You are on page 1of 23

1

1.0 PENGENALAN
MASYARAKAT LUN BAWANG
Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the
interior ). Lun bermaksud orang manakala Bawang membawa maksud ulu. Secara
keseluruhannya, Lun Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih
suku kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta
populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya
orang pedalaman atau orang ulu adalah sebahagian daripada puak dari Kalimantan
Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996). Lun Bawang pada masa dahulu
merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang berani, penyerang, dan
pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan masyarakat ini tinggal di
kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka untuk menyerang
musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan pergunungan telah
melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan musuh di
persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana
mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air.

Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba
sedikit telah berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa
yang sangat jahil kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping
2

suka memenggal kepala musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan
satu fahaman agama kepada masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama
Kristian dan sehingga kini hampir keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang
menganuti agama Kristian.
3

2.0 ASPEK KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK LUN BAWANG
2.1 Bangsa
Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana
kedua-dua etnik ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis
etnik yang sinonim dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun
Bawang yang dikenali di Sabah, Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar
kawasan hilir sungai (downriver). Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di
sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan; Kalimantan, Indonesia; dan
Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman Borneo.
2.2 Struktur Masyarakat
a) Sejarah Kedatangan
Kajian Crain J.B (1978) mendapati bahawa Lun Dayeh atau Lun
Bawang ditemui di Kepulauan Borneo: 25,000 di Kalimanatan, 2,000 di Sabah,
300 atau lebih di Brunei; dan 10,000 di Sarawak (Department of Statistics,
Malaysian Population Report,1980).
Di Kalimantan Timur, suku kaum ini ditemui di sekitar Bahau dan
Mentarang, Kemaloh, Paya dan Sungai Sesayap; di Sabah tertumpu di kawasan
Ulu Padas dan Mengalong; di Brunei iaitu di kawasan Temburong dan
Pandaruan (Balang and Harrisson,1949; Harrisson 1959; Le Bar 1972).
Manakala di Sarawak terdapat di Lawas dan Limbang dalam Bahagian Kelima.
Seorang sejarawan barat bernama T.R. William (dlm. Mat Zin Mat Kib,
2003:25) berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun yang lalu telah
berlaku penghijrahan penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia
Tenggara dan kawasan pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara
mereka yang berpindah dari benua Asia ini sejak 1,500 hingga 1,000 SM terdiri
daripada kumpulan etnik yang pada hari ini disebut Dusun dan Murut.
4


5

b) Ekonomi
Masyarakat Lun Bawang terkenal dengan kegiatan penanaman padi. Di
samping itu, mereka berburu dan menangkap ikan sebagai sumber makanan
dan ekonomi atas faktor-faktor petempatan mereka yang terletak di dalam
hutan.Petikan daripada Kosmo Online yang bertajuk Tradisi masyarakat Lun
Bawang oleh Ahmad Syukran Zainuddin, Tidak jauh dari situ, terbentang sawah
padi yang menjadi sumber pendapatan utama majoriti penduduk di sana. Anak-
anak padi itu masih kecil, mungkin baru sahaja ditanam selepas tamatnya musim
menuai.
Menurut Yuden Meru, Ketua Kampung Bakelalan, salah sebuah kampung
yang dihuni lebih 60 buah keluarga yang terdiri daripada masyarakat Lun
Bawang di Sarawak, "Biasanya, padi adan akan dituai setahun sekali, sekitar
bulan Januari. Jumlah beras yang diperoleh bergantung pada keluasan sawah.
Sekali tuai, sawah yang mempunyai 4,000 batang padi sehingga 4,000 gantang.
"Bagusnya beras ini, ia ditanam secara organik. Langsung tidak gunakan racun
serangga. Rasanya pun sedap.
"Padi ini banyak dijual di bandar Lawas dan Miri. Harganya juga berbeza. Kalau
di kampung, segantang beras dijual RM15 segantang. Sedangkan di Lawas
harganya boleh mencecah antara RM18 hingga RM20 di Miri," jelas seorang
warga emas yang bekerja sebagai petani, Padan Mutang, 62, sambil tersenyum,
menampakkan giginya yang sudah rongak.
Selain daripada padi, petempatan masyarakat Lun Bawang juga menjadi
salah satu pusat pelancongan seperti di Kampung Bakelalan itu tadi. Kosmo
Online juga ada menulis, Ba'kelalan cukup popular di kalangan pelancong luar
kerana kewujudan sebuah ladang menanam epal, serta festival atau musim
menuai epal pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.
Malah, tarikh sambutan musim menuai epal itu telah disenaraikan oleh pihak
Tourism Malaysia di dalam laman web mereka.
6

