You are on page 1of 18

Kemahiran mendengar dan

bertutur
Disediakan oleh:
Razniza Bt Mohammad

Pensyarah :
En Mohammad Noor
Apakah kemahiran
mendengar dan
kemahiran bertutur?
Kemahiran mendengar
 Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling
asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).
 Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus
dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan
dan memahami apa yang disampaikan seterusnya
menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada
maklumat tersebut.
 Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang
ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa
pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar,
difahami dan dingat.
 Melalui kajian beliau juga menyatakan bahawa, pendengaran
berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
 Dalam buku Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia
(1990) menyatakan bahawa :
Ahli linguistik telah bersetuju bahawa proses mendengar
terbahagi kepada dua aras iaitu:
 Aras pertama dimana pendengar mendengar dan mengenali
bunyi bahasa.
 Dalam aras pertama mengutamakan kepekaan serta
tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengari.
 Aras kedua pula,mendengar dan memahami bunyi bahasa.
 Dalam aras ini lebih mengutamakan pemahaman pendengar
terhadap maksud dan butir-butir bunyi yang didengari.
Kemahiran bertutur
 Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan manusia.
 Ia merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya
berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh
pelajar tetapi ia mesti ditiru dan di ajuk.
 Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan,
oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat
membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang
tidak betul dan kurang sesuai.
 Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan
perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza
walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang
berlainan.
Kemahiran mendengar dan
bertutur (lisan)
 Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum
menguasai kemahiran yang lain.
 Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaiutu satu
kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau
sebutan.
 Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam
pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam
berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
Mengapakah kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur perlu dikuasai
sebelum kanak-kanak menguasai
kemahiran lain?
 Kerana kemahiran lisan adalah asas dan tunjang kepada
peningkatan penguasaan semua pembelajaran atau kecekapan
berbahasa.
 Pelajar yang telah mencapai tahap kemahiran yang memuaskan
harus boleh menyusun fikiran dan idea-idea dengan baik dan
dapat melahirkan nya dalam bentuk ujaran yang baik juga.
 Penguasaan kemahiran lisan juga biasanya akan menghasilkan
satu tabiat berbahasa yang baik dan kebiasaan berbahasa dengan
baik itu pula membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan
sempurna dan berkesan.
 Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut secara
semulajadinya menunjukkan kanak-kanak mula-mula mendengar,
kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap.
 Penguasaan bahasa lisan yang baik memudahkan kanak-kanak
menginterpretasikan lambing-lambang yang tertulis dengan
berkesan.
 Perkembangan personaliti, bagi mengelak rasa rendah diri
dan bersifat pasif. Masalah sahsiah akan timbul sekiranya
murid tidak dapat menguasai kemahiran bertutur dengan
baik.
 Perkembangan sosial, kanak-kanak yang mahir dalam
kemahiran lisan berani untuk berkawan dan bergaul dengan
kanak-kanak lain. Ini kerana mereka mudah meluahkan
perasaan, memberi pendapat dan pandangan.
 Secara tidak langsung membantu kanak-kanak menonjolkan
diri mereka.
 Perkembangan mental, kanak-kanak yang tidak dapat
menguasai kemahiran lisan dengan baik dipercayai tidak
berfikir dengan jelas.
 Ini akan menghalangnya untuk menerapkan fikiran-fikiran
tadi dalam bentuk tulisan.
Apakah sebab-sebab penguasaan
kemahiran mendengar dan bertutur sukar
dikuasai?
Kekeliruan dalam membezakan bunyi

• Kemahiran dalam menentukan persamaan dan


perbezaan bunyi yang didengar
• Tidak dapat membezakan bunyi yang didengar
• Tidak memahami makna sebenar apa yang terkandung
dalam perkataan atau ayat.
Kelemahan dalam memahami Apa
yang didengar
 Setiap pertuturan seharusnya menggunakan dan
ayat yang sesuai
 Pendengar yang cekap berjaya mengaitkan apa
yang didengar semasa dan selepas pertuturan
 Pendengar yang cepat memahami akan cepat
bertindak balas terhadap pertuturan tersebut
Kelajuan dalam pertuturan
 Pertuturan yang laju boleh menimbulkan masalah
kepada pendengar
 Tidak dapat membezakan perkataan dan bunyi
bahasa
 Sukar memahami apa yang diperkatakan
Sejauh manakah kemahiran
mendengar dan bertutur melibatkan
proses mental?
 Teori pembelajaran menyatakan bahawa ada perhubungan
antara bahasa yang dituturkan dengan pemikirannya.
 Chomsky telah mengistilahkan sebagai
competence(keupayaan) dan performance (pertuturan).
 Competence berada dalam otak dan dapat diertikan
sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu
melahirkan kalimat-kalimat yang terbatas banyaknya.
 Ianya juga merupakan pengetahuan penutur mengenai
bahasanya.
 Performance adalah unsur yang berada diluar dan dapat
diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-
bunyi ini adalah bermakna dan dapat difahami oleh
pendengarnya.
 

Apakah objektif pengajaran dan


pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur?
 Mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
 Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul secara bertatasusila.
 Mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik
perbincangan.
 Berbincang dan berkongsi pendapat untuk
menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan
membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
Bibliog rafi
 Juriah Long, Raminah Hj. Sabran 1990,
Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
 Kamarudin Haji Husin 1990, Pengajaran Dan
Pembelajaran Lisan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
 Kamarudin Hj Husin 1998, Pedagogi Bahasa
Pengkaedahan, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

You might also like