You are on page 1of 20

Daripada perkataan Yunani Ethos yang bererti norma-norma,

nilai-nilai, kaedah-kaedah, dan ukuran-ukuran bagi tingahlaku


manusia yang baik.
Menurut ahli falsafah etika merujuk kepada peraturan perilaku,
adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain
dan peraturan ini menegaskan apakah yang benar dan salah.
Nikki(2009) menganggap etika sebagai pedoman perilaku yang
dikenalpasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam
bahagian tertentu.
Peraturan untuk membantu para guru yang profesional
mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga
imej baik.
3 fungsi utama kod etika profesion :
- beri pedoman mengenai prinsip profesionalisme
(sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan
dan yang mana tidak boleh dilakukan)
- kawalan sosial
- mencegah campur tangan pihak di luar
Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu
kumpulan manusia atau organisasi.
Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.
Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu
ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut.
Ini disebut sebagai KOD ETIKA.
Justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni
yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion
masing-masing.

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar lebih
dari guru.
Bersikap adil terhadap setiap pelajar
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang baik
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar tanpa
bayaran.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata
kasar atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.


Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara
guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
Menghormati masyarakat setempat berkhidmat.
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara.

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
baik seorang guru.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion perguruan.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Akauntabiliti Guru
akauntabiliti = bertanggungjawab kepada
seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Konsep akauntabiliti
satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut.
Akauntabiliti keguruan
tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru
merangkumi :-

Akauntabiliti terhadap pelajar.
Akauntabiliti terhadap diri sendiri
Akauntabiliti terhadap ibu bapa
Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan
bersikap adil.
Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa.
Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran.


Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
Berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata
pelajaran yang diajar.
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas
kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan,
pertimbangan.
Memelihara penampilan diri.
Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa
lapang.
Mengawal emosi ketika mengajar di kelas.

Melaksanakan tugas mendidik dan membentuk modal insan
yang berguna kepada masyarakat.
Memainkan peranan dalam membimbing pelajar dan
perwatakan guru diteladani pelajar.
Mewujudkan permuafakatan yang erat antara mereka dan
situasi ini amat membantu dalam memantau perkembangan dan
kemajuan pelajar.




Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.
Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti
sosial.
Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.
Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat.
Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat.



Menjalin hubungan baik sesama rakan sejawat.
Selalu bersedia membantu rakan sejawat.
Bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga imej
profesion

Integriti - Wholeness atau Completeness
- Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan
padu kepada individu dan organisasi. (Institut Integriti
Malaysia, 2004)

Integriti Guru - Guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa
yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum.
- Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan
dan padu kepada individu anggota
perkhidmatan pendidikan dan organisasi
berlandaskan etika dan piagam pelanggan
organisasi.



Integriti Guru Sebagai Penjawat Awam

Guru perlu mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan
dan kejujuran.
Permuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan
memupuk kerjasama yang baik.
Guru akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan
mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang
terhadap pelajar.
Guru perlu mempunyai ketabahan tinggi.
Dari segi P&P, guru mempunyai kewajipan untuk memberi
yang terbaik untuk pelajar.
Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap
keperluan setiap muridnya.




Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen
atau pengajaran persendirian.
Guru tidak harus memaksakan kepercayaan, keagamaan,
politik persendirian terhadap muridnya.
Guru tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada
ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya.
Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara
membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu
pangkat dalam profesion perguruan

You might also like