Bertitik tolak daripada itu, sumber ekonomi masyarakat Lun Bawang telah
bertambah dengan mengerjakan homestay, kraftangan kepada pelancong dan
festival-festival yang dianjurkan.
Walaubagaimanapun, bagi kawasan petempatan Lun Bawang yang masih
belum membangun, mereka masih mengerjakan padi sebagai sumber ekonomi
utama.
c) Cara Hidup
Cara hidup suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat
dilihat juga dalam cara mereka semasa menanam padi bukit (tana luun) dan
sawah padi (Lati ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan
daun pisang atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam
dengan garam serta disimpan didalam buluh selama lebih sebulan
dipanggil telu' serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat
digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar) Mereka juga
mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali
sebagai lubang main. Di kawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu
menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan
pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang
dipanggil purut.

7

2.3 Kepercayaan
a) Agama / Kepercayaan
Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah
disebarkan oleh mubaligh kristian sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak,
Sabah dan Brunei majoriti mereka dari aliran Gereja Sidang Injil
Borneo(SIB). Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB.
Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas
helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri
muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 juga adalah
dari suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di
Malaysia.
Sebelum mereka menganut agama Kristian, kegiatan pertanian mereka
dipengaruhi oleh kuasa ghaib yang diwakili burung mengei dan ular yang
merupakan pantang larang yang harus dipatuhi. Mereka harus memanggil
burung mengei untuk mendapatkan persetujuan sebelum memulakan sesuatu
kerja tersebut. Namun setelah mendapat persetujuan burung mengei tetapi
kemudian seekor ular melintasi kawasan tersebut maka kerja tadi terpaksa
dibatalkan kerana tidak mendapat persetujuan.
Namun setelah kemerdekaan Malaysia, masyarakat Lun Bawang tidak lagi
mengamalkan kepercayaan animisme tersebut, kegiatan ekonomi mereka telah
dipelbagaikan.

8

b) Pantang Larang
Masyarakat Lun Bawang sebelum menganut agama Kristian mengamalkan
kepercayaan animisme iaitu percaya kepada alam sekitar. Pantang larang cukup
menjadi persoalan yang amat berat dalam tradisi Lun Bawang. Pantang larang
yang dilanggar akan mengakibatkan satu malapetaka atau bencana terjadi.
Mengingkari pantang larang adalah sama seperti mencerobohi kawasan alam
ghaib. Pantang larang mereka banyak menyentuh tentang makanan,
perkahwinan, kematian dan kegiatan-kegiatan harian seperti ke hutan untuk
berburu atau bercucuk tanam. Antara pantang larang masyarakat Lun Bawang
ialah seperti yang berikut:
i. Sesiapa yang hendak pergi ke sungai sama ada untuk mandi, menangkap ikan
adalah dilarang menyebut apa-apa tentang makanan. Contohnya untuk
menyatakan kita kan makan selepas mandi adalah berbahaya. Hal ini kerana
makhluk halus yang mendengar akan bertukar menjadi makhluk jahat (luk mo)
dan akan memakan pesalah ketika dia mandi.
ii. Jangan membuang sampah makanan atau sisa-sisa makanan sesuka hati
kerana tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan membazir . Ini akan
mengakibatkan kemarahan roh padi yang berkemungkinan akan meninggalkan
keluarga itu dan secara tidak langsung hasil tanaman mereka terjejas.
iii. Pantang larang menunjuk pelangi dengan tangan. Ini akan mengakibatkan
semua jari pesalah akan putus atau menjadi pendek.
Semasa sesuatu rundingan untuk pertunangan sedang berjalan , jika mereka
terdengar pohon kayu tumbang atau dahannya jatuh dengan sendirinya maka
rundingan tersebut haruslah di hentikan kerana ia tidak dipersetujui. Di samping
itu, perbuatan mentertawakan orang-orang tua atau menghina mereka boleh
mendatangkan kecelakaan (tulah) ke atas orang tersebut. Kebiasaannya orang
tua yang dipermainkan atau dihina tersebut boleh menggunakan kuasa ghaib
untuk membantunya menghukum pesalah-pesalah tersebut. Dia mungkin akan
membuat orang-orang itu mentertawakan binatang seperti kucing dan katak dan
9

