You are on page 1of 32

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan (Teknologi Pendidikan)




Tandatangan : ..
Nama Penyelia : DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH
Tarikh : 16 DESEMBER 2013











CABARAN DALAM MENGIMPLEMENTASI VIRTUAL LEARNING
ENVIRONMENT (VLE) FROG DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN OLEH GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA




NURUL FARHANA BINTI JUNUS




Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)



Fakulti Pendidikan
Universisi Teknologi Malaysia



DESEMBER 2013




ii






PENGAKUAN



Saya mengaku bahawa tesis ini yang bertajuk "Cabaran Dalam Mengimplementasi
Virtual Learning Environment (VLE) Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh
Guru di Sekolah-sekolah di Malaysia" adalah hasil daripada kajian saya sendiri kecuali
yang dipetik dalam rujukan.



Tandatangan : ..
Nama Penulis : NURUL FARHANA BINTI JUNUS
Tarikh : 16 DESEMBER 2013









iii





Teristimewa khas buat kedua ibu bapa saya,
Ayahanda Junus bin Mohamad,
Bonda Wan Khadijah binti Mohamad


Buat adik beradik tersayang
Mohd Dzikrullah bin Junus & Nor Fazilah binti A. Razak
Mohamad Farhan bin Junus
Mohamad Faqih bin Junus






iv

PENGHARGAAN




Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya
berjaya menyiapkan tesis ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih saya kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Zaleha Binti
Abdullah yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan idea-idea baru sepanjang
merancang dan menyiapkan tesis saya ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau tentu projek
ini tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.

Selain itu, sekalung penghargaan dan terima kasih saya yang tidak terhingga
kepada pihak sekolah dan guru-guru atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses
pengumpulan data.

Sekalung budi yang tidak terhingga juga kepada nadi saya Haji Junus bin
Mohamad dan Hajjah Wan Khadijah binti Mohamad serta adik beradik yang selama ini
banyak memberi sokongan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari seluruh Malaysia yang telah banyak
membantu dalam usaha menyiapkan kajian ini. Segala sokongan, bantuan dan
perkongsian idea dari anda amatlah saya hargai dan pasti tidak akan saya lupakan.

Terima kasih dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.



v

ABSTRAK




Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran utama dalam
mengimplimentasi Virtual Learning Environment (VLE) Frog oleh guru di sekolah-
sekolah di Malaysia. VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai
dunia pendidikan sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam
persekitaran maya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
VLE Frog ini semenjak tahun 2012, namun pengimplementasian VLE Frog dalam
kalangan guru masih belum menyeluruh. Oleh itu, cabaran-cabaran dalam
mengimplementasi VLE Frog ini perlu dikenalpasti supaya pihak yang berwajib mampu
membuat penambahbaikan agar VLE Frog dapat digunakan secara optimum dan mampu
membawa kebaikan kepada semua pihak. Kajian dijalankan berpandukan Model
Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-
guru yang pernah menggunakan VLE Frog di seluruh Malaysia. Kaedah tinjauan
diskriptif digunakan dan soalselidik diedarkan kepada responden secara fizikal dan juga
online. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For
Social Sciences (SPSS). Terdapat lima pembolehubah cabaran yang diuji iaitu
kompetensi ICT, infrastruktur ICT, motivasi daripada pentadbir, antaramuka dan
navigasi serta kandungan pembelajaran namun ujian regrasi gandaan (multiple
regression) menunjukkan hanya infrastruktur ICT dan motivasi daripada pentadbir yang
mempunyai hubungan yang positif dengan sikap terhadap penggunaan VLE Frog
sekaligus menjadikannya sebagai cabaran utama dalam mengimplementasikan VLE
Frog.


vi

ABSTRACT




This study has been conducted to identify the key challenges in implementing the
Virtual Learning Environment (VLE) Frog among teachers in schools in Malaysia. Frog
VLE is a web-based system that simulates the real world of education by integrating
conventional education in a virtual environment. The Ministry of Education has
introduced the Frog VLE since 2012, however its implementation has not been
comprehensive enough. Therefore, the challenges in implementing the Frog VLE should
be identified so that the authorities are able to make improvements to Frog VLE in order
for it to be used optimally and provide benefits to all parties. The study was based on
Technology Acceptance Model (TAM) which has been adapted to study the issue among
teachers who have used the Frog VLE throughout Malaysia. Descriptive survey method
is used and questionnaires were distributed to respondents through online and offline.
Data were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS). There are
five variables tested which were ICT competencies, ICT infrastructure, the motivation
from the administrator, the interface and navigation as well as learning content but
multiple regression test showed that only ICT infrastructure and motivation from the
administrators had positive relation towards the use of VLE Frog which defines that both
factors are the main challenges in implementing VLE Frog.






