You are on page 1of 2

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2014

NAMA: OH YI LING
OPSYEN: PISMP PEMULIHAN/BM/MT SEM 5
Pada 12 Mac 2014 bertempat di padang IPG Kampus Kota Bharu telah diadakan
Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2014. Selaku AJK peralatan, saya telah
bertanggungjawab sepenuhnya ke dalam menguruskan peralatan yang diperlukan
sepanjang tempoh kejohanan olahraga tersebut, termasuk masa sukan tara.
Sebagai introduksi, Kejohanan Olahraga Tahunan dianjurkan oleh guru pelatih
PISMP semester 5 pada setiap tahun. Tema pada tahun ini ialah Sukan Berprestij
Menjana Transformasi IPG.
Sebelum kejohanan olahraga tahunan berlangsung, semua guru pelatih
semester 5 telah diberikan taklimat dan membahagikan tugasan kepada setiap kelas.
Kelas saya Pendidikan Pemulihan telah ditugaskan sebagai AJK Peralatan. Saya
bersama ahli kumpulan peralatan membincangkan peralatan yang dipelrukan untuk
sukan. Kemudian saya bersama ahli kumpulan menguruskan permohanan peminjaman
peralatan daripada pihak stor sukan IPG.
Latihan sukan bermula pada 26 Januari selama satu bulan. Kami bergilir-gilir
turun ke padang untuk mengangkat dan menyimpan peralatan pada masa itu. Contoh
peralatan yang digunakan ialah starting block, loceng, kon kecil dan sebagainya.
Semasa sukan tara, saya dan rakan sekelas ditugaskan untuk mengeluarkan peralatan
yang akan digunakan pada hari tersebut dan menghantar peralatan balik ke stor setelah
habis diguna. Begitu juga hari Kejohan Olahraga Tahunan 2014.
Satu hari sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan, saya dan rakan sekelas turun
ke padang untuk mengemas peralatan dan memasang peralatan seperti payung yang
akan digunakan pada keesokan hari. Ketua AJK telah memberikan sedikit penerangan
berkenaan tentatif kejohanan olahraga esok kepada saya dan rakan sekelas sebelum
kami bersurai.
Tugasan kami bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 4 petang. Secara
keseluruhannya, semua pihak telah memberikan sokongan dan kerjasama yang begitu
baik kepada kami dalam melaksanakan program Kejohanan Olahraga Tahunan ini.
Sememangnya tugas saya pada semester ini tidak menghampakan dan ia juga telah
banyak menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada saya dan ia boleh dijadikan
panduan kepada saya apabila mengajar di sekolah kelak.

You might also like