sekiranya ia berlaku mereka yang terlibat akan ditimpa malapetaka di mana
hujan batu akan turun dan menukarkan mereka menjadi batu.

10

2.4 Bahasa
Seperti cara hidup, bahasa masyarakat Lun Bawang juga tidak banyak beza
dengan Kelabit. Contoh bahasa Lun Bawang:
makan kuman tidur rudap
minum ngirup lari upun
duduk tudo jalan nalan
berdiri tuped

2.5 Adat Resam
Adat Kematian
Kematian seseorang itu dianggap sebagai perpindahan dari alam dunia
kepada dunia yang baru. Kepercayaan ini menyebabkan masyarakat Lun
Bawang membekalkan si mati dengan hartanya seperti pakaian, manik,
tempayan dan sebagainya. Mereka juga menganggap ruang antara dunia dan
alam baru itu gelap. Justeru, Betik atau reka bentuk hitam yang menghiasi
lengan dan tangan perempuan yang akan memancar dalam perjalanannya ke
akhirat dan menerangi jalannya semasa menuju ke alam dunia baru. Apabila
seseorang itu mati, kumpulan tido (dirge experts) akan terlibat di dalam upacara
kematian. Kumpulan ini akan memperkatakan segala budi baik si mati melalui
tangisan dan kesedihan. Mereka juga berhubung dengan kuasa ghaib agar
mereka menemani roh si mati kelak. Semasa berkabung seseorang itu ditegah
daripada menghiburkan dirinya dengan memainkan alat-alat muzik tertentu.
Adat Perkahwinan
Sebelum menganut agama Kristian, pengaruh ibu bapa di dalam
menentukan perkahwinan anak-anak adalah amat penting. Ibu bapalah yang
memainkan peranan penting dalam hal perkahwinan anak mereka. Apabila
meningkat remaja, delei baruh (remaja lelaki) dan decur baruh (remaja
perempuan) hendaklah menunjukkan kerajinan masing-masing sebagai anak
11

lelaki dan perempuan. Contohnya anak lelaki perlulah menjalankan tugas
mengambil kayu api, berburu, membuat pondok dan sebagainya. Manakala anak
perempuan perlulah pandai memasak, mengambil daun untuk memasak nasi,
membawa air untuk memasak, menganyam, mencari irin (pucuk tumbuhan yang
dibuat lauk).
Walaupun delei baruh bebas memilih bakal isterinya, tapi ia perlu
mengambil kata putus daripada ibu bapanya dalam perkara itu. Kebiasaannya
pada masa dahulu kedua-dua pihak ibu bapa mengadakan rancangan awal
untuk iaitu ketika anak-anak masih di bawah lingkungan umur di bawah sepuluh
tahun untuk dijodohkan ketika mereka dewasa kelak. Oleh itu, dapat dilihat di sini
bahawa pengaruh ibu bapa sangatlah penting di dalam hal perkahwinan.

Setelah menganut agama Kristian, kaum Lun Bawang telah membuat
banyak perubahan dalam adat perkahwinan masyarakatnya. Kesemua upacara
animisme yang diwarisi sejak turun-temurun telah diganti dengan upacara
Kristian. Minuman seperti kopi atau susu menggantikan burak . Di bandar,
minuman seperti minuman tin atau paket dihidangkan kepada para jemputan.
Pertandingan meminum arak digantikan dengan pertandingan minuman yang
tidak memabukkan. Adat penutup perkahwinan pula dijalankan oleh ketua
agama di tempat masing-masing mengikut ajaran Kristian. Semua upacara di
dahului dengan doa dan pernikahan berlangsung di gereja.
12


