You are on page 1of 4

LAPORAN AHLI JAWATAN KUASA PERHUBUNGAN LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADIRAN PENDIDIKAN JASMANI STADIUM BUKIT JALIL,

PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA DAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

THAMARAISELVI A/P SAMANTHAN (920520-02-6274) Kelas kami P5H, telah menganjurkan satu lawatan Ilmiah ke Stadium Bukit Jalil, Pusat Sukan Universiti Malaya dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang wajib dilaksanakan dan termaktub dalam profoma kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani (PJM3112). Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan secara langsung dan meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan dalam sukan serta memberi peluang kepada para guru pelatih untuk

melihat dan meneliti pegurusan sukan negara secara langsung. Saya telah menjawat jawatan dan menggalas tanggungjawab sebagai AJK perhubungan bagi lawatan ini. SEBELUM Pertama sekali, kami telah mendapat taklimat daripada pensyarah kami, En. Thanabalan berkaitan dengan penganjuran lawatan ini. Beliau telah memberi kelonggaran kepada kami untuk memilih tempat untuk melawat dan turut memberi beberapa cadangan seperti Majlis sukan Negara, MSSM, ISN, Majlis Olimpik Malaysia dan sebagainya. Beliau menegaskan bahawa tempat lawatan harus menepati objektif dan tujuan yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari. Selepas itu, kami telah berbincang antara rakan-rakan di kelas untuk memilih tempat yang sesuai dan melengkapi kehendak kursus pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani. Antara cadangan yang telah dikemukakan ialah ISN, Kementerian Belia dan sukan dan sebagainya. Pada akhir perbincangan, kami mendapati bahawa Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Stadium Bukit Jalil dan Pusat Sukan Universiti Malaya telah dipilih secara sebulat suara bersama dengan pensyarah untuk membuat program lawatan ini.

Seterusnya, kami juga telah melantik Ahli Jawatankuasa tugas masing-masing. Saya telah dipilih sebagai ajk perhubungan. Bagi melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan ini saya telah mencari nombor dari pelbagai sumber seperti laman web rasmi. Beberapa senior dan pensyarah juga telah saya rujuk untuk mendapatkan nombor tempat-tempat berkenaan. Selepas berbincang dengan En.Thanabalan saya telah berhubung dengan pihak-pihak berkenaan tanpa melengah-lengahkan masa. Saya telah menanyakan tentang prosedur yang perlu dilakukan sebelum mengadakan aktiviti di tempat tersebut. Mereka telah memberitahu kami untuk menghantar surat bagi proses selanjutnya dan juga bagi melicinkan urusan-urusan lain seperti persediaan awal oleh pihak tersebut. Saya juga telah berusaha untuk mendapatkan nombor fax bagi tempat-tempat yang kami pilih untuk memudahkan urusan pensyarah bagi menghantar surat kepada mereka. Sebagai AJK perhubungan, saya menggalas tanggungjawab yang penting dalam memastikan urusan yang baik antara pihak berkenaan. Oleh yang demikian, saya juga telah sentiasa menghubungi mereka agar memastikan bahawa mereka

sudah menerima surat daripada pihak institut. Saya telah membuat perbincangan dengan mereka bagi menghadapkan tujuan program yang ingin kami laksanakan di situ agar mendapat kebenaran dan kemudahan tertentu. Selepas berbincang bersama dengan pensyarah, Kesatuan Olahraga Malaysia, Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Stadium Bukit Jalil, FAM telah dipersetujui oleh semua pihak. Walaubagaimanapun, pelbagai kekangan telah dihadapi dalam proses menjayakan lawatan ini. Sebagai ajk perhubungan saya sentiasa berhubung dengan pihak berkenaan. Sebelum seminggu hari lawatan saya telah diberitahu bahawa Majlis Sukan Negara dan FAM tidak dapat menerima kunjungan kami pada hari tersebut disebabkan beberapa faktor. Kami telah diperjelaskan bahawa Majlis Sukan Negara dan FAM terlibat dalam urusan lain dan dapat menerima kami sekiranya tarikh lawatan ditukar ke minggu seterusnya. Oleh sebab, terdapat program konvokesyen di Institut Perguruan kampus Sultan Abdul Halim dan kami sebagai ajk alatan turut terlibat dalam program tersebut. Oleh itu, tarikh lawatan terpaksa ditunda dari 19 Februari ke 10 Mac 2014. Saya telah menjalankan tugas saya dengan

menghubungi semua pihak untuk memberitahu tentang perubahan tarikh lawatan.