vii

KANDUNGAN



BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN
1.1. Pendahuluan 1
1.2. Latar Belakang Masalah 7
1.3. Pernyataan Masalah 11
1.4. Objektif Kajian 11
1.5. Persoalan Kajian 12
1.6. Kepentingan Kajian 13
1.7. Skop Kajian 14
1.8. Rumusan 14


viii

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 16
2.2 VLE Sebagai Platform kepada E-Learning 17

2.3 Virtual Learning Environment (VLE) dan
Kelebihannya 19

2.4 Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance
Model TAM) 21
2.5 Model Pengaplikasian VLE Secara Holistik 22
2.6 Infrastruktur ICT di Sekolah 25
2.7 Motivasi Guru 27
2.8 Kompetensi ICT Guru 29
2.9 Kandungan Pembelajaran 30
2.10 Kerangka Konseptual 32
2.10.1 ICT Infrastructure 34
2.10.2 Motivation 34
2.10.3 ICT Competency 35

2.10.4 Percieves Ease of Use Interface and
Navigation 35
2.10.5 Percieved Usefulness Learning Content 36
2.11 Rumusan 36


3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Lokasi Kajian 39
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 42
3.6 Analisis Kajian 44
3.6.1 Cara Pemarkatan 45
ix

3.7 Kajian Rintis 46
3.7.1 Kesahan 47
3.8 Prosedur Kajian dan Etika 49
3.9 Penutup 51


4 ANALISIS
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisa Dapatan Soal Selidik 53

4.2.1 Kaedah Analisis Data Bahagian A :
Pengetahuan Sedia Ada Tentang VLE 54

4.2.1.1 Soalan A1 :
Adakah anda pernah menghadiri
Kursus Penggunaan Virtual Learning
Environment Frog (VLE Frog) yang
dilaksanakan di sekolah? 54

4.2.1.2 Soalan A2 :
Adakah anda pernah menggunakan
Virtual Learning Environment Frog
(VLE Frog) sekurang-kurangnya
sekali? 55

4.2.2 Kaedah Analisis Data Bahagian B(i) : Persepsi
Terhadap Kemudahgunaan VLE Frog 55

4.2.2.1 Persoalan Kajian No 1 (a) :
Persepsi guru terhadap kemudahgunaan
VLE Frog dari aspek kompetensi ICT 56

4.2.2.2 Persoalan Kajian No 1 (b) :
Persepsi guru terhadap kemudahgunaan
VLE Frog dari aspek infrastruktur ICT 57

x

4.2.2.3 Persoalan Kajian No 1 (c) :
Persepsi guru terhadap kemudahgunaan
VLE Frog dari aspek motivasi daripada
pihak pentadbir



60

4.2.2.4 Persoalan Kajian No 1 (d) :
Persepsi guru terhadap kemudahgunaan
VLE Frog dari aspek antaramuka dan
navigasi 62

4.2.3 Kaedah Analisis Data Bahagian B(ii) :
Persepsi Terhadap Kebergunaan VLE Frog 64

4.2.3.1 Persoalan Kajian No 2 :
Persepsi guru terhadap kebergunaan
VLE Frog dari aspek kandungan
pembelajaran 64

4.2.4 Kaedah Analisis Data Bahagian C :
Sikap Terhadap VLE Frog 66

4.2.4.1 Persoalan Kajian No 3 :
Sikap guru terhadap penggunaan VLE
Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran. 67

4.2.4.2 Persoalan Kajian No 4 :
Cabaran Utama Yang Dihadapi Oleh
Guru-guru Untuk Mengaplikasikan
VLE Frog Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. 68

4.2.5 Kaedah Analisis Data Bahagian D :
Kekerapan Penggunaan VLE Frog 71

4.2.5.1 Persoalan Kajian No 3 :
Sikap guru terhadap penggunaan VLE
Frog dalam pengajaran dan 71
xi

pembelajaran.

