You are on page 1of 1

Kelebihan Komsas

Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan
emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh
bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa
mereka memikirkan perasaan orang lain.
Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek
peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang
gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa
unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan
bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran
komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang.
Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen “Diari
Seorang Pengawas” memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid
yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu “role model” yang wajar bagi
seorang murid yang menjadi pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).
Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek
Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca.
Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis
dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat
menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk
perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan.

Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka
didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka.
Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur
patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak “Di Ruang Gemanya”
(Kerusi, 2002: 22)

Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan Melayu’. Komsas ialah
komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam
subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.

You might also like