You are on page 1of 8

KAEDAH TERUS

DISEDIAKAN OLEH
MOHD SUHAIRI MOHD YUSOP
ERIZAL ARIFFIN
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI
KUMPULAN 7

Secara berkumpulan seramai 3 orang, pilih salah satu daripada kaedah pengajaran dan laksanakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah tersebut.
BMM 3117
Kaedah Terus - Kemahiran Mendengar

Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-
1935). Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak. Selain itu kaedah terus mempunyai persamaan dengan kaedah askar
dan diplomat semasa Perang Dunia Kedua.
Tujuan kaedah ini adalah membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat
kemahiran bahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa
yang dipelajari dalam masyarakat dan persekitarannya.
Kaedah ini juga sangat sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa kedua dan
boleh disampaikan melalui empat asas iaitu (i) perhubungan secara langsung antara
perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya; (ii) pengajaran
harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; (iii) harus
timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan ; dan (iv) pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak
mempelajari bahasa ibunda mereka.
Kebaikan Kaedah Terus

Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana
mempunyai persamaan dengan cara kanak-kanak menguasai
bahasa ibunda mereka dan tidak menggunakan terjemahan.
Pengajaran secara terus membantu memudahkan pencapaian
murid-murid dan mereka dapat mengaplikasikan bahasa itu
secara aktif seterusnya membolehkan mereka bertutur
dengan cepat, lancar dan fasih.

Kelemahan kaedah Terus

Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam
menyampaikan makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan
yang abstrak. Oleh yang demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama
dan memerlukan guru terlatih khas dalam menyampaikannya. Selain itu,
kelemahan kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan
mesej yang kurang tepat dan ini menyebabkan kurang penerimaan
daripada murid-murid lantas menimbulkan kekeliruan sepanjang
perlaksanaan P&P.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk
bahan-bahan yang boleh dihafaz dan perbualan yang telah ditetapkan.
Justeru, kemungkinan bahan-bahan yang digunakan tidak pratikal untuk
perkembangan kebiasaan yang sistematik. Kaedah ini juga memberi
manfaat atau faedah kepada murid-murid yang cerdik namun tidak bagi
murid-murid yang lemah.
Teknik dan Penyampaian Kaedah Terus

Proses pertama dimulakan dengan menghubungkan murid-murid terus
kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Mereka akan diperkenalkan
dengan sistem bunyi bahasa itu. Disini, sebutan penutur jati dijadikan
model dan pertuturannya diikuti dan ditiru oleh murid-murid. Misalnya,
murid Melayu akan bertutur dalam Bahasa Melayu kepada murid bukan
Melayu supaya mereka dapat memahami serta mempelajari istilah serta
perbendaharaan kata yang betul.
Seterusnya, segala makna perkataan yang kurang difahami oleh
murid akan diperjelaskan oleh guru dengan cara (i) mengaitkan
perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar ; (ii) mengaitkan
perkataan-perkataan atau ayat-ayat dengan gambar , rajah-rajah,
lukisan dan sebagainya ; (iii) menggunakan perkataan-perkataan seperti
atau yang berlawanan ; (iv) dengan menggunakan aksi atau lakonan
(khusus pada kata kerja); (v) dengan cara memberikan huraian atau
bercerita ; dan (vi) dengan menjelaskannya dalam ayat-ayat dan
sebagainya.
Pengaplikasian Kaedah Terus dalam
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
yang dibina, kaedah terus merupakan kaedah pengajaran
yang dipilih dalam aktiviti ini. Seperti sedia maklum kaedah
terus membantu penguasaan keempat-empat kemahiran
bahasa murid-murid serta disampaikan melalui empat asas
iaitu (i) perhubungan secara langsung antara perkataan
dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya; (ii)
pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman
yang telah sedia ada; (iii) harus timbulkan perasaan ingin
tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan ; dan (iv) pengajaran harus berpandu kepada
lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda
mereka.

Menerusi langkah 1, kaedah terus diaplikasikan yang mana dalam langkah
ini guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai Suasana
Kampung .Kemudian, murid diberi peluang menceritakan pengalaman
mereka berada di kampung. Antara contoh soalan yang diajukan meliputi
:
Apa yang anda dapat lihat ketika berada di kampung?
Apakah perasaan anda ketika pulang kekampung?

Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab
berdasarkan pengalaman mereka. Oleh yang demikian kaedah terus lebih
praktikal untuk digunakan dalam aktiviti ini.

Dalam langkah dua turut menggunakan kaedah terus yang mana
murid diminta membaca teks tentang suasana kampung. Setelah selesai
membaca, murid yang memegang gambar atau ayat yang diberi akan
kehadapan dan menampal kertas yang telah disediakan. Disini, pemegang
gambar perlu bijak menyuaipadankan gambar yang dipegang mengikut
kesesuaian ayat yang didengar. Berdasarkan aktiviti ini jelas, murid
berhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat
dengan fikiran atau sebaliknya. Disamping, mewujudkan perasaan ingin
tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
SEKIANTERIMA KASIH
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD SUHAIRI MOHD YUSOP
ERIZAL ARIFFIN
NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI

You might also like