Dalam proses kedua, kami menghadapi masalah kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak IPGM. Walaubagaimanapun, setelah sekian lama berusaha akhirnya lawatan kami telah mendapat kelulusan dan semua urusan telah dipermudahkan. Tarikh lawatan ditetapkan pada 19 Mac 2014. Saya telah menjalankan tugasan saya dengan menghubungi semua pihak yang berkaitan dan untuk mendapatkan kebenaran. Kami telah merancang untuk membuat lawatan ke Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Stadium Bukit Jalil, Pusat Sukan Universiti Malaya dan MSSM. Saya menghubungi pegawai yang berkaitan untuk

menjelaskan tentatif program ini. Walaubagaimanapun, lawatan ke MSSM dan Majlis Sukan Negara tidak dapat diadakan atas beberapa alasan. Akan tetapi, kami telah menerima maklum balas dan surat daripada tempat lain. Ramai pensyarah juga telah membantu saya dalam urusan perhubungan. Akhir sekali, hanya tiga tempat yang dipilih untuk program lawatan ilmiah ini iaitu Stadium Bukit Jalil, Pusat Sukan Universiti Malaya dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Antara pegawai yang telah saya hubungi ialah:

Stadium Bukit Jalil

- En. Abdul Naim (03-89920853)

Pusat Sukan Universiti Malaya - En. Samari (03-79676964) Kementerian Belia dan Sukan - En. Razali (0388713278)

SEMASA Semasa pelaksanaan aktiviti tersebut, saya telah berhubung dengan pihak

sekolah untuk melaporkan kehadiran kami. Saya juga telah menanyakan tentang tempat atau dewan yang disediakan kepada kami agar dapat berkumpul pada masa yang ditetapkan. Saya telah menyelesaikan segala urusan atau prosedur di pejabat semasa penjalanan program ini.

SELEPAS

Selepas penjalanan program ini kami telah membuat postmortem bersama ahli kumpulan dan pensyarah pembimbing. Sebagai AJK perhubungan saya telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar surat penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada kami. Menerusi program ini, saya dapat melihat suatu implikasi positif dalam diri saya dari segi komunikasi. Saya telah mempelajari dan yakin akan cara atau kaedah komunikasi yang baik dalam urusan-urusan rasmi. Saya juga berasa amat bangga kerana dapat menyumbang dan memainkan peranan dalam penganjuran program lawatan ilmiah ini. Saya juga telah berkomunikasi dengan beberapa pihak atasan dan ini memberi pendedahan kepada saya untuk memperbaiki cara berkomunikasi dan urusan rasmi yang berkaitan dengan surat menyurat. Saya juga dapat merasai satu aura positif dalam diri saya kerana dapat meningkatkan keyakinan diri. Saya juga telah mengenali erti kesabaran dan toleransi serta kerjasama menerusi ini. Sebagai bakal-bakal guru, kami juga telah belajar untuk menghadapi cabaran dan kekangan dengan baik. Kita tidak boleh menafikan bahawa, sebagai seorang guru kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi ini. Oleh yang demikian, ini menjadi suatu landasan atau Platform yang baik untuk mempelajarinya. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Ipgksah yang membantu menghantar surat kepada pihak sekolah. Tidak ketinggalan juga semua pegawai di Stadium Bukit jalil, Pusat Sukan Universiti Malaya dan Kementerian Belia dan Sukan yang telah menghulurkan pelbagai bantuan kepada kami sepanjang pelaksanaan program lawatan Ilmiah ini. Kami juga berharap bahawa program sebegini akan diadakan pada masa yang akan datang demi mencorakkan sifat keguruan yang utuh dalam diri guru-guru pelatih disamping membimbing guru pelatih untuk menjadi lebih berkalier dalam semua urusan.

You might also like