4.2.6 Kaedah Analisis Data Bahagian E : Komen dan
Cadangan 72
4.3 Penutup 78


5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 80

5.2.1 Persoalan Kajian No 1 :
Persepsi Guru Terhadap Kemudahgunaan
VLE Frog 80
5.2.1.1 Aspek Tahap Kompetensi Guru 80
5.2.1.2 Aspek Infrastruktur ICT 83

5.2.1.3 Aspek Motivasi daripada Pihak
Pentadbir 85

5.2.1.4 Aspek Antaramuka dan Navigasi
Sistem 88

5.2.2 Persoalan Kajian No 2 :
Persepsi Guru Terhadap Kebergunaan VLE
Frog Dari Aspek Kandungan Pembelajaran 89

5.2.3 Persoalan Kajian No 3 :
Sikap Guru Terhadap Penggunaan VLE Frog 90

5.2.4 Persoalan Kajian No 4 :
Cabaran Utama Pengimplementasian VLE
Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 91

5.2.5 Persoalan Kajian No 5 :
Langkah-langkah Menggalakkan Guru
Mengimplementasi VLE Frog Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. 94
xii


5.2.5.1 Meningkatkan Kelajuan, Kestabilan
dan Liputan Rangkaian Internet 94

5.2.5.2 Menyediakan Juruteknik di Setiap
Sekolah 95

5.2.5.3 Menambah Jumlah Peralatan ICT di
Sekolah 96

5.2.5.4 Meningkatkan Kesedaran Dalam
Kalangan Guru dan Pentadbir 96

5.2.5.5 Mengadakan Kursus Penggunaan VLE
Frog 97

5.2.5.6 Menyediakan Tenaga Pakar Dalam
Bidang Pedagogi 97
5.2.5.7 Memberikan Ganjaran 98
5.3 Implikasi Kajian 98
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.5 Rumusan 101

RUJUKAN 102
LAMPIRAN A 110
LAMPIRAN B 117
SENARAI JADUAL




NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 43
3.2 Skala Likert 43
3.3 Kaedah Menganalisis Data 44
3.4 Pengelasan Skor Min 45
3.5 Pekali Saiz Cronbachs Alpha 47
3.6 Jadual Kebolehpercayaan Instrumen 48
4.1 Kursus Penggunaan VLE Frog 54
4.2 Penggunaan VLE Frog 55
4.3 Jadual Pembahagian Soalan Bahagian B(i) 56
4.4 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(a) 56
4.5 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(b) 58
4.6 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(c) 60
4.7 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(d) 62
4.8 Dapatan Analisis Data Bahagian B(ii)(a) 65
4.9 Dapatan Analisis Data Bahagian C 67
4.10 Model Summary 69
4.11 Coefficients
a
69
4.12 Dapatan Analisis Data Bahagian D 71
4.13 Ringkasan Tema 73
4.14 Komen dan Cadangan 73

xiv

SENARAI RAJAH




NO RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Technology Acceptance Model (TAM) 21
2.2 Model Pengaplikasian VLE Secara Holistik 23
2.3
Technology Acceptance Model (TAM) Untuk VLE
Frog 33
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 49
















xv

SENARAI SINGKATAN




VLE - Virtual Learning Environment
ICT - Information, Communication and Technology
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
PKG - Pusat Kegiatan Guru
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
PdP - Pengajaran dan Pembelajaran
IT - Information Technology
SPSS - Statistical Package for Social Science for Windows Version 16.0














xvi

SENARAI LAMPIRAN



LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 110
B Analisis Data SPSS 117
















BAB 1




PENDAHULUAN




1.1 Pengenalan


Cetusan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr
Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos
1996 memberi inspirasi baru dalam bidang pendidikan negara. Dalam persidangan
tersebut, beliau telah melancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang secara
tidak langsung telah menyuntik anjakan besar dalam bidang pendidikan nasional. Seiring
dengan projek ini yang direka untuk menarik penglibatan syarikat berteknologi bertaraf
dunia disamping memajukan industri ICT tempatan, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
menggariskan Sekolah Bestari sebagai salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya
Multimedia(MSC) yang perlu dilaksanakan menjelang tahun 2000. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan
pengajaran dan pembelajaran secara kritis dan kreatif. Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) pula menjadi pemangkin untuk membolehkan pelajar mengamalkan
pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran
sendiri. Penggunaan ICT juga diyakini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan
sekolah agar lebih efektif.
2