2.6 Jantina
Di dalam adat perkahwinan, rundingan mengenai mas kahwin atau purut
(barangan seperti tawak, baw, rubih dan kerbau dijadikan mas kahwin) adalah
amat penting. Perkara-perkara seperti mudeng (suami tinggal bersama keluarga
si isteri) juga turut diperkatakan. Apabila purut telah selesai dipersetujui maka
upacara perkahwinan akan berlangsung tidak kurang daripada dua
minggu. Purut amat penting supaya masalah cerai tidak berlaku. Jika si suami
meninggalkan si isteri, si isteri tidak akan membayar ganti rugi kepada suami
sebaliknya si suami perlu membayar ganti rugi pihak perempuan yang telah
membiayai kos kenduri atau irau aweh . Tetapi jika si isteri menceraikan si suami
maka dia perlu menyerahkan sebahagian daripada purut yang diberikan oleh si
suami.
Jika si suami mengambil keputusan untuk mudeng maka dia tidak akan
diminta purut kerana dia akan tinggal bersama keluarga pihak perempuan.
Tetapi si suami tidak akan terlepas daripada membayar kos kenduri tersebut.








13

2.7 Kebudayaan dan Kesenian
a) Tarian
Tarian tradisional kaum Lun Bawang yang dikenali sebagai Warrior Dance
ialah Busak Akui dan Alai Ngerang. Terciptanya lagu patriotik, Ba Kelalan My
Home Sweet Home membuktikan masyarakat di sini amat berbangga dengan
kampung halaman tinggalan nenek moyang mereka.
Antara alat muzik tradisional mereka ialah gong, uni, tapi, telingut, pek
bu, ruding, dan bass dansuling. Gong merupakan alat muzik yang paling
berharga dan ia dimainkan semasa pesta keramaian, perayaan dan
perkahwinan.

Gong terdiri daripada tiga jenis iaitu tawak,agung,
dan kelinang. Tawak dimainkan semasa dalam kecemasan. Contohnya apabila
seseorang itu meninggal,tawak akan dipalu mengikut rentak ngokor ( paluan
yang tidak terputus-putus). Uni pula dibuat daripada buluh dan ditiup pada waktu
sunyi iaitu pada waktu malam atau ada awal pagi semasa kaum wanita bangun
untuk memasak. Ia ditiup menggunakan mulut. Suling dan bas merupakan
pancaragam buluh yang paling popular di kalangan masyarakat Lun Bawang,
Kelabit dan Saban.
14


b) Pakaian
Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian
kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit
dikepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar.
Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang
dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka
mengenakan patadikepala, beret di pinggang,bane dileher dan gileng atau
pakel di tangan serta lengan.





15

c) Permainan
Berdasarkan petikan daripada Utusan Online bertarikh 5 Mei 2008, Pameran
Kraftangan Eksotika, "Selain itu, pihak muzium turut menyediakan permainan
tradisional masyarakat Lun Bawang, Dusun Poring dan Murut Nabai," katanya.
Beliau berkata, antara permainan-permainan itu ialah seperti memancing,
melastik, gasing, menyumpit, menumbuk padi, mengupas biji padi, sepak
manggis dan gasing.
Kini, masyarakat Lun Bawang telah mengikut peredaran zaman. Semasa Pesta
Irau Aco, aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton, bola tampar dan
sebagainya turut disertai oleh belia-belia kaum Lun Bawang.
d) Makanan
Makanan tradisional masyarakat Lun Bawang telah pun disebutkan dalam sub
tajuk sebelum ini iaitu, Nuba Laya iaitu nasi yang dibungkus dengan daun
pisang atau itip. Manakala Telu ialah daging atau ikan yang diperam dengan
garam dan disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan. Rasanya agak
masam dan masin tetapi sangat digemari oleh masyarakat di sini. Selain
itu, narar (daging salai), biter ( bubur sayur), serta kuih-muih yang berasaskan
beras seperti ruti benak, kerupuk bera, tinape, pelupis dan nune merupakan
antara makanan tradisi yang sering menjadi sajian di kalangan masyarakat Lun
Bawang.

