You are on page 1of 7

http://mzu3111.blogspot.

com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
Carl Orff : Sejarah dan Falsafah
Sejarah
enyanyi, menyebut, menari, dan bermain sebenarnya merupakan aktiviti
di dalam elemen pendidikan muzik. Improvisasi dan mencipta sesuatu bentuk yang
baru dalam setiap apa yang disebut di awal tadi merupakan pembelajaran yang
menggunakan pendekatan yang aktif di dalam pendidikan muzik seperti mana yang
telah diutarakan oleh Orff Schulwerk. Dalam ertikata yang lain ia adalah sebahagian
daripada tingkah laku semulajadi kanak-kanak iaitu bermain.
Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Munich. Memulakan pembelajaran
muzik dengan piano dan ketika itu berumur 5 tahun di bawah pengawasan ibunya.
Sangat berminat dengan kemahiran berbahasa dan sastera. Beliau
menerima latihan pendidikan muzik secara formal di Akademie
der Tonkunst yang terletak di Munich. Dari tahun1915 ke 1917,
Orff menjadi Pengarah Muzik di Munich Kammerspiele dan pengalaman yang
padanya memeberi kesan terhadap kerjanya. Orang yang banyak mempengaruhi
kerjaya beliau ialah mentor dan rakannya iaitu Curt Sachs. Beliau banyak belajar dan
mengkaji muzik zaman Renaissance dan awal Barroque khususnya composer Claudio
Monteverdi.
Selepas perang, beliau memegang beberapa jawatan dalam opera Mannheim
dan Darmstdt sebelum kembali ke Munich untuk melanjutkan pengajiannya dalam
Pendidikan Muzik. Mulai 1925 sehingga akhir hayatnya, beliau menjadi pengasas dan
M
http://mzu3111.blogspot.com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
Ketua Jabatan Gunther School. Untuk gimnastik, tarian dan muzikdi Munich. Di
sinilah beliau membina teori-teori Pendidikan Muziknya. Dalam tahun 1937 karya
beliau yang bertajuk. Carmina Burana dipersembahkan di Frankfurt, German. Dengan
kejayaan Carmina Burana, Orff memansuhkan semua karya-karya beliau yang kecuali
Catulli Carmina dan Entrata yang digubah semula.
Falsafah
Orff sangat menyanjungi komposer Moteverdi. Kebanyakan karya Orff adalah
berdasarkan sumber-sumber lama seperti cerita-cerita dongeng dan lagenda. Beliau
tidak memandang sumber-sumber tersebut sebagai lama kerana boleh digunakan
semula. Sumber-sumber lama yang telah kehilangan elemen masa masih mempunyai
spiritual power. Minat utama Orff ialah dalam ekspresi reality spiritual.
Karya-karya Orff dalam Pendidikan muzik adalah mengkagumkan. Pada awal
1920an, beliau telah bekerjasama dengan Mary Wigman, bekas pelajar Emile Jaques-
Dalcroze, satu lagi nama berpengaruh dalam Pendidikan Muzik. Apatah lagi
pendekatan Orff adalah serupa dengan Dalcroze kecuali Orff menggunakan alat
perkusi sebagai focus dalam Pendidikan Muzik. Pada tahun 1924 Orff dan Dorothee
Gunther telah bergabung untuk menubuhkan Gunther School. Fokus sekolah ini ialah
koordinasi pengajaran gimnastik, tarian dan muzik.
Orff percaya bahawa muzik pergerakan dan pertuturan bukanlah entity yang
berasingan tetapi satu bentuk gabungan yang disebut muzik elemental. Muzik
elemental menurut Orff ialah muzik pergeran dan pertuturan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan khas tetapi berlaku secara spontan. Hasil
http://mzu3111.blogspot.com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
dalam keadah Orff ilah kepercayaan bahawa muzik wujud dalam setiap individu, dan
kanak-kanak menggunakan irama dan pergerakan yang natural untuk menghasilkan
muzik. Kaedah Orff yang unik ini telah digunakan oleh Kementerian Kebudayaan
Jerman untuk sekolah-sekolah elementari di Berlin.
Apabila kanak-kanak belajar menggunakan suara mereka sebagai alat muzik,
memasuki satu lagi kaedah terancang Orff. Ia melibatkan satu langkah spesifik
tentang pembelajaran solfage (solfa). Jeda pertama yang diajar ialah jeda minor ke 3
menurun so-mi, diikuti dengan ton-ton berikut secara berurutan : la re do untuk
melengkapkan sebuah skel pentatonic dan akhir sekali fa dan ti. Orff menggunakan
skel pentatonic kerana Orff percaya skel ini adalah tonaliti semulajadi kanak-kanak.
Ianya bertepatan dengan kepercayaan Orff bahawa muzik wujud di dalam setiap
individu dan mod pentatonic berkait rapat dengan perkembangan muzikal kanak-
kanak. Penggunaan skel pentatonik juga memberi keyakinan kepada kanak-kanak.
Pendekatan Orff bermula dengan pendapat bahawa muzik patut dipeelajari
oleh kanak-kanak seperti mana mereka belajar bahasa (Suzuki Mother Tongue
Approach). Kanak-kanak belajar bahasa dengan mendengar dan mengajuk
seterusnya menterjemah symbol-simbol sebagai bentuk bertulis bahasa itu. Oleh yang
demikian, kanak-kanak harus belajar muzik dengan cara yang sama. Pada peringkat
awal, umur kanak-kanak didedahkan kepada muzik untuk belajar menyanyi dan
memainkan alat perkusi. Kemudian di dalam perkembangan muzikal kanak-kanak itu
belajar menterjemahkan simbol-simbol notasi sebagai muzik. Muzik yang dipelajari
pada peringkat umur ini adalah melodi mudah yang melibatkan banyak pergerakan.
http://mzu3111.blogspot.com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