Kesungguhan pihak kerajaan melakukan transformasi dalam Pendidikan
Malaysia dijelaskan lagi dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang telah
dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad
Badawi pada 30 Mac 2006. Dalam teras kedua RMK-9 iaitu Memperkukuhkan Modal
Insan, submodul Program Pendidikan telah menekankan tentang Program Pembestarian
Sekolah. Program Pembestarian Sekolah merujuk kepada proses memanfaatkan semua
inisiatif ICT sedia ada seperi Projek Sekolah Bestari, Projek Pengkomputeran,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris, Schoolnet dan Portal MySchoolNet bagi meningkatkan
kualiti pendidikan. Program Pembestarian Sekolah ini akan dilaksanakan di semua
sekolah untuk membolehkan guru menyepadukan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan.

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional yang
menekankan tentang pembangunan modal insan minda kelas pertama dan bina upaya
sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Dua daripada kelima-
lima teras Misi Nasional iaitu teras kedua dan teras ketiga ada menyatakan peranan
pendidikan secara langsung. Bagi menyokong teras tersebut, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) turut
meletakkan isu ICT dalam pendidikan antara isu yang diberi penekanan utama. Dalam
Teras Strategik PIPP yang keempat iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, antara jurang-
jurang pendidikan yang diberi perhatian adalah Jurang Digital. Jurang digital merupakan
perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan
kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah berusaha keras untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan
yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang
terdedah dengan ICT. Sejajar dengan program pembestarian sekolah, semua sekolah luar
bandar disasarkan untuk dilengkapi dengan makmal komputer, bilik komputer dan
perkakasan yang mencukupi. Selain itu, sekolah-sekolah juga dirangkaikan dengan akses
capaian internet jalur lebar SchoolNet dan pusat akses turut dibina di sebahagian sekolah
luar bandar dan pedalaman.
3

Transformasi pendidikan terus dimantapkan lagi dalam Rancangan Malaysia ke
10 (RMK-10) yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana
Menteri Malaysia yang ke enam (Berita Harian, 2010). Bab 5, RMK-10 menegaskan
tentang isu Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia (Jabatan Perdana
Menteri, 2010). Dalam rancangan ini, pihak kerajaan akan memastikan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiat bagi memupuk kreativiti
dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan
terkini yang diperlukan oleh negara bependapatan tinggi. Sejajar dengan ini, tidak
hairanlah isu pendidikan, mempertingkatkan kualiti pelajar khususnya diletakkan dalam
salah satu daripada enam bidang keberhasilan negara (NKRA). NKRA menjadi titik
tolak dalam usaha menambah baik sistem pendidikan peringkat sekolah secara
menyeluruh agar pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Bab 6 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut menyentuh tentang pelan transformasi
kementerian dalam memartabatkan ICT dalam pendidikan. Untuk gelombang pertama
iaitu bermula pada tahun 2013 sehingga 2015, kementerian memfokuskan untuk
mempertingkatkan asas ICT. Dalam fasa ini, kementerian akan membina keupayaan
ICT berdasarkan asas sedia ada. Keutamaan yang akan diberi termasuk (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2012, m.s 6-22) :

(i) Memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan
ICT.
(ii) Menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan
jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT
(iii) Memastikan semua guru mempunyai kompetensi asas dalam ICT.

Langkah awal dalam merealisasikan gelombang pertama ini telah dijalankan iaitu
dengan menyediakan infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui
1BestariNet. 1BestariNet merupakan projek yang diusahakan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Di bawah projek ini, dijangkakan sepuluh ribu buah sekolah rendah
4

dan menengah di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet 4G dan Persekitaran
Pembelajaran Maya atau turut dikenali sebagai Virtual Learning Environment (VLE)
pada penghujung 2013. Sambungan internet berkelajuan tinggi dan akses kepada
Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning Solution) bertaraf dunia
akan menjadi pemangkin kepada penerapan ICT dalam operasi harian kementerian, dan
mampu memacu Malaysia ke barisan hadapan inovasi ICT dalam pendidikan.
Kementerian akan memastikan semua guru dilatih dan cekap menggunakan VLE
menjelang 2015. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia
serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan
menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.
Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang
dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh
Malaysia.