16

Kini, masyarakat Lun Bawang telah mempelbagaikan masakan dan
makanan mereka. Petikan daripada Kosmo Online, Biarpun lauk yang
dihidangkan sepanjang berada di Kampung Buduk Nur cukup ringkas iaitu ikan,
ayam dan sayur goreng, saya rasa ia begitu menyelerakan. Apatah lagi apabila
dicecah dengan sambal home made yang pedas dan berperisa.
"Kami memasak makanan menggunakan garam khas. Sangat berbaloi dengan
pakej yang dibayar kerana tetamu juga boleh melihat sendiri gaya hidup
masyarakat Lun Bawang," jelas pengusaha Apple Lodge, Sandra Munga Tagal.
17

3.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Etnik di dalam Sebuah Bilik Darjah
3.1 Guru
Kepelbagaian etnik di dalam sesebuah bilik darjah tidak dapat dielakkan.
Kebanyakan bilik darjah pasti mempunyai lebih dari satu etnik. Namun begitu,
sebagai guru, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing murid
tanpa mengira etnik, jantina dan sikap. Malah, dalam sesebuah bilik darjah,
murid-murid akan berbeza dari aspek taraf sosioekonomi, latar belakang
keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam dan bahasa.
Bagi masyarakat Lun Bawang, sistem pendidikan agak lewat sampai
diantara suku kaum Lun Bawang. Namun begitu, masyarakat ini tetap berjaya
mendapat pendidikan yang setaraf dengan etnik lain. Pemahaman tentang
sosiobudaya murid dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid. Sebagai guru,
penerimaan dan layanan yang adil terhadap pelajar amat penting bagi
memastikan kelas dalam keadaan yang kondusif dan terkawal. Sikap prejudis
terhadap latar belakang murid perlu dikikis oleh guru. Sebaiknya, guru perlu
memahami tingkah laku murid dan mendengar luahan hati mereka.
Dalam aspek pembelajaran, tidak semua murid mampu menerima satu
kaedah yang sama. Pendidikan yang saksama bukan bermakna system
penyampaian juga sama untuk semua murid. Kesaksamaan pendidikan
bergantung kepada kefahaman guru terhadap sosiobudaya murid sekaligus
mampu menyediakan strategi pembelajaran yang berkesan terhadap semua
murid. Pembelajaran koperatif amat sesuai dijalankan dalam bilik darjah kerana
murid dapat bekerjasama dan memupuk nilai murni antara mereka tanpa
membeza-bezakan sesama mereka.
Guru perlu mampu mengawal komunikasi dan hubungan yang terjalin
dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti dan mengurus hubungan tersebut, guru
boleh menggunakan kaedah sosiometri iaitu mencari pelajar bintang, pasangan
18

saling, klik, rantaian, singkiran dan pengasing. Setelah mengenalpasti kategori-
kategori ini, guru perlu mencari jalan bagi membantu murid singkiran dan
pengasing.
Aspirasi guru merupakan jangkaan dan harapan seorang guru terhadap
prestasi murid. Dalam mendidik murid pelbagai etnik, guru mesti mengkaji
kemampuan muridnya dahulu sebelum meletakkan jangkaan dan harapan
kepada murid.
Bertitik tolak daripada itu, pemilihan bahan sumber yang sesuai dengan
murid adalah perlu. Bagi masyarakat Lun Bawang yang mempunyai bahasa
yang agak berlainan, pemilihan sumber amat penting agar murid dapat
memahami isi-isi di dalam bahan sember dengan lebih jelas.

3.2 Murid
Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, bertindak, juga pandangan,
perasaan dan pembawaan. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab murid untuk
belajar agar berjaya di masa hadapan. Usaha guru semata-mata tidak mampu
mengubah diri pelajar menjadi lebih positif jika pelajar itu sendiri tidak mahu
berubah. Masyarakat Lun Bawang berjaya atas usaha yang berterusan. Ramai
antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih
dari 10 orang peguam dari suku bangsa Lun Bawang.
Ini membuktikan bahawa perbezaan dari segi komunikasi, sikap,
pendekatan dan gaya penyelesaian masalah, pendedahan pandangan dan
pendekatan untuk mengetahui sesuatu bukan halangan bagi murid-murid
masyarakat Lun Bawang. Walaubagaimanapun, masyarakat Lun Bawang perlu
menyesuaikan kemahiran dan penguasaan bahasa dengan kelas sosial bilik
darjah dan guru. Ini berikutan guru-guru yang mengajar bukanlah dari etnik yang
sama. Malah, telo atau dialek yang dituturkan guru juga berlainan.
19

Kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah menyumbang kepada
pengetahuan dan pembelajaran adat resam dan budaya yang pelbagai. Malah,
kelas sosial dan petempatan murid yang berlainan juga perlu diambil kira agar
tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Murid bandar dan pinggir
Bandar berbeza dari segi sosioekonomi dan kepelbagaian budaya etnik. Begitu
juga murid luar Bandar dan pedalaman.
Bukan itu sahaja, amalan sosiobudaya etnik juga dapat mempengaruhi
pelajar dalam gaya berfikir dan gaya pembelajaran. Jantina pula berjaya
membezakan layanan antara lelaki dan perempuan.
3.3 Sekolah
Kepelbagaian jenis sekolah menjadikan setiap sekolah mempunyai fokus
yang berbeza dan mengamalkan budaya yang berbeza. Rata-rata warga sekolah
jenis kebangsaan mempunyai etnik majority. Namun begitu, bagi masyarakat
Lun Bawang, majoriti banyak terdapat di kawasan petempatan sesebuah etnik
sahaja. Disebabkan masyarakat Lun Bawang tinggal di pedalaman, sekolah juga
terletak di pedalaman.
Namun begitu, aspek penting di sekolah adalah kurikulum. Kurikulum
tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui
proses P&P dan organisasi sekolah. Kurikulum tersirat merangkumi segala
bentuk pembelajaran yang berlaku hasil pelaksanaan kurikulum dan cara guru
menguruskan P&P. Tiga unsur kurikulum tersirat adalah kelompok, pujian dan
kuasa. Kurikulum yang terancang mampu membantu murid belajar dengan lebih
berkesan.




20

4.0 Kesimpulan
Konklusinya, masyarakat Lun Bawang mempunyai adat dan tradisi mereka yang
tersendiri. Setelah mereka menganut agama Kristian, semua perkara yang melibatkan
kepercayaan animisme telah dihapuskan dan di ganti dengan ajaran Kristian.
Walaupun masyarakat Lun Bawang tinggal di kawasan pedalaman mereka turut
tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan pembangunan yang di jalankan oleh
kerajaan. Buktinya dapat dilihat dengan pembinaan lapangan terbang di Hulu Trusan
iaitu Long Semandoh. Banyak sekolah telah dibina agar masyarakat Lun Bawang
didedahkan dengan pendidikan.
Kawasan tempat tinggal Lun Bawang juga telah dijadikan kawasan untuk
pelancongan.Suku kaum Lun Bawang kini dimana mana di seluruh dunia. Perubahan
secara drastik terjadi dalam komuniti Lun Bawang akibat pembangunan rohani yang
terjadi apabila amalan ajaran Kristian diamalkan dan menjadi pedoman dalam
kehidupan. Hari ini, ramai orang Lun Bawang yang telah masuk ke universiti, menjadi
usahawan yang berjaya, dan juga menjadi YB seperti YB Nelson Balang
Rining dan Datuk Henry Sum Agong.
Kejayaan mereka ini membuktikan bahawa masyarakat Lun Bawang juga
berpotensi untuk bersaing dalam mendepani dunia tanpa sempadan.
Pendidikan yang teratur, kaedah pengajaran guru yang sesuai, sikap dan
penerimaan sosiobudaya amat penting dalam membina bilik darjah yang mesra budaya
demi melahirkan generasi yang berminda kelas pertama.




21

5.0 Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
lkurnianya dapat saya siapkan kerja khusus yang telah diberikan dengan
jayanya. Kerja khusus pada semester 5, bagi subjek Budaya dan Pembelajaran
telah membuatkan saya mendalami pelbagai kaum di Malaysia. Meskipun hanya
satu etnik yang saya perlu huraikan atau terangkan, saya dapat mengetahui
beberapa etnik lain semasa mencari bahan di internet, jurnal mahupun buku-
buku rujukan.

