You are on page 1of 56

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN, 06000 JITRA KEDAH

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


(BMM3104)
Pensyarah Pembimbing : Puan Bainah Binti Mustafa

AHLI KUMPULAN

NURDIYANAH BT JINLI

SITI FARIHAH BT ISMAIL

SITI RAHIMAH BT CHE HASSAN

ISI KANDUNGAN
SQ3R & KWLH LINGKARAN SOALAN TATACERITA BIMBINGAN MEMBACA TEATER PEMBACA

TEKNIK SQ3R
Survey, Question, Read, Review, Recite

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing murid-murid untuk meningkatkan kemahiran belajar. Melalui teknik ini, murid-murid membaca secara kendiri untuk memperkukuh kemahiran berfikir.

Menurut Hasan Mohd Ali PHd. (2007) pembacaan yang berkesan adalah yang melibatkan maksud, faham apa yang dibaca, had laju dan lambat apabila membaca dan kesan daripada membaca itu.

Survey (Meninjau)
Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masingmasing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, simbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

Question (Menyoal)
Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks). Gunakan soalan-soalan yang ringkas seperti siapa, apa, bila, dimana dan mengapa bagi mengukur tahap kefahaman

Read (membaca)
Murid-murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan pada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama, murid-murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang telah disenaraikan disamping menyenaraikan pula soalan tambahan. Sepanjang tempoh membaca, murid-murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam teks/ bahan bacaan.

Murid-murid juga boleh bertukar-tukar maklumat untuk menerima atau menolak konsep yang dibaca. Perkara ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.

Recite (Menyebut/mengulang)
Mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing

Review (Menyemak)
Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu memastikan bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal).

Menurut Da Costa (1976) dalam buku Abd Ghani Awang (1996) berdasarkan formula, para pelajar sepatutnya mampu
Mengenali idea-idea utama dengan melakukan aktiviti pengukuran dalam pembacaan Bertanya kepada dirinya soalan-soalan yang akan terjawab melalui pembacaan Membaca teks tersebut Cuba mengingati kembali isu-isu utama Membaca sekali lagi teks tersebut untuk menguji tahap kefahaman

TEKNIK KLWH
Know(Tahu) Want(Hendak/Ingin Tahu) Learn(Pelajari) How(Bagaimana)

Know (Tahu)
Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.

Want (Hendak/Ingin Tahu)


Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

Learn (Pelajari)
Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

How (Bagaimana)
Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan dimana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

LINGKARAN SOALAN

LINGKARAN SOALAN
Definisi
Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu. (perkara, individu, luar individu) Perkara individu dan luar individu merupakan skop yang menjadi bahan rangsangan untuk penyoalan.

JENIS JENIS PENDEKATAN

Terdapat empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR, diistilahkan sebagai pendekatan A, B, C dan D. (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 187 : 160).
PENDEKATAN A PENDEKATAN B PENDEKATAN C PENDEKATAN D

PENDEKATAN A
Guru tunjuk kad gambar dan meminta murid menamakannya, berbual, dll.
Guru tunjuk kad perkataan dan meminta murid menyebut kemudian melekatkan pada gambar dan menyebutnya.

Guru membuka kad gambar dan meminta murid membaca kad perkataan.

Guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid membunyikan huruf itu. Cth : a(a), b(beh), u(u), j(jeh) = ba(ba) + ju(ju) = baju

Guru menunjukkan kad-kad suku kata persatu untuk perkataan tersebut.

PENDEKATAN B
Memperkenalkan dua huruf sahaja pada peringkat permulaan. Cth : m dan s Guru tunjuk kad huruf [m] dan [s] sambil membunyikannya. Murid mengikut sebutan guru.

Guru meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf secara berkumpulan/individu. Cth :mu.ka, saya.

Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebut dengan betul.

PENDEKATAN C
Pelajaran 1
kenalkan bunyi dua/tiga huruf vokal menggunakan kad imbasan. Kenalkan 1 huruf konsonan dan murid menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal menjadi suku kata. Cth: ka ki ku. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna. Cth : ka+ki = kaki. Menggabungkan perkataan menjadi ayat yang bermakna. Cth : kuku kaki ku.

Pelajaran 3

Ulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u. Kenalkan pula satu/dua lagi bunyi konsonan, b dan s. Murid membuat latih tubi menyebut dengan menggunakan kad imbasan. Murid mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf vokal a i u. Cth : ba bi bu sa si su. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan. Cth : ba+ba = baba, bu+bu = bubu. Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya. Cth: ibu baba. Meminta murid membina perkataan dan ayat lain serta membacanya.

Pelajaran 4

Guru menggunakan huruf dan suku kata dalam pelajaran 1,2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan/ayat dan murid membacanya. Murid mencatum suku kata (ka ki ku ba bi) menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya. Guru membina beberapa ayat untuk murid membaca. Cth : Abu buka buku. Guru menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain. Cth: baba/ibu Guru meminta murid membaca ayat. Cth: ibu bab buka buku baba.