Untuk mencapai hasrat Kementerian dalam mewujudkan Persekitaran
Pembelajaan Maya (VLE), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL
Communication telah memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan
lesen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015 daripada syarikat yang
membangunkan platfrom ini di United Kingdom. VLE Frog adalah platform berteras
cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail
dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja pada bila-bila masa
dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log
masuk dari rangkaian Yes dengan menggunakan ID log masuk VLE. Yes merupakan
salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan kemudahan internet
kepada pengguna di Malaysia. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot
tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan
sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya.
Sebagai contoh, guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan
menanda tugasan secara maya manakala pelajar pula boleh menyiapkan kerja rumah dan
5

melihat keputusan mereka melalui VLE. Pihak pentadbir sekolah pula boleh menyusuan
atur kalendar aktiviti sekolah untuk dikongsi dengan pelajar, guru dan ibu bapa secara
atas talian dan ibu bapa juga boleh melihat perkembangan terkini tentang sekolah secara
atas talian di mana jua pada bila-bila masa.

Antara fungsi-fungsi yang disediakan dalam VLE Frog ini adalah :

(i) Akademik
a) Sumber rujukan dan pengisian kandungan
x Guru boleh memuat naik bahan pengajaran untuk kegunaan
pelajar.
b) Kolaborasi dan Perkongsian
x Guru boleh saling berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran
sesama guru-guru serta pelajar.
c) Tugasan dan semakan elektronik
x Tugasan boleh diberikan secara atas talian kepada pelajar dan guru
juga boleh menyemak tugasan yang diberi serta memberi
maklumbalas secara atas talian.

(ii) Komunikasi
a) Notis
x Pihak sekolah dan guru boleh memuat naik notis pemberitahuan
kepada pelajar dan guru secara atas talian.
b) Forum
x Pelajar dan guru boleh membuat perbincangan dengan
menggunakan aplikasi forum.
c) Laman Web
x VLE direkabentuk sebagai sebuah laman web untuk dilayari oleh
pelajar dan guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

6

(iii) Pentadbiran
a) Tempahan sumber rujukan
x VLE menyediakan kemudahan aplikasi tempahan bilik-bilik khas
dan peralatan di sekolah untuk mengelakkan pertindanan
tempahan.
b) Kalendar
x VLE menyediakan kemudahan aplikasi kalendar untuk
membolehkan pentadbir menyusun aktiviti tahunan sekolah.

VLE Frog ini bukan sahaja boleh diakses dengan menggunakan komputer, malah
boleh juga dilayari dengan menggunakan sebarang peranti elektronik yang mempunyai
jaringan internet seperti telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Persekitaran Pembelajaran
Maya yang interaktif ini diyakini mampu menarik minat pelajar untuk sentiasa belajar di
mana jua pada bila-bila masa. Dengan ini, diharapkan projek ini dapat menjadi salah
satu pemangkin untuk mencapai matlamat kerajaan dalam RMK-10 iaitu Membangun
dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia.

Kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) setiap daerah di Malaysia sedang mempergiatkan usaha dalam
menyebarkan maklumat tentang VLE Frog ke sekolah-sekolah agar projek ini berjaya
dimanfaatkan oleh semua pihak. Guru-guru penyelaras ICT dipanggil untuk menghadiri
kursus pengaplikasian VLE Frog yang dikendalikan oleh pihak BTP dan seterusnya
mereka bertanggungjawab untuk menyebarkan informasi ini kepada warga sekolah
masing-masing melalui kursus dalaman.






7

1.2 Latarbelakang Masalah


Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009),
pendidikan negara perlu direvolusikan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) bagi membina modal insan yang berfikiran lebih kreatif dan inovatif.
Penggunaan ICT diyakini mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik, menjimatkan masa dan mudah diakses di mana sahaja pada bila-bila masa
sahaja. Oleh itu, sekiranya pembelajaran sebegini sentiasa diamalkan nescaya budaya
cintakan ilmu dapat diterapkan dalam masyarakat Malaysia sekaligus dapat membentuk
masyarakat berintelektual.