Saya juga mendapati bahawa kepelbagaian etnik ini menjadikan Malaysia
sangat unik. Setipa kaum etnik khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak
mempunyai komuniti yang agak kecil saiznya. Namun, saiz komuniti ini mampu
melahirkan budaya, kesenian, adat yang berbeza antara satu sama lain. Selain
itu, saya juga mendapati bahawa setiap etnik itu, akan mengamalkan sesuatu
kepercayaan berdasarkan keperluan hidup seperti dalam bidang ekonomi
khususnya pertanian dan memburu.

Walaupun pendidikan yang diperolehi oleh kaum ini tidak sehebat di
bandar, mereka telah mendapat pendidikan secara tidak langsung daripada ibu
bapa atau individu yang lebih berpenglaman di situ. Pendidikan formal sahaja
yang tidak di jalankan sama di sekolah-sekolah bandar. Meskipun begitu,
masyarakat Lun Bawang masa kini telah membuka mata dengan membenarkan
masyarakat mereka menyambung pelajaran di luar daerah mereka.

Setelah mengkaji adat yang telah diamalkan oleh mereka, sebagai
seorang bakal pendidik saya perlu lebih peka dengan tingkah laku dan
pertuturan agar tidak menyinggung mana-mana pihak sepanjang bertugas di
dalam komuniti mereka. Saya juga perlu mengambil kira cara hidup mereka
supaya saya dapat menarik minat mereka terhadap pengajaran yang ingin saya
sampaikan.

22

6.0 Rujukan
Buku
Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A.Rashid et al. (2011). Siri Pendidikan Guru - Budaya dan Pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia.
Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia Edisi Kedua.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..
MOODY, D. C. (1984). "The Lundayeh language.". Dallas, Tex.: SIL International.:
Sixteenth edition.

Akhbar (sumber elektronik)
Bernama. (2012). Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta. Berita Harian Online. Diakses
pada 24 Februari 2013 from http://berita-harian-online.com
Artikel (sumber elektronik)
Budaya, Pengertian dan Definisi, diperoleh daripada
http://blogbudaya.wordpress.com, pada 20 Februari 2013.
Iban, diperoleh daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Iban pada 20 Februari 2013.
Pusat Maklumat Rakyat. (2013). Kaum-kaum di Malaysia. Diakses pada 23 Februari
2013 dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/kaumdimalaysia/255-
kaum.html.
23

Perpustakaan Negara Malaysia. (2000). Adat Resam Masyarakat Etnik Sarawak.
Diakses pada 20 Februari 2013 dari
http://www.pnm.my/adatresametniksarawak.html
Anderson. (2013, Januari 13). BorneoPost . Retrieved from Lun Bawang Association :
http://www.theborneopost.com/2013/02/05/lun-bawang-association-to-hold-tgm-
on-feb-16/
Bala, B. (1993). Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak. 21-54.
Bernama. (2013, Januari 16). Lun Bawang, Bisaya Add Colour To Sarawak's Festive
Season. Retrieved from Tourism Malaysia:
http://tourism.bernama.com/exclnews1.php?news_id=8
Ching, L. S. (2013, Januari 8). Sarawak Indigenous Community News. Retrieved from
Lun Bawang Community: http://sarawaknews.wordpress.com
Jesse, D. B. (2013, Januari 15). LEARN LUN BAWANG LANGUAGE. Retrieved from
LIFE SPRING: http://www.lifespring-buedulun.net/index.php?p=1_38_LEARN-
LUN-BAWANG-LANGUAGE
Langgat, J. (2013). THE ALTERATION OF SARAWAK ETHNIC NATIVES FOOD: ITS
. 685-698.
MOODY, D. C. (1984). "The Lundayeh language.". Dallas, Tex.: SIL International.:
Sixteenth edition. .
Wikipedia. (2013, Januari 2). Lun Bawang. Retrieved from Wikipedia:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lun_Bawang
Jurnal
Bala, B. (1993). Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak. 21-54.
Langgat, J. (2013). THE ALTERATION OF SARAWAK ETHNIC NATIVES FOOD: ITS
. 685-698.

You might also like