You are on page 1of 1

Laporan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Sungai Limau 2013

Pada tarikh 16 Jun 2013, Hari Kejohanan Balapan dan Padang peringkat
sekolah telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Limau. Tujuan hari sukan seperti ini diadakan adalah untuk menyemai
semangat kesukanan dalam diri pelajar. Hal ini kerana, semua murid yang
mengambil bahagian akan bersungguh-sungguh untuk memenangi dalam setiap
bahagian yang diambil. Di bawah ini ialah laporan hari sukan yang saya
sediakan.
Hari Kejohanan Balapan dan Padang dimulakan pada jam lapan tiga
puluh minit pagi. Hari sukan dimulakan dengan persembahan kontijen-kontijen
rumah sukan yang terdiri daripada rumah Laksamana, Syahbandar,
Temenggung dan Bendahara. Setiap rumah sukan mempersembahkan perakan
masing-masing dengan penuh kreatif. Mereka berarak mengelilingi padang dan
berkumpul di tengah padang untuk menantikan acara seterusnya.
Acara seterusnya ialah pembacaan ikrar oleh penolong ketua
pengawas. Pembaca ikrar diiringi oleh setiap ketua rumah sukan. Setelah
pembacaan ikrar selesai, pengacara majlis menjemput Yang Dipertuan
Pengerusi PIBG untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan hari sukan
tersebut. Seterusnya Puan Pengetua dijemput untuk memberi ucapan.
Setelah itu, acara yang amat dinanti-nantikan bermula. Semua pelajar
yang tidak mengambil bahagian perlu berkumpul dalam khemah yang
disediakan untuk menyaksikan acara balapan dan padang. Kemeriahan sorakan
para pelajar dapat dilihat apabila dimulakan. Mereka bersungguh-sungguh
memberi sorakan kepada rakan-rakan mereka.
Sebagai penutup, ingin saya menyeru kepada semua pelajar agar lebih
bersemangat untuk mengambil bahagian dalam hari sukan yang akan datang.
Saya juga berharap agar para pelajar lebih konsisten dalam menjalankan sesuatu
tugas

Laporan disediakan oleh,
18 Jun 2103
Fazilah
( Nor Fazilah binti Othman)
Setiausaha Kelab Olah Raga
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau.

You might also like