Pelajaran 5

Kenalkan dua/tiga konsonan lain kepada murid. Cth: t, m dan d. Murid membina suku kata. Cth: ta ti tu. Murid membina perkataan. Cth: dada, muka, uda, dll. Meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut. Cth: mata mila, mata mila mata biru

Pelajaran 6

Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup. Cth: (du+duk=duduk), lalu membacanya. Murid membaca ayat lain dan cerita berkaitan. Cth: muka budak itu masam, budak itu sakit, ubat sakit kaki tidak ada.

Pelajaran 7

Kenalkan bunyi tiga konsonan lagi. Cth: r, p, n. Guru dan murid mencantumkan bunyi konsonan ini dengan bunyi vokal a,i,u. Murid membina perkataan dan ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari kemudian membacanya.

Pelajaran 8

Kenalkan bunyi vokal lain iaitu o, e (pepet), e (taling). Murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o. Cth: bo+ tak = botak. Guru membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya. Cth: emak, esok. Murid membaca frasa. Cth; kotak besar, kotak besar itu diatas meja. Murid mencantum suku kata menjadi perkataan/ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih kemudian murid membacanya. Guru memperkenalkan lebih banyak hruf konsonan dan memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan.. Cth: ng, nga, sy(sya), gh(gha), ny.

PENDEKATAN D
Guru tunjuk kad gambar dan meminta murid menamakannya, berbual, dll. Guru kenalkan nama huruf tunggal. Cth: b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya. Murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya.

Guru tunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari dan bertanya, ini apa? kepada murid.

Guru tunjuk kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya.

Guru meminta murid mencatumkan keduadua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju.

KONSEP
Pengalaman yang dialami oleh murid sendiri yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk cerita yang bermakna. Penggunaan tatacerita dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan bacaan dan kefahaman.

PERINGKAT TATACERITA
Tatacerita mempunyai sepuluh peringkat yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika p&p kemahiran membaca. (Hj. Ismail Hj. Zakaria, Salimah Othman, Elly Chong, 1992:83, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.) Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Peringkat 4 Peringkat 5 Peringkat 6 Peringkat 7 Peringkat 8 Peringkat 9 Peringkat 10

Peringkat 1
Guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Mengutamakan pengalaman sendiri kerana lebih berkesan dan menarik daripada orang lain. Guru dapat memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman mereka melalui pengalaman yang dikongsi. Guru memastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang sama-sama mereka lalui.

Peringkat 2
Murid melakukan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan muzik. Murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal dn kognitif melalui latihan. Mampu mengembangkan perbincangan tentang masa lalu murid melalui aktiviti tersebut.

Peringkat 3
Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan murid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu.

Peringkat 4
Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masing-masing. Murid berpeluang memilih isi-sisi penting melalui aktiviti ini. Guru mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masing-masing dengan lebih terperinci.

Peringkat 5
Guru membina ayat-ayat gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu tahu cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Mampu memudahkan strategi ramalan apbila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu.

Peringkat 6
Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan murid. Murid membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Meningkatkan meningkatkan ekspresi lisan murid.

Peringkat 7
Guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhati-hati untuk memberi pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum membaca. Murid akan membaca cerita secara invidiu/kumpulan.

Peringkat 8
Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab berdasarkan lisan. Soalan yang dikemukakan berkemungkinan soalan berkaitan kosa kata/urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing murid mengemukakan jawapan.

Peringkat 9
Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita baharu.

Peringkat 10
Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid boleh bertukar-tukar cerita untuk mengetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap boleh dijilidkan berdasarkan tema. Mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.

Bimbingan yang diberikan oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria , Salmah Othman, Elly Choong(1992) mengistilahkan bimbingan membaca sebagai aktiviti membaca terarah. Ia digunakan untuk membimbing membaca dan memamahmi petikan,rencana dan karya sastera

Aktiviti ini sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Sehubungan itu, terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca

Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang dibaca Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal: 1. Membaca petikan sepintas lalu 2. Menyampaikan isi utama petikan kepada murid 3. Meyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya 4. Menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan dan pengalaman murid tentang isi petikan

Sebelum pembacaan sebenarnya, guru menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui aktiviti: 1. Mendapatkan isi isi utama petikan 2. Memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks 3. Mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk 4. Menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan

Guru menentukan had masa untuk murd membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap Pembacaan pula dijalankan hanya untuk intrepretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran peringkat ini

Perbincangan isi penting dijalankan secara soal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenalpasti tujuan pembacaan . Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baaru yang dialami oleh murid Perbincangan boleh dijalankan diperingkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil

Langkah ini merupakan aktiviti penggayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam kempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan 3 kaedah: 1. Melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan 2. Menulis cerita berdasarkan tema yang sesuai 3. Melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca

Melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.

seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

LANGKAH PELAKSANAAN

Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakonpelakon; Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog; Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai; Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan; Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan; Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

Video Teater Pembaca

RUJUKAN
Abd. Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. AB. Rahim Selamat (1996). Kemahiran Belajar dalam KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Penerbitan Al-Azim. Hasan Mohd. Ali Ph.D (2007). Teknik Belajar Berkesan Efektif. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

You might also like