIT*

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan


perbandingan antara import dan eksport Malaysia dengan negara-negara terpilih bagi tahun
2000.

Haluan perdagangan Malaysia dengan negara-negara seperti Jepun, China, Korea,


Taiwan dan Hong Kong menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan setiap
tahun. Bagi negara-negara terpilih ini, jelas menunjukkan jumlah import mengatasi eksport.
Pada tahun 2000 jumlah import Malaysia dari negara-negara tersebut adalah sebanyak RM
117 828 juta, manakala jumlah eksport pula berkurangan sebanyak RM 14 044 juta
berbanding jumlah import.

Jepun merupakan rakan dagang utama negara kita dan eksport Malaysia ke negara
tersebut berjumlah RM 48 770 juta. Namun, teknologi yang tinggi di negara Jepun
menyebabkan jumlah import Malaysia lebih tinggi iaitu sebanyak RM 66 513 juta daripada
jumlah keseluruhan import.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara China telah menggalakkan negara kita
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara fahaman Komunis ini. Malaysia telah
mengimport sebanyak RM 12 321 juta dari China. Manakala jumlah eksport pula
berkurangan sebanyak 6.61% daripada jumlah import pada tahun 2000. Barang-barang
keluaran negara China yang lebih murah mendorong jumlah import melebihi jumlah eksport
bagi kedua-dua negara ini.

Rakyat di negara ini telah mula menyukai kereta-kereta keluaran negara Korea dan
keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap keluaran tersebut meningkat. Keadaan ini
telah melonjakkan jumlah import daripada tahun sebelumnya sebanyak 6.84% atau kepada
RM 13 926 juta pada tahun 2000. Eksport Malaysia ke Korea pula berkurang sebanyak RM
1 462 juta berbanding dengan jumlah import. Negara kita masih berusaha untuk merapatkan
jurang antara eksport dan import dengan negara Korea.

Selain itu, Malaysia masih menjaga hubungan baik dengan negara Taiwan sebagai
rakan dagang. Keadaan ini dibuktikan lagi dengan jumlah import dari Taiwan adalah
sebanyak RM 17 511 juta daripada keseluruhan import. Namun, jumlah eksport Malaysia
mencecah sebanyak RM 14 189 juta jika dibandingkan dengan keseluruhan eksport bagi
negara-negara terpilih.

Negara kita telah berjaya mengurangkan jumlah import dari Hong Kong kesan
daripada persaingan harga dengan negara-negara pengeluar yang lain. Jumlah import pada
tahun 2000 hanya sebanyak RM 8 557 juta atau sebanyak 7.26%. Manakala eksport
Malaysia ke negara tersebut telah meningkat secara mendadak. Negara kita telah
mengeksport sejumlah RM 16 854 juta ke Hong Kong.

Bagi memastikan wujud lebihan dagangan, negara kita terus melaksanakan dasar
menjalinkan hubungan erat dengan negara-negara rakan dagang yang baru.Malaysia perlu
menjalankan strategi untuk memperluaskan pasaran terutama ke negara-negara sedang
membangun yang lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, keluaran Mac 2003)

4
SULIT*

8. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penduduk di Malaysia mengikut umur, jantina dan etnik pada pertengahan tahun
2003.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum utama seperti kaum Bumiputera,
Cina , India dan bangsa-bangsa lain yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Selain
Melayu, kaum Bumiputera terdiri daripada kaum peribumi seperti Iban, Kadazan, Bajau dan
lain-lain. Kaum Cina pula merupakan kaum kedua terbesar diikuti kaum India dan kaum-
kaum lain.

Pada pertengahan tahun 2003, kaum lelaki yang berumur antara 0 hingga 14 tahun
berjumlah 4 280.4 ribu orang. Kaum Bumiputera berjumlah 2 782.3 ribu orang dan melebihi
sebanyak 1 926.2 ribu orang berbanding dengan kaum Cina. Bagi peringkat umur yang
sama, kaum India hanya sebanyak 470.8 ribu orang dan selebihnya adalah terdiri daripada
kaum-kaum lain.

Jumlah keseluruhan kaum perempuan yang berumur antara 0 hingga 14 tahun


adalah sebanyak 4 033.3 ribu orang. Kaum Bumiputera tetap mencatat jumlah yang tinggi
iaitu sebanyak 65.0% daripada jumlah keseluruhan. Kaum Cina perempuan dan India
perempuan masing-masing sebanyak 846.9 ribu orang dan 443.7 ribu orang. Kaum-kaum
lain pula mencatat jumlah yang lebih kecil, iaitu berkurangan sebanyak 322.6 ribu orang
berbanding dengan kaum India.

Peringkat umur antara 15 hingga 29 tahun, jumlah keseluruhan Bumiputera adalah


sebanyak 3 702.6 ribu orang. Kaum perempuan Bumiputera adalah sebanyak 1 826.9 ribu
orang dan selebihnya adalah kaum lelaki. Kaum Cina lelaki pula berjumlah 1 023.1 ribu
orang pada peringkat umur yang sama. Kaum Cina perempuan melebihi lelaki sebanyak 6.7
ribu orang. Kaum India lelaki adalah sebanyak 375.1 ribu orang dan perempuan pula
berjumlah 342.1 ribu orang. Kaum-kaum lain pula mencatat 136.4 ribu orang lelaki dan
123.0 ribu orang perempuan.