Orff percaya irama adalah bahagian yang paling penting di dalam muzik
kerana irama mengikat pergerakan, pertuturan dan muzik untuk membentuk apa yang
Orff namakan sebagai Muzik Elemental. Pendekatan ini digunakan oleh Orff kerana
beliau percaya kanak-kanak perlu merasai dan bergerak dengan muzik sebelum
mereka diminta untuk membina konsep tentangnya.
Pertuturan adalah salah satu elemen utama dalam pendekatan Orff bukan
sahaja kerana pertuturan itu satu aksi berirama malah Orff adalah satu-satunya ahli
falsafah Pendidikan Muzik yang menggunakan pertuturan dengan cara ini. Pandangan
Orff ialah transisi kepada pertuturan kepada aktiviti berirama dan kemudiannya
kepada lagu/nyanyian adalah suatu perkembangan yang sangat semulajadi kepada
kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak bermula dari pertuturan kepada irama badan
seperti tepukan atau tappingdan kemudiannya kepada permainan sesuatu alat muzik.
Menurut falsafah Orff, selepas kanak-kanak membina kemahiran dengan satu
alat muzik, konsep seperti meter, tekanan, dan anarkursis diperkenalkan dalam corak
pertuturan, diperkukuhkan dalam aktiviti lain dan dipelajari serta dikaji dalam konteks
muzikal. Satu contoh spesifik ialah pengajaran bentuk Canon. Pendekatan Orff
terhadap Pendidikan Muzik mencatatkan bahawa pertuturan, chant dan lagu menjurus
kea rah yang sama iaitu satu kesinambungan. Pengalaman kanak-kanak dengan
nyanyianbermula dengan pertuturan. Ini bermakna melodi adalah satu hasilan
daripada irama.
Bahagian terakhir dalam Muzik Elemental Orff ialah pergerakan elemental.
Seperti yang disebutkan terdahulu, perkataan elemental dalam konteks ini merujuk
http://mzu3111.blogspot.com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
kepada sejenis perlakuan dan di dalam kes ini ialah pergerakan di mana kanak-kanak
mengambil bahagian tanpa latihan awal atau arahan. Mengikut Orff, aktiviti jenis ini
memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi lebih ekspresif. Kanak-kanak lebih
mudah meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui pergerakan dan lukisan
daripada perkataan.
Membenarkan kanak-kanak meluahkan persaan mereka dengan cara ini dapat
membenarkan mereka menggunakan imaginasi kerana kita sebagai orang dewasa
sering terlupa bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi yang cergas. Selepas
memerhatikan pergerakan-pergerakan ini, guru akan mengaitkan dengan muzik yang
berkenaan. Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan untuk meluahkan perasaan ialah
berjalan tip-hoe, melompat untuk membayangkan halangan, berpusing-pusing
untuk membayangkan pening.
Matlamat
Matlamat akhir kaedah Orff ialah untuk melahirkan kreativiti muzikal kanak-
kanak. Apabila pendidikan muzik secara tradisi mengatakan kanak-kanak mesti
belajar membaca notasi untuk menjadi pemuzik yang boleh berdikari. Kaedah Orff
memfokus ke arah perkembangan kreatif dan ekspresif
Alat-alat muzik yang digunakan dengan kaedah Orff secara langsung
membezakannya dengan kaedah-kaedah lain. Orff menggunakan Zailofon dan
pelbagai metalofon yang mempunyai bar yang mudah alih. Ini membenarkan guru
menukar bar untuk mod-mod tertentu untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan
http://mzu3111.blogspot.com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
kanak-kanak. Alat-alat muzik Orff adalah hasil padanan daripada alat-alat muzik
gamelan Indonesia.
Penutup
Dalam bidang Pendidikan Muzik, Carl Orff adalah seorang yang memberi
pengaruh dan kesan yang besar. Beliau memperkenalkan kepada kita bahawa untuk
mengajar muzik kepada kanak-kanak kita perlu kembali kepada asas atau elemen
pertuturan, pergerakan dan nyanyian.
Beliau juga telah mengingatkan kita betapa kita perlu mengharapkan kanak-
kanak mempelajari muzik dengan mudah dengan cara yang berlainan melalui kaedah
tradisi daripada cara semulajadi mereka.
http://mzu3111.blogspot.com
Carl Orff: Sejarah Dan Falsafah
BIBLIOGRAFI
Deal, J. & Taylor, J. (1997). Technology Standard for College Music Degrees, Music
Educators Journal. July 97, Vol.84 Issue 1, p17.
Dunnigan, P. (1993). The Computer in Istrumental Music, Music Educators Journal.
80(11):32-37
Glass, J.S. (1986). The effects of a microcomputer-assisted tuning program on junior
high school students pitch discrimination and pitch maching abilities.
Unpublished doctoral dissertation, University of Miami, Coral Gables.
Grijalava, F.J. (1986). Factors influencing computer use by music educators in
California independent elementary and secondary schools. Unpublished
doctoral dissertation, University of San Francisco, San Francisco.
Hanheide, S (1994). Opportunities and Limits of Computer-Assisted Music
Instruction. Report on a Podium Discussion on the incorporation of learning
programs in Music Education. University Osnabruck, German.RILM 367-370
Pembrook, R.G. (1986). Some implication of students attitudes toward a Computer-
based melodic dictation program. Journal of Research in Music Education,
34(2), 121-133.

You might also like