Menurut Fisher (2003), fenomena pengintegrasian ICT di dalam bilik darjah di
negara Barat amat memberangsangkan semenjak 30 tahun yang lalu. Burnett (2010)
menyatakan, kanak-kanak pada masa kini dibesarkan dalam textual landscape iaitu
mereka terdedah dengan pelbagai cara untuk berinteraksi dan bermain secara aktif dalam
persekitaran digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia maya.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran membolehkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif
dan inovatif serta mampu mencapai sesuatu ilmu secara kendiri tanpa terlalu bergantung
kepada guru dalam pendidikan formal.

Alessi dan Trollip (2001) menyatakan, pengingtegrasian ICT dalam
pembelajaran memberikan pelbagai kelebihan iaitu (dipetik daripada Sharifah Nor dan
Kamarul Azman, 2011, m.s 27) :

i. pelajar mampu mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di
mana sahaja.
ii. bahan pembelajaran boleh dirangkaikan dengan pelbagai sumber
pembelajaran lain di seluruh dunia.
iii. pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih cepat,
mudah dan sistematik.
8

iv. pelbagai bentuk komunikasi boleh digunakan untuk kegunaan guru dan
pelajar.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Alessi dan Trollip (2010) tersebut,
transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan menyediakan paltform persekitaran pembelajaran maya atau Virtual Learning
Environment (VLE) untuk kegunaan semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta
ibu bapa di seluruh Malaysia ternyata merupakan suatu langkah positif untuk
menjadikan pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju
lain. Namun begitu, persoalannya di sini, adakah semua pihak sudah bersedia untuk
menyahut cabaran transformasi yang dirancangkan oleh pihak kementerian?

Bagi memastikan kelangsungan perancangan yang dibuat oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa aspek utama perlu diberi perhatian secara
terperinci. Isu pertama yang perlu diberi perhatian dalam memastikan projek VLE Frog
ini dapat digunakan secara optimum adalah kesediaan dari aspek kelengkapan ICT di
sekolah. Semenjak tahun 1999 hingga 2010, pihak Kementerian telah melaburkan lebih
kurang RM6 bilion untuk inisiatif ICT dalam pendidikan. Sebanyak RM 2.6 bilion dari
dana tersebut diperuntukkan kepada penyediaan makmal komputer tambahan bagi
menyokong program PPSMI dan RM2.5 bilion diperuntukkan untuk membina makmal
komputer di setiap sekolah. Walaubagaianapun, kajian yang dilaksanakan oleh pihak
Kementerian pada tahun 2010 mendapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad.
Hampir 80% guru menggunakan ICT kurang daripada 1 jam seminggu dan hanya satu
pertiga pelajar menyatakan guru mereka kerap menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yusof Boon dan Sani Ngatimin
(2008), tahap penggunaan makmal komputer di sekolah berada pada tahap yang
sederhana dan antara masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan makmal
komputer di sekolah adalah kelewatan penyelenggaraan komputer-komputer yang rosak.
Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati pihak kementerian sudah mengambil
langkah bijak dengan memperuntukkan satu nilai yang besar untuk kelengkapan
infrastruktur ICT di sekolah, namun penggunaan ICT di sekolah masih lagi berada di
9

tahap yang rendah. Walaupun perancangan dan perlaksanaan di peringkat kementerian
kelihatan sempurna, namun secara realitinya masih wujud kepincangan dalam proses
perlaksanaan di peringkat sekolah yang perlukan penambahbaikan.

Aspek kedua yang perlu diberi keutamaan adalah kesediaan guru dalam
mengintegrasikan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fiskie
(1991), penggunaan komputer dapat dimanfaatkan dalam tiga cara iaitu (dipetik
daripada Zaidatun dan Lim, 2010, m.s 2) :

i. sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar.
ii. sebagai media pengajaran dan pembelajaran.
iii. memudahkah pengurusan maklumat di kalangan guru di sekolah.