Pada peringkat umur antara 30 hingga 44 tahun, kaum Cina yang berada pada
peringkat ini berjumlah 1 540.1 ribu orang dan kaum lelaki mencatat sebanyak 766.0 ribu
orang. Kaum Bumiputera perempuan pula mencatat sebanyak 1 199.8 ribu orang iaitu
melebihi kaum lelaki sebanyak 34.2 ribu orang. Kaum-kaum lain masih mencatat jumlah
yang kecil iaitu sebanyak 292.6 ribu orang lelaki dan 222.6 ribu orang perempuan. Kaum
India lelaki dan perempuan masing-masing mencatat sebanyak 439.8 ribu orang dan 383.8
ribu orang.

Kaum Bumiputera masih mencatat jumlah yang tertinggi pada peringkat umur 45
hingga 59 tahun. Bagi kaum lelaki Bumiputera telah mencatat sebanyak 58.1% daripada
jumlah 1630.9 ribu orang. Kaum Bumiputera perempuan pula berjumlah sebanyak 993.0
ribu orang iaitu melebihi lelaki sebanyak 45.4 ribu orang. Kaum Cina lelaki pula berjumlah
425.1 ribu orang iaitu melebihi perempuan sebanyak 104.3 ribu orang. Jumlah kaum India
lelaki pada peringkat umur ini hanya sebanyak 179.4 ribu orang dan perempuan pula
sebanyak 168.0 ribu orang. Kaum-kaum lain bagi lelaki adalah sebanyak 78.8 ribu orang
iaitu melebihi sebanyak 32.9 ribu orang berbanding dengan perempuan.

Jangka hayat golongan perempuan melebihi golongan lelaki di negara ini. Pada
peringkat umur antara 60 hingga 74 tahun golongan lelaki Bumiputera melebihi sebanyak
1.4 ribu orang berbanding perempuan Bumiputera yang berjumlah 390.4 ribu orang. Jumlah
kaum Cina perempuan juga melebihi lelaki sebanyak 6.0 ribu orang, yang berjumlah
sebanyak 146.8 ribu orang. Pada peringkat umur ini kaum India lelaki dan perempuan
masing-masing sebanyak 78.4 ribu orang dan 80.0 ribu orang. Kaum-kaum lain bagi lelaki
dan perempuan masing-masing sebanyak 24.4 ribu orang dan 27.5 ribu orang.

5
SULIT*

Umur 75 tahun ke atas telah menunjukkan perbezaan yang ketara antara jumlah lelaki
dengan perempuan. Jumlah lelaki adalah sebanyak 144.9 ribu orang dan lelaki Bumiputera
sebanyak 79.7 ribu orang, Cina sebanyak 33.3 ribu orang serta India sebanyak 19.5 ribu
orang. Jumlah keseluruhan perempuan pula adalah sebanyak 182.6 ribu orang dengan
kaum Bumiputera sebanyak 92.2 ribu orang. Kaum Cina sebanyak 60.2 ribu orang serta
kaum India sebanyak 18.3 ribu orang. Kaum-kaum lain adalah yang selebihnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, tahun 2003)

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual, tafsirkan perubahan pengidap penyakit-penyakit terpilih di


kalangan pekerja asing yang dilaporkan dalam tahun-tahun yang diliputi. Jelaskan langkah-
langkah untuk mengurangkan masalah penularan penyakit di kalangan pekerja asing.

MALAYSIA: BILANGAN PENGIDAP PENYAKIT-PENYAKIT TERPILIH DI KALANGAN


PEKERJA ASING YANG DILAPORKAN PADA TAHUN 2000 HINGGA 2003.

Tahun 2000 2001 2002 2003


Jenis penyakit
Tuberkolosis 1310 1397 1506 2145
HIV 383 369 307 294
Malaria 5776 6826 7815 6658
Denggi 192 193 420 2000
Jumlah 7661 8785 10048 11097

(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Massa, Januari 2004)

6
SULIT*

10. Berdasarkan gambarajah di bawah, jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada


perubahan trend amalan pengurusan firma yang baru.

PERUBAHAN AMALAN PENGURUSAN FIRMA

Situasi

Ledakan Inovasi Teknologi


• Bilangan paten baru yang
besar dalam masa yang
singkat
• Kilang berteknologi tinggi
yang baru
Kesan
Globalisasi Pasaran Dan
Persaingan Tindakan
• Lebih banyak
• Pesaing baru yang terlalu
pilihan pengguna
banyak
• Gabungan dan
• Peluang baru • Organisasi mendatar
cantuman
• Usahasama • Peka kualiti
• Kitaran hayat • Pemberian kuasa
Pengurangan Peraturan
produk yang lebih • Unit yang lebih kecil
• Perbankan (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Human Resource Management,
singkat • Terpencar
• Telekomunikasi
Gary
• Pemecahan
Desslar, Florida International
• T anpa seUniversity)
mpadan
• Syarikat penerbangan
pasaran • Berorientasikan nilai
• Bilangan perniagaan dan visi
Demografi Yang Berubah gagal yang amat tinggi
• Lebih kepelbagaian

Sistem Politik Baru


•Kemunculan kawasan
dagangan bebas
• Perlaksanaan AFTA
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Human Resource Management,
Gary Desslar, Florida International University)

You might also like