You are on page 1of 24

Peranan Guru dalam Merealisasikan Wawasan 2020

Apa itu Wawasan 2020 ?


visi negara kita yang dikemukakan oleh Wawasan 2020 bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato Tujuan Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Malaysia mencapai taraf sebuah Februari1991.

negara perindustrian yang maju dan masyarakat yang beretika. Matlamat : menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang tahun 2020.

Intipati Wawasan 2020


a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian. b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai. c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.

e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum;bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia peda negara..
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.

h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
i) masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Penerapan nilai-nilai murni dibuat melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah meletakkan pendidikan nilai pada asas yang kukuh dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Sistem pendidikan dalam mencapai Wawasan 2020

menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib adalah selaras dengan Wawasan 2020.

- sentiasa sedar bahawa teori dan ilmu pengetahuan hanya akan berfaedah kepada muridnya apabila ia diseimbangkan dengan amalan.

- Latihan yang mencukupi diperlukan memastikan sesuatu praktis atau amalan muridnya mencapai tahap cemerlang.

Peranan guru Pendidikan Moral dalam


merealisasikan
-sedar bahawa keluarga mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap murid.

Wawasan 2020

- mengenal pasti ciri atau potensi muridnya, memotivasikan mereka untuk mengembangkan ciri atau potensi dan secara beransur-ansur menghapuskan ciri negatif warisan keluarga mereka.

Menyampaikan ilmu (Muallim)

Menjayakan proses pendidikan/ tarbiyah (Murabbi)

Peranan guru

Memperkembangkan kemahiran (Mudarris)

Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid)

Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib)

Menyampaikan ilmu (Muallim).


Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya.

Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral.

Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini dapat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika selain daripada berilmu.

Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi). Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Guru Murabbi adalah guru segala-galanya. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan.

Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya.

Ini telah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama setelah setiap guru melaksanakan tugas mereka dengan sedaya-upaya.

Memperkembangkan kemahiran (Mudarris). Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. - Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta persekitarannya. - Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid dan tidak menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka.

- Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran berkomunikasi seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Kemahiran luaran melibatkan kemahiran komunikasi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid-murid beliau.

Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib).


Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru muaddib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti.

Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya.

Ini telah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum serta masyarakat penyayang yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.

Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid). Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju melalui tugas guru yang berperanan membentuk modal insan masa depan.

- Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional.
Ini telah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

-sifat zuhud dan bekerja untuk mencari keredaan Allah S.W.T. -mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas dan terhadap ilmu. -perlu memiliki budi pekerti yang bebas daripada perasaan dengki, tamak, pemarah

-mempunyai kebersihan peribadi daripada segala kejelekan sama ada dari segi percakapan, tindakan atau perasaan.

Kualiti peribadi guru

-menguasai mata pelajaran yang diajar.

- perlu ada kemampuan untuk menilai kecenderungan dan kegemaran murid.

Pembentukan masyarakat yang saintifik dan progresif Pembentukan sekolah penyayang

Pembentukan pemimpin yang berkaliber

Peranan sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020

Pembentukan masyarakat yang adil Pembentukan masyarakat yang adil

Pembentukan mayarakat yang bersatu dan matlamat berkongsi bersama

Aktiviti

Sebagai seorang bakal guru, apakah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk merealisasikan Wawasan 2020? Bincangkan dalam kumpulan.

Rumusan
Bagi mencapai sembilan cabaran Wawasan 2020, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa kerana keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Ling Huong Yen Ling Suk Hong Lau Sin Yi Chaw Jia Wei

You might also like