Kajian daripada Fiskie ini adalah selari dengan konsep yang cuba diterapkan
dalam VLE Frog. Pihak Kementerian melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
dan Pusat Kegiatan Guru Daerah sedang giat melaksanakan kursus penyebaran
penggunaan VLE Frog di kalangan guru di sekolah-sekolah agar dapat
diimplementasikan di peringkat sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Zainuddin (2004), guru dan pelajar mempunyai persepsi yang positif dalam penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan besar dalam menggerakkan
pelajar untuk mengintegrasikan pembelajaran dalam persekitaran maya dan sekaligus
membudayakan sikap cintakan ilmu dalam kehidupan. Oleh itu, kesediaan guru adalah
penting dalam memastikan pelaburan lebih dari RM1 juta oleh pihak kementerian tidak
berakhir dengan pembaziran semata-mata.

Seterusnya adalah kesediaan pelajar untuk menyahut cabaran dunia pendidikan
pada masa kini yang lebih kepada pembelajaran akses kendiri berbanding
kebergantungan kepada guru di bilik darjah semata-mata. VLE Frog yang disediakan
oleh pihak kementerian kepada warga sekolah termasuk guru, pelajar dan ibu bapa
direka dengan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah diakses tanpa perlu
pendedahan yang terperinci. Konsep yang digunakan dalam mengaplikasikan VLE Frog
10

ini adalah sama dengan penggunaan laman sosial lain seperti blogspot dan laman
facebook. Menurut Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata
masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian
maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu
platform tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini
mampu menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat. Menurut Rossafri dan
Shabariah (2011), kaedah pembelajaran menggunakan laman sosial iaitu facebook dapat
meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, sepatutnya
tidak wujud masalah yang besar kepada pelajar dari segi kemahiran untuk menggunakan
platform pembelajaran maya yang disediakan oleh pihak kementerian ini.
Walaubagaimanapun, sejauh mana motivasi pelajar untuk mengakses VLE Frog ini
berbanding dengan laman-laman sosial yang lain? Adakah VLE Frog ini mempunyai
faktor-faktor yang mampu menarik pelajar untuk menggunakannya dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan secara akses kendiri?

Perkara terakhir sekali adalah kesediaan ibu bapa dalam mengejar kepesatan
perkembangan teknologi agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan yang
dirancang untuk generasi baru umumnya dan anak-anak mereka sendiri khasnya.
Melalui laman VLE Frog, ibu bapa mampu memantau aktiviti pendidikan anak-anak
mereka. Selain itu, VLE Frog akan memudahkan para ibu bapa untuk berkomunikasi
dengan pihak sekolah dan mengetahui aktiviti terkini sekolah. Walaupun VLE Frog
menyediakan kemudahan yang bermanfaat kepada ibu bapa, namun sekiranya ibu bapa
tidak mempunyai peranti elektronik berserta jaringan internet, mereka tidak mampu
untuk mengakses kemudahan yang diberi. Selain itu, kemahiran ibu bapa dalam
penggunaan ICT juga perlu untuk memastikan VLE Frog dapat digunakan secara
optimum oleh mereka sekaligus membolehkan mereka bergerak selari dengan
perkembangan pendidikan anak-anak mereka.




11

1.3 Pernyataan Masalah


Kepesatan perkembangan teknologi menuntut setiap individu untuk menjadi
lebih kreatif agar tidak berada di takok lama dan perlu sentiasa bergerak seiring
dengannya. Perkembangan teknologi sebenarnya mampu memberi impak yang sangat
positif kepada mereka yang pandai mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang
dibawa. Menyedari hakikat itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil
langkah proaktif melalui projek 1BestariNet dalam membekalkan satu platform
pembelajaran maya yang dikenali sebagai Virtual Learning Environment, VLE Frog
kepada semua sekolah di Malaysia. Namun, terdapat beberapa isu yang perlu
diketengahkan dalam mengimplementasikan VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara isu-isu penting yang perlu dikenalpasti adalah cabaran-cabaran
utama yang dihadapi oleh guru dalam mengimplementasi VLE Frog dalam pengajaran
dan pembelajaran. Isu ini perlu dikenalpasti supaya pihak yang berwajib mampu
membuat penambahbaikan agar VLE Frog dapat digunakan secara optimum dan mampu
membawa kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk
mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengimplementasikan VLE
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.




1.4 Objektif Kajian


Terdapat lima objektif utama yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu :

i. Mengkaji persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan TAM dari aspek :

12

a. tahap kompetensi guru
b. infrastruktur ICT
c. motivasi daripada pihak pentadbir
d. antaramuka dan navigasi sistem

ii. Mengkaji persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dalam pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan TAM dari aspek kandungan pembelajaran.

iii. Mengkaji sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran.

iv. Mengkaji cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru untuk mengaplikasikan
VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM.

v. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan
guru mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.




1.5 Persoalan Kajian


Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah :

i. Apakah persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dari aspek :
a. tahap kompetensi guru?
b. infrastruktur ICT?
c. motivasi daripada pihak pentadbir?
d. antaramuka dan navigasi sistem?

13

ii. Apakah persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dari aspek kandungan
pembelajaran?

iii. Apakah sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran.

iv. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru untuk mengaplikasikan
VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM

v. Apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan guru
mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.




1.6 Kepentingan Kajian


Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan lebih dari RM1 juta
untuk mendapatkan lesen bagi menggunakan VLE Frog ini kepada semua warga sekolah
di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini adalah penting sebagai ukuran sejauh mana
kejayaan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang
diharapkan oleh pihak kementerian. Dapatan kajian ini diharap dapat :

i. memberi cadangan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membuat penambahbaikan dalam perlaksanaan VLE Frog agar dapat memenuhi
kehendak dan keperluan warga sekolah.

14

ii. memberi cadangan kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri tentang
cabaran dan keperluan fizikal yang diperlukan oleh warga sekolah untuk
mengaplikasikan VLE Frog di sekolah.

iii. memberi cadangan kepada pihak sekolah dan Pusat Kegiatan Guru untuk
mengambil langkah yang perlu bagi mendedahkan penggunaan VLE Frog kepada
semua pihak yang terlibat.




1.7 Skop Kajian


Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan guru di sekolah-sekolah di seluruh
Malaysia. Kajian ini terhad di peringkat sekolah sahaja. Rasional kajian ini berfokus di
sekolah kerana perlaksanaan VLE Frog ini disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia secara percuma kepada warga sekolah sahaja. Kajian ini hanya akan
memfokuskan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru sahaja memandangkan guru
merupakan penggerak utama pengimplementasian VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Responden terdiri daripada guru-guru yang pernah menggunakan VLE Frog
sekurang-kurangnya sekali. Signifikan memilih responden yang terdiri daripada guru
adalah kerana mereka adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan
VLE Frog ini.





15

1.8 Rumusan


Bab ini memberikan gambaran awal tentang kajian yang akan dilakukan.
Pengaplikasian VLE Frog memerlukan pembabitan pelbagai pihak seperti pihak
kementerian, pihak pentadbiran sekolah, guru dan pelajar agar ia dapat digunakan secara
optimum sekaligus dapat meningkatkan mutu pendidikan negara. Kajian akan
memfokuskan aspek-aspek kesediaan kamudahan ICT, kesediaan guru, pelajar dan ibu
bapa. Kajian akan dilaksanakan di sekolah-sekolah di kawasan Skudai dan membabitkan
responden yang terdiri daripada guru, pelajar dan ibu bapa. Kajian ini juga akan cuba
menyenaraikan segala kelemahan dalam perlaksanaan VLE Frog dan cadangan
penambahbaikan yang dapat dilakukan agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan
semasa pengguna.

Bab 2 pula akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang telah dijalankan
berkenaan dengan Virtual Learning Environment di seluruh dunia. Berdasarkan kajian
lepas, pengkaji akan membandingkan tahap penggunaan VLE di luar negara dan
masalah-masalah yang sering dihadapi untuk dijadikan panduan kepada penggunaan
VLE dalam sistem pendidikan negara Malaysia memandangkan VLE ini masih baru
disini.

Bab 3 akan membincangkan tentang kaedah yang akan digunakan dan kekangan
yang dihadapi sepanjang kajian. Kaedah kajian, sampel kajian dan kaedah pemprosesan
data akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab ini.

Bab 4 akan menyatakan dapatan kajian. Perbincangan lanjut, rumusan kepada
dapatan kajian dan cadangan penambahbaikan agar VLE Frog ini dapat digunakan
secara optimum oleh semua pihak akan dibuat dalam bab 5.

You might also like